Ahad, November 28, 2010

Ayam Pong Teh

www.tips-fb.com
Dah jemu hari2 dgn lauk melayu...hari ni cuba masak masakan nyonya peranakan plk....tapi tu lah kan...akak letak dah terkurang kicap dan terlebih tauco plk...tu yg tak npk kuah nya gelap berkicap dan juga kuahnya agak pekat sikit...tapi rasa tetap maintain...resipi dr dapur CMG...sedap masakan nyonya peranakan ni...

BAHAN-BAHANNYA :-)

800 g ayam, dipotong ikut suka, cuci bersih dan toskan
1 inci halia, tumbuk halus
1 camca teh serbuk kunyit
1/2 camca teh garam
20 biji bawang merah*
8 ulas bawang putih*(*dikisar halus)
1/3 cawan jus asam jawa
1 inci halia, dititik
3 - 4 biji kentang, kupas dan belah 4 setiap biji, rendam dalam air
10 kuntum cendawan butang (mat guna yg dalam tin jee)
3 biji cili merah, dibelah tapi tak putus, rendam dalam air
1/2 cawan taucho, dihancurkan
1 pokok daun sup, potong kasar2
1 liter air
2 camca besar kicap cair
2 camca teh kicap pekat
Sedikit gula
Hirisan daun bawang untuk hiasan

ARA MEMBUATNYA :-)
  1. Gaul ayam tadi dengan 1/2 camca teh garam, serbuk kunyit dan halia tumbuk hingga rata, perap 1 - 2 jam. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus dan halia titik hingga harum, masukkan taucho dan tumis hingga terbit minyak. Masukkan ayam dan gaul, biar ayam kecut sedikit.
  3. Tuang air, jus asam jawa dan masukkan kicap pekat, kicap cair, kentang dan cendawan butang. Kacau rata dan biar mendidih. Masukkan daun sup dan kecilkan api. Renih 25 - 30 minit hingga ayam dan kentang empuk.
  4. Masukkan sedikit gula dan belahan cili merah. Rasa dan jika perlu tambah sedikit garam. Hias dengan hirisan daun bawang sebelum dihidangkan bersama nasi hangat dan sambal belacan....
Share |

Sabtu, November 27, 2010

Ayam Kremes

www.tips-fb.com
Sedap ayam kremes ni gigit bersama kremes nya...asyik sekali mengunyah kremes yg rangup...krup..krap..krup..krap..ayam kremes ni akak gandingkan dgn nasi goreng je..sepatutnya makan bersama nasi ayam penyet..hari tu buat nasi ayam penyet,tak buat kremes nya plk..dasar dah malas sgt..resipi cilok dr dapur nOOrsha yg telah diubah suai rasanya olih Hana Kanazawa gabungan resipi madiha dan Nur S'pore...jauh perjalanan resipi ni..tima kasih wat semuanya...

PautanBahan-bahan
  • 1 ekor ayam - belah 8@4
  • 2 inci halia - ketuk
  • 1 helai daun salam - optional
Bahan Kisar
  • 6 biji bawang merah
  • 4 biji bawang putih
  • 3 sudu makan ketumbar
  • 1½ sudu makan jintan putih
  • 1 ½ sudu makan jintan kasar
  • 1 sudu teh serbuk lada putih
  • 1 inci halia
  • sedikit kunyit hidup
  • garam
Bahan Kremes
  • 1 cawan air rebusan ayam
  • 1/4 cawan tepung beras (boleh ditambah dengan tepung ubi)
  • 1 biji telur dikocok rata
  • 1 cawan air

Cara-cara

  • Rebus ayam bersama halia dan juga daun salam sehingga separuh masak. (hana tmbh btg saderi).Angkat dan toskan ayam.
  • Kisar semua bahan2 kisar. Satukan dengan ayam dan perap sekurang2nya sejam.
  • Panaskan minyak. Goreng ayam hingga masak dan kekuningan. Lebihan rempah jangan dibuang. (Jika ingin goreng ayam dengan mencelup sahaja ke bhn kremes juga tiada masalah! cume rempah tak serap banyak). Angkat ayam dan toskan.
  • Satukan bahan kremes sebati. Masukkan lebihan rempah ayam tadi.Kacau.
  • Pastikan minyak betul2 panas. Ambil sesenduk kemudian goreng ke dalam minyak yang panas td hingga garing. Angkat dan toskan.
  • Taburkan ke atas ayam semasa menghidang.Sesuwai dimakan dengan nasi ayam penyet bersama set sambal, tauhu dan tempe atau dimakan dengan nasi putih panas.
Share |

Khamis, November 25, 2010

Bercuti Di Ilham Resort P.D

www.tips-fb.com
Salam...pekabo... semasa cuti deepavali haritu akak gi cuti2 mesia bersama keluarga kesini...tak jauh pun...mandi manda dan berbbq ditepian pantai...hilang kan tension...semua makanan utk bbq disediakan olih pehak Resort ni dan tak perlu bawak apa2 cuma lenggang kangkung je...cuma pilih je pekej yg dikehendaki...lama gak dah kan baru sempat nak n3 sbb lappy kt umah ni cuti sakit masuk ward plk...baru hari ni blh guna...layan je lah gambor2 ni ye...

Pintu utama menuju ke lobby

Anak dara posing kat lobby yg ada replika pesta cahaya pd waktu malam

D'Serambi Coffe house

Amik gambar dr coffe house

Apartment

swimming pool

Semasa waktu senja...dr atas apartment mengadap kelaut

Bercanda ditepian pantai



Kanak2 riang sedang berendam




Dikawasan bbq

Masing2 tgh memanggang ayam,daging dan ikan

mane pergi orang2 ni...


Share |

Ahad, November 21, 2010

Salad Telur

www.tips-fb.com
Menu sempoi...pembuka selera dan penyeri meja juadah...ratah2 mmg sedap sekali....

Bahan2:-
Telur rebus- potong guna pemotong telur
Tomato buah
Timun
Salad
Tomato sos
Cili sos
Share |

Ayam Merah Pak Long

www.tips-fb.com
Menu tertunggak lagi...gambar blur...resipi dr dapur CMG...tima kasih....


BAHAN-BAHANNYA :-)
600 gram ayam, potong ikut suka
1 biji bawang besar hiris bulat
1 genggam isi kacang tanah jenis besar
1 cawan santan (mat guna 1/2 cawan susu segar + 1/2 cawan air)
1/4 cawan cili kisar
2 camca besar penuh tomato puree
2 tangkai daun ketumbar, potong kasar2
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
2 biji buah keras

BAHAN TUMIS :-)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
3 biji bawang merah, hiris halus
2 ulas bawang putih, hiris halus

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kacang tanah tadi dicuci, dan rebus hingga lembut dan buang kulit. Ayam dicuci bersih, lumur dengan garam dan serbuk kunyit, goreng embal-embal (tak berapa garing), angkat dan toskan. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, masukkan cili kisar dan tomato puree, kacau dan tumis hingga terbit minyak. Masukkan kacang tanah dan santan, kacau rata. Biar mendidih.
  3. Masukkan ayam, daun ketumbar dan perasaakan dengan garam dan gula (selalunya manis sikit). Kacau rata dan masak dengan api perlahan hingga pekat. Masukkan bawang besar, gaul dan masak hingga bawang layu. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur kacang pis sebelum dihidangkan, jika suka...
Share |

Kurma daging Tomato

www.tips-fb.com
Menu tertunggak...resipi dr dapur CMG...tima kasih mat....sedappppp!!!!...

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 g daging batang pinang, potong kiub besar2, cuci dan toskan
3 biji kentang, kupas, potong 4 setiap satu dan rendam
1 biji bawang besar, belah 4
2 biji cili merah, dibelah dua
1 keping asam gelugor
2 1/2 camca besar rempah kurma
1 camca besar kerisik
1 camca besar gula melaka
2 camca besar tomato paste
1 liter air
1 cawan susu sejat
1 camca besar bawang goreng
Garam secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
2 biji cili merah
1 biji tomato
2 camca teh lada hitam biji
2 biji buah keras

BAHAN TUMIS :-)
3 biji bawang merah, dihiris
1 biji bawang putih, dihiris
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, tambah tomato pes, bahan kisar dan rempah kurma, kacau rata dan masak hingga terbit minyak.
  2. Masukkan daging, gaul rata dan biar daging kecut sedikit. Tuang air dan masukkan bawang goreng, gaum rata. Bila mendidih, masukkan kentang dan bawang belah. Masak hingga daging lembut.
  3. Masukkan kerisik dan susu sejat tadi. Tambah gula melaka, garam, belahan cili merah dan asam gelugor. Masak dengan api perlahan sambil dikacau sekali sekala hingga kuah pekat dan kentang empuk. Rasa dan jika ok boleh matikan api..
Share |

Jumaat, November 19, 2010

Kek Puding Karamel

www.tips-fb.com

Barulah hari ni ada kelapangan nak masukkan resipi yg tertunggak ni...tak masuk pun takpe kan,sbb dh ramai yg teruja buat puding ni..tp masukan juga sbb nak buat rujukan sendiri....masa ni lah blh berekspirimen dgn puding yg agak fofular ni...sbb ramai yg blh habiskan...makan sejuk2 baru keluar dlm petiais mmg sedap..resipi ni akak amik dr dapur Hana dan Hana amik dr dapur Anna Qawina...tima kasih semua...jom tgk resipi....

RESEPI KEK KARAMEL
Source : Pn. Munira
Bahan-bahan
(A)Gula Hangus
  • 2 sudu besar gula (utk buat gula hangus)
  • >>tabur gula dlm loyang n msk atas api perlahan..biar gula hancur n warna tukar jd perang).Ketepikan dulu
(B) Bahagian Atas
  • 1/2 tin susu cair FN (200ml)
  • 70gm gula kastor
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • 3 bj kuning telur
(C) Lapisan Kek
  • 140gm tepung gandum
  • 70 gm gula kastor
  • 3 bj kuning telur
  • 135ml air biasa
  • 1 sudu teh baking powder
  • 45ml minyak msk@butter cair
  • 2sb susu pekat manis - resepi asal xde.yg nih anna tambah
(D) Merinque
  • 6 bj putih telur
  • 70gm gula kastor
  • 1 sudu teh krim of tartar

Sebelum masuk kedalam oven

Cara-cara

  • Kacau semua bhn (B) perlahan2.jgn bg berbuih2...nti x jd karamelnya.
  • Masukkan (B) td dlm loyang gula hangus tadi..ketepikan.
  • Pukul bahan (C) *Ana guna senduk je..ketepikan.(masa ni bolehla tambah susu pekat manis tu)
  • Pukul sampai bhn (D) smpai jd kembang & bila kita angkat dia x jatuh.
  • Campurkan adunan (C) + (D) dan gaul ngan senduk hingga sebati.
  • Bahagikan kpd beberapa bahagian & letak pewarna n paste kalau nak..masukkan kedlm loyang yg ada gula hangus tadi (A + B)..selang seli warna, letak ditengah2 loyang
  • Bakar cara double boiling - selama 1 jam suhu 160-180'C
  • Bila masak angkat & rehatkan 10 minit baru terbalikkan kek yg dibakar tadi...Masukkan dlm peti sejuk 1 jam n lepas tu mkn sejuk2.
Share |

Rabu, November 17, 2010

Hidangan Hari Raya Aidiladha

www.tips-fb.com
Selamat hari raya Aidiladha semua...mesti ramai yg sambung cuti dan balik kampung beraya...ibu bapa ambil kesempatan gak sempena anak2 cuti sekolah yg bersambung kan...ni jelah menu akak pd hari raya aidiladha,menjamu selera bersama2 adik beradik dan ipar duai...seronok berkumpul beramai2 ni w/pun badan terasa letih...tapi hati rasa puas dpt berjumpa bersama2...menu nya nasi tomato,ayam masak merah Pak Long,kurma daging tomato,dalca sayuran berudang dan salad telor.Menu dessert plk akak buat triffle,kek puding karamel dan marble cheese brownies dan buah tembikai...resipi nanti dulu ye...jamu mata dulu dgn hidaangan ni..akak nak keluar jap...


Share |

Ahad, November 14, 2010

Cucur Udang Tembam

www.tips-fb.com
Dah malam baru dapat masuk n3 menu minum petang tadi...faham2 jelah kan...time cuti2 ni mmg byk keje umah menunggu....keje rutin mingguan lah katakan...ada2 saje nk dibuat...kemas sana...kemas sini...aleh2 tgk dh nak masuk maghrib...kejap je masa berlalu...meh tgk cucur udang yg tembam ni yg wat ptg tadi...gebus dan lembut...segebus tuan punya resipi...jgn marah ye mat..gurau je...resipi dr dapur CMG yg fofular tu...tq mat..minta izin letak respi kt sini...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan tepung gandum
1/2 camca besar instant yeast (mauripan)
1 3/4 cawan air (yang ni kurang lebih, tapi mat sukat dekat2 2 cawan air dia)
1 mangkuk taugeh (mangkuk sup kecil)
5 pokok kuchai, cuci dan kerat2
1 pokok daun bawang, hiris
1/3 camca teh serbuk kunyit
1 camca teh garam
20 ekor udang sederhana besar, cuci bersih, tos dan lap kering2 dengan paper towel
1 biji telor - yg ni akak tambah


BAHAN SOS LADA :-)

5 biji cili merah
1/3 cawan gula pasir
1/4 cawan cuka
3 ulas bawang putih
1/4 camca teh garam


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam satu bekas, masukkan tepung, serbuk kunyit, instant yeast,telor, garam dan kacau rata. Tuang air sedikit demi sedikit sehingga mendapat adunan yang tidak terlalu cair atau pekat (sukatan kurang lebih 1 3/4 cawan atau lebih sikiiiitttt). Masukkan taugeh, kuchai dan daun bawang, gaul rata dan perap 30 minit.
  2. UNTUK SOS LADA :- Kisar cili dan bawang putih hingga halus, tuang dalam periuk. Masukkan gula dan garam. Masak dengan api perlahan hingga pekat. Tuang cuka, kacau dan masak lagi hingga berada pada konsistensi sederhana pekat. Sejukkan
  3. UNTUK CUCUR UDANG TEMBAM :- Panas kan minyak untuk goreng terendam. Panaskan senduk mungkun bersaiz sederhana selama 1 minit dalam minyak panas. Sendukkan bancuhan cucur udang tadi ke dalam senduk panas 3/4 penuh, lingkarkan dengan seekor udang dan rendam dalam minyak panas. Biar mengeras sedikit dan tanggalkan dari senduk (gunakan sudip tajam untuk menanggalkan cucur udang tadi). Ulangi proses membuat sehingga selesai. Goreng hingga kuning keemasan. Angkat cucur udang yang telah masak, toskan dan letak atas paper towel. Boleh hidangkan bersama sos lada tadi...Selamat mencuba!...
Share |

Sabtu, November 13, 2010

Red Velvet Cake

www.tips-fb.com

Lamanya rasa tak bersiaran kat dapur ni...sebenar nya dah lama tingin nak buat kek yg gorgeous ni...gorgeous ke ni?....kadang2 kita ni suka sangat berekspiremen dgn kek yg agak pelik2 sikit...rasanya perasaan tu membuak2 nk mencuba...tp makan tu belakang kira...bila tgk org buat,brtmbh lagi hati tu melonjak2...kalau tak cuba tak tau mcmana rasanya kan...hr tu npk Ijan dan Dr inahar buat..npk sedap banget...pastu npk plk kt umah Nina Suria@mon kt Brunei tu wat utk besday anaknya...siap plk dgn resipi sekali...lagilah tak leh tahan...tapi akak wat ni taklah gorgeous mcm depa buat...akak deko ala kadar utk cukupkan syarat je...deko bodo2 je..tu yg malu nak tunjuk tu...tapi mmg sedap kek ni...ada rasa masam,lemak,manis...bila potong mmg mcm baldu gebus nya...tapi akak guna pewarna tak sebanyak depa buat...takut plk nnt merah menyala...resipi akak c&p dr dapur Nina Suria...tima kasih Mon...

Red Velvet

5 biji telur gred B
250 gram mentega beku tanpa garam
*3 cawan tepung naik sendiri
*3 sudu makan koko Vochelle
2 cawan gula kastor
4 sudu makan pewarna Red Bright - akak guna 2 sudu makan je
1 cawan buttermilk - kalau xde buttermilk blh tgk resipi kt bwh
1 sudu teh garam
1 sudu makan bicarbonate of soda (baking powder pun ok) - akak guna baking powder
1 sudu makan cuka makan


Cara-caranya:
1. Panaskan ketuhar 180 degree celcius.
2. Ayakkan bahan kering (*) menjadi satu bahagian ke dalam sebiji mangkuk. Ketepikan.
3. Pukul mentega dan gula di dalam mangkuk pengadun kek elektrik hingga sebati.
4. Masukkan telur sebiji demi sebiji, perlahan-lahan.
5. Masukkan tepung dan buttermilk, berselang-seli hingga habis. Masukkan garam. Pukul hingga kembang dan ringan. Matikan mesin pengadun.
6. Larutkan bicarbonate of soda dan cuka kemudian tuangkan kedalan adunan kek. Kaup dan balik-balikkan hingga sebati.
7. Tuang adunan ke dalam dulang pembakar dan bakar hingga kek masak.

Nota: Gunakan dua biji dulang pembakar bulat bersaiz 8". Sejukkan kek kemudian barulah dipotong dua untuk mendapat empat lapisan.

Filling:
500gram blueberry filling

Krim:
500 gram krim keju Phillidephia
1 cawan krim putar
Pukul krim keju hingga lembut kemudian masukkan krim putar sedikit demi sedikit hingga habis dan krim menjadi kental dan gebu (speed mixer - medium).
*Campur sedikit butter(agak2) dan putar bersama bahan diatas supaya frosting agak keras dan mudah dibentuk


Topping:
30biji coklat feraro

Nota:
Buttermilk - 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka makan atau jus lemon dan biarkan selama 10 minit sebelum digunakan.
Share |

Khamis, November 04, 2010

Pancake Mayo

www.tips-fb.com
Dah sarapan kawan2 dan selamat berhujung minggu semua...hari ni mesti ramai yg gi bercuti atau balik kampung..yelah bukan senang nak dapat cuti yg bersambung mcmni kan...harap semua selamat sampai kedistinasi dan berhati2 dijalan raya...ni menu sarapan akak yg ringkas...dah lama tak berpankek ni....sedap dan gebu...sesekali wat sedap gak...resipi amik dr dapur Nor Ganu kite
resipi asal dr Hajar FP...lama tak dengor berita dr Hajar sejak dh balik mesia dan skrg tinggal kt Tronoh Perak rasanya...dan dh mengajar semula...tingat masa zaman berfotopage dulu2 masa dia tinggal kt luar negara dulu..kt mane dh tak ingat..ooohhh!!! dh ingat kt Bradford...minta izin Nor akak letak resipi kt sini dan petua2nya sekali utk rujukan...tima kasih buat kedua2nya...


PANCAKE by Hajar


3 sudu besar butter/majerin ~ dicairkan
1 bj telur (k.nor guna saiz A)
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 sudu teh baking powder
1 sudu besar gula castor
1 cawan susu segar (boleh guna susu tepung yg dibancuh dgn air)
secubit garam
1 sudu besar jus lemon (k.nor tak letak pun)
11/2 sudu besar mayonaise - tambahan

Campurkan kesemua bahan dan gaul sebati.
Boleh guna blender atau guna balloon whisk jer.
Biarkan selama 10 minit.
Goreng dlm frying pan hingga masak.
* adunan ni mmg nampak pekat skit, tp lembut dan gebus jer hasil dia nanti
kalau nak tambah air skit pun tak per, tp jangan banyak, nanti cair. kalau cair pancake kita jd nipis jer, tak cantik.


updated:
bagi yg nak tau kaedah apa yg K.Nor guna utk masak pancake bg menghasilkan saiz yg sama.. (kembar ye Ayu hehe...) meh nak tunjuk :)

Caranya:
K.Nor guna 2 frying pan.
1. frying pan yg saiznya paling kecik kut yg ada kat pasaran dlm 12cm
2. frying pan yg saiznya lebih besar, tak kira la berapa saiznya tu 20cm atau 22cm asalkan lebih besar dr 12cm
3. bila guna pan yg kecik ni kita boleh hasilkan saiz pancake yg sama besar
4. panaskan pan dgn api yg sederhana jgn terlalu kuat
5. masukkan 1 senduk kecik adunan dan masak hingga keluar buih2/lubang2 kat atas permukaannya
6. terbalikkan atas pan yg satu lg tu (yg juga telah dipanaskan)



7. masak hingga pancake masak, angkat dan hidangkan
8. ulang hingga semua adunan habis dimasak.
9. kaedah guna 2 pan ni juga mempercepatkan tempoh memasak pancake, kan. tak la lama sgt anak2 menunggu utk makan :)

Nota:
Sedap makan bersama madu, aiskrim, jem dan sewaktu dgn nya...

Share |

Selasa, November 02, 2010

Ketam Goreng Bertelor

www.tips-fb.com
Salam..dah makan dah puan2...ni nak tayang menu cuti hari ahad baru ni...baru sempat nk tayang....jgn mintak ye dah ilek..kalau time cuti2 barulah blh nk masak yg rasa2 tingin nk makan...kalau hari biasa masak cincai2 je...ni msk tak sepesel pun..cuma lauk ketam mmg sedap menjilat jari w/pun ringkas dan mudah...kalau tak caya blh cuba ye puan2...anak2 pun kata sedaplah lauk ketam ni...ada rasa lemak2 manis....resipi cilok dr umah Hana nun jauh dijopun...timaceh hana share resipi yg mudah tp syedap ni...

Bahan-bahan
  • 3 ekor ketam - belah dua dan cuci bersih
  • Serbuk kunyit
  • Garam
Bahan Sos
  • *1/4 bawang besar
  • *2 ulas bawang putih
  • *1 inci halia - bahan * tumbuk@kisar
  • 1 sb cili kisar - jika ingin pedas- akak letak cili kisar lebih sikit
  • 1 sb sos tomato
  • 2 sb sos cili
  • 1 sk sos tiram
  • 1 biji telur - akak letak 2 biji telor
  • Garam dan gula
  • Hirisan daun ketumbar

Cara-cara
  • Gaul ketam dengan serbuk kunyit dan garam.
  • Goreng sehingga ketam bertukar kemerahan atau masak. Angkat dan toskan.
  • Toskan minyak. Tinggalkan sedikit utk menumis. Tumis bwg besar, putih dan halia hingga naik bau.
  • Masukkan cili kisar. Kacau sebentar. Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram serta air sedikit. Perasakan dengan garam dan gula jika suka.
  • Masukkan ketam goreng tadi dan gaul mesra. Kecilkan api, kocok2kan telur dan dalam mangkuk kecil dan tuang ke atas ketam. Gaul sebati.
  • Angkat dan taburkan hirisan daun ketumbar.
Menu sampingan...ikan kembong bakar bersambal pes segera....

Masak lemak taugeh dgn tahu...
Share |