Ahad, Mei 31, 2009

Oreo Cheese Cake

www.tips-fb.com

Dah lama pending nak buat oreo cheese cake ni....petang semalam buatlah juga nak melepaskan niat dihati...selagi tak buat tak puas hati nak mencuba....makan tak seberapa,perasaan nak mencuba tu yg kuat sangat....resipi kutip dr dapur ummi....ummi dah buat 3 kali dah...mestilah sedapkan....jom tengok resipinya....thanks ummi...

Bahan:-
30 keping oreo cookies (buang cream tengah) - kisar halus (2 bungkus)
1/4 cawan butter - cairkan
Bahan Filling:-
16 oz (2 cawan) cream cheese - lembutkan
1/2 cawan gula halus
1/2 sudu teh esen vanila
1/2 cawan sour cream - sy letak plain yogurt (1 pek kecil)
2 biji telor
1 cawan oreo yang dicincang halus


Cara Menyediakan:-

Base :- gaulkan oreo kisar dengan butter cair rata-rata. Tekan dalam loyang yang telah digris dan dialas. Pre-heat oven pada suhu 180 Celcius.

Filling:- Pukul cream cheese, gula dan esen vanila dengan kelajuan sederhana hingga benar-benar sebati. Masukkan sour cream dan pukul sebati. Masukkan telor satu persatu dan pukul sebati. Kemudian masukkan oreo yang telah dicincang halus tadi, kaup balikkan hingga rata. Bakar secara "steam bake" (letak loyang adunan dalam loyang lain yang berisi air) pada selama 45 minit/hingga bahagian tengah benar2 masak. Sejukkan sekurang-kurangnya selama 4 jam/bermalam.

Share |

Sabtu, Mei 30, 2009

Air Tembikai Laici

www.tips-fb.com
Dah ramai rasanya kawan2 menayangkan air ni....tu yg tak bolih tahan,sekarang pun memang musim laici....sana sini laici...merata-rata ada laici dijual...harga pun tak lah mahal sangat...rasanya pun manis....cuaca panas2 gini mmg sedap layan tekak dgn air ni...air ni letak laici fresh dan blend sekali dgn buah tembikai....resipi dr Ros onigiri@MyR...nak gi umah Ros ni,tak leh masuk lah,byk tol...tak lepas2 lagi....camna eikkk....


Bahan-bahan ( menghasilkan 2 gelas jus )
  • Beberapa Potong Tembikai
  • 1 gelas air laici dalam tin- sy letak letak
  • 8 biji buah laici - letak laici fresh
  • beberapa ketul air batu

Cara-cara

  1. Potong dadu tembikai dan buangkan bijinya, kemudian blender bersama air laici tadi.
  2. Tuang jus didalam gelas dan campurkan buah laici dan beberapa ketul air batu. Siap untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.
Share |

Selasa, Mei 26, 2009

Puding Karamel

www.tips-fb.com


Walaupun puding ni agak mudah dan senang.....tapi baru berkesempatan nak membuat....tapi selalu buat puding ni agak kasar dan berlubang2 mcm ada gelembung buih....tapi bila cuba resipi yang ni,mmg tak mengecewakan dgn rasa yg lembut dan tekstur nya yg halus dan tak berapa manis....mmg sedap...resipi ni ambil dr FP Mamasya resipi asal dr FP Feqah dan ada ceduk sedikit petua dr Chef Noraini yg pakar kek tu...




Puding Karamel Feqah

Bahan-bahan :
Untuk gula hangus:-
1 cawan gula pasir
1 cawan air panas

Untuk Puding:-
4 biji telur
1 tin susu cair
2 sudu besar esen vanila
2 sudu besar tepung jagung/tepung kastad

Cara Membuatnya :
1. Masak gula hangus hingga cair. Tuangkan air panas.Kacau hingga sebati.
2. Kisar telur hingga kembang dan masukkan susu cair. Kisar lagi hingga sebati.
3. Masukkan esen dan tepung jagung dan kisar sebentar.
4. Tuangkan 1/2 adunan gula hangus dalam loyang 8 inci.Tuangkan adunan puding.
5. Kukus 20 minit hingga masak.

Tips membuat puding karamel:
1. Untuk membuat gula hangus, masukkan gula ke dalam periuk dan panaskan dengan api perlahan.Kacau supaya tidak hangit .Jika ia hangit, rasanya akan pahit.
2. Setelah gula hangus cair dan bewarna keperangan, tuangkan air panas atau air paip.
3. Kacau segera supaya gula tidak berketul. Kacau hingga cair.
4. Telur dan susu dikisar hingga sebati.
5. Tapiskan adunan sebelum dituang ke dalam loyang.
6. Biarkan puding sejuk dalam loyang sebelum diterbalikkan dalam pinggan.
Share |

Ahad, Mei 24, 2009

Mee Udang

www.tips-fb.com


Menu ni buat tengahari tadi....jadi tak makan nasi,cuma makan mee udang ni je sampai dinner....ayat yg dah biasa....hari tu terliur tengok hidangan mee udang Mamasya,tapi kuah nya mamasya campur dgn ketam sekali,tapi yang ni udang saje....mee ni mmg sedap dan tak rugi mencuba nya....sbb ada aroma udang kering dan rasa manis udang.....nak buat pn ringkas je....anak2 makan pun bertambah... sumber resipi dr Che Iza@MyR..... c&p dr FP Mamasya.....terima kasih kedua nya.

MeeUdang
Sumber : Che Iza @ Myresepi
(Resepi asal guna udang saja)

Bahan-bahan ( 3-4 org )
* 1/kg mee kuning - lebih 1 kg
* 300 gm udang saiz L@apa2 saiz-campur udang dgn ketam dlm 500 gm
* 4 sb lada boh / lada giling
* *4 ulas bawang merah
* *3 ulas bawang putih
* *1 sb udang kering- letak 2 sb
* *1/2 inci halia
* 1 sb petis
* 3 sb sos tomato-lebihkan sos
* 1 sb sos cili
* keledek / kentang yg tlh direbus n di lenyek (optional- utk pekatkan kuah)-letak 1 ketul ubi keledek
* gula n garam
* taugeh n sawi
* daun bawang n bawang goreng,
**tambah telur rebus,tauhu goreng & limau nipis

Cara-cara
1. Rebus udang hingga masak... tapis keluar udang n asingkan.. Air rebusan jgn buang....
**ketam direbus juga dan asingkan air rebusan.
2. Tumis lada boh hingga garing... Kisar bahan bertanda *... Tumis lak bahan kisar.... hingga betul garing n naik bau....
3. Masukkan air rebusan udang&ketam biar kuah mendidih... Masukkan sos tomato, sos cili n petis... Renehkan kuah
4. Masukkan garam n gula... bergantung pada citarasa masing.... Adalah lebih baik kalau kuah ni direneh lebih lama.... Lagi lama sedap....
5. Letak keledek/kentang yg tlh dilenyek utk memekatkan kuah... Tapi kuah ni dah cukup pekat sbb ada letak sos.
6. Celur mee, taugeh n sawi.... Masukkan udang yg telah direbus tadi... tuang kuah n taburlah dgn daun bawang n bawang goreng.....
**tambah sikit step 5; bila dah letak ubi keledek rebus lagi kuah till mendidih. perlahankan api masukkan terus udang dan ketam...biar rasa kuah lagi mesra dgn rasa udang dan ketam...reneh sekejap aja.boleh dihidang.
Share |

Sabtu, Mei 23, 2009

Nasi Lemak 2

www.tips-fb.com
Menu yang ringkas je buat untuk sarapan pagi sekali dgn makan tengahari....selalu macam tu lah kalau menu berat2 macam ni.....sbb buat pun lebih...bila dah buat lebih,menu pagi sampailah ketengahari....makan ulang2 dan dah tak kuasa nak masuk dapur lagi,anak2 pun suka makan yang ringkas2 macam ni....layan jelah nasi lemak sempoi ni,tak ada lauk yg special pun,lauk asas je....menu ni pun dah posting kat sini.....

Share |

Jumaat, Mei 22, 2009

Asam Pedas Melaka

www.tips-fb.com

Semalam masak lauk ni.....walaupun kita bukan orang Melaka....dah selalu posting lauk ni...tapi lauk ni semua orang layan......tak kira dr Negeri mana pun kan....betul tak?....lauk ni pun dah selalu dikomersilkan di Restoren atau pun dikedai2 kecil....di KL ni mmg banyak Restoren asam pedas ni mcm cendawan tumbuh...antara sedap dgn tidak je....salah satu nya Restoren asam pedas LINDA ON yg popular tu di Ampang (berdepan dgn TESCO AMPANG)...tapi belum try test lagi...hehehe...bila lalu jeling je....skrg ni bangsa China pun dah suka layan masakan ni....kira popular gitu....baru2 ni bos kat ofis ada belanja makan di kedai biasa asam pedas Melaka ni Kg Pandan...dia kata kawannya kata sedap sunguh....kitaorang pun pergilah kekedai tu...kitaorng pun order asam pedas ikan pari & kembung,puyuh goreng,telur asin dan ulam2an beserta sambal belacan....tapi rasa nya tak menepati seleralah...rasanya sedap lg yg kita masak sendiri...mungkin dah byk sangat masak atau pekerja dia yg masak....w'alam....resepi yg ni kita try CMG punya resipi plk....bolih tahan juga rasanya....sbb versi asam pedas ni byk jeniskan....


BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg ikan tenggiri (boleh guna apa2 ikan atau ayam)
2 biji terung
2 biji tomato
2 kuntum bunga kantan - sy letak daun kesum
1 cawan cili kisar - sy campur cili masak kisar
Garam dan gula secukup rasa
1 cawan jus asam jawa
750 ml air (lebih kurang)

A (KISAR HALUS)...
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm kunyit hidup
2 cm halia
1 camca besar jintan manis
1 camca teh lada hitam biji
1 cm belacan (resipi asal tak letak) - sy letak belacan

B...
1 biji bawang besar, dihiris
1/2 camca teh halba
1/2 camca teh biji sawi
3 - 4 tangkai daun kari - sy x letak

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan dibersihkan, cuci dan toskan.Terung dikerat 2, belah 2 setiap keratan dan hiris tapi tidak putus, rendam dalam air garam. Tomato dibelah 2 setiap biji. (boleh letak bendi, kalau suka)...Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan "B" hingga harum dan perang, masukkan bahan "A" dan juga cili kisar, goreng dengan api sederhana hingga terbit minyak. Tuang air dan biar mendidih.'
  3. Masukkan ikan, jus asam jawa dan tambah garam secukup rasa dan sedikit gula (nak guna serbuk perasa pun ok). Bila mendidih, masukkan terung (dan bendi, jika guna).
  4. Akhir sekali masukkan tomato, masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan hangat bersama nasi, sambal belacan dan ulam-ulaman....

Share |

Rabu, Mei 20, 2009

Black Brownies Princess

www.tips-fb.com

Dah lama teringin nak buat brownies ni,bila tengok kat rumah Princessharyati@Yatt kat Findland tu...glemer sungguh brownies nya....tu yang teruja nak buat....tapi ni tak glemer....lagi pun buat brownies ni senang sikit....tak perlu nak menggodek sampai kembang macam kek....kacau2 je terus bakar....resipi ni cilok terus dr umah Hana...thanks Yatt & Hana...


Bahan-bahan
250 butter- cairkan ( 1 ketul) -hana kurangkn skit
1/2 cawan gula
1/2 cawan gula perang
1 1/2 sudu kecil serbuk vanila esen vanila
4 biji telor
1 cawan tepung serbaguna
150 gm coklat apa-apa jenama- di cairkan dahulu
1 sudu kecil baking powder

Cara-Cara
Panaskan oven ke suhu 180 deg. Celcius. Griskan loyang empat segi 9 inci. Kacau bersama butter yang dicairkan tadi dengan gula, gula perang, coklat dan esen vanila. Masukkan telor yang telah dipukul sikit terlebih dulu. Ayakkan tepung, baking powder. Masukkan ke dalam adunan tadi, kacau hingga sebati. Tuangkan adunan ke dalam loyang. Bakar selama 20 - 25 minit atau hingga brownies kelihatan renggang dari tepi loyang. Sejukkan atas wire rack.

CREAMY BROWNIE FROSTING

Bahan-bahan
3 sudu besar butter-lembutkan
50 gm coklat apa-apa jenis
1 sudu besar honey
1/2 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar coklat emulco
3 sudu besar susu

Cara-cara
Pukul mentega, serbuk koko, emulco, honey dan esen vanila hingga sebati. Masukkan susu. Pukul hingga sekata. Sapukan atas brownies dan potong empat segi. pastu letaklah walnut ke coklat rice ke.. apa-apa je leh yang u all suka.
Share |

Selasa, Mei 19, 2009

Smoothie Seri Pagi

www.tips-fb.com


Pada penggemar yg suka minum air buah2an sebelum sarapan pagi....smoothie ni memang sesuai...nama pun bersesuaian dgn waktunya...smoothie ni buat pagi tadi,stok buah2an pun mmg dah ada dalam petiais.....resipi ni diambil dari keratan resepi NESTLE...jom minum....

Bahan-bahan A
  • 2 biji lobak merah,dikupas dan dihiris
  • 200ml NESTLE* SUSU RENDAH LEMAK
  • 2 biji oren,dikupas dan dipotong
  • 1 biji epal hijau,kupas dan dibuang bhgn tengah,dipotong kasar
  • 1 biji mangga,kupas dan buang biji
bahan-bahan B
  • 150 ml NESTLE* YOGURT ASLI
  • Kiub ais
Langkah-langkah

1. Masukkan bahan-bahan A kedalam pengisar dan kisar hingga lembut.
2. kemudian tuang NETLE* YOGURT ASLIdan masukkan kiub ais.
3. Kisar sehingga campuran pekat dan berkrim.
Share |

Ahad, Mei 17, 2009

Puding Buih

www.tips-fb.com

Selepas balik dari wedding anak buah tu...tekak ni terasa nak makan puding yang sejuk2 pulak....maklumlah cuaca sekarang ni panas memanjang,walaupun hujan,bahang nya masih terasa...maka teringat nak buat puding yang berkuah ni...lepas sembahyang isyak,terus terjah kedapur...resipi ni dah lama tunggu Q....bahan2 pun dah ada,maka perojek pun berjalan lah....resipi dr nor 67@MyR....thanks nor....


Bahan-bahan ( lebih dari 5 org boleh makan )

  • 1 paket agar2 strip (bertali ~ lebih kurang 35gm) ~ rendam dalam 1/2 jam dan toskan
  • 1.75 liter air
  • 9 sudu besar gula
  • 1 helai daun pandan ~ disimpul
  • 6 biji telur gred A ~ simpankan 1 kuning telur utk dimasukkan ke dalam kuah
  • 1 tin fruit cocktail ~ optional
  • pewarna dan paste ikut citarasa ~ saya gunakan pewarna merah dan paste strawberi, tak nak letak paste pun tak mengapa tp letaklah esen vanila utk tak nak bg bau hanyir telur
  • UTK KUAH
  • 1 tin susu cair
  • 2 tin air (guna tin susu cair)
  • 7 sudu besar gula ~ ikut citarasa, kalau suka manis tambah sendiri ya..
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 1 biji kuning telur yg diambil dari 6 biji telur td
  • 2 helai daun pandan ~ disimpulkan
  • 1/2 sudu kecil garam

Cara-cara

  1. Masak agar2 bersama air, gula dan daun pandan hingga mendidih. Bila dah mendidih masukkan pewarna dan paste mengikut citarasa masing2. Kacau sebati.
  2. Bila agar2 dah suam2 panas, pukul telur hingga betul2 kembang dan gebu. ( 6 putih dan 5 kuning sahaja ya). Bagi yg cuma ada mixer cap ayam mcm saya ni or hand mixer boleh lah asingkan putih dan kuning telur tu. Pukul dulu putih telur hingga menjadi kembang (kalau kita terbalikkan mangkuk tu dia tak tumpah) baru dimasukkan kuning telur satu persatu sambil dipukul lg hingga betul2 kembang dan gebu.
  3. Tuangkan adunan agar2 kedalam adunan telur dan kacau/pukul dgn mixer hingga sebati. Masukkan kedalam acuan yg telah diletakkan fruit cocktail. Fruit cocktail ini boleh juga diletakkan begitu saja dalam mangkuk berisi puding ni ketika nak makan.. Biarkan sejuk barulah dimasukkan kedalam peti ais.

  4. UTK MEMBUAT KUAH
  5. Masukkan kesemua bahan kedalam periuk dan masaklah hingga mendidih. Kuah ini hendaklah sentiasa dikacau supaya tidak berketul. Bila dah mendidih, tutup api dan biarkan sejuk. Bila dah sejuk masukkan dalam peti ais.
  6. Bila nak menghidang, letakkan puding ke dalam mangkuk dan curahkan kuah. Sedap dimakan masa sejuk.
  7. **Bagi yg mempunyai lebihan telur putih (spt membuat kek lapis yg tidak banyak menggunakan putih telur, boleh aje gunakan 9 putih telur utk satu adunan ni. Resipi asal puding buih tidak menggunakan kuning telur, cuma putih telur. Bg saya puding buih lebih sedap kalau kita gunakan putih dan juga kuning telur, lebih lemak2 gitu. Dengan tu tak lah membazir kuning telur tu..
  8. Selamat mencuba..

Share |

wedding anak buah

www.tips-fb.com






Potret Pengantin didepan pintu masuk dewan

Portet Pengantin didalam dewan




Pengantin makan nasi adab2 bersama dgn keluarga


Salam semua...n3 ni tak ada masak2 ye Puan2,cuma nak berkongsi sedikit buat kenangan semasa perkahwinan anak buah(anak abang yg perempuan) pengantin ni jarang berada dibumi,selalu terbang diawan biru je...tak tau lah dah kahwin ni masih terbang lagi ke tidak...kalau terbang tinggallah en abe kesepian...huuwwwaaaa...alamak terlupa plk nak ambil gambar masa diatas pelamin...mak sedara asyik melayan tetamu dan saudara mara yg datang je...SEMOGA LIZA DAN SUAMI BAHAGIA DAN KEKAL HINGGA KEANAK CUCU.....DAN MOGA CEPAT MENIMANG CAHAYA MATA

Share |

Selasa, Mei 12, 2009

Puding Karamel Lapis Coklat

www.tips-fb.com
Sebenarnya malam tadi nak buat karamel biasa je...tapi teruja lah pulak nak buat puding karamel ni,bila ummi menayangkan puding lapis coklat tu...terus tukar menu disaat akhir...tengah rajin melapis ni....tapi buat 1/2 adunan je ni....buat banyak takut x habis plk,bab nak mengeluarkan puding dr bekas nya tu lah yg x lulus ni,nampak menggerutu je luarnya,tapi kat dalam tetap je maintain....kutip resipi dr umah ummi je ye....ampunnnn.....tp 1/2 adunan ikut resipi Fp mamasya...nampak mamasya pun ada buat aritu....thanks kedua2nya...


Bahan:-

(A)
1 tin susu cair (*ummi guna Nestle Ideal)
5 sudu bear gula
3 biji telor gred A
1 sudu kecil esen vanila

(B)
1 tin susu cair
5 sudu besar gula
3 biji telor gred A
4 sudu besar serbuk koko/1 sudu kecil serbuk nescafe + 1 sudu kecil pes coklat

(C)
2 sudu bear gula - hanguskan dan campur 4 sudu besar air panas
atau boleh guna 2 sudu besar madu - guna madu

Cara Membuat:-

Kacau bahan A dan bahan B dalam dua bekas berasingan. Tapiskan. Panaskan periuk kukusan, masukkan gula hangus atau madu dalam loyang 8 x 8 inci (*ummi guna loyang bulat berdiameter 6" x 3" tggi). Masukkan 1/2 cawan (*ummi letak 3/4 cawan) adunan bahan A dan kukus selama 5 minit atau hingga maska. Bila dah masak, tuangkan pula sukatan yang sama bagi adunan B atas adunan A. Ulang A dan B berselang seli hinga habis. Sejukkan dan terbalikkan ke dalam pinggan hidangan. Potong dan hidang.

*** Buat hanya separuh adunan,guna semua bahan A sahaja dan 1 sb madu dan bahagi 2
- 1/2 campur 1 sk vanila
- 1/2 campur 1 sk emulco tapis dan kukus dlm loyang kecil berselang-seli.
Share |

Ayam Goreng Berempah

www.tips-fb.com

Memang banyak versi ayam berempah ni...kadang2 resepi lebih kurang je,cuma ada bahan tambahan yg lain...yang ni cuba resipi dr nOOrsha@MyR... tapi kutip dr dapur Hana...cuma tak bubuh telur dan tepung je...sedap jugak...thanks kedua2 nya....
Bahan-bahan

6 ketul ayam (bahagian tulang lebih sedap)
* 1 biji bawang sederhana besar
* 2 biji bawang putih
* 1 batang serai
* 1 inci halia
* 1 inci kunyit
* 1 inci lengkuas
* 1 batang cili merah @ 5 batang cili api - x letak
* 1 sudu kecil ketumbar biji
*1 sudu kecil jintan manis
* 1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu besar serbuk cili- x letak
3 sudu besar serbuk kari
Garam
Serbuk perasa (optional)
1 biji telur - x letak
Tepung gandum secukupnya untuk menyalut ayam - x letak.
Cara-cara

1- Bahan bertanda ( * ) perlu ditumbuk @ dikisar halus. Gunakan blender kering kalau nak kisar.
2- Perap rempah yg siap ditumbuk @ diblender, serbuk lada hitam, serbuk cili, serbuk kari, garam dan perasa bersama ayam lebih kurang 1/2 jam. lagi lame perap lagi sedap.
3- Panaskan minyak didalam kuali. sementara tu, pecahkan telur dan gaulkan bersama ayam yg telah diperap tadi hingga rata.
4- Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga cukup menyalut ayam tadi.
5- Goreng serta merta hingga garing.
6- **Telur & tepung hendaklah digaul bersama ayam bile time nak goreng je. kalo arini perap, esok baru nak goreng, x perlu masukkan telur n tepung.
Share |

Ahad, Mei 10, 2009

Kek Kukus Velvet Hawflakes

www.tips-fb.com
Dah lama sebenarnya nak buat kek ni...tapi projek asyik terbengkalai je...asam hawflakes pun dah lama beli...jangan expired dah lah...projek ni buat malam sabtu aritu...mmg sesuai pd waktu nya kerana bolih dibawa ke rumah SIL di Bangi,kerana ada majlis kesyukuran dirumah nya pd hari sabtu...dan tempah kuih talam suji pd kawan utk dibawa sama... tu yg kena merajinkan diri mengeluarkan periuk kukusan ni...resipi asal dr Fida@MyR....tapi kutip dr dapur ummi je...thank ummi tumpang c&p ye....


Bahan:- (ummi guna loyang bulat 8 inci) - sy guna loyang empat segi
  • 5 biji telor gred A (yang sejuk dari fridge)
  • 225 gm gula halus (ummi just letak 200gm juga)
  • 220 gm tepung gandum/tepung naik sendiri
  • 1 sudu kecil rata baking powder (*ummi x letak sb guna tepung naik sendiri)
  • 1 sudu besar ovallette
  • 150 ml susu cair (ummi guna Ideal Nestle)
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 100 gm minyak jagung/masak (ummi guna 125 gm butter - cairkan)
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • beberapa titis pewarna merah dan hijau
  • asam hawflakes secukupnya
Cara Membuat:-
  1. Ayak tepung dan baking powder kemudian campur kesemua bahan2 di dlm mangkuk mixer kecuali minyak, hawflakes dan pewarna.
  2. Pukul adunan hingga sebati dan gebu. Masukkan minyak jagung/masak dan digaul dgn senduk atau spatula hingga sebati.
  3. Loyang dialas kertas dan sapu minyak. Ratakan adunan pertama (*ummi letak merah dulu menggunakan 5 sudu makan setiap adunan) dan susun secukup hawflakes di permukaannya dan kukus selama 5-7 min dalam kukusan yg telah dipanaskan dulu.
  4. Buat hingga habis lapisan seterusnya dan susun hawflakes dan kukus.
  5. Untuk lapisan yang akhir kukus selama 20 min supaya kek masak keseluruhannya.
  6. Setelah kek masak, biarkan di dalam loyang selama 10 minit kemudian baru diterbalikkan di atas redai supaya sejuk.
Pesanan kak fida..***untuk membahagikan sama rata setiap lapisan akak ambil 4 senduk lauk dan dibahagi kpd 5 mangkuk dan warnakan. Untuk lapisan terakhir susun hawflakes jika suka...
Share |

Bugs Bunny Yogurt Drink

www.tips-fb.com

Sedap diminum waktu cuaca yg panas terik begini...ditambah dgn yogurt...memang enak....dpt ilham dr dapur nOOrsha...tp ubah sikit resipi.....

Bahan²
1 biji carrot -(saiz XL)
1/2 cawan yogurt - guna perisa asli
2 cb susu pekat
1 cawan susu segar

Cara-cara

  1. Basuh lobak & hiris. Blend dgn 1 gelas air & sedikit gula jika mahu.
  2. Tapis ke dalam gelas. Masukkan susu pekat dan yogurt kemudian dikacau.
  3. Masukkan ketul ais. Dah sedia utk diminum.
Share |

Sabtu, Mei 09, 2009

Rendang Kerang

www.tips-fb.com

Menu yg menjadi kegemaran...aritu pun nampak kat umah ummi....tambah cili padi lebih sikit....memang berapi....sedap dimakan bersama nasi,lemang,ketupat,roti dan lain2...resipi dr FP madiha...

Bahan2

2 kg kerang ~ basuh bersih, rebus & kopek ambil isinya saja
1 ½ biji kelapa ambil santan secukupnya (ku guna santan kotak jer.. tu pasal kurang naik minyak)
2 keping asam gelugur
2 helai daun kunyit- siat2kan atau hiris nipis
1 peket kerisik (harga RM1.00)
garam dan perasa secukupnya
minyak utk menumis

Bahan2 kisar

1 biji bwg besar
10 ulas bwg merah
4 ulas bwg putih
8 btg serai
1 ½ inci kunyit hidup
2 inci lengkuas
2 inci halia
30 - 40 biji cili padi - (terpulang pd kepedasan yg dikehendaki) sy tmbh lebih cili padi
15 biji cili kering – rebus dahulu- sy kurangkan cili kering

Cara2

1. Panaskan minyak. Tumiskan bahan2 kisar sehingga garing dan wangi.
2. Masukkan kerang dan kacau rata.
3. Tuangkan santan dan biarkan mendidih. Sesekali dikacau.
4. Bila santan hampir kering.. masukkan asam gelugur, kerisik, daun kunyit dan bahan perasa spt garam, gula dan serbuk perasa.
5. Biarkan sehingga agak kering. Jika suka rendang berkuah.. jangan tunggu hingga terlampau kering. Dan jika suka kering.. biarkan sehingga agak kering tapi harus dikacau selalu supaya tidak hangus.
6. Rasakan garamnya dan bolehlah dihidang dengan nasi putih, nasi lemak atau pun pulut kuning.

Share |

Sup Sayur Chap Chai

www.tips-fb.com

Masakan yg ringkas dan berkuah...sesuai juga buat kanak2...

SUP SAYUR CAP CAI

Bahan2
500 ml stok ayam/kiub ayam atau stok ayam magie
1 biji kentang (dibelah empat)
1/2 biji lobak merah (dihiris)
8 biji cendawan hitam (direndam & ditos)
1 keping fucuk (dipatah2,& direndam,ditos)
sepeket fish ball (dibelah dua)
beberapa btg sawi hijau
suhun secukupnya
2 biji bawang merah
2 biji bawang putih
Sedikit minyak utk menumis
garam secukup rasa.
**NOTE:jika tak ada stok ayam,mesti taroh air secukupnya.

Cara:
1.Tumis bawang merah dan bwg putih hingga wangi.
2. masukkan stok ayam atau air secukupnya + kiub ayam maggie.
3.Masukkan kentang,dan didihkan sehingga empuk.
4.Masukkan sayur2an,biarkan masak.
5.Kemudian masukkan bahan2 kering yg telah direndam dan .Didihkan beberapa minit sambil dikacau.
6.Akhir sekali perasakan dgn garam,

Share |

Jumaat, Mei 08, 2009

Selamat Hari Ibu

www.tips-fb.com
Kad SELAMAT HARI IBU lagi, dr Fida yg juga jauh di Dubai...dah dapat dua kad dr Dubai ni...tima kasih banyak2 Fida...semoga kita semua kaum ibu akan sentiasa merasakan kebahagian disamping keluarga tercinta dgn hari yg bermakna ini....



Kad SELAMAT HARI IBU dr nekPP yg jauh nun di Dubai...walaupun jauh beribu batu...tetap dekat dihati....tima kasih daun keladi nekPP....muahhh


Terima kasih kad dr K.ina KL....semuga kita semua menjadi ibu mithali hendaknya...insyallah... dan kepada teman2 yg datang berkunjug kesini...sudilah ambil kad2 ni ye...
Share |

Rabu, Mei 06, 2009

Slice Cheese Cake

www.tips-fb.com
Dah ramai berjangkit buat cake ni...macam virus yang menular pulak....virus masak2 ni takpe...jangan virus penyakit sudahlah....apa2 pun kek ni mmg sedap,lemak,lembut dan ringan dan tak manis sgt mcm kek yg biasa....sbb tulah berani taburkan gula icing kat atas tu,sbb tengok hana punya kek menarik.....resipi asal dr Ros Onigiri @MyR...tapi kutip dr dapur Hana kat Jepun nun...tima kasih kedua2nya...



Bahan-bahan

4-5 keping slice cheese
200 ml susu segar
70 gram butter atau marjerin
70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
70 gram gula
4 biji telur saiz M
beberapa titik esen vanila


Cara-cara

1. potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar
2. kemudian masukkan dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.
3. masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
4. asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.
5. didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul
6. akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. masukkan adunan kek di dalam acuan .
7. bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.
8. hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi mencubanya.

Share |

Isnin, Mei 04, 2009

Caramel Croissant Pudding

www.tips-fb.com

Buat untuk minum petang....aritu pun dah pernah buat....resipi dr dapur Ummi....dah ramai berjangkit buat puding ni...

CARAMEL CROISSANT PUDDING
Sumber resipi - Nigella Lawson - Jeni- Ummi

Bahan:-
2 ketul croissant (ummi letak 3 ketul dalam loyang 8 inci ni)
1/2 cawan gula
2 sudu besar air
1/2 cawan whip cream (cair) - ummi letak 3/4 cawan
2 sudu besar bourbon (macam Jeni, ganti dgn 1 sudu teh esen vanila)
1/2 cawan susu segar (ummi letak 3/4 cawan)
2 biji telor - dipukul sikit

Cara Membuat:-

*Panaskan oven ke suhu 175 C.

*Koyakkan croissant (*ummi potong kecil2) dan masukkan dalam mangkuk pembakar.

*Masukkan gula dan air ke dalam periuk dan lenggangkan ia untuk mencairkan gula. (Kalu mengikut step Nigella, dia x kacaupun dengan sudu, just lenggang2 je atas api). Letak atas api medium ke high. Jadikan gula hangus.

*Bila gula telah menjadi caramel, angkat periuk dan masukkan whipping cream, diikut dengan susu dan esen vanila. Pukul dengan whisk dan masukkan telor. (masalah Ummi pun sama dengan Jeni, bila buat camni, gula hangus mengeras dan Ummi pun panaskan jugak atas api semula).

*Tuangkan campuran ini ke atas croissant tadi. Biarkan ia terendam selama 10 minit.

*Bakar dalam oven selama 20 minit (ummi set 17 minit je) hingga kuning keemasan. (Hati-hati jangan sampai roti garing lak!)

Share |

Ahad, Mei 03, 2009

Puding Roti Caramel

www.tips-fb.com

Disebabkan buah2an masih banyak dlm petiais,tak tau nak buat apa...baki buah2an ni pun dr buat tart tempohari...masa beli taklah banyak sangat...tapi kat rumah ni...ada masa2 yg laku buah2an...ada masa orang tak pandang plk...maka buat lah puding dr resipi sifu masakan Hanieliza ni....maka make-up kan dgn buah2an tu..makan sejuk2....mmg best bersama buah2an...tapi gula hangus tu...terhangus sikitlah...tu yg puding jadi kecoklatan sikit tu...


Bahan A:
1/2 cawan gula ..dicairkan dalam loyang yg nak dikukuskan nanti

Bahan B
1 buku roti [10 keping]
1 tin susu cair
1 tin air buah dari fruit cocktal/peach
2 biji telur
1/2 cawan gula
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar tepung kastad

Hiasan
1 tin buah koktel/peach

Cara:
1. Panaskan kukusan.
2. Gaul rata semua bahan B kecuali fruits cocktal dan tapis.
3. Masukkan bancuhan kedalam loyang yg ada gula yg telah dicairkan.
4. Tutupkan loyang dengan plastik glaze nipis.
5. Kukuskan selama 30 minit.
6. Sejukkan dahulu baru di terbalikkan dalam pinggan besar.
7. Susunkan dengan perlahan-lahan isi buah fruit cocktail ta buah peach
8. Sejukkan...hidangkan untuk buka posa ke.. sebagai dessert

Share |