Ahad, Oktober 25, 2009

Original Brownies

www.tips-fb.com
Bila terpandang brownies kat rumah zana ni....teringin plk nk mencuba...bahan pun dah ada...mmg tak bolih tenguk brownies,mesti nak cuba mengodek....macam2 brownies dah cuba..dan ini juga ada kelainan...resipi asal dr SajiOnline...c&p dr dapur zana ...thanks zana....

Bahan2
100 gm coklat
130 gm mentega
250 gm gula
4 biji telur
130 gm tepung
5 gm serbuk penaik
50 gm badam/walnut


CARA MENYEDIAKAN:
1. Masak coklat dengan mentega menggunakan kaedah double-boiler.Sejukkan
2.Pukul gula dan telur sehingga kembang
3.Masukkan coklat yang telah dimasak tadi ke dalam adunan.
4.Masukkan tepung dan serbuk penaik
5.Akhir sekali masukkan badam atau walnut6.Tuangkan adunan ke dalam acuan dan bakar pada suhu 180'C selama 40 minit


Share |

Khamis, Oktober 22, 2009

Sambal Kentang Hijau & Masak Lemak Udang Dgn Pucuk Ubi

www.tips-fb.com
Pagi tadi sebelum pergi keje,sempat lagi masak dua lauk ni....kalau dah masak pagi...balik keje ptg krg bolih berehat dan panaskan apa yg patut dan goreng ikan kering je...taklah tekejar2 sgt...bolih rehat dan tgk Tv lg tu..itu yg penting tu....hehehe...resipi sambal kentang ijo ni cilok dr dapur Anawahid...ana minta izin c&p resipi dan cilok resipi sekali ye...yelah skrg ni tgh isu panas...takut gak ni...selalu buat sambal kalor merah je...kira ni pestime buat kalor ijo plk...tambah cili padi sikit utk menaikkan sengatannye...sedap dan menyengat...thanks Ana....

Bahan2nya:-

Segenggam besar ikan bilis - dikopek
3-4 biji kentang - dibelah 4 n hiris
8 biji lada hijau - ditumbuk kasar (tmbh cili padi sikit)
1 biji bawang besar - ditumbuk
3 ulas bawang putih - ditumbuk
sedikit serbuk kunyit
1 sudu besar gula
garam n pak aji secukup rasa

Cara2nya:-
1. Goreng kentang dn ikan bilis sehingga kekuningan dan garing terlebih dahulu dan ketepikan.
2. Panaskan minyak, tumis bahan2 tumbuk sehingga naik bau dan sedikit garing dan masukkan serbuk kunyit. Masukkan pula gula, garam dan pak aji secukup rasa.
3. Akhir sekali masukkan kentang dan ikan bilis, gaul rata dan siap

Masak lemak cili padi udang dgn pucuk ubi...pun ijo gak
Share |

Selasa, Oktober 20, 2009

Puding Karamel

www.tips-fb.com
Hari cuti aritu teringin plk nak makan puding karamel ni...sejukkan dlm petiais dan makan sejuk2 mmg sedap masuk dlm tekak....tekstur nya pun halus...buat dua adunan,satu adunan bawa kat ofis bagi kengkawan rasa...kejap je licin...puding ni mmg selalu buat dan kat sini pun ada...resipi asal dr dapur Feqah dan C&P dr dapur Mamasya....



Puding Karamel Feqah
Bahan-bahan :
Untuk gula hangus:-
1 cawan gula pasir
1 cawan air panas

Untuk Puding:-
4 biji telur
1 tin susu cair
2 sudu besar esen vanila
2 sudu besar tepung jagung/tepung kastad

Cara Membuatnya :
1. Masak gula hangus hingga cair. Tuangkan air panas.Kacau hingga sebati.
2. Kisar telur hingga kembang dan masukkan susu cair. Kisar lagi hingga sebati.
3. Masukkan esen dan tepung jagung dan kisar sebentar.
4. Tuangkan 1/2 adunan gula hangus dalam loyang 8 inci.Tuangkan adunan puding.
5. Kukus 20 minit hingga masak.



Tips membuat puding karamel:
1. Untuk membuat gula hangus, masukkan gula ke dalam periuk dan panaskan dengan api perlahan.Kacau supaya tidak hangit .Jika ia hangit, rasanya akan pahit.
2. Setelah gula hangus cair dan bewarna keperangan, tuangkan air panas atau air paip.
3. Kacau segera supaya gula tidak berketul. Kacau hingga cair.
4. Telur dan susu dikisar hingga sebati.
5. Tapiskan adunan sebelum dituang ke dalam loyang.
6. Biarkan puding sejuk dalam loyang sebelum diterbalikkan dalam pinggan.
Share |

Ahad, Oktober 18, 2009

Nasi Lemak Pandan & The Geng

www.tips-fb.com
Dah habis citer open house...tapi sampai n3 ni di update pun masih ada lg makan2 hariraya...tapi kat ofice lah....maklumlah hari ni last day syawal...semuanya bekejar2 nk buat jamuan jugak.....rajin sgh diorng ni...bab berkemas yg tak larat tu....ni plk nk tayang menu sempoi masa cuti minggu ni....sempoi2 pun kena masak jugak...masak sempoi2 je utk sarapan pagi merangkap ke malam....buat pun lebih...malas dah nk jenguk2 dapur nk masak yg lain....resipi cilok dr umah org duk kat Jepun nun...siapa lg kalau bukan org yg dlm pantang dan rajin memasak tu si Hana...dlm pantang pun laju keluar menu2nye...sedap nasi lemak ni kawankan dgn sambal tumis sotong dan ayam grg berempah serai tapi terlupa plk nk beli timun...malas nk gi kedai,mkn jelah...first time buat nasi lemak yg kalor ijo ni....thanks Hana...

Bahan-bahan
  • Beras
  • Air pandan secukupnyer (blend daun pandan dan tapis)
  • Santan pekat
  • Garam
  • Halba
  • Halia
  • Daun Pandan - simpul
  • Pandan emulco@pewarna ijo + sedikit air (utk renjis)
Cara-cara
  • Basuh beras bersih. Campurkan santan pekat dan juga air pandan mengikut sukatan beras.
  • Masukkan skali garam, halba, halia dan juga daun pandan. Jika kaler ijo kurang menarik, bleh tmbh ngan sedikit pandan emulco@pewarna ijo yer!
  • Masukkan rice cooker dan masak hingga beberapa minit nk tanak.
  • Lagi beberapa minit nk tanak tuh, ambil sedikit pandan emulco@pewarna ijau. Campurkan dengan sedikit air (kaler ijo yg ni bior lg pekat dr warna nasik td yer) dan renjis2kan ke atas nasik. jgn gaul dulu. tutup smula periuk dan tanak hingga masak.
  • Dah masak baru gaulkan. so nmpk la nasi lemak anda warna ijo yg cantik! heeeee... Slamat mencube!! :)


Ayam goreng berempah serai

Sambal tumis sotong kering

Share |

Sabtu, Oktober 17, 2009

Beraya Lagiiii.....

www.tips-fb.com
Tak habis-habis beraya lagi....dah sampai saat-saat akhir bulan syawal ni pun masih belum habis kerumah sanak saudara...yelah setahun sekali dapat berkumpul beramai2 rasa seronok...tiap2 minggu ada je jemputan "rumah terbuka" kerumah saudara mara...tulah sbb bila hari raya badan rasa memberat semula...hehehe....minggu yg akhir ni pula kerumah anak buah yg tinggal di Bangi...dia ni mmg rajin buat jamuan raya,semuanya dtg berkumpul disini makan2 sambil bertanya khabar...rumah terbukanya dari tengahari hingga kemalam....isshhh.... penat nyaaaa....

Juadah yg berat2....sate,nasi lemak,lontong,mee rebus,speghetti....

Hidangan mee rebus

Hidangan nasi lemak


Sedang berborak sakan....

Wahh bukan main posing lagi anak dara tecik ni....

Anak dara tecik menjamu selera...

Kaum bapa berborak sakan di luar rumah....
Share |

Khamis, Oktober 15, 2009

Potluck Hari Raya 2009

www.tips-fb.com
Selagi tak cukup sebulan syawal selagi itulah beraya sakan...hari Rabu baru ni akak punya Division kat office ada buat potluck hariraya dikantin syarikat... masing2 membawa bermacam2 juadah...lelaki pula collect duit je utk order tambahan menu dan minuman...tema baju tuan rumah yg mengendalikan ni adalah warna merah dan purple...budak2 muda pula menjadi penyambut tetamu dan menghias...memang tiap2 tahun kami buat potluck ni...yg buat utk department lain plk...bulan syawal masih ada beberapa hari lagi ni pun masih banyak undangan dr department lain plk...walaupun penat menyediakan dan menyusun dan berkemas,tapi rasa seronok dan dpt mengeratkan lagi siratulrahim.

Menu lemang,rendang,Serunding ayam dan sambal lodeh goreng

Kuih Muih

Lemang dan Rendang Daging

Replika hiasan buluh lemang

Puding dan agar2

Cheese Cake

Buah2an

Menu Mee Jawa

Menu Rojak Buah

Tart,brownies dan kek coklat

Tauhu Poket cicah sos

Tong nasi lemak dan kuah lodeh belum sempat lagi nak dihias

Minah2 bergambar sakan dan sibuk menghias serta menyusun makanan...tapi tuan tanah ni xde dlm ini gambar...sbb tgh menembak....jadi jgn tanya yer.....
Share |

Selasa, Oktober 13, 2009

Berkampung Di Restoran Seri Melayu

www.tips-fb.com
Pada waktu lunch isnin lps maka sampailah rombongan cik kiah dan kuncu2 kesini... ni kira beraya dlm suasana dikampung lah ni...pada yg takde kampung ni rasa meriah betul dapat lagi makan dgn hidangan ala2 kampung ni...mcm berada dikampung sendiri...ni adalah tajaan dr pembekal syarikat...kira2 belanja pelanggan lah ni utk lunch merangkap beraya sekali...mula2 mcm2 cadangan nak gi kat mana utk lunch...geli hati betul...ada yg cadang nak gi Saloma Bistro,Restoran berputar KL Tower,Restoran Intai2,Bora Ombak,Kelab Darul Ehsan(KDE) dan mcm2...lelaki dan pompuan berlumba mcm2 bagi cadangan...tapi pembekal ni beselera nak gi makan diRestoran Korea plk....semua org tak layan...last sampai jodoh gi makan kesini je bersebelahan dgn Kompleks Kraf(Karyaneka) Jalan Conlay...kalau ada rezeki lain kali kita gi plk kat tempat yg dicadangkan tu yer...kalau takde jodoh makan kat kantin jelah yer....nasib badan...

Stall makanan & sup

Hidangan lauk pauk

Hidangan pencuci mulut kuih muih & kek


Hidangan ulam2an kampung & sambal belacan







Nasi beriani didlm rangka perut kambing

Stall ABC dan cendul

Pandangan tempat makan atas dan bawah

Stall makanan

Prince Hotel & Residence bersebelahan dgn RSM

Hiasan disudut dalam Restoran

Bangsal tempat mengacau dodol dan membakar lemang

Pandangan dr sudut tepi

Pandangan dr hadapan pintu masuk

Beca untuk bersantai

Share |