Sabtu, Februari 27, 2010

Sardine Roll

www.tips-fb.com

Selamat pagi semua...dah sarapan ke...wah akak awal masuk n3 arini...tengah rajin ni,tapi menu minum petang semalam ni..hehehe...sedap wat minum petang ni..resipi dah lama waiting list...pagi semalam pun ada npk kat umah Am@Flora wat sarapan...resipi ni dah lama gak peram dan ceduk dr dapur Ummi,asal resipi dr dapur Jun...dah lama dok jeling2...semalam merajinkan diri nguli2 pastri...banyak gak dapat,buat comei2...pastrinya mmg rapuh dan rangup ni...dlm petiais ada lagi yg belum bakar ni,semalam bakar tak muat dlm satu loyang besar tu...tq semua...


Bahan Pastri:- (kurang lebih 34 ketul)
  • 250 gm mentega sejuk
  • 500 gm tepung gandum
  • secubit garam
  • air sejuk (dari peti sejuk)
  • 1 kuning telor - untuk sapuan sebelum dibakar
Cara Membuat:-
  1. Gaulkan mentega dan tepung dengan hujung jari sehingga menjadi seperti breadcrumbs.
  2. Masukkan garam dan air sejuk dan uli sehingga menjadi doh.
  3. Balutkan doh dengan plastik dan sejukkan di dalam peti ais sementara membuat fillingnya.
  4. Bila filling telah sedia digunakan (telah sejuk), keluarkan doh dari peti ais.
  5. Gelekannya dengan rolling pin hingga nipis. Potong kepada bentuk segiempat tepat.
  6. Letakkan filling di atas doh dan roll.
  7. Letakkan di atas dulang yang telah disapu mentega dan dialas. Hiris-hiriskan bahagian atas doh (jangan sampai putus).
  8. Kemudian disapu kuning telor atas doh.
  9. Bakar selama 40 minit dengan suhu 175C.

Baru keluar oven...masih panas ni...

Bahan Filling:- (my style)
  • 1 tin sardin (besar) Ayam brand - ambil isinya saja dan hancur2kan dgn garfu
  • 1 labu bawang besar - dicincang
  • 1 sudu besar cili kisar
  • sedikit perahan limau nipis
  • garam secukup rasa
  • 1 1/2 sudu besar minyak masak

Cara Memasak:-

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan cili kisar dengan api perlahan.
  2. Bila terbit minyak, masukkan ikan sardin yang telah dihancur-hancurkan. Gaul rata.
  3. Masukkan perahan limau nipis dan garam secukup rasa.
  4. Angkat dan sejukkan.
Share |

Jumaat, Februari 26, 2010

Meatballs in Tomato Sauce

www.tips-fb.com
Salam Maulidur Rasul semua...time cuti2 ni,rasanya ramai kengkawan yg gi berjalan2 dan gantung piuk belanga kot...cuti masak2...hehehe...arini tak kemana cuma keluar kejap dgn hb tengahari tadi gi melepaskan hajat selera nak makan hidangan nasi ayam penyet kat Wangsa Walk..kedai ni baru dibuka,selalu lalu je kat depan restoren tu...arini nak merasa plk...sedap gak,order dgn pecal nya sekali...punyalah pedas plk pecal tu...nak buat sendiri belum sampai seru lagi.Bila tegahari dah gantung piuk belanga,malam layan tekak dgn ala western plk...masa nak balik tadi beli sikit brg2 nak wat menu ni.. bak kata ika,selagi tak buat..mcm meroyan jer...resipi dah lama menunggu...resipi ni amik dr umah Ijan kat Finland tu..ramai gak dah cuba mcm Hana,Juwita@Ita,Ika...ada lagi tak?...mmg sedap meatballs in tomato sauce ni..makan dgn spegheti dan puas hati dgn rasanya..anak2 pun suka...tq Ijan,akak cnp resipi yer...


Meatballs in Tomato Sauce Recipe-adapted from Jamie O TV program

  • Untuk meatballs
  • 500 gm daging lembu kisar – kite guna daging kamben yg dikisar
  • 1/2 teaspoon serbuk jintan manis
  • 1/2 teaspoon serbuk ketumbar
  • 1/2 teaspoon serbuk cili
  • 2 genggam breadcrumbs
  • 1 telur -kite tak letak
  • 1 tablespoon daun oregano kering/fresh - akak tak letak
  • 1 tablespoon daun rosemarry dicincang – kite tak letak/akak pun sama
  • garam
  • 1 teaspoon serbuk blackpepper
  • Untuk tomato sos
  • 1 tin tomato cincang
  • 1 biji bawang besar di cincang
  • 1 bawang putih dicincang
  • 1 teaspoon daun oregano kering - akak letak daun basil kering
  • garam
  • Sedikit gula - akak tmbh
  • Untuk dibakar
  • mozarella cheese
  • grated parmesan

Cara-cara:
  1. Sediakan meatballs: Campur semua bahan dalam bekas besar. Gaul sebati. Bentuk2 kan meatballs sebesar bola sepak tenis sehingga habis. Dalam kuali, panaskan sedikit minyak (kite guna dlm 5 camca besar) dan goreng semua meatballs sekaligus. Goreng lebih kurang 5 minit on all sides.- akak bakar dlm oven suhu 180 selama 15 minit(mcm Hana)
  2. Sediakan sos tomato: Panaskan sedikit minyak dlm kuali/periuk. Goreng bawang besar dan bawang putih hingga layu. Masukkan tomato, oregano dan garam. Gaul sebati dan biarkan mendidih. Tutup api.
  3. Pindahkan sos tomato ke dalam bekas yang sesuai untuk di masukkan dalam oven. Susun meatballs di dalam sos tomato tersebut dan taburkan mozarella dan grated parmesan cheese di atasnya. Bakar pada suhu 220′C selama lebih kurang 15 minit atau sehingga bahagian atas nya bewarna kekuningan. Siap :)

Share |

Isnin, Februari 22, 2010

Kek Marble

www.tips-fb.com
Cuti minggu baru ni terasa nak buat kek marble plk utk wat kudap2...kek marble ni ada mcm2 versi kan...yg ni plk kek marble yg pernah ditayang kat n3 Leen@Cetusan selera dan juga kat dapur maklang azie sumbangan Chef Zubaidah...tapi maklang buat dua kalor je...teruja bila tengok kek yg dah dipotong didapur Leen..gebu sgh...senang je nak buat dan putar sekali semua bahan....akak c&p je resipi ye Leen..tq semuanya...


MARBLE CHOC. CAKE
sumber : chef zubaidah

Bhn250g tepung naik sendiri } ayak
1st bpowder } sukat membumbung
200g gula castor - boleh kurangkan jika manis
6 biji telur
1sb ovalette
2sb susu pekat manis
50g susu cair/air
90g myk @ 175g butter cair
1sb choc.emulco

Cara
Pukul semua bhn kecuali minyak sehingga gebu dan pekat (bertukar kaler jadi putih)
Last sekali masukkan minyak dan gaul sebati ngan whisker
Ambil 1/4 adunan dan campurkan emulco
Marblekan ikut suka.
Acuan 10x10Bakar hingga masak...suhu 170 selama 25'
(utk 1/2 adunan, api bwh dulu, minit terakhir api atas bawah)



Share |

Sabtu, Februari 20, 2010

Tetamu yang Singgah

www.tips-fb.com

Sesudah beberapa minggu...telor yg dieramkan olih ibu nya telah menetaskan dua ekor anak burung yg comel...tapi telah menjadi perhatian sang kucing dirumah ni pulak...nyaris ibunya kena terkam olih kucing tu...ni kena jaga supaya anaknya tidak menjadi mangsa sang kucing tu pula....kesian dgn anak burung ni..setiap pagi ibunya dtg memberi makan dan waktu malam dtg tidur bersama dgn anaknya didlm sarang.

Dipagi ahad yg hening ni..mari kita cuci mata dan release tension sikit...hihihi..dah takde keje lah ni...dalam minggu ni mmg akak sll lihat sang burung ni ulang alik dan membawa sampah2 kering kedlm pasu bunga kat sudut umah akak ni...akak dah fikir,ni mesti kes nak wat sarang lagi ni..sbb dah pernah sang burung yg lain wat sarang kat pepohon bunga disini...akak biarkan aje..seronok gak tgk pembesaran anak2 burung ni..bukan sll dpt tgk..tapi akak tak pasti jenis burung apa...akak bukan arif ttg jenis burung2 ni...rasanye burung kelicap kot..sbb spesis ni je yg sll mengicau dan bertenggek disini dipagi hari...masa akak nk snap gmbr burung ni larilah plk..sbb dia takut kat akak yg menghampirinya...bunga ni jenis gantung dan bukannye pokok bunga hidup pun,yg palsu je...mungkin tempat tu stategik kot buat dia untuk bertelor...

Tengok sarang nya yyg kemas buatan nya...kretif betul dia...


Masa mula2 aritu ada satu biji telor je..selang dua hari tambah dua biji plk...

Di pangkal pasu bunga nilah sang burung bertelor...

Nampak tak sang burung ni lari kat tepi tiang tu..dia lari bila akak hampiri sarangnya...lepas akak masuk dlm umah,akak intai npk dia dtg semula kesarangnya...

Share |

Jumaat, Februari 19, 2010

Nasi Goreng Sambal

www.tips-fb.com
Harini layan menu sempoi jer...rasa nak bermalas-malas pulak nak dok dapur lelama.....Hb gi kenduri kawin...malas nak ikut cuaca panas terik ni...jadi sang isteri pun pilih menu sempoi pilihan hati...anak2 plk suka layan menu sempoi mcmni ni..janji perut dah diisi...petang nak gi keluar plk...jom layan menu owang malas ni....

Bahan-bahan:
4 mangkuk nasi
Sayur kobis secukupnya
Semangkuk udang - dibuang kulit
2 keping isi ayam - dihiris
3 biji telur
garam dan perasa secukup rasa
daun bawang/daun sup dan bawang goreng utk taburan

Bahan2 kisar:
1 labu bawang besar
6 biji cili merah
4 biji cili padi
2cm belacan
segenggam udang kering

cara:
  • kisar semua bahan2 kisar kecuali udang kering sehingga halus
  • kemudian barulah di masukkan udang kering dan kisar sekejap sahaja jangan halus sangat
  • panaskan minyak dan tumiskan bahan2 kisar sehingga garing dan naik bau
  • Masukan isi ayam.Biarkan masak sekejap dan diikuti isi udang
  • masukkan garam dan bahan perasa secukupnya
  • Buat lubang ditengah kuali dan pecahkan telur dan gaul secara scramble
  • masukan nasi dan gaul rata
  • akhir sekali masukkan kobis dan gaulkan semua bahan sehingga sebati dan tutup api
  • angkat dan hidangkan dengan hirisan daun bawang/daun sup dan bawang goreng
Share |

Kerepek Arrowhead

www.tips-fb.com
Petang tadi balik dr ofis, jalan2 kat pasaraya nak cari bahan masakan terjumpa pulak arrowhead @ sengkuang cina ni...sengkuang cina ni ada dijual bila menjelang tahun baru cina aje...sebelum ni nak cari,tak jumpa pulak...dah ramai rasanya kawan2 yg dah cuba menggoreng ni...mula2 aritu tgk kat umah Nor secubit garam...mmg sedap dan enak..lemak2 rasanya..resipi amik dr umah Nor@ secubit garam..Nor plk amik kat Azwalissa@Myr... tq kedua2 nya...

KEREPEK ARROWHEAD

bahan:
ubi arrowhead
minyak utk menggoreng

Kupas kulit arrowhead dan bilas bersih.
Hiris nipis2. Boleh gunakan sagat tp K.Nor hiris pakai pisau jer.
Goreng dlm minyak yg panas hingga keemasan/garing.(api jgn terlalu kuat sbb nanti cepat hangus)
Angkat dan toskan.
Sedia utk dingap :)
Share |

Award from Love2Cook

www.tips-fb.com


Award dr Love...tq Love kerana mengingati akak..
Share |

Selasa, Februari 16, 2010

Tauhu Goreng Singapura

www.tips-fb.com

Tengahari tadi makan ala2 berdiet gitew...iye ke tuuu!!!!...makan tauhu goreng S'pura je...tak makan nasi...tapi sarapan pagi tadi dah cekik nasi goreng seafood...jadi tengahari ni cover balik...hehehe...aritu lagi teringin nak wat tauhu grg ni..ramai dah wat rasanye..walaupun senang banget,tapi tak tercapai nak melaksanakan nya...tauhu ni mmg dah jadi feberet walau dimasak apa pun...resipi dr dapur CMG...tq Cik Mat

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 keping tahu biasa
1 biji timun, dihiris nipis dan dimayang
100 g taugeh, buang ekor dan celur sekejap (mat tak celur punnn)
1/2 biji sengkuang, kupas, hiris nipis dan dimayang
4 ulas bawang putih*
5 - 6 biji cili padi*
200 g kacang tanah*
3 - 4 camca besar gula melaka*
3 camca besar kicap pekat*
1 1/2 - 2 camca besar cuka makan @ jus asam jawa*
Sedikit air*(*bahan sos kacang)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kacang tanah digoreng tanpa minyak hingga perang, buang kulit dan tumbuk separuh halus. Kisar cili padi dan bawang putih. Campurkan semua bahan2 sos kacang dan kacau hingga rata. Tambah sedikit air jika perlu, jangan terlalu cair atau pekat, sesuaikan rasa dan tambah gula@garam@asam jika perlu. Ketepikan.
  2. Tauhu dilumur dengan sedikit garam, goreng terendam hingga kuning keemasan, jangan goreng lama sangat. Keluarkan dan tos.
  3. Ambil sekeping tauhu goreng tadi. Potong kepada 9 bahagian (bergantung pada saiz tauhu masing2), alihkan ke dalam pinggan, tabur atas tauhu tadi dengan hirisan timun, sengkuang dan taugeh. Tuang sos kacang secukupnya dan hidangkan segera...Makan macam tu pun sedap!!!!!
Share |

Ahad, Februari 14, 2010

Gateau au Chocolat Cake

www.tips-fb.com
Kek lagiii...dan lagiii...bab2 wat ekspiremen mmg suka sekali..nampaknya umah Ika pun dah buat kek ni kan...senang banget nak wat nye,tanpa tepung...resipi dr umah Hana..masa tgk kat umah Hana dulu pun,mmg dah jatuh cintan nak mencubanye...kata Hana kek ni mmg mcmni kejadiannye,bila dah masak terpenyek gitew....xpe yg penting sodappp!!!!...akak c&p ye Hana..tq

Bahan-bahan (loyang 18cm)
  • Bahan A
  • 130g dark choc
  • 120g butter
  • 10g serbuk koko
  • Bahan B
  • 3 biji kuning telur
  • 40g gula
  • Bahan C
  • 3 biji putih telur
  • 30g gula
  • Topping - gula aising
Cara-cara
  • Bahan A - Cairkan dark choc dan juga butter menggunakan kaedah double-boiler. Bila dah cair, masukkan serbuk koko dan kacau sebati. sejukkan dan ketepikan.
  • Pukul bhn B (kuning telur dan juga gula) sehingga jd cream. ketepikan.
  • Pukul pula bhn C (putih telur dan gula) hingga kental dan gebu@ meringue. ketepikan.
  • Masukkan bahan B ke dalam bahan A. Kacau sebati menggunakan spatula.
  • Masukkan pula bahan C sedikit demi sedikit sehingga habis dgn kaedah kaup balik menggunakan spatula. Tak perlu over mix asal dah sebati semua bahan.
  • Alas loyang dengan oven paper. Seelok2nyer gune loyang spring foam supaya mudah utk keluarkan.
  • Panaskan oven 170. Bakar selama 30-35min.
  • Sisip tepi loyang dengan pisau utk keluarkan kek.
  • Sejukkan di atas redai. Tapiskan gula aising ke atas kek dan sedia utk dihidang.
Share |

Selasa, Februari 09, 2010

Muna's Banana Sour Cream Cake

www.tips-fb.com
Lamanya rasa tak berupdate n3 ni...mood dah jatuh merudum nampaknya...macam saham gak...meh tengok kek yg dibuat minggu lepas...kek ni kena kurangkan gula agak2lah,kalau ikut resipi ni manis sikit..resipi dr dapur Muna FP yg tersohor yg tinggal kat Denmark tu...Muna ni mmg pakar dlm bab2 gini...suka tengok masakan dan hiasan nya sekali.

Muna's Own Banana Sour Cream Cake

1/2 cups butter
1 cup sugar
3 eggs
1 cup mashed bananas (from 3 over ripe bananas)
1 tsp vanilla extract
1cup sour cream
juice from 1/2 lemon and zest
1 tsp baking powder
1 tsp baking soda
1/4 tsp salt
1/2 tsp cinnamon
2 cups flour



In bowl, cream butter with sugar. Beat in eggs one at a time
Add mashed bananas, vanilla and sour cream, lemon juice and zest.
Sift together flour, baking powder, soda, cinnamon and salt. Fold into the creamed mixture, stirring just to blend.

Bake at 180 C for 40 - 45 minutes or until cake is nicely browned.
Cool in pan on rack for 10 minutes.

Share |