Rabu, April 29, 2009

Fruit Tartlet

www.tips-fb.com
Ni projek malam tadi....bab nak perabis baki buah peach dan anggur...tapi kulit tart dah buat awal dua hari lepas...jadi senang dan cepat sikit keje...tart ni nak bagi pada budak training kat ofis tu...dia dah habis training,budak ni rajin sgh...jadi nak bagi buah tangan padanya utk dibawa balik utk ibunya...ni pinjam utk posing amik gambar je...anak2 kat rumah x gemar dgn tart ni....resipi dr Mamafami....thanks mama..


FRUIT TARTLET
Sumber : Chef Alex Goh

PASTRY

Bahan-bahan :

(A)

200g mentega
100g gula ising
1/4 sudu kecil esen vanila

(B)

1 biji telur

(C)

420g tepung
1 sudu besar susu tepung

Kaedah penyediaan :

1. Putar (A) hingga lembut. Masukkan (B) dan terus memutar hingga gebu.

2. Masukkan (C) dan gaul hingga doh yang lembut dan licin terbentuk.
3. Ambil sedikit doh dan tekankan ke dalam acuan tat. Potong lebihan di tepi-tepi acuan dengan pisau.
4. Cucukkan dasar tat dengan garfu. Bakar selama 12 minit atau hingga perang keemasan. Keluarkan dari acuan dan biarkan sejuk. Simpan di dalam bekas kedap udara.


INTI KASTAD
Sumber : Rinn

Bahan-bahan :

2 sudu besar tepung gandum

2 sudu besar tepung kastad atau tepung jagung (sy guna tepung kastard)
8 sudu besar gula
2 cawan (500ml) susu segar
2 biji telur
2 sudu besar mentega

Kaedah penyediaan :


1. Campurkan tepung gandum, tepung castard/tepung jagung dan gula ke dalam periuk. Campurkan 2 sudu besar susu dan kacau rata.
2. Masukkan telur dan kacau rata.
3. Tuangkan lebihan susu ke dalam bancuhan.
4. Masak di atas api perlahan dan kacau selalu agar bancuhan tidak berketul.
5. Bila bancuhan menjadi pekat dan bersinar, padamkan api dan biarkan sejuk.

Cara yg ni C&P dr CMG...

UNTUK FRUIT TART :- Ambil satu kulit tat, sudukan sedikit coklat cair. Ratakan, buat hingga habis, masukkan dalam peti sejuk 1 - 2 minit, untuk mempercepatkan coklat keras. Masukkan pastry cream dalam piping beg yang dipasang muncung bintang, picit pastry cream ke dalam setiap kulit tat (seperti dalam gambar diatas). Buat hingga siap. Hias dengan buah2an kegemran, sapu dengan sedikit piping gel untuk mengilatkan tat. Boleh dihidangkan...
Share |

Marble Cheese Brownies

www.tips-fb.com
Dah ramai mencuba brownies ni....kita yg ketinggalan...semalam buat utk bawa keofis kerana ada sedikit jamuan...Bila tengok brownies ni..nak gelak pun ada gak....x menyerlah keayuan nya....eehh mcm manusia plk...yang sebenarnya semasa bakar brownies ni...terleka...hingga kehangusan cheese nya...nasib x rentung.... jadi cheese nya dah jadi kulit melayu sawo matang...x jadi kulit mat saleh...tp bak kata zanaz Bangi...texture nya sebiji kek coklat bukan brownies...xpelah janji sedap dan ada penggemarnya....resipi c& p dr zanaz je...thank zanaz...


MARBLE CHEESE BROWNIES

Brownies :
250g butter
1 cwn serbuk koko
3 biji telur gred B
1 1/2 cwn gula castor
1/2 cwn susu cair
1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB 1 tsp baking powder 1 tsp soda bikarbonate
1 tsp esen vanilla

1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.

Bahan-bahan lapisan cheese:
250g cream cheese
1 cwn gula castor - ku letak dlm 60 gm je
1 biji telur gred B

1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.

*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong
Share |

Lemak Cili Padi Udang dgn Buncis

www.tips-fb.com
Ini lauk dinner semalam.... pekena dgn goreng sepat masin dan sambal tumis...cukup berselera makan dgn nasi panas...
Share |

Sabtu, April 25, 2009

Roti Jala II

www.tips-fb.com
Buat untuk minum petang dihujung minggu....buat roti jala ni,penat berdiri menjala dan menggulung...kalau buat banyak,hampir berjam jugalah berdiri...masa buat ni,sempat lagilah menjala sambil duduk atas kerusi...dah x tahan... lengoh...tapi buat sendiri ni berbaloi dr membeli ....resipi ada disini...

Share |

Sup Ayam II

www.tips-fb.com
Diantara lauk2 sempoi yg dimasak hujung2 minggu....lauk feberet anak bujangku...
Share |

Bubur Cha Cha II

www.tips-fb.com
Buat bubur cha cha ni lagi hujung minggu...tapi tambah keladi pulak...supaya nampk lebih ceria....tambah keladi baru cukup syaratkan dan lagi sedap....resipi ada disini...



Share |

Kad besday dr K.Intan

www.tips-fb.com

Hadiah DrK.Intan....dah seminggu berlalu...tp baru nak tepek....xpelah ye...janji x lari dr bulan april....tima kasih byk2 k.Intan....saya sangat menghargainya....muahhhh....K.Intan...
Share |

Khamis, April 23, 2009

Bun Kari

www.tips-fb.com
Ni projek malam semalam....balik dari keje,dah siap hidangan untuk makan malam,pastu jalankan projek meroti pulak...uli pakai tangan je...xde BM lagi,kalau ada alangkah senang nya...tekan "ON" je...beres keje...xyah nak nguli2...roti ni sedap makan panas2....esok hari nya buat sarapan pagi dan bawa bekal keofis,bagi kawan2 rasa...mereka kata sedap...resipi dr CMG yg rajin bab2 meroti ni....


Bahan Inti :-)
2 cawan kentang yang telah didadu, rebus hingga empuk
1 tin tuna dalam tin, toskan
1 biji bawang besar, dadu kecil
2 ulas bawang putih, cincang halus
1/2 cm halia, cincang halus
1 1/2 camca besar serbuk kari ikan
1/2 camca teh serbuk lada hitam (optional)
1 tangaki daun kari
1/2 cawan air
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Lain :-)
1 bahagian "basic sweet dough" boleh rujuk sini utk resipi...


Cara membuatnya :-)
  1. UNTUK INTI :- Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang besar, bawang putih, halia dan daun kari hingga wangi. Masukkan rempah kari, serbuk lada hitam (jika guna) bersama air. Masak hingga terbit minyak. Masukkan ikan tuna dan kentang, gaul rata. Tambah garam dan gula secukup rasa. Masak hingga kering sedikit. Angkat dan sejukkan.
  2. UNTUK BUN KARI :- Bagi2 kan doh kepada 16 bahagian (atau mengikut kuantiti yang diinginkan), leperkan doh, isi satu camca besar inti, dan cantumkan. Bulat2kan, susun dalam dulang pembakar yang telah disapu dengan mentega. Buat hingga siap. Sapu sedikit air pada permukaan doh roti. Tutup dengan kitchen towel dan biar 45 minit. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 15 minit atau hingga masak. Keluarkan dari oven dan sapu dengan mentega semasa roti masih panas....
Share |

Mango Spin

www.tips-fb.com
Cuaca panas ni....jom kita layan mango spin....resipi dr Kak Fida@MyR...mmg best masuk anak tekak...


Bahan-bahan ( 2 orang )
1 biji mangga manis - ambil isinya
1 gelas ice cream soda
1 gelas susu segar atau susu cair
ketulan ais secukupnya.


Cara-cara
Masukkan kesemua bahan2 ke dalam blender dan kisar hingga hancur dan sebati.
Tuangkan ke dalam gelas dan segera dinikmati.
Share |

Selasa, April 21, 2009

Peach Tart

www.tips-fb.com

Ini kes terliur tengok Peach Tart kat umah Inahar terhidang tempohari...Ina c&p dr umah K.Ina KL,kita c&p plk dr umah Inahar....cantiklah tu...hehehe!..resipi asal dr blog Suhana's Sweet Savoury...tapi C&P dr umah Inahar jer...thanks Ina...


Bahan Untuk Pastri

1. 250gm tepung (akak guna tepung serbaguna)
2. 50gm badam kisar(halus)

3. 60gm gula castor

4. 125gm mentega (suhu bilik)

5. 1 biji telur (suhu bilik)

6. 1 sudu teh esen vanilla.


Caranya

1. Gunakan senduk kayu pukul gula dan mentega sekadar sebati.

2. Masukkan badam kisar, tepung , telur dan esen vanilla.
3. Gaul sebati sahaja.jadikan doh....jangan lama sangat gaul ye...(
Do not overknead or pastry won't be flaky) takut nanti pastri jadi keras. Masukkan doh ke dalam plastic cling dan simpan dalam peti sejuk selama 30 minit atau lebih.
4. Selepas 30 minit atau lebih keluarkan doh dan canai lebih kurang 18-20cm. Sapu bekas tart dengan mentega. Hati-hati masukkan pastri dan kemaskan
tepinya.
5. Simpan semula kedalam peti sejuk selama 20 minit.

6. Selepas 20 minit keluarkan dari peti sejuk dan cucuk pastry dengan menggunakan garpu.
7. Bakar di dalam oven suhu 180C lebih kurang 12 minit ataupun perang.
8. Sejukkan sebelum di masuk filing.


Filing

1. 20gram tepung serbaguna
2. 120gram badam kisar(i guna badam kisar + cincang)

3. 100gram gula perang

4. 125gm mentega (suhu bilik)

5. 1 biji telur


Cara-cara

1. Gunakan whisk dan kacau kesemua bahan diatas sekadar sebati sahaja.

Ketepikan.

Bahan untuk dimasukkan ke dalam filing.

1. 1 tin buah peach (I ganti dgn mangga)
2. Gula aising (diayak keatas tart)


1. Tuang filing ke dalam kulit pastri. Susun potongan mango yang telah ditos
.
2. Bakar di dalam suhu 170C selama 40 minit bergantung kepada oven masing-
masing.
3. Cucuk dengan lidi (cake tester) di tengah untuk pastikan filing sudah masak ataupun belum. Jika bersih maknanya filing dah masak. Ayakkan gula aising diatasnya.


Share |

Strawberry Smoothie

www.tips-fb.com
Memang best minum cuaca panas terik ni...nyaman je masuk tekak....kebetulan buah strawberry ada stok kat umah....layan jelah tekak ni....resipi dr Yatiezaini@MyR...thanks yatie...

Bahan-bahan ( sorang jer )

  • 2 biji strawberi
  • 1/4 biji isi mangga yg masak
  • 1/2 cup yogurt / lebih kurang 70gms
  • 1 sb susu pekat
  • 1 sb gula
  • 1/2 gelas air
  • Ais ketul secukupnya

Cara-cara

  1. Semua bahan disatukan dan blend hingga smooth
  2. Tuangkan kedalam gelas dan boleh lah dihias mengikut citarasa masing2 ..
  3. Gula n susu blh dikurangkan mengikut citarasa masing2 .. saya punya mangga tuh ada masam skit sbb tuh saya tambahkan kemanisan tuh skit
Share |

Ahad, April 19, 2009

Udang Wangi

www.tips-fb.com

Diantara lauk pilihan yg dimasak semalam bersama kerabu kerang pucuk paku....wangi sungguh lauk ni bila tengah dimasak,sbb ada aroma udang kering dan daun kari tu...ada rasa kelainan dr sambal biasa....resipi dr dapur Rinn...tima kasih Rinn...kata Rinn resipi asal dr Buku Puan Halimah Shuib yg terkenal dgn masakkan Negeri Johor tu...


UDANG WANGI
Sumber : Buku Masakan Tradisi Halimah Shuib

Bahan-bahan:
300gm udang basah saiz sederhana/besar, dibersihkan dan dibelah belakang
Segenggam udang kering, direndam dan dirumbuk halus
3 sudu besar cili kisar
3 tangkai cili api, dicincang halus
3 tangkai DAUN KARI...
5 ulas bwg putih, dicincang halus
1/4 cawan air
Minyak masak utk menumis
Beberapa titis minyak bijan
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:
1. Panaskan minyak masak dan tumiskan bwg putih bersama daun kari.
2. Masukkan udang kering, cili kisar dan cili padi.
3. Tuangkan air dan kacau. Biar medidih.
4. Masukkan udang dan minyak bijan. Kacau rata. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
5. Angkat dan hidang.
Share |

Kerabu Kerang Pucuk Paku

www.tips-fb.com
Ni diantara lauk yg dimasak semalam....kerabu ni dah lama teringin nak buat,bila nampak terhidang kat umah Zanaz Bangi haritu...dah lama rasanya x buat kerabu ni,diantara lauk feberet ni...kerabu ni sedap dimakan dengan nasi panas dan dan juga diratah begitu saja...sesuai pada orang yg nak berdiet tanpa nasi...nak buat pun ringkas je...resipi dr majalah saji...buat 1/2 je dr resipi ni...


Bahan-Bahan:-

1 ikat pucuk paku (dicelur)
1/2 kg taugeh (dicelur)
1 kg kerang (direbus)
2 sudu besar kerisik
3 ulas bawang merah (dihiris)
3 biji limau kasturi
3 tangkai cili merah(ditumbuk)
10 tangkai cili padi (ditumbuk)
sedikit belacan - sy x letak,tp ganti dgn udang kering yg ditumbuk
Garam dan secukup rasa

Cara:-
  1. Siang pucuk paku dan celur,begitu juga tauge dan kerang.
  2. Masukkan semua bahan-bahan didalam mangkuk dan gaul rata dan perahkan asam limau... Sedia untuk dihidangkan
Share |

Jumaat, April 17, 2009

Mango Mousse

www.tips-fb.com
Ni projek 3 hari lepas...buat lepas makan malam....tengah rajin memuding...layan je lah...buah mangga petik dr kebun J.Jusco....manis mangga ni...sekarang kan tengah musim buah mangga...dimana2 ada mangga...puding mangga pun ada musim gak..... kat umah Zana,umah Ummi pun ada...hihihi...sedap kan...best makan waktu cuaca panas ni...resipi macam biasalah dr Yani@MyR....


Bahan-bahan ( 3-4 orang )
  • 200g yogurt tanpa perisa
  • 100ml susu segar
  • 1-2 biji mango
  • 16g gula
  • 5g gelatin + 1 sudu besar air panas

Cara-cara

  1. Kupas kulit mango. Masukkan semua bahan kecuali gelatin ke dalam blender or mixer. Mix sehingga semuanya sebati.
  2. Masukkan pula gelatin. Mix lagi dalam 1-2 minit.
  3. Tuang ke dalam acuan. Sejukkan dalam peti sejuk.
  4. Hiaskan dengan mango yg dipotong dadu sebelum dimakan.
  5. Note: Kalau mango tu manis, boleh kurangkan gula. Kalau takde fresh mango, boleh guna yg dalam tin.
Share |

Award Dari Bumi Sakura....

www.tips-fb.com

Terima kasih bebanyak award datangnya dr Aishah di Bumi Sakura Japan tu...pemberian mu akan tetap dikenang dalam ingatan....dan menjadi kenang2an...Award ni direka khas olih Hubby nya...tima kasih juga pada pereka nya...cantik....
Share |

Award dr Doc Inahar Dan Ann

www.tips-fb.com
Tima kasih bebanyak pd Ann dan Doc Inahar yg jauh dimata...tapi dekat dihati...kerana x jemu menganugerahkan award kpd akak dan rakan2...sikap Inahar dan Ann yg mudah mesra ni,yg memmbuat dok teringat2....muahhhh...
Share |

Award Lagiiiii......

www.tips-fb.com

Ni pulak award dari Ann dan AlongRoz ...tima kasih banyak2 kedua2 nya,sebab bagi award ni..i love your blog too....lain kali jgn lupa bg lagi ye...heh!heh!

1.The winner can put the logo on his/her awesome blog


2. Link the person you received your award from..

http://ann-dehouzze.blogspot.com dan http://homekreation-recipes.blogspot.com

4. Put links of those blogs on yours.
Betul kata Ummi...tang ni yg lomah den...nk pikir2...rasa2 nya dah ramai yg dpt award ni dan kepada sesiapa dtg kesini ,jemputlah ambik award ni yer...jgn malu2...

4. Leave a message on the blogs of those you’ve nominated -
Kepada sesiapa yg singgah meh la amik award ni ye..
Share |

Khamis, April 16, 2009

Bread Butter Pudding

www.tips-fb.com

Memandangkan susu segar dah nak hampir expired...maka nilah projek kecik malam tadi...anak kata sedap puding ni....mama dia rasa lagi sedap....hehehe....resipi dr Yani@MyR...

Bahan-bahan ( 5-6 orang )

  • *Karamel*
  • 1/2 cawan gula
  • 2 sudu besar air
  • 2 sudu besar air suam
  • ---------------------------------------
  • 2 keping roti
  • sedikit butter
  • 4 biji telur
  • 600ml susu cair/susu segar
  • 8 sudu besar gula halus
  • sedikit esen vanila
  • sedikit kismis(optional)

Cara-cara

  1. Sapukan acuan dengan butter. Panaskan oven hingga suhu 180C
  2. Sapukan roti dengan butter. Kemudian toast roti selama 3-4 minit. Potong roti sebesar 1-2cm. Ketepikan.
  3. Sediakan karamel. Masukkan gula dan 2 sudu besar air ke dalam periuk. Panaskan sehingga perang. Kemudian tutup api dan tambahkan 2 sudu besar air suam. Masukkan karamel ni ke dalam acuan yang telah disapu dengan butter tadi. TIP: Masa mula-mula panas gula tu jangan kacau sehinggalah gula nampak perang. Lepas tu bolehlah dikacau sehingga warna perang yg diinginkan.
  4. Dalam bekas lain, masukkan telur, gula, esen vanila dan susu sambil dikacau. Masuk bahan-bahan ikut urutan supaya senang nak sebati. Kemudian tapiskan sebatian ini ke dalam acuan yang ada karamel tadi.
  5. Letakkan kepingan roti yang dah di toast tadi dan juga kismis ke dlm no.4.
  6. Letakkan acuan ini ke dalam dulang oven dan masukkan sedikit air suam ke dalam dulang tersebut tp BUKAN dalam acuan puding. Kukus selama 40 minit.
Share |

Selasa, April 14, 2009

Strawberry Mousse

www.tips-fb.com

Dah ramai rasanya buat strawberry mousse ni...baru teringin nak cuba...buat malam tadi...dah lama jugak peram strawberry ni,takut busuk plk,maka buatlah dessert ni...cadang mula2 nak buat kek...terbantut plk projek...layan jelah mousse yg simple dan sedap ni...resipi dr Yani...c&p dr MYR...thanks Yani....


Bahan-bahan:- ( 6-8 orang )

10g(2tbsp) gelatin
100ml air panas
200g strawberry
70g gula
200ml fresh cream/whipping cream
1 sudu besar lemon jus

Cara-cara:-
1. Campurkan gelatin dengan air panas. Kacau biar gelatin tak nampak ketul-ketul. Boleh juga panaskan dengan microwave.
2. Buang tangkai strawberry. Dengan mixer/blander kisar strawberry, gula, fresh cream sehingga semua sebati .
3. Masukkan pula gelatin dan s lemon. Mix sekejap. Tuangkan ke dalam bekas yang sesuai dan sejukkan.
Share |

Mee Goreng Sempoi

www.tips-fb.com

Ni menu sarapan pagi...sempoi2 je....
Share |

Isnin, April 13, 2009

Kerutuk ayam

www.tips-fb.com
Kerutuk ayam masak untuk makan tengahari hari ahad...ingatkan nak masak ikut resipi....tapi bila pergi GIANT supermarket...ternampaklah plk pes ready made kerutuk ayam buatan dr Pantai
Timur ni...nampak mcm sedap jer...terus sambar
...xyah fikir2 lagi,dapat pes ready made lagi senang keje...xyah lama2 dok kat dapur nak tumbuk bahan2...sesekali xpelah kan...yelah kita bekerja ni,asyik mengejar masa jer...sedap jugak rasa pes SERI TANJUNG ni...ni pertama kali mencuba....



Bahan2:-
1 bungkus Rempah Giling SERI TANJUNG
1/2 ekor ayam/500 gm daging
1/2 cawan air
2 cawan santan pekat
1/2 keping asam keping
4 biji cili hijau (saya tambah) *

Cara:-
1. Panaskan 1 bungkus rempah Giling SERI TANJUNG bersama ayam/daging dengan 1/2 cawan air sehingga separuh empuk.
2. Masukkan santan dan asam keping,tambah perasa jika perlu.
3. Didihkan selama 25 minit sehingga ayam/daging dan kuah menjadi pekat.
4. Sedia untuk dihidangkan.
Share |

Sayur Goreng Campur (Sambal Goreng)

www.tips-fb.com
Masak sayur ni lawan dengan ayam masak kerutuk...bolihlah tu...dah lama teringin nak buat sayur goreng ni,tapi menu lain plk menunggu...kalau emergency,mmg x bolih masak sayur ni...sbb semua bahan2 nak digoreng,tu yg leceh sikit...tapi mmg suka dgn sayur ni...ratah gitu je pun sedap....resipi dr dapur Mamafami...thanks mama....


Bahan2:-
Kentang ~ dipotong dadu
Tempe ~ dipotong dadu
Tahu putih ~ dipotong dadu
Kacang panjang ~ dihiris menyerong
Bawang besar ~ dihiris
Bawang putih ~ dihiris
Cili hidup ~ dihiris
Su un ~ direndam
Udang segar bersaiz kecil (mama gunakan udang kering aje, rendam)
Air asam
Belacan
Santan
Garam
Gula
Minyak masak

Kaedah penyediaan :

1. Goreng kentang, tahu putih dan tempe berasingan, hingga kuning keemasan. Ketepikan.

2. Dengan sedikit sahaja minsyak, goreng sayur kacang panjang hingga lembut. Ketepikan.
3. Panaskan minyak di dalam periuk dan masukkan hirisan bawang besar, bawang putih dan cili hidup.
4. Masukkan pula udang segar dan su-un.
5. Di dalam mangkuk yang kecil, gaulkan air asam dan juga sedikit belacan. Tuangkan ke dalam tumisan tadi dan kacau sebati.
6. Masukkan sedikit santan kelapa agar sayuran tidak menjadi terlalu kering.
7. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
8. Setelah mendidih, masukkan kesemua sayuran tadi dan kacau sebati.
Share |

Jumaat, April 10, 2009

Choc CupCake Lagiiii........

www.tips-fb.com

Buat semasa adik beradik datang hari tu....lupa plk nak posing..hihihi...anak2 nya suka makan...tu yang terajinkan diri sikit....resipi disini...
Share |

Rabu, April 08, 2009

Mee Rebus Singapore

www.tips-fb.com
Masak pada hari cuti baru ni untuk jamu adik dan kakak dan anak2nya yg datang kerumah...kerana sibuk tetamu dtg,sampai terlupalah plk nak snap gambar yg masih byk bahan2 rencahannya,dah balik baru teringat nak snap gambar,maka ini jelah yg tinggal tanpa telur rebus dan udang...dah x cun dah setnya..mee rebus ni ada rasa kelainan sikit...sbb ada taucu, resipi dari Khatijah Ibrahim(Khaty- penyanyi) yg mmg terkenal dgn keenakan masakannya tu...ambik dr keratan sebuah majalah yg dah lama juga disimpan...mee rebus ni dah byk kali juga dimasak...

MEE REBUS SINGAPURA
(Hidangan untuk 10 orang)

Bahan2 untuk kuah:-
2 cawan besar cili kering yg dimesin
5 batang serai (dimesin halus)
5 sudu besar rempah kari daging
1/2 kilo ubi keledek merah (dikupas,rebus dan dimesin.Air rebusan ubi keledek jangan dibuang)
5 sudu besar taucu (dimesin)
3 inci lengkuas (diketuk)
3 inci kunyit hidup (ditumbuk)
1/2 kilo udang segar (dimesinhalus)
1/2 kilo daging cincang - sy letak daging batang pinang (cepat empuk)
10 ulas bawang merah kecil (dimesin)
6 ulas bawang putih (dimesin)

Bahan hiasan mee:-
2 kilo mee kuning (dicelur)
1/2 kilo tauge (dicelur)
5 biji telur rebus
Daun bawang/sup
Limau kasturi
Cili merah/cili hijau dihiris
Bawang goreng
Tahu goreng
1/2 kilo udang rebus

Cara memasaknya:-
  • Panaskan satu cawan minyak masak,tumis bawang putih dan bawang merah hingga garing
  • Masukkan cili kering,kunyit,serai,serbuk kari dan tumis hingga garing
  • Masukkan daging cincang dan 4 cawan air bersama air rebusan ubi keledek.Biarkan daging empuk
  • Kemudian masukkan pula udang dan taucu,biarkan kuah mendidih dan masukkan gula dan garam secukup rasa
  • Untuk memekatkan kuah,tuangkan ubi keledek merah yang dimesin halus,biarkan mendidih sekali lagi.
Share |

Bubur Cha Cha

www.tips-fb.com
Bubur ni diantara yg dihidang semasa adik beradik dan anaknya dtg kerumah cuti baru ni,selain mee rebus Singapura...resipi ni ceduk dr dapur ummi jelah ye...maleh nak pikir2 masa nak taip...sbb nampak ada kat dapur ummi tempohari,tima kasih ummi ceduk resipi ni...

Bahan:-

  • 1 cawan bubur cacha kering
  • 500 ml santan
  • 2/3 cawan gula pasir/secukup rasa
  • 2 helai daun pandan - disimpul
  • 2 biji keledek merah sederhana besar - dibuang kulit dan dipotong kecil
  • secubit garam

Cara Memasak:-

  1. Basuh bubur cacha dan rebus dengan air biasa hingga lembut. Toskan dan ketepikan.
  2. Dalam periuk masukkan ubi dan santan dan masak dengan api perlahan.
  3. Masukkan gula dan secubit garam dan biar mendidih dan ubi empuk.
  4. Masukkan bubur cacha tadi dan masak sebentar hingga mesra.
  5. Tutup api dan hidangkan panas atau sejuk pun best..
Share |

Award Dari Anawahid

www.tips-fb.com


Dapat award dari Anawahid yang dok kat Batu Pahat,Johor tu...Ana ni mmg murah hati,selalu share award pada kengkawan...terima kasihlah Ana,kzai mmg menghargainya...mmg cun2 award ni....
Share |