Jumaat, Mac 27, 2009

Kuih Kaswi

www.tips-fb.com
Kuih kaswi ni mmg feberet...dah lama jugak nak membuat ni...tapi bab nak mengeluarkan kukus dan nak mengukus tu yg maleh sesangat.....tapi sesekali buat kuih traditional ni bagus juga...supaya kuih yg turun temurun ni tak pupus dari ingatan...haritu jalan2 kat dapur Rinnchan,ternampak ada kuih kaswi ni..siap ada step by step lagi...ni yg teruja nak membuat nya...asal resipi dr Sis Blackmore terima kasih kedua2 nya...


KUIH KASWI
Sumber: Sis Blackmore

Bahan-bahan :
1 cawan gula (Rinn guna 3/4 cawan)
1 ketul besar gula melaka ( Rinn guna 1 cawan gula merah)
5 cawan air
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
1/2 cawan tepung beras
3 sudu makan air kapur
1 sudu makan coklat paste (Rinn guna 1 camca)
* Menurut Sis Blackmore ianya utk memberi brown effect yg lebih.
Daun pandan
Loyang atau acuan kuih lompang yang disapukan dengan sedikit minyak makan
Kelapa parut + garam

Cara-cara :
1. Gunakan 2 cawan air untuk memasak gula pasir, gula merah dan daun pandan. Masak hingga gula larut. Ketepikan.
2. Ayak semua tepung.
3. Tambahkan selebih 3 cawan air ke dalam bancuhan air gula.
4. Masukkan air kapur.
5. Masukkan coklat paste.
* Mulanya agak gusar, dikhuatiri akan merosakkan bau original kuih kaswi/lompang ini. Tapi sebab ingin tahu juga hasilnya Rinn bubuh juga 1 camca teh choc paste.
6. Tapis air gula ke dalam tepung.
7. Gaul rata.
8. Tapis bancuhan tepung untuk mengelakkan dari berketul-ketul.
9. Kacau seketika di atas api yg kecil supaya kelihatan agak pekat tapi jangan sampai bertukar menjadi kanji.
10. Sapu loyang/acuan dengan minyak masak supaya kuih mudah dikeluarkan.
11. Kukus loyang/acuan dahulu tanpa isi.
12. Tuang bancuhan tepung dalam acuan dan kukus selama 45 minit atau sehingga masak.
13. Bagi yang mengukus di dalam loyang, kuih akan kelihatan lembik dan berair. Ambil sehelai kitchen tissue dan letakkan di permukaan kuih agar air itu dapat diserap.
14. Sejukkan kuih baru dikeluarkan dari acuan. Boleh dihidang dengan kelapa parut bercampur sedikit garam yg telah dikukus juga seketika supaya tahan lama.

Share |

Nasi Goring Pedas

www.tips-fb.com

Nasi goring pedas ni masakkan yg simple je untuk sarapan pagi...kalau dah xde idea nk masak apa....buat je nasi goring pedas ni,dah pasti laris punya....

Share |

Selasa, Mac 24, 2009

Blueberry Cheese Tart

www.tips-fb.com

Cheese Tart ni buat hari ahad baru ni....baru first time buat....x berapa smooth cheese nya...tapi rasa nya tetap sedap...resipi ambil dr dapur damira fp...sumber resipi dr Kakmas
...terima kasih kedua2nya....


Blueberry Cheese Tat
Sumber : kak mas

Pastry (as basis for all tart pastry)
250g butter
125g icing sugar
1 'B' egg
440g plain flour (maklang campur skit ngan susu tepung, garam skit, esen vanila)

Filling
250g Philadelphia cream cheese
60g gula caster
20g butter
1 'B' egg

Blueberry/stroberi filling



Cara:
1. Pukul butter dgn icing sugar sampai kembang.
2. Masukkan telur, pukul sampai sebati (well mixed).
3. Masuk tepung, gaul hingga rata.
4. Cubit sikit dan tekan dalam tart mould yang telah digris. Tekan dalam mould dengan fork.
5. Bakar 180C untuk 10-12 minit (3/4 masak). Keluar dan ketepikan

Untuk filling, pukul cream cheese, gula dan butter sampai kembang, masuk telur dan pukul hingga rata.Masukkan dalam piping beg. Picitkan cream cheese di dlm tat shell & kemudian bubuhkan 1/2 sudu kecil blueberry keatasnya.

Nota:
Pastry tu biar nipis pasal bila bakar ia kembang (tebal), tak sedap pasal tak crunchy.
Utk decoration bubuh sikit filling atas cheese dan swirlkan dengan lidi sebelum bakar.
Selalunya I buat banyak dan simpan dalam air tight container, tahan 1 bulan.
Banyak mana blueberry tu actually ikut citarasa masing2.Blueberry boleh diganti dengan strawberry atau kiwi filling.

Nota mklang : bila dah masuk filling, guna api bawah jer, baru nampak smooth jer chis tu, jangan lama sangat nanti chis tu berkerepot jer..
Resepi di atas dapat banyak, maklang buat setengah adunan dapat <> 40 ketui.


Share |

Nasi Lemak

www.tips-fb.com

Cuti minggu ni buat sarapan nasi lemak..... dah lama tak buat nasi lemak,asyik aktiviti beli bungkus memanjang je....nasi lemak ni buat lebih,...dari sarapan pagi merangkap hingga kemalam,...malas nak memasak lagi....budak2 pun suka, walau bagaimana pun,sedap juga dari air tangan sendiri.....walaupun lauk nya sempoi aje....


NASI LEMAK

bahan2
4 cawan beras [basuh n toskan]
2 cawan santan]- atau mengikut anggaran sendiri
3 helai daun pandan koyakkan dan simpul]
garam secukupnya

Cara
1. Masukan semua bahan dlam periuk dan masak sehingga beras sebati dengan santan.
2. Bila nampak nasi kering, kacau rata dan tutup semula tudung. Biarkan ia sentiasa panas dalam periuk rice cooker.
3. Bila telah masak hidangkan bersama sambal tumis ikan bilis, telur rebus, ikan bilis goreng, ulam timun atau kangkung rebus.


SAMBAL TUMIS IKAN BILIS

Bahan
250 gm ikan bilis [bersihkan dan goreng sekejap jgn sampai garing]
2 senduk cili kering mesin ]
3 labu bawang besar ] dimesin halus
sedikit belacan ]
sedikit air asam jawa
2 labu bawang besar..mayang kasar
garam
gula
minyak untuk tumis

Cara
1. Tumiskan bahan yg dimesin halus sehingga wangi.
2. Masukkan air asam , ikan bilis, garam, gula dan bawang besar.
3. Masukkan air sedikit dan biarkan sambal mendideh dan pekat dengan api perlahan.
4. Bila dah naik minyak baru angkat.


Share |

Paprik Campur

www.tips-fb.com

Paprik campur ni antara lauk2 yg dimasak sepanjang minggu ini....makan dengan nasi panas2 memang sedap.....resipi dr dapur madiha....


PAPRIK CAMPUR

Bahan2
(sukatan agak2 ye puan2)

Isi ayam - potong kecil
(kalau suka boleh tambah udang, sotong & daging - jadi paprik campur -
carrot
cauliflower
kacang panjang
jagung muda
tomato
bawang putih - ketuk
bawang merah - blend / tumbuk halus
cili padi - ketuk
serai - hiris / titik
daun limau purut - koyak2kan
sos tiram
sos cili
kiub ayam
garam, gula & perasa
tepung jagung dicampur dgn air sikit
minyak utk menumis

Cara2
-Panaskan minyak.. tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan bawang tumbuk & serai kacau dan biar sebentar. Masukkan daun limau purut & cili padi.
-Masukkan kiub ayam, isi ayam & sedikit air. Biar ayam empuk.
-Masukkan semua sos2 tadi.. dan masukkan jugak semua sayur2 tadi kecuali tomato masuk lambat sket.
-Rasakan masinnya tambah apa2 yg patut.. garam, gula & perasa.
-Masukkan tomato & air tepung jagung utk memekatkan.
-Biar sebentar.. bila dah secukup rasa bolehlah dihidang.
Share |

Ahad, Mac 22, 2009

Roti Jala & kari ayam

www.tips-fb.com

Kalau dah masak kari ayam lebih untuk lauk tengahari...petang buat roti jala pulak untuk minum petang...senang keje sekali jalan...sbb pencicahnya dah ada...jimat masa sikit....anak2 dan hb mmg suka roti jala ni....kalau beli 3 keping dgn kuah sikit rm1.20....x puas makan...buat sendiri puas makan sikit,waktu cuti bolihlah buat...tapi kadang2 waktu keje,beli jugak....



Roti Jala

Bahan
2 cawan tepung gandum
1 biji telor
1 cawan air (mengikut kepekatan)
1 cawan fresh milk
sedikit pewarna kuning
garam


Cara
1. Masukkan semua bahan dalam blender dan mesinkan. Tapiskan dalam mangkuk.
2. Panaskan kuali non-stik dan tebarkan adunan menggunakan acuan roti jala.
3. Bila sudah masak boleh lipat atau gulong.
4. Hidangkan dengan kari ayam/daging atau kuah yg manis kuah durian.


Share |

Kari Ayam

www.tips-fb.com

Diantara lauk2 yg dimasak pada hari cuti semalam...lauk bese2 jer...tak ada yg sepesel pun...hehehe...


Share |

Sotong Goreng kunyit & buncis

www.tips-fb.com
Share |

Sambal Petai & Ikan Bilis

www.tips-fb.com

Petai ni jiran yg beri masa dia balik dr kampung minggu lepas...masak semalam untuk lauk makan tengahari....hb dah bising sebab petai ni tak dimasak lagi...sbb hb sorang je yg suka petai ni....bukan tak nak masak,masaalahnya anak2 tak suka makan petai....nak kena masak lauk lain pulak....tu yg jadi maleh ni....jadi kena tunggu waktu cuti,sbb masa panjang sikit untuk dok kat dapur...

Share |

Jumaat, Mac 20, 2009

Tempahan Cupcake dr kawan....tema coklat...

www.tips-fb.com
Cupcake ni buat minggu baru ni....order dr kawan untuk hantaran pertunangan yg bertemakan coklat...dia pun nak deko simple jer...janji x lari dr tema coklat...ini bolihlah ye....xyah nak fikir2 sangat....kek nya buat dr choc moist cake....resipi kek ada kat sini...

Share |

Tempahan Choc Chips Muffin

www.tips-fb.com
Minggu ni sibuk sikit dengan cupcakes dan muffin....muffin ni order dari kawan untuk majlis pertunangan yg nak diberi sebagai buah tangan pada tetamu dan dia nak siap pack sekali....xde lah byk mana pun...dlm 150 biji jer...w/pun 150 biji...penat wehh....baking dan pack sekali ...dr petang sampai malam....kena amik cuti....nasib baik ada anak tolong....resipi ada kat sini dah pernah buat aritu...




Share |

Khamis, Mac 19, 2009

Tempahan Cupcakes dr kawan....Rosette merah...

www.tips-fb.com
CC ni kawan yg order.... utk makan2 bersama keluarga nya yg baru datang dr kampung..

Share |

CC buah tangan utk birtday....Rumput Hijau

www.tips-fb.com
Untuk buah tangan pada birthday anak jiran....tenyeh rumput2 jer....senang sikit..x cukup masa...
Share |

Cupcakes buah tangan utk birthday girl anak jiran

www.tips-fb.com
Deko yg simple2 dan mudah jer...masa pun dah suntuk...utk hadiah birthday girl anak jiran...Happy birthday Alia....



Share |

Cupcakes Pertunangan.... Bunga Purple

www.tips-fb.com
CC ni buat untuk hantaran semasa majlis pertunangan anak buah...kek nya dr butter cake....


Butter Cake
Sumber: Suhaila

Bahan2:
5 biji telur
250 gm butter
250 gm gula castor- kurangkan manis (220 gm)
250 gm tepung gandum diayak
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh vanilla
4 sudu besar fresh milk

Note:
*kalau guna tepung kek,xyah bubuh baking powder

cara2:
1>Ayak tepung dan baking powder....ketepikan (ayak supaya kek jadi ringan)
2>Butter dipukul bersama gula sampai kembang
3>Masukkan telur satu persatu,pukul lagi,masukkan vanila,fresh milk kacau sebati
4>Masukkan tepung sedikit demi sedikit,sampai habis dan kacau hingga sebati
5>Bakar selam 40 minit atau sehingga kek masak dalam oven kepanasan 170-180 deg.

Buttercream
Sumber : Misliha

A: Untuk resipi buttercream
Bahan2:
500 gm Marvello/creamlite/krimwell
250 gm marina shortening
Sugar syrup atau gula icing secukupnya
Pewarna ikut kesesuaian

B: To boil sugar syrup
100 gm air
300 gm gula pasir kasar
2 tsp Lemon juice

Cara:
Pukul A hingga gebu.Masukkan sirap sedikit demi sedikit dan pukul hingga sebati.


Share |

Buah Tangan utk Tetamu majlis Pertunangan... Blue & Yellow...

www.tips-fb.com
CC ni buat untuk buah tangan pd tetamu semasa anak buah bertunang.....tema warna biru....
Share |

Selasa, Mac 17, 2009

Choc moist CupCake

www.tips-fb.com

Choc Moist Cupcake ni request dr anak buah yg mmg suka pada kek bercoklat...jamu dia datang kerumah dgn kawan2nya dengan mee goring sempoi...


CHOCOLATE MOIST CAKE
Sumber : Misliha

Bahan-bahan :
250gm butter
300gm castor sugar
1tbsp ovallete
6biji telur


Diayak:
250 gm tepung
2 tsp baking powder
1½ tsp soda bicarbonate

Bahan2 paste
1 cawan serbuk koko
1¼ cawan air
60gm gula castor
1tbsp serbuk nescafe segera - optional


Share |

Mini Tuna Puff

www.tips-fb.com

Puff Tuna untuk minum petang...mudah dan ringkas...senang disajikan dan cepat dimakan...resipi dr CMG....terima kasih.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 pack pastry puff jenama "kawan"(ada 10 keping bersaiz 4 x 4 inci)
1 tin tuna*
1/2 biji bawang besar, dicincang halus*
1 biji limau kasturi, perah jusnya*
2 camca besar mayonies *
1/2 camca teh serbuk lada hitam*
Secubit garam*(*disatukan dan kacau rata2)
1 kuning telur, dipukul sedikit

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Potong sekeping pastry puff kepada 4 bahagian. 1 bahagian dikelar sebanyak 4 garisan, tapi jangan putus. 1 bahagian lagi diisi dengan 1/2 camca teh isian tuna. Tutup dengan bahagian yang berkelar, tekan tepi2nya dengan garfu. Alih ke dalam dulang yang telah disapu dengan mentega. Buat hingga siap.
  2. Sapu kuning telur dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 25 - 30 minit bergantung pada oven masing. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya...


Share |

Ayam Sambal

www.tips-fb.com

Ayam sambal masak sempoi...biasa2 je untuk makan malam....kalau masak sambal mmg senang laku...


Share |

Ahad, Mac 15, 2009

Butter Prawn

www.tips-fb.com
Mmg sedap dan menyelerakan resipi ni....butter prawn ada banyak versi juga...ini salah satu dr resipi butter prawn yg x kurang sedapnya...sbb ada aroma lada hitam dan daun kari...mmg menepati selera...udang pun terasa lemak dan garing....resipi ni ambil dari dapur Rinnchan fp....
resipi asal dr Jeni...terima kasih kedua2nya..kerana share resipi ni....

BUTTER PRAWN @Jeni

Bahan A
600 gm udang besar
1 camt. gula
1 camt. garam
1/2 camt. lada hitam
1 camt. minyak bijan

Bahan B
3 camB tepung jagung
1 camB serbuk kari ikan

Bahan C
3 biji kuning telur
1 camB susu cair
1/2 camt. garam
1/4 camt. serbuk lada hitam
2 camB butter
1 camB bawang putih - dicincang
2 camB cili padi - dicincang
1 camB daun kari - dicincang
2 camB butter

Bahan perisa
1 camB sos tiram
1/2 camB gula
1/4 camB serbuk lada hitam

Cara-cara
Bersihkan udang, buangkan kakinya dan keringkan dengan menggunakan kitchen towel. Perap udang dengan bahan A selama 20 minit. Campurkan bahan B dan masukkan udang yang telah diperap. Gaul rata. Goreng terendam udang tadi sehingga masak dan tuskan minyaknya. Gaul rata bahan C. Ketepikan. Panaskan kuali, masukkan butter. Kemudian, masukkan bahan C. Kacau campuran C dengan cepat untuk mendapatkan telur goreng yang halus dan rangup. Angkat dari kuali. Panaskan kuali dengan 2 camB butter. Goreng bawang putih, cili padi dan daun kari hingga wangi. Masukkan udang dan bahan perisa. Gaul rata sebelum dimasukkan telur goreng tadi. Gaul rata dan hidangkan semasa panas.
Share |

Khamis, Mac 12, 2009

Hershey's Chocolate Cheesecake

www.tips-fb.com

Resipi ni dari Princessharyati...terima kasih Yatt kerana share resipi yang enak dan memenuhi citarasa ni....rasanya pun sungguh sedap dan tak muak,sbb ada lapisan choc kat atas tu...cheesecake ni pun pernah tengok kat dapur Nor (CASA QUSAIS) tu yang teruja sgt nak buat...sbb berlapis...tapi saya buat base nya dr biskut disgestive....bab malas nak bakar sponge cake lah ni...lagipun biskut ni dah lama beli...takut expired plk....maaf ye Yatt kerana ubah sikit base kek ni yer.....buat pun taklah susah sangat....


HERSEY'S CHOCOLATE CHEESECAKE

Bahan-bahan;

Bahan sponge cake;

1 cawan tepung
1/4 cawan vegetable oil
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 air suam
2 biji telur putih
1/2 sudu kecil cream of tartar
3 sudu besar gula halus

Saya buat base dr biskut disgestive

lapisan bawah/crust
100gm biskut disgestive/oreo/marrie(dikisar halus)
60gm mentega (cairkan)

cara-cara:

gaul serbuk biskut dan mentega cair, tekan dlm acuan dan masukkan dlm peti sejuk selama 10 minit.

Bahan B;

200 gm cream cheese
170 gm fresh cream
170 gm yoghurt ( i guna perasa buah peach)
1 sudu besar butter
2 biji telur
1/2 cawan gula halus
3 sudu tepung
1 sudu kecil esen vanilla
2 bungkus kecil Chocolate Hershey's

Cara-caranya;

Untuk sponge cake; Buat macam biasa, pukul telur putih, cream of tartar dan gula sehingga kembang. Pada mangkuk lain blend vegetable oil, air,esen vanilla, tepung sehingga sebati, kemudian masukkan telur putih tadi dan gaulkan ke dalam tepung dengan menggunakan spatula sehingga sebati, masukkan ke dalam bekas dan bakar selama 15 minit.

Untuk cheesecake; Pukul cream cheese , fresh cream, gula, butter sehingga kembang, masukkan telur, youghurt, even vanilla dan tepung , pukul lagi sehingga sebati. Kemudian bahagikan kepada 2 bahagian. Satu biarkan plan dan satu lagi di campur dengan chocolate hershey's yang telah dicairkan, gaulkan sehingga rata, kemudian masukkan sedikit lagi fresh cream ( dlm 1 sudu besar), gaul sehingga rata.

Setelah cake siap bakar masukkan cheesecake yang plain dahulu ke dalam loyang tadi, kemudian bakar semula dengan menggunakan teknik, double boiling di dalam oven. Setelah 15 minit ke luarkan masukkan pula bahagian cheesecake chocolate tadi masak sehingga 25-30 minit, angkat sejukkan. Siap untuk di makan.
Share |

Award From Doc Inahar

www.tips-fb.com

Award ni pemberian dr Doc Inahar yg selalu bagi dan selalu x lupa pd kita ni...terima kasih yer Ina kerana selalu dlm ingatan....semoga persahabatan dr dlm alam maya ni berpanjangan...terima kasih daun keladi...muahhhhhh....cayang Inaaa....
Share |

Rabu, Mac 11, 2009

Nasi Goreng Thai

www.tips-fb.com

Nasi goreng Thai bawa bekal pergi ofis pada keesokan harinya pulak...sedap nasi goreng ni...bila dah sarapan pagi dgn ni...xyah makan tengahari lagi sbb dah kenyang...kadang2 tu jemu dah beli kat kantin....menu yg sama je...sesekali bawa bekal pulak...resipi ni ambik dr umah Ummi-kuantan...asal dr majalah saji...ummi ni rajin geledah resipi dr majalah..kita c&p je...x rajin mcm ummi ni...sory ye ummi...

Bahan:-
  • 2 mangkuk nasi
  • 2 biji telor
  • 1/2 labu bawang besar - dipotong dadu (*ummi tambah ni)
  • 2 sudu kecil pes tomyam/1 kiub pati tomyam
  • 1/4 cawan sayur campur/lobak & kacang dihiris halus
  • 1 sudu besar cili kisar (*ummi letak 2 sudu besar)
  • 3 - 4 tangkai cili padi - tumbuk (*ummi tambah 8 biji)
  • 1 - 2 helai daun limau purut - hiris halus
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1 batang serai - dihiris halus
  • 1 sudu kecil lengkuas yang dicincang
  • 7 - 8 ekor udang dicelur (*ummi x celur, goreng dgn nasi)
  • Hirisan isi ayam
  • Minyak masak

Cara Memasak:-

  1. Panaskan minyak di dalam kuali dengan api sederhana. Pecahkan telor dan goreng seperti telor hancur hingga masak.
  2. Masukkan bawang, serai, lengkuas, cili padi dan cili kisar. Goreng hingga naik bau.
  3. Masukkan ayam dan kacau. Masukkan pula udang dan pes tomyam.
  4. Masukkan sayuran, daun limau purut dan kacau rata.
  5. Masukkan nasi dan kacau balik hingga rata dan letak garam.
  6. Kacau hingga nasi berasap dan naik bau harum. Tutup api.
Share |

Kuah Dhal Udang & Roti Boom Segera

www.tips-fb.com
Buat sarapan pagi dan untuk bawa pergi ofis...Kuah masak pada malam dan roti panaskan pada waktu pagi...resipi dr umah Ummi- Kuantan lagi...sedap kuah dhal ni tau cicah dgn Roti boom segera...hingga menjilat jari...terima kasih ummi share resipi..c&p jer ye....


Bahan:-
300 gm kacang dhal, rendam semalaman.
1600 ml air
3 sudu rempah kari
10 ekor udang basah
1/2 cawan susu cair
3 ulas bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 tangkai daun kari
garam

Cara Memasak:-
Masak kacang dhal dengan air hingga lembut dan masukkan rempah kari dan masak hingga rempah benar2 masak. Semasa hampir masak, ambil sebahagian kacang dhal dan blend hancur. Tuang semula ke dalam periuk. Masukkan udang, susu cair dan garam. Masak sebentar dan tutup api. Dalam kuali lain, tumis bawang merah, bawang putih dan daun kari hingga layu dan kekuningan. Tuang ke dalam periuk kacang dhal tadi. Siap..
(*Boleh juga tambah kentang semasa memasak kacang dhal)
Share |

Isnin, Mac 09, 2009

Pai Tee

www.tips-fb.com
Pai Tee ni pulak buat untuk minum petang...acuan dah lama beli...tapi dok dlm gobok...baru skrng terbuka hati nak buat..... buat kulitnya senang je...ingatkan takut acuan lekat...sbb selalu acuan baru selalu lekat...mudah2an senang sesangat tanggal nya semasa dlm minyak panas...dulu org panggil pai ni..Singapore pai..mungkin berasal dr Singapore kot...rasa2nya ni makanan China Peranakan...kena tanya dgn en. mat gebu kita tu...kulitnya blh buat byk2 dan simpan dlm bekas kedap udara dan bila nk mkn baru buat intinya... resipi ni jumpa kat My Resipi...yelah siBungamekar dah delete resipinya kan...


Bahan-bahan ( 25 biji )

KULIT PAI:
1/2 cawan tepung beras -guna cawan penyukat (update: bersamaan 75 gm) jika guna cawan minum lebih kurang 3/4 cawan
125 ml air
2 sudu besar telur (lebih kurang 1/2 biji)
1/2 sudu teh kapur makan
1/2 sudu teh garam
Acuan pai tee

INTI:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
30 gram udang kering-rendam dan tumbuk halus
1/2 sudu teh garam
Sayuran potong memanjang /parut:
- 1 batang lobak merah
- 1 biji sengkuang
- 1 batang timun
********
1/4 cawan kacang tanah (bakar dlm oven)
Sos pencicah


Cara-cara

UNTUK KULIT PAI:
Satukan semua bahan-bahan -tepung beras,air,kapur,telur dan garam, gaul hingga sebati.
Panaskan minyak cukup untuk merendamkan acuan pai. Panaskan juga acuan pai dalam minyak.
Celupkan acuan pai dalam adunan kulit pai.Jangan sampai penuh,tinggalkan sedikit ruang di atasnya.-lihat gambar
Masukkan ke dalam minyak panas. Pastikan api sederhana kecil.
Biarkan seketika.Jangan keluarkan sampai ia agak masak,jika tidak kulit pai akan terlipat. Bila sudah keras sedikit tolakkan keluar dari acuan menggunakan garfu. Balikkan sekali-sekala hingga kekuningan barulah diangkat.Biar sampai kekuningan supaya kulitnya garing. (Dlm gambar ni tak nampak kuning pula).Toskan minyak dan simpan dalam bekas kedap udara.

UNTUK INTI:
Tumis bawang putih dan bawang besar..Bila garing masukkan udang kering dan garam. Tutup api.
Masukkan lobak merah,sengkuang dan timun.Gaul rata. Kemudian isikan inti ke dalam pai tadi.
Tabur sedikit kacang tanah keatasnya dan tuangkan sos pencicah. Makan segera.

***Untuk buat sos ni adalah cara sendiri

UNTUK SOS:

3 biji cili merah

2 biji bawang putih

Sedikit sos cili

Sedkit perahan air limau kasturi/nipis/cuka makan

Sedikit gula dan garam

Cara:

Kisar semua cili ,bwg putih,gula dgn sedikit air hingga hancur, kemudian campurkan sos cili,perahan sedikit limau dan sedikit garam...gaul hingga sebati kemudian curahkan dlm periuk dan jerang atas api hingga mendidih dan sedikit pekat.



Share |

Lempeng Pisang

www.tips-fb.com


Lempeng pisang ni buat untuk Breakfast...dah lama x buat lempeng ni,baru teringat nak buat bila tengok kat umah Jun tempohari...kadang2 kalau x tengok,x teringat nak buat...hehehe...mmg sedap makan panas2...

Bahan2
5 biji pisang masak
1 cawan tepong gandum (ikut suka nak buh byk mana.. kalau suka pisang lebih.. kurangkan tepungnya)
2 sudu besar gula (ikut suka juga nak manis boleh lebihkan)
secubit garam
sedikit minyak utk mengoreng
jika suka boleh campur 2 ~ 3 sudu kelapa parut yg agak muda..kalau xde takpe

Cara menyediakan
1. Pisang dilecek bersama gula & garam hingga hancur.
2. Campurkan tepung gandum & kelapa parut sehingga rata.
3. Panaskan kuali bubuh sedikit minyak.
4. Masukkan sesenduk adunan pisang dlm kuali dan ratakan. Biar sehingga masak & agak garing kemudian balikkan. (Tambah sikit minyak jika perlu.) Bila masak kedua2 belah.. angkat & bolehlah dinikmati semasa panas2


*Kalau pakai kuali non stick..x perlu bubuh minyak pun..xpe
Share |

Sabtu, Mac 07, 2009

TAG dari ANN dan YATT

www.tips-fb.com
TAG ni datang nya dari http://ann-dehouzze.blogspot.com dan http://princessharyati.blogspot.com/.....disini kita hayati impian masing2 yer...angan2 je lebih...kalau jadi kenyataan....alangkah bahagia nya hidup ini....hidup mesti ada impian kan....kalau xde impian hidup rasa kekosongan...cewahhhh....rasa2nya byk yg x tercapai.....jadi kita berangan dulu....berangan x kena bayar kan....bila dah berangan,rasa2 dah dptlah yg dihajati ni...seronok berangan ni tau.....wakakaaaa........


1)Make a list of what u want on your birthday
2)The list should be 10 numbers
3)post the image of this award to your posting
4)give it to 10 frens of yours




1- Bilik beradu yg luas dan selesa...senang nak bersantai....macam Tuan Puteri...




2- Pergi umrah dan melancung bersama keluarga





3- Kitchen kabinet berwarna putih dan dapur yg luas...senang keluarga datang makan2 sambil lepak...



4- Candle light dinner bersama insan yg tersayang



5- Kereta yg comel...senang lepas bila jalan sesak




6- Rumah ala2 cottage berwarna putih



7- Kelas baking...nak belajar segala jenis pastry dan kek




8- Kitchen ware,mixer baru yg canggih dan oven yg besar....senang nak baking banyak2






9- Bercuti di sebuah pulau peranginan



10- SPA...nak belai dan manjakan diri.....



Hahaha....just angan2 kelakar untuk berhibur...x mintak pun....angan2 mat jenin jer...semoga selamat dunia akhirat dan diberi kesihatan yg baik dah lah...
sesiapa kekawan di bawah ini sila buat homework terima kasih.

1.Zaiy- Dubai (jgn layan sgt angin "M" tu..meh buat h/w)
2.Siti Mariam- Utara (jgn asyik dok dapur jer..meh buat h/w plk)
3.Doc Inahar - (dah balik bercuti kena buat h/w)
4.Chikgu Zana - Batu Pahat
(w/pun sibuk adik nk kawin)
5.Ummi - Kuantan (lps adik kawin..lps urut2 badan...meh buat h/w)
6.Anawahid - Batu Pahat
7.Maria - Kota Kinabalu (Sabah)
8.Nor - Dubai (anak dah tido..meh buat h/w plk)
9.Nur - Singapore (meh rajinkan diri buat h/w...jgn layan perasaan)
10.Bungamekar - Ampang (lps jln2 dgn kete baru..pasni buat h/w..jgn maleh)
Share |