Ahad, Disember 27, 2009

Chocolate Banana Cake

www.tips-fb.com
Bila tengok kat umah Ijan Findlan kek yg ditayangkan,begitu teruja plk nak membuat...pisang dan bahan2 pun dah ada....godek jelah buat minum petang...dah ramai kengkawan yg mencuba resipi ni...rasa coklat dan pisang...mmg sedap...minta izin c&p resipi kat sini ye Ijan...tq


Chocolate Banana Cake Recipe

  • 2 cups (400 grams) granulated white sugar
  • 1 3/4 cups (245 grams) all-purpose flour
  • 3/4 cup (75 grams) cocoa powder
  • 1 1/2 teaspoons baking powder
  • 1 1/2 teaspoons baking soda
  • 1/2 teaspoon salt
  • 2 large eggs
  • 1 cup mashed ripe bananas (about 2 medium sized bananas)
  • 1 cup (240 ml) warm water
  • 1/2 cup (120 ml) milk
  • 1/2 cup (120 ml) safflower or canola oil
  • 1 1/2 teaspoons vanilla essence
  1. Preheat oven to 350 degrees F (180 degrees C) and place rack in the center of the oven.
  2. Butter, or spray with a non stick vegetable spray, a 9 x 13 inch (23 x 33 cm) pan. Set aside.
  3. In a large bowl whisk together the sugar, flour, cocoa powder, baking powder, baking soda, and salt. Set aside.
  4. In another large bowl, whisk together the eggs, mashed bananas, water, milk, oil, and vanilla extract.
  5. Add the wet ingredients to the dry ingredients and stir, or whisk, until combined. You will notice that the batter is quite thin.
  6. Pour the batter into the prepared pan and bake for about 35 to 40 minutes or until a toothpick inserted in the center of the cake comes out clean.
  7. Remove from oven and let cool on a wire rack.
Share |

Ayam Panggang ala Kenny Rogers

www.tips-fb.com
Ayam panggang pokcik Kenny ni buat semalam..tp tak sempat nak posting..pada tegahari tu gi tgk anak kawan kahwin kat Keramat dan balik tu terus bakar ayam ni utk dinner plk... mmg sedap digandingkan dgn mashed potato kat bwh tu...akak buat sekor ayam,tapi belah dua bagi dia garing sikit tang dada tu bila dipanggang,dan letakkan berasingan sebelah menyebelah masa memanggang...resipi asal dr MyR..tapi cilok dr dapur Hana je...tq hana...

Bahan-bahan
  • 1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil)
  • Bahan-2 untuk make up ayam :
  • 3 biji bawang besar
  • 4 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 atau 3 sudu besar sos lada hitam - aku tadak sos nih ganti ngan sos tiram+kicap pekat n lada hitam byk.
  • 2 sudu besar madu
  • 1 ketul kiub ayam Knorr
  • 2 sudu besar gula pasir- hana gune gula perang
  • 2 sudu besar herba campuran- akak guna serbuk rempah paprika je
  • 1 1/2 sudu teh garam halus
  • Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
  • Sedikit mentega
Cara-cara
  1. Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
  2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
  3. Perap selama 1 1/2 jam.- hana perap semalaman.
  4. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.
  5. Hidangkan bersama kentang goreng, coleslaw dan kentang putar.

Share |

Garlic Mashed Potato

www.tips-fb.com
Memang betul kata hana mashed potato ni digandingkan dgn ayam panggang ala Kenny Rogers mmg sesuai dan sedap..ramai gak yg dah cuba buat ni..semua kata sedap..tu yg teruja plk nak buat dan gandingkan dgn ayam panggang pokcik Kenney tu...resipi c&p dr umah Hana..tq hana..

Bahan-bahan
  • 8-9 biji ubi kentang saiz besar (kalau guna Russet potatoes lebih gebu)
  • Air yg cukup untuk merebus + 3 ulas bwg putih diketuk
  • 3 sudu besar butter
  • 2 sudu besar mayonaise
  • ½ cawan susu segar/ fresh cream - hana ltk sket jerk
  • 1 sudu kecil black pepper
  • Bahan-bahan untuk gravy :
  • 2 ulas bawang putih dicincang halus
  • 2 sudu kecil black pepper
  • 2 sudu besar Worcestershire sauce ( kite gune brand lea&perrin)
  • 4 sudu besar kicap manis + 1 cawan air
  • 2 sudu besar tepung jagung + dgn sedikit air ( untuk memekatan gravy)
  • 1 sudu kecil stock ayam ( kalau buat steak/grilled chicken, guna airnya lg sedap)
  • sedikit minyak untuk menumis bwg putih- hana gune butter
Cara-cara
  1. Kupas kulit ubi kentang dan potong nipis2. Rebuskan dalam periuk - isi air cukup-cukup menutupi ubi dan campurkan sekali bwg putih yg diketuk.Tabur sedikit garam.Rebus hingga empuk dan tosskan air lebihan.
  2. Campurkan butter, mayonaise, susu segar dan black pepper kedalam ubi kentang yang telah direbus tadi dan lecekkannya.Kalau takde potato masher, gune electric mixer/ bontot botol sos pun boleh. Lepas dah hancur & smooth, siap lah mash potato tu.
  3. Untuk Gravy : Tumis bwg putih dan black pepper hingga wangi.(jgn sampai garing sgt..tak sedap)
  4. Masukkan semua bahan-bahan lain kecuali air tepung jagung. Masak hingga didih.
  5. Sambil kacau, tuang air tepung jagung sikit2 sampai gravy tu tak pekat, tak cair.( kalau suka pekat2, tambah lagi..ikut selera masing2)
  6. Untuk serve, tuangkan gravy atas mashed potato tadi dan ENJOY!
Share |

Khamis, Disember 24, 2009

Tempahan CC Doorgift

www.tips-fb.com
Lepas tayangan amal dpt gadget,kena tayang plk hasil yg dikeluarkan..bukan ke begitu,taklah depa dok diam boring tak bekerja kat situ je kan...ni plk CC yg diorder olih seorang sahabat dimajlis kenduri kesyukuran untuk dibawa ke Ipoh pd minggu lepas...ni kira majlis menyambut kelahiran baby girl pertama yg dilahirkan selepas pantang atau org panggil majlis berendoi...betul ke...semoga baby dan ibu dalam keadaan sihat ye Lynn...




Share |

Baking Tools

www.tips-fb.com

Bila dah sampai kat kedai barang2 baking,mata mmg tertumpu kat rak2 je...berlegar2 dlm tu sampai tak sedar berjam2...kadang2 nak beli barang sikit dah jd bertambah2..owang pompuan lah katakan...punya 1 akal..9 nafsu...semuanya nak dirembat...bila nak layan benda2 ni pun tak taulah...asyik tak ada masa memanjang je..kekadang semangat begitu berkobar2...kdg2 hilang ditiup angin lalu je...hahaha...
Share |

My New Gadget

www.tips-fb.com


Alhamdulillah....akhirnya target nak memiliki oven yang saiz besar sikit dah tercapai. ini pun ada org tu yg bagi sebagai hadiah...terimalah dgn kesyukuran.Mula2 dulu berangan mcm teringin nak oven brand Europa je..dah byk kedai gi survey kat kedai letrik,brand ni je yg banyak display...tokeh kedai tu kata brand Europa kena order dulu...nak order dulu tu yg malas nak tunggu,jadi niat pun terpesong beli yg ni je..harga tak sama tiap2 kedai...kedai yg ni je paling murah sikit,...lagi pun tokeh tu rekomen brand ni lagi bagus,selalu jadi pilihan ramai dan tahan lama...maka jatuh hati lah dgn yg ni plk..pasni lajulah sikit nak membaking dan leh masuk tray yg besar.....dah beli 3 minggu lps,baru nak wat tayangan amal..
Share |

Telur Mata Bersambal

www.tips-fb.com

Baru 3,4 hari tak update n3...dah lama sangat terasa...meh layan lauk yg sempoi...nak masuk n3 gak lauk ni...tapi cukup digemari kat umah ni...anak dara kat umah ni kalau dpt lauk ni,bolih bertambah nasi...hilang diet bila jumpa lauk ni...hairan kan....
Share |

Tumis Bayam

www.tips-fb.com

Ni nak tayang sikit sayur fav akak...senang nak dapat dan senang dimasak...masak campak2 sambil pejam mata pun bolih...layannnn!!!!
Share |

Ahad, Disember 20, 2009

Chewy Gooey Yummy Brownies

www.tips-fb.com
Semalam terajin plk nak buat brownies ni...dah lama gak mencari brownies yg sesedap ni..inilah brownies yg paling sedap rasanya...tak payah sesusah pergi beli kat Secret Resipe lagi...sebelum ni pernah cuba buat mcm2 brownies,versi lain..tapi hasilnya lebih kepada rasa kek coklat...tapi yg ni mmg jamin sedap dan mmg chewy sekali...akak suka tekstur nya yg mcmni,ada kedut2 bila dah masak...tukang2 makan kat umah ni pun kata sedap...berulang2 mengunyah,selalu kalau buat tak berapa laku mcm yg ni...yg ni mmg laris betul...kejap je habis....resipi ambil dr dapur Diana...kat dapur Jee pun ada gak terjumpa cara step by step...tapi dlm jumlah bahan yg banyak.

Ingredients
125g butter
200g dark chocolate - guna coklat Van Houten
3 eggs
1 ¾ cup caster sugar - kurangkan jd 1 1/2 cup je
1 tsp vanilla essence
1 ½ cup plain flour (sifted)
1/3 cup cocoa powder (sifted)
2 cups chopped nuts of your choice

Method
1. Preheat oven to 180 degrees celcius. Brush a shallow 8x11 inch tin with melted butter. Line the base with baking paper, extending over the two long sides.
2. Double-boil butter and dark chocolate until melt. Add caster sugar, mix well. Remove bowl of mixture from pan of simmering water.
3. Add eggs, one at a time. Mixing thoroughly with every addition. Add vanilla essence. Mix well.
4. Add sifted flour and cocoa powder. Mix well. Add nuts. Mix well.
5. Pour mixture into the prepared tin and bake for 30 minutes.
6. Allow to cool before cutting into pieces. - akak potong selepas keluar dr oven,kalau dah sejuk,susah nk potong dan pecah.

Share |

Sambal Sardin wif Kentang

www.tips-fb.com

Hari ni masak sempoi je...dah lama x interperem lauk pauk yg sempoi mempoi ni...lagi lama cuti,lagi malas nak masak...korang mcm tu jugak ke..atau akak sorang je mcmni...tapi korang semuanya rajin2 belaka kan,hari2 ada n3 masakan...jgn ikut mcm akak ni tau...
Share |

Kacang Buncis Goreng wif Udang

www.tips-fb.com
Ni sayur buncis goreng & udang je...sedap ratah saje ni...krap krup..krap krup...
Share |

Jumaat, Disember 11, 2009

D'Styled Baked Macaroni and Cheese

www.tips-fb.com
Hari ni tak makan nasi sbb Hb satu hari tiada dirumah....malas plk nak renyah2 didapur...layan baked macaroni je...lagi pun balance makaroni aritu ada lagi...kalau Hb ada kena masak nasi dan lauk gak,sbb dia tak berminat dgn makanan cenggini...dia tekak owang melayu..akak dan anak2 je yg suka layan makanan macamni....jom tgk hidangan dan resipi dr dapur Diana yg fofular ni...dah lama "D" tak update blog nya,rindu plk nak tgk menu nya yg terkini..mungkin dia sibuk kot..harap 'D' sihat ye...nampak resipi ni panjang berjela,sbb 'D' byk bagi petua kat sini...tapi nak wat senang je..tak susah bagai disangka...akak wat ni pu mengikut bahan2 yg ada dirumah je...byk yg dipotong,jimat kos...hehehe...


Bahan-bahannya
(Untuk 3 loyang kecil aluminium)
1 paket (500 gram) San Remo macaroni spiral/ elbow

Bahan untuk Sos Pasta
500 gram daging cincang - guna daging kisar jenama Ramly
2 – 3 tin Campbell’s Prego Traditional Pasta Sauce - guna 2 tin
1 tin cendawan butang, dihiris - x letak
2 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih, dicincang
7 tangkai cili padi thailand, dihiris nipis - x letak
air secukupnya
minyak untuk menumis
garam secukup rasa
gula secukup rasa - x letak
serbuk perasa jika suka

Bahan untuk Sos Cheese
1 buku (250 gram) keju cheddar jenama kraft, diparut - guna sliced cheddar cheese
600ml susu segar
250 ml air - air agak2 pekat je
3 sudu makan mentega
4 sudu besar tepung gandum
sedikit serbuk lada hitam

Bahan untuk Topping
1 buku (200 gram) mozarella cheese, diparut - guna yg dah siap dlm peket



Cara-caranya

1. Didihkan air secukupnya didalam periuk. Masukkan 2 sudu makan minyak (ini agar macaroninya tidak melekat). Rebus sehingga macaroninya lembut. Angkat, toskan dan ketepikan.
2. Cara untuk Sos Pasta: Panaskan kuali dan tuangkan sedikit minyak. Tumis bawang putih sehingga naik bau, masukkan cili padi thailand dan juga bawang besar dan tumis sehingga naik bau dan layu.
3. Masukkan pula daging cincang dan bila ia telah bertukar warna, masukkan pula cendawan butang.
4. Masukkan pula Campbell’s Prego Traditional Pasta Sauce dan lebihan sos yang didalam tin dimasukkan sedikit air dan dimasukkan sekali. Setiap tin sos yang D gunakan D tambahkan 1 tin air. Ini agar sosnya banyak dan bila digaul dengan macaroni ia lembab dan tidak terlalu kering.
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa dan juga serbuk perasa jika suka. Masak sehingga kuahnya mendidih dan rasa lagi kuahnya jika kurang perasanya tambah sepatutnya. Ketepikan.
6. Cara untuk Sos Cheese: Panaskan periuk. Masukkan mentega dan gunakan api yang sederhana kecil. Bila mentega telah cair. Masukkan tepung dan menggunakan whisk kacau tepung tersebut sehingga ia sebati dengan mentega. Dikacau selalu untuk mengelakkan tepung dari hangus.
7. Kemudian masukkan pula susu segar sedikit dan larutkan adunan tepung bersama mentega tadi dengan menggunakan whisk (ini untuk mengelakkan tepung dari bergentil-gentil). Bila tepung telah sebati dengan susu tadi masukkan lebihan susu segar dan juga air. Dikacau dengan whisk selalu agar tepungnya tidak melekat pada dasar periuk dan hangus nanti sos cheese jadi tak sedap.
8. Bila sosnya mula mendidih sikit. Masukkan keju cheddar yang telah diparut dan kacau sehingga ia larut. Masukkan juga serbuk lada hitam. Dan bila ia mendidih sepenuhnya, padamkan api dan sos cheese telah pun sedia. Ketepikan.
9. Cara menyediakan Macaroni and Cheese: Sos pasta yang telah disediakan tadi dimasukkan macaroni yang telah direbus dan gaul rata. Ia hendaklah tidak terlalu kering. Macaroni yang disalut dengan sos pasta haruslah lembab-lembab sedikit.
10. Sendukkan macaroni kedalam loyang aluminium. Kemudian tutup permukaan macaroni dengan sos cheese secukupnya. Kemudian taburkan dengan mozarella cheese yang telah diparut.
11. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180’C sehingga permukaannya kekuningan. Angkat dan enak dihidangkan panas.

Nota D: Macaroni ini boleh disediakan terlebih dahulu. Tuang sos cheese dan topping mozarella. Kemudian anda boleh tutup dengan plastik cling wrap dan simpan dalam peti sejuk. Bila hendak hidangkan, keluarkan dan biarkan pada suhu bilik dan bakar dalam ketuhar. Tapi sebaiknya buat fresh dan bakar lagi sedap…..
Share |

Rabu, Disember 09, 2009

Double Chocolate Muffin

www.tips-fb.com

Muffin ni buat masa cuti aritu untuk minum petang...sedap dan rasa lemak yoghurt...makan panas2 mmg best...tapi tak letak choc chips,sbb dah kehabisan stok...dan bagi sikit pada jiran untuk depa buat minum petang gak...resipi ceduk dr dapur Diana

Bahan-bahannya
1 ¾ cawan tepung gandum
1 sudu teh bicarbonate of soda
¾ cawan gula perang (resipi asal gula kaster)
¼ cawan serbuk koko
100 gram mentega, dicairkan
1 biji telur
¾ cawan yoghurt plain
½ cawan susu coklat (resipi asal susu putih)
½ sudu teh esen vanilla
½ cawan coklat cip

Cara-caranya
1. Panaskan ketuhar pada suhu 180’C.
2. Ayak tepung, bicarbonate of soda dan serbuk koko bersama dan masukkan gula.
3. Pukul telur dan esen vanilla, masukkan kesemua bahan cecair kedalam adunan tepung.
4. Kaup dan pusing satu arah menggunakan garfu sehingga tepung serata bersama adunan yang lain.
5. Sendukkan adunan kedalam loyang muffin yang telah dilengser.
6. Bakar selama 20 minit atau sehingga lidi pengguji keluar bersih.
Share |

Ahad, Disember 06, 2009

Macaroni Guratan@Guratin

www.tips-fb.com
Tengahari tadi buat nasi lemak je...dah buntu nak masak lauk...kalau masak nasi lemak ni,dah terbayang lauk2 nya yg simple dan senang...time cuti hujung minggu ni kekadang rasa nak berehat dr dok kat dapur tu...sbb dah hari2 masak kat dapur tu...jadi tengahari tibai nasi lemak dan malam buat makaroni ni...ronda2 jumpa resipi dr dapur Hana ni...tapi rasanya kita punya ni kurang sos putih dan juga cheese..tp rasa tetap enak...tq Hana

Bahan-bahan
Macaroni - tk kira la jenis apa2 pon bleh
Isi (terpulang nak isi apa2)
* Udang yg dkopek kulit
* Isi Ayam - potong kecil2
* Scallop/Sotong/Sosej/Isi Ketam
* Mix vege - jika suka. hana tk letak- biasa ltk udang/daging cincang je.
* Cendawan butang - hiris2
* Garam
* Lada hitam/lada sulah
Butter
*Tambah 1 labu bawang besar(dihiris) utk menumis sayuran,udang dan hirisan ayam

Bahan Untuk White Sauce
300ml susu segar
125ml air
2 sudu makan butter
2 sudu besar tepung gandum
sedikit serbuk lada hitam
satu mangkuk kecil keju cheddar parut/parmesan cheese atau apa2 jenis keju yg sedap!

Untuk Topping ( jika ingin lebihan cheese)
Keju Mozarella parut

Cara-cara
Untuk membuat white sauce
> Panaskan periuk.Masukkan butter. Masukkan tepung, kacau cepat2. Jgn buka api besar. Nnti hangus.
> Masukkan susu dan juga air. kacau supaya tpg tdk bergentel2. biarkan mendidih.
> Masukkan cheese dan juga lada hitam. Kacau sentiasa hingga sos agak2 pekat. matikan api.
Untuk membuat makaroni
> Rebus makaroni hingga empuk. toskan. gaul dengan olive oil. ketepikan.
> Panaskan butter, masukkan isi2 bhn yg dsukai.
> Perasakan dengan garam dan juga lada hitam/lada sulah. Masukkan makaroni tadi. Gaul mesra.
> Masukkan macaroni ke dalam mangkuk tahan panas. Curahkan white sauce tadi.
> Dan taburkan keju mozarella - klu tk nk tabur pon xpe.. sbb white sauce td dh gunakan cheese.
> Bakar suhu 180 selama 20-30min atau hingga kekuningan.
> Siap untuk dhidang.

Share |

Egg Benedict

www.tips-fb.com

Pagi tadi buat sarapan ni je..dah lama tak sarapan dgn roti ni...aritu nampak kat umah hazila,tu yg wat teringin tu...lagipun senang dan ringkas,cuma nk merajin panaskan oven tu je....

*Sapukan butter dlm ramekin atau bekas yg sesuai hingga rata,sapu lagi butter atas roti dan masukkan dalam ramekin. Pecahkan telur ke atas roti tadi, tp kuning nya jgn pecah. Letakkan sedikit garam, lada hitam/lada putih ke atas telur. Bakar di dalam oven lebih kurang 10 minit pada suhu 150 darjah celcius atau sehingga telur masak.tp lebih sedap kalau telor 3/4 masak,telur akan bergoyang atas roti .
Share |

Khamis, Disember 03, 2009

Ayam Masak Kicap Pedas

www.tips-fb.com
Ni lauk dinner malam tadi...masak lauk yg senang dan cepat je bila dah malam2 ni....x kuasa nak dok kat dapur lelama...lawan kan dgn rebus bayam dan ikan kering...dah cukup....xyah lah resipi... sempoi je versi sendiri...
Share |

Selasa, Disember 01, 2009

Mee Kari bebola Ikan

www.tips-fb.com
Malam ni dinner makan mee kari je...sesekali pekena mee pulak selain nasi...senang citer takyah pening2 nak pikir masak lauk...diluar pulak hujan dr petang tadi hingga kemalam tak henti2...apalagi bertambah2 lah plk pekena mee kari panas2 malam2 ni...macam biasa resipi ada disini,cuma tambah bebola ikan lebih sikit...jemput makan semua....
Share |