Rabu, Januari 27, 2010

Apple Crumble Pie

www.tips-fb.com
Selalu n3 ni tayang kek atau dessert je...tuan umah ni minat mencuba yg tu dr lauk pauk...sbb lauk pauk sll masak ulang tayang je,takde spesel pun..biasa2 je..kalau pelik2 masak kang,ada yg tak menjamahnya.Hari ni mencuba wat apple crumble pie resipi dr umah Hana kat Jepang nun..mmg sedap ni..rasa masam2 manis..kulit nye sedap sekali,tapi rapuh sikit dan susah nak potong ..takpelah janji sodapkan...tq Hana akak c&p ye..

Bahan-bahan
Utk Crumble *loyang 18cm
  • 100g tepung gandum
  • 40g gula
  • 80g butter sejuk dr peti ais
  • sedikit garam
Utk Inti
  • 3 biji epal - kupas dan potong dadu
  • 2 sudu mkn gula perang
  • 1/2 sudu kecil serbuk cinnamon
Cara-cara
  • Satukan semua bhn crumble sehingga menjadi serbuk breadcrumb. ketepikan.
  • Dalam mangkuk lain, satukan semua inti dan gaul sebati. ketepikan.
  • Ambil sedikit dr adunan crumb dan tekan padat di dasar loyang.tk perlu terlalu tebal. (tp jika ingin lapisan tebal wat adunan crumble 11/2 adunan).Bakar sekejap dlm 10minit.
  • Kemudian masukkan inti. Tutup inti dengan menaburkan lebihan crumb tadi.
  • Bakar lagi suhu 180 hingga kekuning2an.
  • Siap dihidang. Enak juga jika dimasukkan ke dalam peti sejuk.

Share |

Jumaat, Januari 22, 2010

Chocolate Custard Muffin

www.tips-fb.com

Harini ada acara makan2 sikit bersama keluarga...buatlah muffin sikit,pulut kuning & rendang dan nasi lemak..muffin ni separuh bhgn bubuh almond dan separuh bhgn kosong je...kdg2 budak2 ni tak suka yg berkacang2 kat atas tu...resipi ni cilok dr dapur Nor@Secubit Garam...mmg lembut dan gebu sgh muffin ni...Nor kata resipi asal dr umah Cikwan -- Hana -- Ika -- Nor..pastu berjangkit plk kesini...Nor kata jauh perjalanan tu Taipei--Jepun--Siam--Ganu Kite--KL...lepas ni kemana yer...tak rugi mencuba..sedap tau...tima kasih semua...

CHOCOLATE CUSTARD MUFFIN

Bahan A
110ml air
1 1/2 sudubesar serbok koko
50gm gula merah (firmly pack) ~ no stock, k.nor ganti dgn gula perang
25gm tepong jagung

Bahan B
35gm butter
35ml minyak jagung/sayuran
1 sudukecil esen vanila
65gm dark chocolate ~ k.nor guna cooking choc biasa
1 biji telor
50gm gula
75gm tepong serbaguna* ~ no stock jd guna tepung gandum biasa jer
1 1/2 sudukecil baking powder*ayak sekali

Panaskan oven pada 180'c dan sediakan acuan muffin 6 lubang. Satukan bahan A dan panaskan diatas api perlahan hingga adunan licin, setelah itu tutupkan api (adunan akan menjadi seperti paste). Masukkan butter dan dark chocolate, kacau hingga adunan mencair dan bersatu kemudian masukkan minyak, gula, telor dan esen vanila. Pukul dengan mixer hingga sebati. Masukkan pula tepong dan sebatikan dengan spatula sekadar bersatu.Sudukan kedalam muffin cup dan bakar selama 20-25minit/hingga masak mengikut oven masing2. Angkat dan sejukkan diredai.


# ni utk peringatan K.Nor di kemudian hari bila nak buat lagi muffin ni..
  • kurangkan gula dlm bahan B dr 50gm kepada 40gm
  • esen vanila boleh digantikan dgn 1/2 sk nescafe
  • potong cooking choc kecik2 utk mudahkan ia cair


Share |

Ahad, Januari 17, 2010

Black Forest Cheese Cake

www.tips-fb.com
Harini tak masak berat2...cuma masak mee kari udang dgn fish ball je...kadang2 tu jemu gak nak masak lauk2 tiap hari2..kalau lagi jemu dan penyakit "M" dtg plk melanda..terus gi kedai atau tapau je bawak balik...ehhh...tapi hari cuti...kadang2 tu malas plk nak keluar..masak je apa yg ada kat umah...arini ber'ekpirimen' dgn ciskek plk...kek lagiiiii...jgn jemu tgk ye...resipi ni jumpa dlm majalah Midi keluaran 2007...npk mcm teringin nak cuba buat plk, sbb nak perabihkan lebihan pitted black cheries dlm petiais tu..jom cuci mata dan tgk resipi...

Bahan-bahan A:
250 gm biskut mudah hadam - saya guna biskut digestives
125 gm mentega tanpa garam
1 sudu teh coklat emulco

Bahan-bahan B:
200 ml krim putar(whipping cream)
250 gm krim keju
165 gm gula kastor
1 sudu besar jus lemon

Bahan-bahan C:
15 gm gelatin halal - campurkan air dgn gelatin
Atas double boiler dan sejukkan
100 ml air - dan sejukkan selama 5 minit

Bahan-bahan D:
1 tin pitted black cherries

Topping:
150 ml jus ceri - saya campur dgn bluebery topping(filing) dan kurangkan jus ceri
1 sudu besar tepung jagung - saya guna 2 sudu teh gelatin + 2 sudu besar air dan diboilkan

Cara:
  1. Hancurkan biskut sehingga jadi serbuk.Sediakan loyang acuan berukuran 8 inci dan masukkan biskut.
  2. Cairkan mentega dan masukkan 1 sudu teh coklat emulco.Kacau rata.
  3. Tuangkan mentega bercampur coklat kedlm bekas berisi biskut tadi. Kacau rata.
  4. Tekankan adunan ini agar menjadi rata.Sejukkan dlm peti ais selama lebih kurang 30 minit agar ia menjadi keras.
  5. Pukul krim putar sehingga pekat.Ketepikan.
  6. Pukul krim keju bersama-sama gula dan jus lemon seingga sebati.Setelah itu masukkan gelatin dan gaul lagi sehingga sebati.
  7. Kemudian tuangkan bahan ini kedlm bekas yg berisi krim putra tadi dan gaul rata dgn menggunakan whisk.
  8. Keluarkan adunan biskut dlm peti ais.Tuangkan 1/3 adunan krim putar keatas adunan biskut.Ratakan dan letakkan buah ceri.Akhir sekali tuangkan adunan sampai habis.
  9. Buat topping dgn mencampurkan jus ceri dan tepung jagung.Masak atas api yg kecil.Apabila telah mendidih,tutup api.
  10. Tuangkan jus ceri hingga habis.Atur buah ceri.simpan dlm peti ais selama 3 jam sebelum dihidangkan..(saya cuma masukkan selama 2 jam sahaja kerana kek ni cepat keras)

Share |

Khamis, Januari 14, 2010

Kek Epal dari Syurga

www.tips-fb.com
Ni kes terliur bila tengok kek ni kat umah Jun@sifu kek dan cupcakes hantaran yg terkenal yg dok kat Sbg Jaya tu...tak rugi mencuba kek ni mmg sedap dan gebu sesangat serta wangi harum semerbak bau nya..bila baru keluar dr oven dan masih panas lagi,tak sedar akak dah makan sampai dua potong kek ni...betul kata Jun mari menikmati kek yg sangat sedap ni dan sesuai utk buat minum petang...tq Jun...

KEK EPAL DARI SYURGA
sumber: Alex Goh

Bahan-bahannya


Bahan A
250 g butter
230 g gula halus

Bahan B
5 biji telur

Bahan C
120 ml yogurt (saya guna krim masam sahaja)

Bahan D
315 g tepung gandum
1 tsp baking powder
1/4 sodium bikarbonat

Bahan E
3 biji epal (saya guna epal hijau - potong kiub)
50 g sultana
1/2 tsp serbuk kayu manis

Cara Membuatnya
1. Pukul A sampai kembang.
2. Tambah B dan pukul lagi sampai kembang dan ringan (saya pukul sekejap sahaja).
3. Kemudian masukkan C dan D secara berselang-seli.
4. Jerang bahan E sampai empok. Tapis lebihan airnya. Ketepikan. Bila dah betul-betul sejuk, baru masukkan dalam adunan kek tadi. Gaul sebati dengan sudip kayu saja.
5. Panaskan oven.
6. Ambil loyang kek 9", sapu minyak dan lapisi dengan kertas minyak.
7. Tuang adunan kek tadi dan bakar pada suhu 175 darjah selsius untuk 60 minit (atau sampai masak).
8. Kemudian sejukkan kek.
9. Saya tabur dusting sugar sedikit supaya lebih sedap dan hidang dengan kopi panas.
Share |

Selasa, Januari 12, 2010

Famous Amos Chocolate Chips Cookies

www.tips-fb.com

Ni projek anak dara sorang kat umah ni masa cuti aritu buat kudap2...masa hari raya baru lps ni pun ada buat cookies ni..tapi tak sempat nak posing..bila sibuk2 dah habis dingap..kali ni buat lagi..kenalah pd selera dia tu buat berulang kali w/pun tak raya..resipi cilok dr umah hana..tq hana

Bahan-bahan
  • 1 cawan gula- hana tak buh!
  • 1 cawan padat gula perang * - tapi hana lbhkan sedikit gula perang
  • 1 cawan mentega
  • 1 cawan minyak
  • 1 telor
  • 1 sb susu segar
  • 4 cawan tepung gandum
  • 1 sk garam *
  • 1 sk cream of tartar- hana gune emplex
  • 1 sk baking soda
  • ½ cawan walnut cincang - hana gune badam cincang
  • 2 cawan semisweet chocolate chips
  • 1 sk vanilla extract
Cara-cara
  1. Pukul gula, mentega, minyak, telor, susu and vanilla hingga sebati.
  2. Masukkan bahan2 kering, walnut dan chocolate chips
  3. Adunan nampak lembik, sudukan satu sudu kecil ke atas dulang pembakar, tak perlu di gris.
  4. Bakar pada suhu 350 ‘F (175’ C) dlm 10-15 minit (bergantung pada jenis oven)
  5. Nota * Rasa agak manis, boleh kurangkan gula perang kepada ½ atau ¾ cawan. Jika mentega dah masin kurangkan garam kepada ½ sk.
  6. Cookies ini agak peroi, jika suka keras sedikit, lebihkan tepung ikut kesukaan.
  7. Walnut boleh diganti dengan kacang jenis lain.
Share |

Ahad, Januari 10, 2010

Lemon Yoghurt Muffin

www.tips-fb.com
Petang tadi tekak teringin nak makan mufin yg rasa masam2 sikit...selalu melayan tekak orang yg suka bercoklat je kat umah ni,dah naik muak plk rasanye....sesekali layan tekak sendiri plk...masa keluar dr oven,bukan main semerbak harum bau lemon...mmg ssesuai dgn tekak dan rasa lemak2 yogurt dan tak berapa manis...masa tgh bakar mufin ni, jiran sebelah umah menghulur mee kari plk dan akak pun balas dgn mufin yg masih panas ni..resipi ni ambil dr dapur Rinnchan.. kata Rinn resipi ni asal dr Aunty Yochana dan dah diolah olih Rinn..nampak nya minggu ni oven berasap dgn resipi Rinn jer..tq Rinn

LEMON YOGHURT MUFFIN
Sumber : Aunty Yochana

Bahan-bahan :
200 gm self raising flour
1 tsp baking powder
1/2 biji lemon, perah jusnya
1 cup (140ml) plain yoghurt
100 gm castor sugar
100 gm butter
2 biji telur
Secubit garam
Sedikit parutan kulit leon utk hiasan

Cara-cara:
1. Cairkan gula castor dan butter secara double-boiler. Kacau menggunakan hand whisker sahaja.
Sejukkan seketika.
2. Campurkan yoghurt, jus lemon dan telur ke dalam bancuhan butter & gula tadi.
3. Ayak tepung bersama baking powder dan secubit garam.
4. Masukkan tepung ke dalam adunan butter dan kacau sekadar rata sahaja.
5. Sudukan adunan ke dalam papercups dan bakar pada suhu 180 darj cel selama 20min -25min.


Share |

Isnin, Januari 04, 2010

Marble Cheese Brownies

www.tips-fb.com
Ni kes nak perabihkan cheese...takut gak expired dah thn baru...mula2 bakar masa pertama,nmpk cheese mcm tak masak sgt...bakar semula...last nasib baik tak rentung...dah hampir2 dah...tapi sedap yg agak garing ni..anak kata yg kat atas ni rasa mcm biskut...sedaplah pd tekak dia tu agaknya...dulu pun pernah buat sekali...lagi rentung..bila cheese masih putih lagi,mcm lembik je cheese nya..takleh nak agaklah bakar cheese yg ada kat atas ni...resipi dr dapur Rinn fp...tq


Bahan-bahan Brownies :
250g butter
1 cwn serbuk koko
3 biji telur gred B
1 1/2 cwn gula castor
1/2 cwn susu cair
1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonate
1 tsp esen vanilla

Cara-cara:
1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.


Bahan-bahan lapisan cheese:
250g cream cheese
1 cwn gula castor
1 biji telur gred B

Cara-cara:
1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.

*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.

Share |

Ahad, Januari 03, 2010

Rainbow Marble Pudding

www.tips-fb.com
Puding ni mmg selalu buat guna resipi chef Hanieliza...buat untuk kudap2...serbuk agar2 dah lama ada tinggal baki aritu,takut expired plk nanti..ramai gak dlm bln ni yg buat puding ni...tu yg dtg idea ni...lagi pun senang nak buat...akak buat 1/2 adunan je...


Bahan2nya:
2 bungkus serbuk agar2 (sebungkus = 13g)
1350 ml air
450 gm gula pasir
130 gm mentega
8 biji telur bersaiz sederhana
1 tin susu cair Carnation
2 sudu makan tepong custard
2 sudu makan serbuk koko
1 sudu teh vanilla
pewarna merah dan kuning secukupnya


Caranya:
1. Masak agar2, air dan gula hingga mendidih dan ketepikan dulu.
2. Pukul telur sebentar menggunakan whisker....kemudian masukkan susu dan tepong custard dan kacau hingga adunan ini rata, kemudian ditapis.
3. Setelah ditapis, satukan adunan telur dan agar2 dan kacau lagi hingga rata, serta masak semula sehingga adunan mendidih....kemudian, masukkan mentega dan vanilla dan kacau hingga rata.
4. Bahagikan adunan ke dalam 3 buah mangkuk...bubuhkan koko ( yang sudah dicampurkan sedikit air) ke dalam salah satu adunan di dalam mangkuk dan kacau hingga rata....adunan yang dalam 2 mangkuk lagi masing2 diwarnakan dengan kuning dan merah...
5. Gunakan loyang berbentuk 4 persegi berukuran 9x9x3 atau loyang bentuk jantung seperti yang dalam gambar kat atas tu...
Merengkan loyang sedikit dengan menyangga salah satu hujungnya dengan buku atau lain2 benda yang keras...tuangkan satu senduk makan adunan warna merah ke dalam loyang disusuli pula ngan sadu senduk makan adunan warna kuning dan satu senduk adunan warna coklat..ulang cara begini sehingga adunan selesai digunakan.
6. Letakkan loyang kembali kepada kedudukan asalnya dan masukkan adunan ke dalam peti sejuk dan biarkan adunan keras sebelum dipotong dan dihidangkan...
...Rainbow Marble Pudding nie ialah hidangan lemak manis yang memang elok dijadikan hadiah pada hari pertunangan ataupun hari ulang tahun rakan sekerja...
Share |

Hati Ayam Goreng Kunyit

www.tips-fb.com

lauk ni dah masak tahun 2009...tapi keluar gmbr tahun 2010...lama nya kan...sebenar nya thn 2009 tu hujung tahun lah...merapu je kan...kira pembuka tirai 2010 lah ye...hehee..aritu nak masak hati msk ungkep...tapi bila tgk hati tu sikit je,terus terbantut rancangan...lagi pun kat umah ni akak sorang je yg makan hati ni...jadi masak campak2 je lah..tak buang masa..
Share |

Jumaat, Januari 01, 2010

Ikan Bakar Umbai di Ambang 2010

www.tips-fb.com
Diambang 2010 gi gader2 dgn ipar duai di Medan perkampungan ikan bakar terapung Umbai...kira menyambut tahun baru di Melaka lah dan sempena besday abg ipar sekali...kitaorg gi 4 keluarga bersama abg & kakap ipar,2 adik ipar sekeluarga dan keluarga akak...yg sebenarnya dah lama adik ipar yg tinggal kat Rasah Kemayan,Seremban ni ajak gi kesini...berkali2 memujuk dan mengajak kesini,akhirnya sampai gak...adik ipar ni mmg sll kesini,yelah Seremban ke Melaka dkt je...kitaorg yg dok KL nak kesini tu yg jauh..kira adik ni yg jadi tokeh belanja kitaorg semua...kami sampai disini waktu maghrib dan sempat sembahyang maghrib disini...tempat ni yg baru dan yg lama bersebelahan jer dan blh nmpk Pulau Besar disebelah sana...tapi sampai dah mlm,taklah npk Pulau tu dan cuma npk cahaya lampu je dr sana...dan sampai rumah lewat pukul 2 pagi sbb berhenti minum2 diR&R Seremban plk...

Pemandangan dr atas


Hiangan nasi lemak bungkus

Ikan2 dan seafood yg segar




Tempat pilihan bersantai

Hidangan yg diorder


Dah selesai

Share |

Door Gift & Perasmian Rumah baru Ros

www.tips-fb.com
Semalam sempat ke perasmian rumah baru Ros Onigiri yg sebelum ni mengunakan multiply...tapi akak mmg tak pernah dan tak pandai nak masuk umah yg lama ni...almaklumlah bkn nye cilik IT sangat...tapi yg baru ni cepat je akak gi terjah masuk umah dia dan meninjau sekeliling....tapi masih dlm proses pengangkutan....jemputlah kerumah baru Ros ye..tapi rasanya ramai yg dah tahu kan....tq Ros akak dah angkut doorgift ni sekali...
Share |