Selasa, Julai 28, 2009

Black Forest Cake

www.tips-fb.com



Dah lama teringin nak buat kek popular ni....nampak macam senang...tapi mencabar gak masa nak melapis krim ni berbanding buttercream....apatah lagi kalau krim ni dah kering terdedah kena angin atau terlebih pukul..jadi kalau nak melapis krim ni kenalah cepat2 semasa krim masih kental....hari tu teruja tengok kat blog Zanaz bangi,rasa teringin pulak nak buat....zana wat kek choc moist sebagai kek nya,tapi nak wat kek span coklat pun mmg bolih...saya ikut mcm zana....resipi cilok dr umah Zanaz...thank zanaz..... c&p je ye...

rich moist chocolate cake

170 gm butter
120-280 gm gula kastor ( dah adjas) (ralat - bukan 120 tapi 250, sori yek, typo error)
3 biji telur

B - diayak sekali
226 gm tepung high protein (tpg gandum pun ok)
60 gm serbuk koko
1 1/2 tsp baking powder
1 tsp soda bicarbonate
C -
1 sdt nescafe + 1 sdb air panas ( tak boh pun tak apa)
1 sdt esen vanila
1 sdt chocolate emulco (tak boh pun tak apa)
195 gm air sejuk dari esbox

Panaskan oven 1700C
Beat butter dan gula sampai gebu, lebih krg 5 minit.
Masukkan telur satu persatu dan beat hingga kembang.
Masukkan C - segala esen2 tu le dan beat sebati.
Then masukkan bhn B dan fold perlahan dan satu arah
Boleh diselang selikan dgn air sejuk.
Masuk loyang 8" atau 9" dan bakar le sampai masak abt 45-50 mins.

Utk dijadikan blackforest
Bhn jem
1 tin dark pitted cherry ( ku guna brand snorkist)
2 sdb tepung jagung
Masak kedua2nya plus air dia skali yek sampai pekat. - sy x masak cherry...tapi atur atas kek je
tapi jgn lupa tinggal skit air dia utk buat direnjis atas kek

utk coating
beat whip cream sampai tahap sesuai utk disapu kat kek.
utk hiasan
coklat parut
coklat urai
ceri maraschino

kek coklat dah sejuk, potong le 2 lapis or 3 lapis. renjis setiap lapisan kek dgn jus buah ceri tu dulu. then sapu first layer dgn whip cream, then letak jem dark ceri tu. then letak another layer dan ulangi caranya. yg last skali salut le kek dgn whip krim. tabur coklat parut kat atas kek dan coklat urai tabur kat tepi. paip le swirl kat atas kek tu then letak le ceri maraschino tu.





Share |

Ahad, Julai 26, 2009

Skon Enak Berperisa

www.tips-fb.com
Skon ni buat untuk minuman petang tadi...sedap dan berkhasiat...untuk lunch pun masak simple je....resipi dari sumbangan NESTLE...resipi nak kena taip dulu...jamu mata dulu ye...nak keluar jap....jap lagi post resipi plk....

Bahan-bahan:

A
150 gm tepung naik sendiri
25 gm bijirin nestum
2 camca teh serbuk pati ayam maggi

B
100 gm daging ayam yg dikisar
25 gm lobak merah disagat halus
25 gm kucai,diotong sepanjang 1 cm
25gm cendawan butang dihiris
1 labu kecil bawang besar diiris
4 camca besar jagung manis berkrim - x letak

1 cawan susu rendah lemak NESTLE
sos cili maggi

Cara:
  1. Gaul ramuan A dalam mangkuk hingga sebati
  2. Masukkan ramuan B dalam susu NESTLE dan kacau perlaha-lahan.Gaul sehingga menjadi adunan pekat.
  3. Panaskan kuali tidak melekat dan masukkan 1 camca besar adnan tersebut.-sy lenserkan sedikit minyak.
  4. Masak atas api sederhana sehingga gelembung diatas permukaannya pecah.
  5. Terbalikkan dan masak bahagianyang sebelah lagi
  6. Hidang panas dengan sos cili jika mahu




Share |

Egg Benedict

www.tips-fb.com

Buat Egg Benedict untuk breakfast pagi tadi.....Dah ramai kengkawan buat sarapan ni,baru ni nampak kat umah asmah....buat pun senang dan sedap....Resepi dari Zurin @ MyResepi...

Bahan-bahan ( 2 orang )
2 biji telur
2 keping roti putih - dibuang tepinya
lada hitam - freshly cracked
Sedikit butter atau majerin
Garam

Cara-cara
  • Butterkan bekas muffin atau bekas membakar kecil yg digunakan.
  • Letakkan sekeping roti didalam bekas muffin. Butterkan roti, taburkan sedikit lada hitam dan garam.
  • Pecahkan sebiji telur ke atas roti. Tabur lagi sedikit lada hitam & garam. Boleh juga ditaburkan sedikit cheese kalau mahu (optional)
  • Bakar pada suhu 180 C selama 15-20min atau hingga telur putih just set & telur kuning cair sedikit.
Share |

Sabtu, Julai 25, 2009

Cupcake Untuk Doorgift Lagi.....

www.tips-fb.com




Ni projek yg tak seberapa mega yg ditempah olih kakak ipar untuk untuk majlis doa selamat dan kesyukuran untuk birasnya yg diadakan di Putrajaya minggu ni...buat 200 biji....sikit pinggang weiii....
Share |

Digital Kitchen Scale 5 KG

www.tips-fb.com

Ni nak tayang sikit my toy yg tak seberapa ni...yg pernah chef Hanieliza tayangkan dan gunakan tu kat blog nya.....w/pun tak seberapa ,tapi sangat bermakna kalau nak jalankan projek....digital scale jenama CAMRY ni bolih menimbang seberat 5kg....penimbang ni sebenarnya cuma tukar kupon COSWAY dan tambah sikit duit je,tukar pd kawan yg menjadi dealer dan ada warranty selama 1 tahun dan jika rosak bolih tukar ganti yg baru,itu keistimewaa nya.....kalau nak beli cash,bolih tahan juga harganya....
Share |

Rabu, Julai 22, 2009

Mushroom & Chicken Pie Ala Dome Cafe

www.tips-fb.com


Jom kita Bf atau minum petang sambil bersantai dirumah...tak perlu keluar rumah,senang disiapkan dan cepat dimakan....ala2 pun sedap ni makan panas2,kat cafe ada disediakan sayuran,tp kat umah ni togel je,janji bolih alas perut,lg pun anak2 bkn suka mkn dgn sayurannya...kalau dok skodeng makan kat Dome cafe je...mahaii....tak leh selalu..bengkrup tokeh...hehehe...senang je nak sediakan...semuanye ada dipasaran....senang nak cari, jimat masa dan duit...anak2 mmg gemar dgn makanan cam gini...biru mata hitamku sekejap...hehehe....lg pun puff pastri ada balance buat puff haritu....jom tengok bahan2 yg diperlukan...sesaja je,bagi owang yg takde idea mcm kita ni....

Bahan2:

Ramekin
Kulit puff pastri jenama kawan
Mushroom & chicken Campbells instant soup - tin /kotak

Cara2:
  • Bancuh dan panaskan instant soup dlm m/wave atau atas dapur-ikut arahan.
  • masukkan soup kedalam beberapa ramekin - jgn penuh sangat..nnt melempah bila dimasak- agak2 3/4 je...
  • Tutupkan atas ramekin dgn kulit puff pastri - buat 2 lapisan yg bersilang.
  • Bakar kedalam oven sehingga kulit puff kuning keemasan dan siap dihidangkan panas2 bersama baby carrot,brokoli yg dicelur dan hirisan tomato jika suka.



Ranap dikerjakan.......


Share |

Sirap Oren + Rambutan

www.tips-fb.com

Jom minum sejukkan tekak...sirap oren + rambutan...aritu tenampak kat blog nor Ganu....dtg plk idea....sekarang kan musim buah ni....w/pun takde dusun,tapi dusun kat pasar malam sentiasa berbuah....ini laici m'sia ni...hehehe...
Share |

KedaiGambar Kami Give Away(Julai 2009)

www.tips-fb.com
Nak gak mencuba nasib KedaiGambar kami ni,mcm cikgu zana...nampak mudah je...yg bertuah sorang je....tak pelah suka2...mana tau ada rezeki ye catlina...sesiapa yg nak mencuba bolih klik disini ye...jom join...jgn lepaskan peluang...hehehe...
Share |

Isnin, Julai 20, 2009

Lemon Rosemarry Chicken Grilled & Instant Mushroom Soup

www.tips-fb.com

Edisi ulang tayang resipi dr dapur lama kedapur baru...utk dikongsi bersama...almaklumlah dapur lama dah dimuzium kan (pinjam kata2 Ain)...bolih kan Ain...hehehe....kalau nak tgk real punya blh tgk kat sini atau kat sini...mesti meleleh ayor lioq punya...hari ni tak main masak2..gantung piuk...ada projek lain....

LEMON ROSEMARRY CHICKEN GRILLED
Sumber : The Naked Chef (Jamie Oliver) Diolah oleh Jeni, copy dr Fp Ana.tq Ana...
Bahan:
1 kg ayam/1 ekor ayam
1 biji lemon
3 ulas bawang putih
2 sudu besar olive oil - guna minyak sayur aje
Segenggam Rosemary Kering - 1/2 botol kecil
1 sudu besar serbuk lada hitam
2 biji kentang dibelah 2 - letak lebih
2 biji tomato atau lebih
Baby carrots - guna carrot besar yg dipotong2
1 biji bawang besar dibelah 4
2 sudu serbuk Paprika - ditambah
Kicap Pekat - ditambah
Garam dan gula secukup rasa


Cara:
Lemon, kentang dan bawang putih direbus selama 15 minit. Angkat dan tos.
Tumbuk bawang putih dan rosemary sehingga lumat.
Gaulkan bahan yg ditumbuk tadi dengan olive oil dan campur sedikit garam dan serbuk lada hitam. Ambik sedikit bahan ini dan gaulkan dengan kentang, bawang besar, baby carrots dan tomato.
Lemon tadi dicucuk cucuk dengan garfu supaya jusnya nanti keluar dan disumbat ke dalam perut ayam.
Sumbatkan juga beberapa kentang, bawang dan baby carrot ke dalam ayam tadi.
Jeni cucuk lubang ayam tu dengan toothpick supaya tak terkeluar bahan2 tadi.
Lumurkan ayam tadi dengan bahan tumbuk tadi.
Susun kentang, tomato, bawang dan baby carrots dan bakar didalam oven 180'c selama 1 jam atau sehingga masak.
Hidangkan..bersama mashed potato dan salad..



Share |

Moist Choc Brownies

www.tips-fb.com

Bahan-bahan:

1 ½ cawan (185 g) tepung serba guna
¼ cawan (30 g) serbuk koko
1 sudu kecil baking powder
½ sudu kecil soda bicarbonate
1 ½ cawan (205 g) macadamia nuts – dicincang
125 g butter 200 g coklat masakan, dicincang
1 cup (250 g) gula kastor
2 biji telur, dipukul sedikit
1/3 cawan (90 g) krim masam (sour cream) (mklang tak letak pun coz takder stok)

Chocolate topping:

150 g (5 oz)
coklat masakan ½ cawan krim masam (sour cream)

Caranya:
* Ayak tepung, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat ke dalam mangkuk pengadun. * Masukkan 1 cawan macadamia nuts dan buatkan lubang ditengah-tengah.
* Cairkan butter dan coklat dengan cara double boiling (pastikan air tidak termasuk kedalam butter dan coklat).
* Alihkan dari air panas kemudian masukkan gula, telur dan sour cream.
* Pukul sehinggga bahan-bahan untuk campuran coklat tergaul sebati.
* Masukkan campuran coklat tadi ke dalam campuran tepung dan kacang tadi.
* Gunakan sudu kayu untuk menggaulkan semua bahan, cukup sehingga semua bahan-bahan sebati.
* Bakar menggunakan loyang 9 inci dengan suhu 180 C selama 30 – 35 minit (atau sehingga masak).
* Biarkan brownies sejuk didalam loyang sebelum dikeluarkan.

Cara membuat topping:- sy x buat

* Cairkan coklat dengan cara double boiling (pastikan air tidak termasuk kedalam butter dan coklat).
* Alihkan coklat dari air panas dan biarkan selama 2 minit.
* Masukkan sour cream dan pukul sehingga campuran menjadi pekat dan berkilat.
* Sapukan ke atas brownies yang telah disejukkan dan taburkan macadamia nuts yang
berlebihan.
* Biarkan brownies sejuk sebelum dipotong.

Variasi:

Boleh gunakan pecans atau walnut untuk menggantikan macadamia nuts Brownies boleh dipotong agak besar, dihidangkan panas-panas dengan ditaburkan gula aising dan krim ataupun aiskrim
Share |

Choc Sponge Cake With Layered Mousse

www.tips-fb.com

Bahan-bahan:
150 gm gula kastor
15 gm ovalette
5 biji telor gred A
110 gm tepung kek*- bertanda * ayak bersama
20 gm serbok koko*
1 sudu teh serbok penaik*
75 gm minyak masak - sy guna minyak jagung
1 sudu teh emulco coklat
60 gm air

Hiasan:
500 ml krim putar (non-dairy whipping cream) sedikit emulco coklat

Cara:

Gaul ovalette dan gula kastor dlm mangkok adunan. Masukkan telur dan bahan (A).Pukul kelajuan perlahan selama 2 minit untuk sebatikan adunan.Tukar kelajuan tinggi selam 5 minit hingga kembang dan gebu. Perlahankan kelajuan dan campurkan emulco dan air kemudian tuang air emulco coklat.Pukul lagi dgn kelajuan tinggi selama 2 minit lagi. Tuangkan minyak dak gaul perlahan-lahan hingga sebati. Griskan acuan bulat 9 inci.Lapis dgn kertas serap minyak.Tuangkan adunan dan bakar selama 45 minit. Keluarkan kek dari oven dan telangkupkan.Setelah 5 minit,pusingkan pada kedudukan asal.Tujuannya supaya kek tidak mendap. barulah dikeluarkan dari acuan.Sejukkan.

HIASAN:-
Pukul krim putar hingga kental.Campurkan sedikit emulco coklat.Sapukan krim ini pada kek dan hiaskan.


NOTE:
sy x buat hiasan seperti diatas...sbb guna dairy whipping cream- sbb stok x de (kalau pukul x mengembang) just sekadar pukul whiping cream dgn choc emulco hingga pekat je dan sapu pd lapisan kek dan atas kek.pastu masukkan dlm petiais hingga beku,tp bila dikeluarkan, topping kek ni x cair sbb dah dipukul.(topping jadi nipis je... x tebal)




Share |

Best Brownies With Creamy Frosting

www.tips-fb.com

Bahan:-
1/2 cawan butter/margerine - cairkan
1 cawan gula
1 sudu kecil esen vanila
2 biji telor
1/2 cawan tepung serbaguna
1/3 cawan serbuk koko HERSHEY'S /Vouchelle
1/4 sudu kecil baking powder
1/4 sudu kecil garam
1/2 cawan badam cincang (optional)

Cara-Cara:-
Panaskan oven ke suhu 180 deg. Celcius. Griskan loyang empat segi 9 inci. Kacau bersama butter yang dicairkan tadi dengan gula dan esen vanila. Masukkan telor yang telah dipukul sikit terlebih dulu. Ayakkan tepung, serbuk koko, baking powder dan garam. Masukkan ke dalam adunan tadi, kacau hingga sebati. Masukkan badam jika suka. Tuangkan adunan ke dalam loyang. Bakar selama 20 - 25 minit atau hingga brownies kelihatan renggang dari tepi loyang. Sejukkan atas wire rack.


CREAMY BROWNIE FROSTING - x buat frosting sbb dah manis

Bahan:-
3 sudu besar butter/marjerin - lembutkan
3 sudu besar serbuk koko HERSHEY'S
1 sudu besar corn syrup/honey (* ummi guna honey)
1/2 sudu kecil esen vanila
1 cawan gula icing
1 - 2 sudu besar susu

Cara-cara:-

Pukul mentega, serbuk koko, corn syrup dan esen vanila hingga sebati. Masukkan gula icing dan susu. Pukul hingga sekata. Sapukan atas brownies dan potong empat segi.

Share |

Kek Marble Pandan

www.tips-fb.com

Edisi ulang tayang resipi dr dapur lama ke dapur baru.....utk dikongsi bersama....


Bahan-bahan:

4 biji telur
100gm gula pasir
1 camb ovalette
25ml pati santan atau susu segar
50gm minyak jagung
100gm tepung gandum
1/2 camt garam
1/2 camt baking powder
1 camt pandan paste
1 camt pandan emulco
1 camt cokelat emulco

cara:
1. griskan tin kek dan lapikkan dengan kertas minyak. ketepikan
2. ayakkan tepung gandum, garam dan baking powder. ketepikan
3. pukul gula dan ovalette di dalam mangkuk adunan sehingga rata
4. masukkan telur satu persatu sambil dipukul lagi dengan kelajuan yang maksimum sehingga kembang dan pekat
5. perlahankan kelajuan mixer pada tahap minimum dan masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dipukul sehingga rata
6. masukkan minyak jagung dan pati santan/susu segar, gaulkan sehingga sebati
7. bahagikan adunan kepada dua bahagian
8. satu bahagian dicampurkan dengan pandan paste dan emulco sambil dikacau sehingga sebati. ketepikan
9. satu bahagian lagi dicampurkan dengan cokelat emulco sambil dikacau sehingga sebati. ketepikan
10. masukkan kedua2 adunan berselang seli ke dalam tin kek
11. kemudian ambil chopstick buatkan beberapa pusingan
12. bakar pada suhu 180C selama 30min atau sehingga masak
13. setelah masak tutupkan switch oven dan biarkan kek di dalamnya selama 5 min
14. keluarkan dan biarkan betul2 sejuk barulah dipotong dan hidangkan.



Share |

Ahad, Julai 19, 2009

Ayam Masak Ungkep

www.tips-fb.com

Teringin nak makan ayam masak ungkep ni....selalu dengar nama dan tengok gambar je...dengar kabor masakan ni menu owang jawo ye....w/pun kita bukan owang jawo,teringin gak nak rasa...first time ni masak....sedap gak...rasa rempah ratus..tapi tak pedas...agaknya kalau nak pedas bolih bubuh cili padi kot...rupa ala2 rendang cili padi...resipi ambik dari blog Chef Noraini pakar masak segala bagai tu...tq Chef...


Bahan-Bahan :
1.5 kg ayam, dipotong kecil
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1 biji bawang besar, dihiris bulat
2 batang serai, diketuk
1/2 cawan minyak masak
garam dam perasa secukupnya
1 hiris asam keping
air secukupnya

Bumbu (rempah ratus di kisar)
2 sudu besar ketumbar
3 sudu besar jintan putih
3 sudu besar jintan manis
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 biji bawang besar (merah)
4 ulas bawang putih

Cara Membuatnya :
1. Bahan bumbu dibasuh dan kisar hingga lumat bersama sedikit air.
2. Panaskan minyak dan tumiskan kulit kayu manis, bawang besar, bunga lawang dan serai hingga naik baunya.
3. Masukkan bumbu kisar dan tumis lagi hingga naik bau dan garing. Jika kurang minyak, tambah sedikit lagi.
4. Masukkan ayam dan kacau sebati.Tambahkan dua cawan air dan asam keping.Kacau biar rata.Tutup kuali dan biarkan rendidih selama 30 minit hingga ayam empuk.
5. Tambahkan air jika ayam belum empuk.Masukkan garam dan perasa.
6. Angkat dan hidangkan.


Share |

Sambal Tumis Sotong Kering

www.tips-fb.com

Sambal sotong ni masak untuk lunch tadi....sotong ni dah lama beli...tapi tak teringat ada simpan dlm almari....sambal sotong ni sedap juga dimakan dgn nasi lemak.


Bahan-bahan: -

3 ekor sotong kering - dipotong dan direndam semalaman dgn kapur sotong
cili kisar
6 ulas bawang merah - kisar
Sedikit belacan
air asam jawa
garam dan gula merah
bawang besar - potong bulat - jika suka

Cara membuatnya:

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga naik minyak, masukkan sotong dan sedikit air, biar ia mereneh dan sotong menjadi lembut .
2. Masukkan bawang besar,air asam jawa, gula dan garam....sesuaikan rasa.


Share |

Jumaat, Julai 17, 2009

Kek Keju Tiramisu

www.tips-fb.com


Dah lama bercadang nak buat kek tiramisu ni....dulu pernah buat guna biskut tiramisu je...ikut resipi Hanieliza.....sedap gak....hari cuti2 ni bagus gak buat projek,kat umah ada owang nak makan...hari ni nak cuba buat guna kek span coklat pulak....kek dah buat sehari sebelum tu...hari tu teruja tengok kat FP Haniss dan resipi asal dr Umi_e @MyR....mengingatkan nastolgia nak buat semula....tak leh tahan tengok...yummy sgh kat umah Haniss tu....Haniss dah buat dua kali....kat sini dan kat sini....c&p dr Fp Haniss....tq Haniss...kita buat kek span coklat guna resipi SL yg pakar kek kat Johor tu...resipi bolih lihat disini...tq Nina...


Kek Keju Tiramisu Simple
Sumber: umi_e (myresepi.com)

Bahan-bahan ( 8 orang atau lebih )
1 biji sponge kek atau apa2 kek
250ml whipping cream
200ml cream cheese - haniss guna jer sebuku tu 250gm
1/2 cawan gula halus
1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
1 sudu makan serbuk nescafe
serbuk koko untuk hiasan

Cara-caranya
1. Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi
2. Satukan gula, cheese dan cream
3. Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu
4. Potong kek pada 3 bahagian
5. Susun 1 bahagian dalam bekas
6. Tuangkan 1/3 bahagian bancuhan nescafe ke atas kek
7. Sapu 1/3 bahagian adunan cream+cheese tadi atas kek
8. Susun lagi bahagian yang selebihnya
9. Ulang sampai habis kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar...
10.Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya...



Share |

Khamis, Julai 16, 2009

Sambal Tempoyak Udang

www.tips-fb.com

Tempoyak lagiiiii....hari tu beli sebotol,masih ada banyak lebihan baki lagi....lagi pun HB mmg suka makan lauk yg berasaskan tempoyak ni...tak kiralah masak apa pun...cuma anak2 yg tak berapa gemar dgn tempoyak ni....tempoyak ni buat sambal dgn ikan bilis pun mengancam tekak gak...tapi kita ni tak suka pulak tempoyak mentah colek dgn sambal makan dgn nasi...macam tak sesuai je dgn rasa tekak ni....tapi kalau yg dah masak mmg laju je makan.

Bahan2:

500 gm udang sederhana besar - dibersihkan
Pes tempoyak - ikut kepekatan
1 biji cili merah + cili padi - ikut kepedasan*
1 inchi kunyit hidup*
Sehelai daun kunyit di hiris atau disimpul
Garam secukup rasa
Sedikit air - ikut kepekatan
Sedikit gula jika tempoyak masam - jika suka

Cara-cara:
  • Tumbuk atau kisar bahan2 yang bertanda*
  • Jerangkan periuk bersama bahan kisar dan pes tempoyak bersama sedikit air mengikut kepekatan yg dikehendaki.
  • Masukkan daun kunyit yg disimpul atau di hiris dan biarkan hingga mendidih.
  • masukkan udang dan perasakan garamnya.
  • Bila udang dah masak(jgn masak udang lama sangat nanati jadi keras),tutup api dan bolih dihidangkan.


Share |

Pucuk Manis masak Lemak & Labu

www.tips-fb.com

Masa OTW petang balik dr Ofis singgah kejap kepasar malam...mmg nak gi cari sayur kampung....kat pasar malam selalu nya banyak dijual sayur2 kampung ni...dah lama tak pekena dgn masakan mcm ni...ini salah satu masakan kegemaran...dapat plk makan sayur ni dgn ikan kering dan dgn sambal,mmg tak toleh dah lauk lain.

Bahan2:

1 ikat pucuk manis
1/4 labu kuning/keledek
1 mangkuk santan
Segenggam ikan bilis/udang kering (buat perencah)
2 biji bawang merah (dihiris)
garam secukupnya

Cara:
  • Pucuk manis dilerai dr batang dan dibersihkan.
  • Labu dibuang kulit dan dipotong bersegi
  • Jerang periuk berserta santan,potongan labu, ikan bilis dan bawang hiris,biar hingga mendidih sambil dikacau.
  • Bila dah mendidih dan labu dah empuk, masukkan sayur pucuk manis dan perasakan garam.Bila sayur dah agak2 layu tutup api dan bolih dihidangkan.
Share |

Ahad, Julai 12, 2009

Pai Epal Lattice

www.tips-fb.com



1st time buat resipi apple pie yang ni.....mmg mudah....sedap pulak tu....rapuh kulit nya....makan sekali,nak dua kali.....filling nya pun tak berapa manis.....buat tadi untuk minum petang dgn teh 'o' mmg sedap.....resipi dah lama simpan dr keratan majalah jelita 2000....bayangkan dah lama simpan terperuk je....entah mcm mana terjumpa kembali.....


bahan-bahan pastri:

250 gm tepung - guna tepung gandum
50 gm gula icing
150 gm mentega tanpa garam- guna buttercup
1 biji kuning telur
30 gm air dingin- guna air sedikit je (agak2 bolih kepal)
Sehelai kertas minyak
Sedikit beras atau kekacang

Cara-cara
  • untuk membuat lapisan bawah (pastri),ayak tepung bersama gula aising.Gal ramas adunan tepung bersama mentega hingga menjadi seperti serbuk roti.Masukkan kuning telur dan air.Uli hingga menjadi pastri lembut.Bentukkan bulat,bungkus menggunakan plastik dan rehatkan didalam peti sejuk selama sejam.
  • Panaskan ketuhar pada suhu 180 c.Canaikan pastri dan masukkan didalam tin pai 16cm atau 20cm.Asaingkan sedikit pastri sebagai hiasan.Hiris lebihan pastr pada dinding acuan supaya rata dan tekan sedikit pada setiap lekuk.
  • Cucuk dasar pastri dgn garfu,alas dgn kertas kalis minyak dan tuang beras diatasnya.Bakar 15 minit.
  • Sapukan rata putih telur pada kulit pai.Tuang inti dan ratakan.
  • canai baki pastri dan hiris memanjang.Susun bersilang pada permukaan pai/Sapu kuning telur dan bakar selama 30 - 35 minit.Hidangkan panas bersama krim vanila (jika suka)



Bahan-bahan inti:

4 biji epal hijau (dipotong dadu)
100 gm gula perang (brown sugar)
1 s/k serbuk kayu manis - x letak
2 s/b tepung gandum
3 s/b air (utk bancuh tepung)
1 camca perahan limau kasturi( jika suka)- x letak
1 biji kuning telur (utk sapu atas pasri)

Cara:
  • Masukkan epal dan gula perang dlm periuk dan masakkan sehingga layu.
  • Masukkan serbk kayu manis dan kacau rata.
  • Masukkan bancuhan tepung gandum dan kacau rata.
  • Sejukkan.
Share |

Kek Batik Marie

www.tips-fb.com

Kek batik marie ni mmg menjadi kegemaran anak2...kita ni tak berapa gemar dgn rasanye tu.....macam rasa muak pulak,tapi depa punyalah suka dgn kek batik ni....layan jelah selera mereka ni kan....janji habis dimakan,tak membazir....


Bahan2:

1 kilo Biskut marrie (dipatahkan)
1 cawan milo
1/2 tin susu pekat manis
1 cawan nestum
1 cawan butter/majerin
4 biji telur
1 cawan air
Serbuk koko (megikut rasa)

Cara-cara:
  • Pukul susu,butter/majerin hingga sebati,masukkan milo,koko,nestum dan air.Pukul lagi hingga rata.
  • Kacau bahan2 yg dipukul tadi didalam periukdan kacau diatas api tg perlahan sehingga pekat.
  • Bila dah pekat,tutup api dan masukkan biskut.Gaul hingga rata semasa tengah panas.
  • Masukkan kedalam loyang dan tekan sehingga padat.Sejukkan dan bolih lah dipotong.
Share |

Sabtu, Julai 11, 2009

Ikan Pais Tempoyak

www.tips-fb.com
Dah masak...baru keluar dr oven....


Masak pais pulak,dah terasa kesedapan bakar membakar dan pais memayis....lebihan daun pisang tempohari ada lagi...buat pais ni untuk lunch hari ni....makan beramai2 anak beranak mmmg berselera betul pekena pais ni....betul kata mamasya yang empunya resipi,dapat lauk ni,tak jeling dah lauk lain....resipi dr FP mamasya yg dok nun di Brunei yg masih dlm pantang yg dpt baby girl,yg dok mabuk diam2 je tu...hehehe....jgn merajuk ziela....terima kasih,minta izin C&P je ye....

Ikan Pais Tempoyak
Sumber; Majalah Rasa

Bahan
I ekor ikan patin-guna ikan talapia merah; basuh dgn air asam jawa utk hilangkan hanyir
1/2 inci kunyit hidup-kisar
20 biji cili api(merah&hijau)-campur cili padi dgn cili besar-kisar
3 helai daun kunyit- hiris
3 btg serai-hiris
4 sm tempoyak
garam,gula secukup rasa
daun pisang utk balut ikan-guna aluminium foil

Cara
1.Campur bahan kisar,garam,gula dan tempoyak.
2.Gaul sebati dan lumurkan pada ikan.pastikan keseluruhan ikan dilumur
3.Taburkan daun kunyit dan serai ke atas ikan.
4.Bungkus dan bakar hingga masak.

Share |

Sotong Bertumis

www.tips-fb.com
Diantara lauk sempoi untuk lunch hari ini....
Share |