Ahad, Jun 28, 2009

Marble Choc Cheese Cake

www.tips-fb.com
Projek petang semalam....dah lama tak buat kek ni...dulu dah pernah buat...kombinasi choc dan cheese memang secucuk....tambah cokelat chip untuk taburan diatas nya....resipi cilok dr dapur Rinn.

CHOCOLATE MARBLE CHEESE CAKE

Bahan A :
180gm mentega
20gm serbuk koko
1 sudu teh baking powder
120gm tepung naik sendiri (Diayak bersama serbuk koko & baking powder)
170gm gula castor
3 biji telur

1. Pukul butter dan gula hingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji, kacau sebati.
2. Masukkan campuran tepung+baking powder+serbuk koko. Gaul rata dan bahagi kepada dua bahagian.

Bahan B:
250gm cream cheese
60gm gula castor
1 biji telur
1 sudu teh esen vanilla

1.Pukul cream cheese sampai kembang.
2.Campurkan gula, telur dan esen vanilla. Pukul lagi sampai kembang dan rata.

Cara-cara :
1. Tuang satu bahagian A ke dalam loyang. Ratakan. Tuang aduanan cream cheese di atasnya dan ratakan.
2. Tuang sebahagian lagi bahan A dan ratakan.
3. Bakar pada suhu 165 darj cel selama 50min-60min ikut oven masing-masing. Seeloknya dibiarkan sejuk dulu sebelum dipotong.

Share |

Nasi Goreng Telur Asin

www.tips-fb.com

Sarapan pagi buat nasi goreng telur asin ni...resipi dr Noreen UK....thanks


Bahan-bahan:
4 cawan nasi sejuk
200gm isi ayam - dipotong dadu/kecil
3 biji telur
1 biji telur asin - dilenyekkan dengan sudu
2 sudu besar kicap
garam dan serbuk lada hitam secukup rasa

Bahan2 tumbuk:
2 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
5 biji cili padi - kalau suka pedas boleh lebihkan
1 sudu besar udang kering - direndamkan sekejap

cara:
  1. panaskan minyak dan goreng telur secara scramble. angkat dan ketepikan
  2. panaskan lagi minyak dan tumiskan bahan2 tumbuk sehingga garing dan wangi
  3. masukkan isi ayam dan kacau sehingga sebati
  4. biarkan isi ayam empuk
  5. setelah itu masukkan telur asin, kicap, garam, serbuk lada hitam, telur goreng dan nasi
  6. gaulkan semuanya sehingga rata
  7. angkat dan hidangkan
Share |

Award dari Hana Japan

www.tips-fb.com

Terima kasih banyak2 Hana makyung Japan yg sudi memberikan dan memanjangkan award yg cun melecun ini...cantik award ni dan berkenan sungguh....dan nak memanjangkan award ini kepada kawan2 yg sudi menerimanya...sila lah yer...
Share |

Ahad, Jun 21, 2009

My Chewy Gooey Yummy Brownies

www.tips-fb.com

Minggu ni kesibukan sikit...nak main masak2 dan nak jenguk umah kawan2 pun xde kesempatan....time cuti ada majlis kenduri sana sini bagai...ini jelah yg sempat buat utk minum petang dan upload kat n3....sebab bahan2 dah ada dan mudah nak buat...x perlu mixer...main kacau2 dan godek2 je dan terus bakar....menu besa2 je...resipi dr Resipi.Net


Sumber : Mas


Bahan-bahan


250g butter - potong kecik

400g chocolate - potong kecik


6 eggs

340g brown sugar

2tsp esen vanilla

20g chocolate emulco


80g tepung gandum

60g cocoa powder

140g kacang walnut/pecan/almond/macadamia (optional)-toastkan - letak almond cincang


Cara Membuatnya


1. Panaskan oven suhu 160C. Sediakan dan alas tray 11X11.

2. Double boil butter dan chocolate hingga cair, ketepikan biar suam sikit.

3. Masukkan telur, gula, esen dan chocolate emulco dalam satu mangkuk, guna hand whisk , kacau hingga gula cair.

4. Tuang adunan butter dan coklat tadi kedalam mangkuk dan gaul rata.

5. Ayak tepung gandum dan cocoa powder, jika bubuh kacang, masukkan dan gaul. Tuang tepung kedalam mangkuk diatas, gaul hingga rata. Jangan gaul terlalu lama.

6. Tuang dalam tray dan bakar 160C/50 minit-1jam (bergantung pd oven).

7. Bila masak, biarkan dalam tray hingga sejuk. Lebih sedap kalau disimpan semalaman.

8. Sedap dimakan sama ada begitu shj atau bubuh ganache atau dgn icecream atau dgn sos kastad.



TIPS : potong brownies semasa masih panas, supaya senang utk memotong. kalau sejuk, permukaan brownies ni akan keras sedikit.
Share |

Award dr Suzi (Adelaide)

www.tips-fb.com

Terima award persahabatan dr suzi..dah lama suzi bagi award ni,tapi entah macmana x bolih upload gambar pd n3...harini baru bolih upload...salah teknikal kot...terima kasih suzi yg jauh sudi memanjangkan award ni...semoga persahabatan dialam maya berpanjangan.
Share |

Selasa, Jun 16, 2009

Carrot Cake

www.tips-fb.com

First time buat carrot cake ikut resipi yg ni masa cuti haritu...kek ni mmg sedap dan begitu lembab ...lebih sedap bila disimpan semalaman....begitu terasa kelembutannye..dulu pernah buat ikut resipi yg lain,tp tak seenak yg ni...tapi tak sapu topping pun sedap juga....resipi dr Leen Omar yg tokeh kek dan cc tu...tp terjumpa kat Fp Mamazieza....

Carrot Cake Leen Omar
Resipi.net
>
> Bahan2:
>
> Tepung Berserbuk Penaik 2 ½ cwn
> Baking Powder 1 sudu teh
> Bicarbonate Soda 1 sudu teh
> Cinnamon Powder 1 sudu teh (optional)- sy x letak
> Garam ¼ sudu teh
> Brown Sugar ¾ cwn
> Castor Sugar 1 cwn
> Telur 4 bj
> Minyak Jagung 1 cwn
> Mentega Cair 1 cwn
> Lobak Parut 3 cwn [lebih kurang 2 bj
> yg sederhana besar]
> Walnut cincang ¾ cwn - sy x letak
>
> Topping:
> Cream Cheese ¾ ketul
> Mentega/Krimwell 100g butter/krimwell
> Icing Sugar 1/3 cwn
> Lemon Juice (optional) 1 sudu teh
> (kalau suka lebih rasa cheese kurangkan sedikit kuantiti butter/krimwell)



> Cara-cara:
>
> 1. Panaskan oven 180c
> 2. Ayak tepung bersama baking powder & bicarbonate soda dlm mangkuk
> 3. Campurkan lobak parut, minyak jagung, mentega cair, cinnamon powder, brown sugar, castor sugar dan telur.
> 4. Kisar adunan sehingga lembut / gebu. Masukkan tepung, kacau sebati then masukkan walnut cincang & kacau rata.
> 5. Bakar dlm oven 45 minit hingga 1 jam. Test ngan lidi. Kalau tak melekat dah masaklah tuuu> ...> ..
> 6. Biarkan sejuk then buat topping.


***sy campurkan semua bahan2 dan pukul semua sampai sebati dan kembang - sbb kalau tak masuk semua bahan2,bila dipukul,akan merejik sampai ke simen,kerana terdapat byk bahan2 yg basah dan berair.
>

> Hiasan Krim Keju:
>
> Masukkan semua bahan ke dlm mangkuk. Kisar hingga halus & sapukan pd. kek.

Share |

Poskad dr Princessharyati @ Yatt - Findland

www.tips-fb.com

Poskad ucapan tahniah semasa edisi kuiz gambar bunga di blog Yatt tempohari...baru terima petang tadi...datang dr jauh pemberian Yatt di Finland...terima kasih yatt kerana sudi melayangkan sekeping poskad ni...simpan buat kenagan....kalau ada bab teka meneka lagi beritahulah yerr...
Share |

Award dr Datin EL

www.tips-fb.com


Award dr Datin El yg baru balik dr umrah...terima kasih daun keladi yer datin....
Share |

Isnin, Jun 15, 2009

Brokoli & Tauhu Telur Goreng Berudang

www.tips-fb.com
Ini diantara menu lauk makan malam ni....resipi dr majalah saji tahun 1996,edisi resipi masakkan Melayu-Cina...lama dah tu,ada tersimpan dlm file koleksi resipi...terjumpa semula...

Bahan2:

2 keping tauh telur/tauhu jepun dipotong bulat dan digoreng
1/4 labu brokoli
10 ekor udang sederhana besar
1 batang seleri
3 batang putik jagung- sy x letak
1/2 biji lobak merah
10 ulas cendawan butang- sy x letak
3 ulas bawang putih
Sesudu makan minyak masak
Sedikit minyak biji
Sedikit lada sulah
Sedikit tepung jagung- bancuh dgn sedikit air
Secawan air sup

Cara memasak:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih,
  2. Masukkan udang,sayuran,air sup,serbuk perasa,garam lada sulah.
  3. Masukkan sedikit tepung jagung untuk memekatkan kuah.
  4. Masukkan tauhu yg sudah digoreng dan kacau.
  5. Angkat dan masukkan kedalam pinggan hidangan,kemudian renjis dengan minyak bijan.

Share |

Terung & Ikan Bilis Bercili

www.tips-fb.com

Diantara menu lauk untuk makan malam ni...senang dan sempoi je...
Share |

Jumaat, Jun 12, 2009

Kung Pao Chicken

www.tips-fb.com


Menu ni cilok kat dapur Hana makyung Jepun gak ni...menu chinese style...memang sedap makan panas2 dgn nasi pun panas....berasappp....nak masak pun mudah...resipi asal dr umah cikwan Taipei...tapi c&p dr umah Hana....ape yg makyung sajikan,mmg menggoda jiwa dan kalbu....makyung tgh pindah umah ni...lamalah dapurnya tak berasap....apelah khabar makyung tu....jgn angkat berat2 sudahlah....


Perapkan bersama 15minit:
2 sudubesar sos tiram
1 sudukecil tepong jagung
sekeping dada ayam (saiz kecil) dipotong kecil
Cara:- goreng hingga ayam masak tapi tak perlu garengkan, ketepikan.

Bahan Sos disatukan:
1/4 cawan air pati ayam
1 sudubesar kicap manis
2 sudubesar sos cili bawang putih
1 sudubesar gula - hana gune madu
1 sudukecil garam
1/2 sudukecil tepong jagung.

Bahan Tumis:
1 sudubesar minyak bijan + 1 sudubesar minyak biasa
8 biji cili kering@ 3sudubesar dry chili flakes
2 biji bawang putih*
Halia muda sebesar ibu jari* dihiris
1/3 cawan kacang gajus yang telah dipanggang.

Cara-cara: Tinggalkan 1 sudubesar minyak ayam tadi dan campur minyak bijan,panaskan dan tumis bawang putih dan halia hingga layu kemudian masukkan cili kering, tumis hingga cilli sedikit gareng. Masukkan bahan sos dan masak hingga sedikit pekat dan naik bau. Masukkan isi ayam tadi dan gaul rata selama 5 minit kemudian masukkan gajus dan kacau untuk sebatikan. Sedia untuk dihidang.


Share |

Spicy Toufu

www.tips-fb.com


Memang sedap spicy toufu ni....sesiapa peminat tahu,masakkan ni mmg menepati selera...betul kata Hana makyung Jepun tu....resipi ni ikut makyung Jepun tu...bubuh sedikit udang kering ditumbuk dan cili diblend....senang keje....resipi asal dr cikwan taipei dan c&p dr umah Hana...tq kedua2nya...

Bahan-bahan

1 paket tauhu (sebarang jenis/potong kecil) - sy guna tauhu lembik(lembut)
6 tangkai cili kering (buang biji dan rendam hgga lembut)
1 inci halia
2 biji bawang merah
1 biji bawang putih* (*dihiris)
1 sudubesar sos tiram
1/2 cawan air
secubit pati ayam
garam dan gula secukup rasa
daun bawang (jika suka)

Cara-cara

Cincang cili kering sehalus mungkin. Panaskan kuali dengan 1 sudubesar minyak kemudian tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga layu kemudian masukkan cili tadi, tumis hingga cili gareng, masukkan air, sos tiram , pati ayam, garam dan gula. Kacau sebati dan masukkan tauhu. Reneh hingga kuah sedikit pekat. Tabur daun bawang. Hidangkan panas bersama nasi putih.



Share |

Rabu, Jun 10, 2009

Pertunangan Anak Saudara

www.tips-fb.com
Bakal mak mertua menyarungkan cincin....menandakan sang bunga dah disunting....


Barang hantaran bagi pihak perempuan....







Kenangan bersama ibu dan adik beradik....


Kenangan bersama keluarga bakal tunang.....jauh mai....dari Penang....


Sesi menjamu selera......
Share |

Sago Pearl Pudding

www.tips-fb.com
Disebabkan teruja tengok ditayangkan kat blog En Mat Gebu....mmg dah lama teringin nak buat kerana nampak cantik berlapis2...mari kita share resipi.....tapi kena sabar untuk tunggu melapis.... satu demi satu lapisan....tapi senang je....

Bahan:-
20 gm serbuk agar-agar
1 liter air
300 gm gula pasir
3 helai daun pandan - simpulkan
100 gm biji sagu putih
250 ml santan + sedikit garam secukup rasa
Pewarna merah, hijau dan kuning

Cara Membuat:-
Masak air hingga mendidih dan masukkan sagu. Kacau hingga masak dan sampai sagu jernih. Tuang ke dalam tapis dan cuci bawah air mengalir untuk hilangkan kanji dan sagu tidak melekat-lekat. Bahagikan sagu sama banyak ke dalam 6 mangkuk. 3 mangkuk dibiarkan warna asal dan 3 mangkuk lagi diletakkan setiap satu pewarna merah, hijau dan kuning, kacau rata. Ketepikan.

Sementara itu, tuangkan 1 liter air dalam periuk dan masukkan gula, serbuk agar-agar dan daun pandan. Kacau rata dan masak hingga mendidih. Tuangkan santan, perlahankan api dan kacau rata. Ceduk 200 ml agar-agar tadi dan tuang ke dalam sagu tanpa warna, kacau rata dengan garfu dan tuangkan ke dalam loyang 8 x 8 x 3 in yang telah dibasahkan terlebih dahulu. Biark keras sedikit dan kelar2 permukaannya dengan pisau.

Ceduk lagi 200 ml agar-agar tadi dan masukkan ke dalam sagu berwarna hijau, kacau rata dengan garfu dan tuang perlahan-lahan atas sagu pertama tadi. Biarkan keras sedikit untuk proses seterusnya. Tuangkan secara berselang-seli sagu yang dimasukkan santan tadi menjadi lapisan no. 1 - putih, no. 2 - hijau, no. 3 - putih, no. 4 - kuning, no. 5 - putih dan no. 6 - merah. Sejukkan dalam fridge lebihkurang 1 - 2 jam sebelum dipotong. Cubalah!!



Share |

Ahad, Jun 07, 2009

Kek Kukus Berinti Daging

www.tips-fb.com
Dek teruja tengok Rinn menayangkan menu ni....maka kita pun mencuba untuk membuatnya....kalau tak cuba,tak tahu kan....rasanye dah dua,tiga orang kawan2 yg cuba resipi ni kan....makanan yg savoury ni,mmg menjadi kegemaran seisi keluarga.....resipi dr dapur Rinn Chan....terima kasih Rinn share resipi...


KEK KUKUS BERINTI DAGING
(Nama asal : Kek Kukus Lapis Daging)
Sumber : Chef Zubaidah Chepa

Bahan-bahan utk kek:
3 biji telur gred B
50gm gula castor ( ...mungkin elok dikurangkan sedikit. Agak manis utk savoury cake.. )
Secubit garam
100gm tepung superfine
1/4 tsp baking powder

Cara-cara:
1. Pukul telur, gula dan secubit garam sehingga gebu dan pekat. Guna kelajuan tinggi selama 8 min.
2. Ayak tepung bersama baking powder. Kaupbalikkan ke dalam adunan telur menggunakan spatula. Jangan diputar.

Bahan-bahan untuk inti daging :
250gm daging kisar (Boleh diganti dengan ayam) - saya guna ayam
1 biji bawang besar, dipotong dadu
1 tsp lada putih
2 tbsp cheddar cheese (Atau apa2 cheese yg boleh bagi rasa cheese.. )
Secubit garam
1 tbsp tepung gandum
* Rinn tambah sedikit serbuk ketumbar dan jintan
* Daun sup, daun bwg dan hirisan cili merah utk hiasan

Cara-cara:
1. Panaskan sedikit minyak utk menumis. Tumiskan bawang, masukkan lada putih dan daging. Tumis hingga daging masak dan agak garing. Masukkan cheese dan tepung. Perisakan dengan sedikit garam.
2. Sementara itu panaskan pengukus.
3. Sediakan acuan aluminium foil kecil. Sapukan sedikit butter. Taburkan hirisan daun sup, daun bwg dan cili merah. Bubuh inti daging dan tutup dengan adunan kek.
4. Kukus selama 15min - 20min. Sejukkan seketika, keluarkan dari foil dan terbalikkan kek supaya intinya berada di atas. Sedia untuk dihidang.

*Nota:
Sekiranya anda ingin melapis kek ini. Sila gunakan loyang 7" x 7". Lengser dengan sedikit butter. Tuang separuh dari adunan kek dan kukus selama 20 minit. Setelah masak taburkan inti daging dan tuangkan baki adunan kek. Kukus lagi selama 20 minit. Sejukkan seketika dan bolehlah dipotong seperti kek biasa.
Share |

Jumaat, Jun 05, 2009

Tempahan Cupcakes

www.tips-fb.com
Cupcakes ni adalah order dr kawan dan anak buah untuk hantaran dan sebagai buah tangan untuk tetamu.....mereka pun nak design yg simple je.....nasib baik tak minta buat yg bukan2,kalau tak fening juga kepala mokcik nak memikirkan.....maka layan jelah gambar2 cc ni....





Share |

Gulai Darat Ayam

www.tips-fb.com
Dah lama rasanya tak update N3 minggu ni....sbb kebizian sikit dan juga angin 'M' nenyerang.....pada kawan2 yg datang bertandang disini dan bertanyakan khabar diucapkan terima kasih dan minta maaf kerana tak dpt nak buat kunjung balas kerumah kawan2,lepas ni bila ada masa nanti akak akan dtg jenguk rumah kawan2 pula....ni nak kongsi sedikit menu yg mudah dan senang...kutip resipi dr FP Rahaniss yg menggunakan rempah gulai/masak keluaran GANU KITA ....rempah ni kirim pd kawan yg balik kampungnya di Terengganu....tak tahulah samada rempah ni ada ke dijual di KL ni...sbb tak jumpa lagi.....dlm N3 kat Fp Hanieliza pun ada cerita tentang rempah ni....gulai darat ni mmg sedap dgn rasa aroma rempah ratusnya......

Gulai Darat Ayam

Bahan²

1/2 ekor ayam - dipotong
santan
1 1/2 sudu besar rempah gulai
4 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1/2 cm lengkuas
1/2 cm kunyit
1 sudu kecil ketumbar
1" kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
asam keping
garam secukup rasa.

Cara membuatnya

1. Kisar b.merah, b.putih, lengkuas, kunyit hidup, ketumbar. Campurkan dengan cili yang dah diblender (ikut kepedasan masing² ler)
2. Campurkan ayam dengan bahan kisar dan renehkan diatas api (kacau sekali sekala)
3. Bila ayam dah empuk masukkan santan, gula, garam dan asam keping
4. Reneh lagi atas api sambil dikacau hingga pecah minyak.

*Rempah gulai Haniss guna cap bunga Ros , tapi kalau tak dak pakai rempah kari biasa pun boleh.


Share |