Isnin, Ogos 31, 2009

Menu Berbuka Ramadhan ke10

www.tips-fb.com
Lamanya rasa tak update menu kat sini...bulan pose ni angin 'M' kencang plk menyerang....time cuti ni barulah dapur berasap... masak pun lauk2 bese je untuk sekali makan...resepi takyah lah...hari2 biasa time keje menu tunjuk2 je merayap kat pasar ramadhan tu....layan jelah menu yg sempoi ni....

Ayam masak kicap

Sambal kentang & ikan bilis

Taugeh masak lemak putih

Kari ayam
Share |

Sabtu, Ogos 22, 2009

Vanila Flan

www.tips-fb.com
Dessert ni untuk berbuka pose di hari pertama...untuk sejukkan tekak...vanila flan dan jelly pun dah lama beli,takut expired plk...jadi buat jelah dessert ni..nak buat pun ringkas je....sedap dimakan bila dah disejukkan...mmg selalu buat ni...kat sini pun ada gak...


Bahan2:
60g vanila flan - bolih beli di kedai bakery
500ml fresh milk
1 kotak jeli strawberry jenama LADY'S CHOICE,NONA atau ALSA
* Bolih juga letak diatasnya buah2an dlm tin sebagai penyeri sebelum dicurahkan jelly

Cara:
masak sampai mendidih, tuang dlm individu bekas, biar sekejap, dah sejuk curah dgn jelly strawbery (resepi ni ada dibelakang kotak jeli )

*flan ni rasa dia seakan-akan dadih sikit....tapi lagi sedap dari dadih....struktur nya lembut...
Share |

Sambal Tumis Sotong

www.tips-fb.com
Menu2 yg sempoi je untuk berbuka pose hari pertama...takde istimewa pun...lauk2 yg biasa masak harian je....masak pun untuk sekali makan...sbb bila sahur,seisi penghuni umah ni mmg tak makan nasi bila bersahur...takleh masuk,cuma makan yg ringan2 je...dr dulu sampai skrg mmg macam ni...tak tau kenapa...anak2 pun ikut sama...

Share |

Taugeh Kasar Goreng Bertahu

www.tips-fb.com

Ini juga antara menu utk berbuka puasa...lauk yg senang2 je...layan jelah ye...selalu masak sayur ni sbb kegemaran seisi keluarga...kat sini pun ada...

Bahan-bahan:

1 peket taugeh kasar - dibuang ekor
3 keping tahu- digoreng separuh masak
10 ekor udang hidup
1 ikat daun kucai
2 biji cili merah*
2 biji bawang merah*
1 biji bawang putih*
sedikit belacan - jika suka*
garam secukup rasa


Cara-cara:

> Tumis bahan2 yg bertanda*,masukkan udang tumis sedikit hingga masak kemudian masukkan taugeh,biarkan hingga layu sedikit dan kekacang nya masak,masukkan sedikit air.
> Masukkan tahu yg telah digoreng dan daun kucai,dan bubuh garam secukup rasa
Share |

Ayam Masak Padang

www.tips-fb.com

Masak menu ni utk berbuka pada hari pertama berpuasa gak....resipi dr dapur Nur...thanks Nur....tp ayam Padang ni lebihkan kuah sikit...takde modal lah nak citer2 pose ni...injin slow sikit...hehehe..

Bahan-Bahan

1 ekor ayam dibersihkan dan di potong lapan
1 1/2 biji kelapa
3 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 inci halia
4 batang serai
4 inci lengkuas
cili kering mengikut pedas
1 sudu teh serbuk kunyit
2 helai daun kunyit di siat siat

Cara Cara

1. Semua bahan dikisar halus.

2. Kelapa diperah dan ambil santan cair sebanyak 3 cawan dan santan pekat 2 cawan.

3. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga wangi.

4. Masukkan ayam digaul rata, setelah itu masukkan santan cair.

5. Masak dengan api yg sederhana, apabila ayam telah masak dan empuk masukkan
pula santan pekat.

6. Masukkan asam keping, garam dan daun kunyit.
Share |

KAD TANDA INGATAN LG DR KAWAN2...TERIMA KASIH

www.tips-fb.com
DR WELLY (SUKAJADI CORNER)

DR LINDAFENDI LAGI...

DR LINDAFENDI LAGI...


DR LINDAFENDI LAGI...

Share |

Jumaat, Ogos 21, 2009

KAD TANDA INGATAN LAGI...TERIMA KASIH SEMUA....

www.tips-fb.com

DR AZITA (PASIR GUDANG,JB)

JUGA DR AZITA (PASIR GUDANG,JB)

DR ALONGROZ (SARAWAK)


DR NEKPP (DUBAI)

DR MIMI (PULAU PINANG)


DR NUR (TRENGGANU)


DR HANA (JAPAN)


DR SUZI (AUSTRALIA)

DR AYMY (KUWAIT)

DR IKA (BANGKOK)

DR LINDAFENDI (GOMBAK KL)

Share |

Khamis, Ogos 20, 2009

Rich Choc Pudding

www.tips-fb.com


Puding penuh rasa kecoklatannya...mmg sedap dan menyejukkan tekak...anak2 mesti suka dgn rasa mewah coklat...sedap gak ni bila buat untuk berbuka puasa...ada tragedi masa buat puding ni,walau pun mudah, kerana silap menggunakan serbulk jelly...puding tak mengeras sehari semalam didalam peti sejuk...bukak katop....bukak katop peti sejuk tak keras gak...takpe satu pegajaran...kadang2 tak semudah yg disangka...dah ramai kawan2 buat puding ni...ni buat kali kedua lah ni...yg pertama kali tu tak sedap nak masuk mulut,lembik sangat...jawab nya cik tong yg makan...hahaha...resipi ni cilok dr umah makyung Hana...resipi asal dr jun...thanks kedua2 nya...


Bahan-bahan
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula
  • 1/2 cawan susu tepung
  • 1/2 sudu teh garam
  • 4 1/4 cawan air
  • 4 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 3 sudu besar butter
  • 1 paket serbuk agar2 (10-11gm)
Cara-cara
  1. Campurkan semua bahan kecuali butter dan kacau selalu hingga mendidih.
  2. Masukkan butter, kacau hingga pekat.
  3. Angkat dan masukkan kedalam loyang atau acuan yg disukai.
  4. psssttt! ni akak tambah cara yer..untuk puding ni n puding2 lain, kalu nak senang keluarkan bila dah beku, basahkan dulu acuan sebelum memasukkan puding..bila dah beku, insyaAllah senang nak keluarkan.

Share |

Rabu, Ogos 19, 2009

Kad Ingatan Dr Kawan2

www.tips-fb.com
Adoiii...lenguh dah angkut kad2 dan award dr kengkawan...angkut sebelum terlupa dan terharu sungguh atas ingatan dr kengkawan..akak nak ucapkan terima kasih banyak2 dan ambil kesempatan disini nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN yg bakal akan tiba dan meminta banyak2 maaf jika ada terkasar bahasa atas gurauan sehari2 semoga ibadah kita diterima dan mendapat keberkatan dari nya.....

DR AYU (SINGAPORE)

JUGA DR AYU (SINGAPORE)

DR ANAWAHID

DR MIZAN

JUGA DR MIZAN


DR CT DELIMA


DR NUR

DR NOORSHA

DR DAYANG JACK

JUGA DR MIZAN

DR K.INTAN
Share |

Selasa, Ogos 18, 2009

Gulai Darat Ayam 2

www.tips-fb.com

Masak lauk ni untuk dinner dan lawan dgn sambal tempoyak ikan bilis kat bawah tu...rempah gulai ni mari dari negeri Ganu kite,kirim dgn kawan yg balik sana...sedap rempah gulai ni,dulu pernah guna rempah gulai Cap Bunga Rose je lihat disini ...tapi yg ni terasa lagi sedap hingga menjilat jari,sbb rempah ni buatan sendiri dr ibu nya di kampung...


Bahan²:
1/2 ekor ayam - dipotong
santan
1 1/2 sudu besar rempah gulai
4 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1/2 cm lengkuas
1/2 cm halia
1/2 cm kunyit hidup
1 sudu kecil ketumbar - sy guna serbuk ketumbar
1" kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
asam keping
garam secukup rasa.

Cara membuatnya:
1. Kisar b.merah, b.putih, lengkuas, kunyit hidup, halia dan ketumbar. Campurkan dengan cili yang dah diblender (ikut kepedasan masing² ler)
2. Campurkan ayam dengan bahan kisar,rempah gulai,kulit kayu manis,bunga lawang dan renehkan diatas api (kacau sekali sekala)
3. Bila ayam dah empuk masukkan santan, garam dan asam keping
4. Reneh lagi atas api sambil dikacau hingga pecah minyak.


* Gulai darat ayam ni bolih juga ditumis dgn sedikit minyak seperti masak kari.


Share |

Sambal Tempoyak Ikan Bilis

www.tips-fb.com

hari ni masak simple je,masak sambal tempoyak ikan bilis main campak2 je lawan dgn ayam gulai darat dan tumis sayur taugeh bertahu je...makan nasi panas2 mmg menyelerakan....x toleh kiri kanan dah...

Bahan-bahan
  • 1 genggam ikan bilis - x perlu goreng
  • *10-15 biji cili padi
  • *1 inci kunyit hidup
  • Sehelai daun kunyit dihiris
  • Sedikit garam
  • Tempoyak secukupnya
  • Sedikit air
Cara-cara
  1. Tumbuk lumat cili padi dan kunyit hidup.
  2. Kemudian masukkan tempoyak,ikan bilis ,daun kunyit hiris dan sedikit air kedalam periuk dan Kacau sebati diatas api.
  3. Masak sehingga pekat sedikit dan perisakan dgn garam. Kalau tempoyak tu agak2 masam,masukan sedikit gula dan dan gaul sebati dan tutup api.
Share |

Ahad, Ogos 16, 2009

Black Forest Cake 2

www.tips-fb.com


Semalam buat Black Forest Cake ni kerana ada permintaan dr kawan...haritu beri dia half cake mcmni untuk balasan pinggan...sbb haritu dia ada beri sandwich cake...tup..tup anak dia suruh mak dia order plk...tapi yg ni buat kek span cokelat...dah pernah buat lihat disini...kek ni takleh potong2 nak posing gambar,ada owang punya....



Share |

Soto Ayam

www.tips-fb.com

Dah lama tak makan soto....sedapppp!!! nya...resipi dr Diana@MyR

Bahan-bahan ( 12 orang )

  • 6 bungkus lontong ADABI yang telah dimasak
  • 2 ekor ayam, dibelah empat
  • 3 - 4 liter air
  • 1 cawan santan pekat- x letak santan
  • 1/2 cawan serbuk ketumbar
  • 2 sudu teh serbuk jintan halus
  • 2 sudu teh serbuk lada putih
  • 3 batang serai, dititik
  • lengkuas sebesar ibu jari, dititik
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga
  • 5 tangkai bunga cengkih
  • garam secukup rasa
  • 1 cawan minyak untuk menumis
  • Bahan untuk Dikisar
  • 3 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • Bahan untuk Sambal Kicap
  • 5 batang lada merah
  • 20 biji lada padi merah thai
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 cawan kicap lemak manis
  • Bahan Hiasan
  • bergedil
  • taugeh yang telah dicelur
  • daun sup, dipotong halus
  • bawang goreng
  • sambal kicap
  • ayam, yang telah disiat-siat

Cara-cara

  1. Panaskan minyak didalam periuk. Masukkan rempah tumis (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih) bersama serai dan lengkusa yang telah dititik. Tumis rempah yang telah dikisar sehingga naik bau. Masukkan serbuk ketumbar, jintan halus dan lada putih, gaul hingga sebati. Masukkan santan gaul sebati dan tuangkan air dan masukkan ayam. Masak sehingga kuahnya mendidih dan ayam masak.
  2. Cara membuat Sambal Kicap - Kesemua bahan itu masukkan kedalam alat pengisar dan kisar halus. Sedia untuk digunakan.
  3. Cara menghidang - Potong lontong dadu besar dan letakkan daging ayam yang telah disiat bersama taugeh dan tuang kuahnya. Hiaskan dengan daun sup, bawang goreng, bergedil dan sambal kicap.

Share |