Selasa, Mac 30, 2010

Macaroni Gratin II

www.tips-fb.com
Ni n3 tertunda jugak...dah wat minggu lepas...ronda2 kat umah kawan2...jumpa resipi yg mudah dan bahan2 pun dah sedia ada...nampak pun sedap dan resipi olahan dr dapur Jasmeen FP tokey kek Shah Alam nun....tq meen, cilok resipi yer...

Bahan-bahan:
1/2 bungkus macaroni
250 gm udang (sederhana besar)
1 peket crab stick
1 labu bawang besar (mayang halus)
2 sudu kecil mentega
250 gm mozarella cheese

**White Sauce**
2 sudu kecil mentega
1 tin susu cair
2 sudu kecil tepung gandum
Lada hitam
Garam

Cara-cara:
  1. Rebus macaroni hingga lembut
  2. Panaskan mentega,tumis bawang hingga layu
  3. masukkan udang & crab stick dan gaul rata
  4. Perasakan dgn sedikit garam dan lada hitam..masukkan macaroni dan gaul rata

**White Sauce**
1. Panaskan butter dan masukkan susu,tepung ,garam dan lada hitam
2. Sapu mangkuk gratin dgn mentega dan letakkan campuran macaroni tadi
3. lapiskan atas nya dgn cheese dan tuang white sauce
4. bakar selama 15-20 minit

Sebelum kebakaran...

Share |

Sabtu, Mac 27, 2010

Sweet Bun Dough wif Sardine

www.tips-fb.com

Roti dan roti lagi!!!!...mari makan roti!!!!...macam ketagih pulak nak wat roti ni...sekali dah wat nak wat lagi...ni kes teruja tengok roti berintikan sardin kat dapur Jasmeen FP...npk mmg menjadi sangat Meen wat roti tu, walaupun diuli dgn BM cop tangan...dan bahan2 cam mudah dan buat pun npk mcm senang jer...resipi asal dr dapur Nina dan kemudian ada kat dapur Mamafami FP dan diikuti kat dapur Jasmeen plk...minta izin ambil resipi dr umah Mamafami yer...tq mama...


Bahan A:
500 gm tepung high protein
1 sudu teh bread improver - optional
50 gm susu tepung - saya guna serbuk instant mashed potato
1 sudu kecil garam
10 gm instant yeast
100 gm gula castor
1 biji telor
220 ml air

Bahan B:
75 gm butter

Cara-cara:
1- Bahan A dicampur bersama dan diputar hingga sebati kemudian baru masukkan air sedikit demi sedikit.Uli selama beberapa minit hingga semua sebati.
2- Kemudian masukkan butter dan putar lagi atau uli doh menjadi elastik bila ditarik.Bulatkan doh dan diperam didalam tempat tertutupsehingga ia naik 2 kali ganda.Doh yg elok adalah bila ditekan dgn jari,ia tak turun(ia meninggalkan lubang yg kecil bila ditekan)
3- Doh yg telah diperamtadi dikeluarkan dan ditumbuk2 sedikit utk mengeluarkan angin.Kemudian bolih dibentuk2 mengikut sesuka hati.Sebaiknya peram lagi sehingga ia naik sekali ganda dari bentuk asal.kemudian barulah bolih dibakar pada suhu 180 c selama 20 minit - 3o minit.



Share |

Award dr Chempaqa Levender

www.tips-fb.com
Award ni dah lama Chemp bagi..tapi asyik terlupa jer nk gantung..tq Chemp atas ingatan...
Share |

Selasa, Mac 23, 2010

Roti Kismis Gebu

www.tips-fb.com

Sana sini owang meroti...mana bolih nak pandang jer kan..nak juga berekspirimen macam mana kegebuan roti ni...tapi bila dah buat mmg tak mengeciwakan...mmg gebu,lembut...bubuh kismis lebih sikit...pagi tadi pun nampak loti ni kat umah Ika...Ika kita sama2 makan loti yer..biasalah resipi dr dapur CMG kat Sedenak tu..tq Che Mat kongsi resipi...


BAHAN-BAHAN:-
300 g tepung roti (high protein flour)
1 camca besar susu tepung
1 1/2 camca teh bread improver
1/4 camca teh garam halus
50 g gula halus
8 g instant yeast
50 g mentega (mat guna minyak sapi@ghee) kita guna butter
50 g kismis1 biji telur*
1/2 camca teh esen vanilla*(*disatukan dan kacau rata)
120 ml air
Sedikit mentega untuk disapu atas roti

CARA MEMBUATNYA :-)

1. Dalam satu bekas, satukan semua bahan diatas kecuali mentega dan juga mentega untuk disapu atas roti. Gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega (50g) dan terus menguli hingga mendapat dok yang lembut, kenyal dan anjal. Bulat2kan dan letak dalam bekas, tutup dengan plastik dan biar 45 minit hingga kembang. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan diatas kecuali mentega untuk disapu ke dalam "breadmaker", pilih setting untuk doh dan tekan "ON". Biar hingga siap.
2. Keluarkan doh dari bekas. Tumbuh sedikit dan bagi kepada 10 bahagian, kurang lebih 64g setiap bahagian. Bulat2 kan dan letak dalam bekas (mat guna muffin cup saiz besar)...atau susun dalam loyang yang telah disapu mentega. Buat hingga siap.\
3. Biarkan 30 - 35 minit hingga doh naik. Bakar dalam oven pada suhu 190C selamat 15 - 20 minit atau hingga peerang. Keluarkan roti dari oven dan sapu permukaan roti dengan mentega. Biar sejuk dan hidangkan..... Selamat mencuba...





Share |

Isnin, Mac 22, 2010

Kuih Bakar Pisang

www.tips-fb.com


Ronda2 kat umah kengkawan aritu,tengok ramai dah buat kuih bakar pisang resipi cikgu Zana yg mmg pakar mencipta resipi kuih muih dr pisang ni...tu yg takleh tahan nak tengok jer..kuih ni wat hari sabtu baru ni utk minum petang...pepagi dah melenyek pisang selepas wat sarapan dan bakor sebelum nak masak lauk untuk lunch...mmg ngam lah siap bakor lps dah masak lauk pauk yg sempoi jer...resipi cilok kat dapur cikgu Zana yg rajin wat keje sekolah kat umah tu...tq zana...

KUIH BAKAR PISANG

Bahan:-

  • 1 sisir pisang masak (akak guna 5 biji pisang montel) dilenyek kasar
  • 1 cwn tepung*
  • 3/4 cwn gula*- nnt kena krg kan gula,sbb pisang dah manis
  • 1 cwn santan*
  • 1 cwn susu sejat/cair*
  • 1 biji telur*
  • 2 sudu besar butter*

Cara-Cara:-

  1. Blend semua bahan*
  2. Tuang adunan ke dalam mangkuk berisi pisang lenyek dan di gaul rata.
  3. Masukkan ke dalam loyang yang telah dilenser dengan butter.
  4. Bakar 180C selama 1 jam.. or lebih untuk dapatkan kerak yang hebat.
  5. Sejukkan.. baru di potong.. masuk peti ais lagi bestt!!

Share |

Ahad, Mac 21, 2010

Eggless Chocolate cake

www.tips-fb.com


Memang cukup sifat nya kek coklat tanpa telor beryogurt ni..bak kat zaliana lembut ,lembap dan chocolaty...asal resipi kek ni dr blogresipi.com @Ijan dan telah diubah suai olih nya...resipi asal dr www.egglesscooking.com dan telah dimelayukan polih Zaliana utk dipermudahkan...resipi ni ceduk dr dapur Zaliana...tima kasih byk2 Zaliana dan semuanya...


Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda
6 sudu besar serbuk koko
3/4 cawan gula halus
1/2 cawan minyak sayur
1/4 cawan air kopi panas( campurkan 1 sudu serbuk kopi dlm 1/4 cawan air panas)
1/4 cawan susu
1/4 cawan yogurt
1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara:

1.Panaskan oven pada suhu 170 darjah celcius.Lenserkan tin dengan sedikit minyak dan taburkan srbuk koko.
2. Di dalam sebuah bekas besar, campurkan rata semua bahan kering.
3.Kemudian masukkan semua bahan cecair satu dmei satu.
4Putar semuanya dnegan kelajuan sederhana selama 2-3 minit sehingga semua bahan sekata.
5.Masukkan ke dalam tin pembakar dan bakar selama 30 minit.
6.Sejukkan di atas rak dan keluarkan selepas ia sejuk sepenuhnya.Sapukan frosting ke atasnya.


Frosting Recipe (hehe yg ni tak sempat nak alih bahasa..tak pelah kan..)

* Margarine/butter at room temperature 3 tablespoons
* Powdered sugar 1 1/2 cups (saya tak letak ni)
* Unsweetened cocoa powder 1/4 cup (saya pakai cooking coklat tu-agak2 aje byk mana )
* Milk, fat free 3-4 tablespoons

Yield: About 3/4th cup of frosting, enough for one 8-inch or 9-inch cake.

1. In a medium size bowl add the margarine, powdered sugar and cocoa powder. Start beating with an electric mixer on low speed. At this stage it may seem to be very dry. Don’t panic. Wait until you add the milk.
2. Add milk little by little and continue beating the mixture till you get a nice spreadable consistency.
3. Now transfer the cake to a plate and start frosting it.
4. Cool down in fridge for at least one hour (the texture of the frosting will look better after at least one hour in fridge).

Share |

Rabu, Mac 17, 2010

Strawberry Yogurt Triffle

www.tips-fb.com
Musim panas ni mmg teringat nak makan dan minum yg sejuk2 je...baru balik dari ladang J.Jusco petik strawbery....tingat nak wat puding2 je..aritu ternampak kat dapur Hana dessert ni...tu yg yg tingin nk wat..senang je...takyah nak berpeluh2 kat dapur tu...jom makan dessert....Hana pun dpt idea dr dapur Pook kat Thailand ni..minta ijin ye hana,nak c& p resipi..tq...


Bahan-bahan
  • 250g strawberry
  • 2 tsb gula
  • 1/4 esen vanila - x ltk pong!
  • 200g plain yogurt
  • white choc - aku gune cooking choc - grated
  • Strawberry for garnish
Cara-cara
  • Potong strawberry kecil2. Masukkan ke dalam mangkuk.Taburkan gula dan juga esen. Gaul rata. Tutup mangkuk dengan plastic wrap dan masukkan ke dalam peti beku sekurang2nya 4jam atau semalaman. (aku tk sejokkan pong! sejokkk! gegegege...)
  • Susun stoberi ke dalam gelas. Letakkan choc diatasnya. Kemudian masukkan pula yogurt. dan ulang langkah ini hingga gelas agak2 penuh. Hiaskan dengan stoberi di atas skali dan sprinkle dgn chocolate.
  • Siap dihidang.
Share |

Ahad, Mac 14, 2010

Kek Pelangi

www.tips-fb.com
Meh layan kek belang2 bak pelangi petang ni...nak makan pun waktu petang...nak wat pun senang...yang sebenarnya buku resipi ni dah lama beli,tapi dok teperok dlm almari je..bila tengok kat umah ummi dan umah Maz tayang kek ni baru teringat akan resipi dlm buku tu...pi cari balik...sib baik jumpa...kat bawah ni lah buku nya...buku kompilasi hidangan kek dr resipi Chef Noraini...mcm2 kek ada...dah pernah cuba 3 resipi dr buku ni...sedap kek ni moist jer...


Bahan-bahan :-
  • 250g mentega
  • 220g tpg kek *
  • 1 s/k serbuk penaik * (bahan * diayak bersama)
  • 200 gm gula kastor
  • 4 biji telur gred A
  • 5 s/b air susu
    1 s/k esen vanila
    sedikit pewarna merah, hijau dan kuning
Cara-Caranya :-
  1. Gris acuan bulat . panaskan ketuhar 180c.
  2. Pukul mentega + gula dgn kelajuan sederhana hingga kembang dan putih.
  3. Perlahankan kelajuan dan masukkan telur sebiji2 dan pukul sebati.
  4. Masukkan tepung yang diayak sedikit2 sambil dikacau dan masukkan susu + esen vanila. Gaul rata.
  5. Bahagikan adunan kpd 3 bahagian, Warnakan merah, hijau, kuning.
  6. Ambil 1 senduk adunan kuning dan tompokkan di bhg tengah acuan. Kemudian ambik satu senduk adunan merah dan tompokan di atasnya. Akhir sekali warna hijau ditompokkan di atas warna merah. Ulangi proses ini hingga habis.
  7. Goyangkan adunan supaya rata. Bakar 180c selama 1 jam.
Share |

Jumaat, Mac 12, 2010

Serabai

www.tips-fb.com

Dah lama teringin nak buat serabai ni....baru petang ni hajat kesampaian...nak beli,tak pernah jumpa pulak kat sini...kalau kat negeri Melaka mungkin senang nak jumpa kot..sbb Che Mat kata kuih ni asal dr sana...dah ramai gak yg buat serabai ni..mula2 kat umah Mamafami..merebak virus keumah Hana...umah Che Mat...umah Along Roz kat Seghawak tu..ada lagi kot..kat umah Along dia guna acuan khas utk kuih ni bolih masak sampai 4 keping sekali...akak guna kuali non-stick yg comel lote 4 inci yg selalu anak wat goreng telor tu mcm mamafami punya...yg takde acuan ni terpaksalah pakai kuali masak sekeping2...punyalah jenuh nak menunggu...tapi olih kerana semangat nak makan serabai ni dah membuak2,redha je lah kan...resipi ni amik kat umah Che Mat..kat MyR pun ada gak...tq Che Mat...


BAHAN SERABAI :-)
500 g tepung beras
300 g nasi, kisar halus dengan sedikit air
1 liter santan, masak hingga suam
1 1/2 camca teh instant dried yeast
Garam secukup rasa

BAHAN KUAH GULA :-)
1 cawan gula perang (gula timbang)
2 cawan santan
2 biji pisang, dihiris
2 helai daun panda, disimpul
Secubit garam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK SERABAI :- Bancuh semua bahan2 untuk serabai kecuali santan. Kacau rata dan tuang santan suam sedikit demi sedikit sehingga mandapat bancuhan yang sempurna, tak pekat sangat atau cair sangat, seperti bancuhan membuat kuih cara. Perap adunan tadi 2 jam (mat perap lama sikit). Panaskan non-stik pan. Lenser sedikit minyak dan tuang aduana tadi kurang lebih 1 senduk lauk, biar masak dengan api perlahan sehingga permukaannya berbuih dan menghasikan lubang2. Tutup sekejap dengan tudung periuk, bila serabai kelihatan keriang, boleh lah diangkat, hidangkan bersama kuah gula...
  2. UNTUK KUAH GULA :-) Satukan semua bahan untuk kuah gula kecuali pisang, masak hingga semua larut, tapis dan masukkan kembali ke dalam periuk. Tambah pisang dan renih hingga kuah pekat. Sejukkan dan hidang bersama kuih serabai.....sedapppp!!!!
CATATAN MAT GEBU :- Kalau tak de gula timbang, boleh guna gula melaka dan campur dengan gula pasir (yg ni manis ikut tekak masing2, tapi seelok2nya jangan lah manis sangat). Dalam gambar tu mat guna non-stick pan saiz besar tu pasal serabai ku nampak nipis. Kalau boleh guna non-stick pan macam kat blog mamafami tu yeaa...

Share |

Khamis, Mac 11, 2010

Paratha Telor Gulung (Egg Paratha Roll)

www.tips-fb.com

Bila tengok org mengerol paratha ni ,tingin plk rasa nak buat...paratha pun mmg ada dlm petiais... dah lama gak dia dok dlm tu...aritu tgk kat umah Ummi,mamafahmi..biasalah umah akak ni lambat sampai sikit,nk cari waktu yag sesuai dan ada org yg nak makan...ni wat utk sarapan...resipi ceduk dr dapur Ummi...Ummi kata dia pun dpt idea dr dapur Gert...thank semuanya...

Bahan:-
  • 5 keping frozen plain paratha (akak guna jenama Kawan)
  • 5 biji telor - dipukul sedikit
  • sedikit daun bawang - hiris halus
  • 1/2 biji bawang besar - dicincang halus
  • sedikit lada sulah
  • garam secukup rasa
  • sedikit minyak zaitun untuk menggoreng paratha
  • beberapa keping slice cheese (jika suka utk dimakan begitu saja)

Cara-Cara:-

  1. Panaskan non-stick pan dan letakkan beberapa titis minyak zaitun dan goreng paratha hingga sedikit garing kedua2 belah. Buat hingga siap dan ketepikan.
  2. Dalam mangkuk lain, campurkan telor bersama bawang, daun bawang, lada sulah dan garam. Kacau rata.
  3. Gunakan pan yang sama tadi, letak sedikit minyak dan tuangkan 3 sudu besar adunan telor, biar adunan membulat dan tekapkan segera paratha yang telah digoreng tadi.
  4. Masak lebihkurang 2 minit dan bila adunan telor telah melekat pada paratha, angkat ke dalam pinggan leper. Buat hingga habis.
  5. Gulungkan terus ketika masih panas. Potong sebesar 1 1/2 inci dan atur dalam pinggan. Hidangkan bersama kuah kari ayam dan sedap dimakan ketika panas2 suam.


Share |

Ayam Masak Gulai Kampung

www.tips-fb.com

Menu arini...selalu gak masak ayam mcmni..sedap rasa ala2 ayam masak kelio...cicah dengan roti pun best...bila dipanaskan keesokan hari lagi sedap...teringat arwah mak selalu masak mcmni dan kadang2 masak ganti dgn daging pun sedap...bila ada kenduri kendara,selalu menu ni jadi menu utama.


Bahan-bahan:
1 ekor ayam
2 1/2 cawan santan
5 cm lengkuas (ketuk)
3 batang serai (ketuk)
3 cm kunyit hidup (kisar)
3 cm halia (kisar)
5 ulas bawang putih (kisar)
4 tangkai cili merah (kisar)
10 ulas bawang merah (kisar)
5 biji buah keras (kisar)
2 keping asam gelugur
4 biji kentang (belah dua)
10 tangkai cili kering (kisar)
1 helai daun kunyit

Cara menyediakan:
  1. panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan ayam,lengkuas,serai dan daun kunyit.
  3. Gaulkan rata sehingga ayam kecut.
  4. Tuangkan santan dan masukkan kentang.
  5. Setelah kentang empuk masukkan asam gelugur dan garam.
Note:
kalau bolih biarkan kuahnya cair.Kalau pekat dah rasa rendang pula.
Share |

Kacang Buncis Goreng dgn Telor

www.tips-fb.com

Dah lama tak goreng sayur macamni...ratah pun sedap semasa masih panas2...

Share |

Isnin, Mac 08, 2010

Strawberry Cake

www.tips-fb.com



Dah lama gak tak mendeko ni...Kek ni pun tolong buatkan utk kawan ofis nak menyambut hari jadi nya pada minggu ni...dia pun tak kisah apa pun jenis kek...acara potong memotong kek ni diadakan didalam ofis...resipi ni ceduk dr dapur CMG...tq...ramai gak yg dah cuba resipi..yg terbaru npk kat umah Ijan kat Finland semasa hari ulang tahun perkahwinan nya...resipi update kemudian yer..nak titun dah ni..mata ngantuk..


Resipi Kek Strawberry

Bahan Kek (Ini adunan asas, boleh tukar apa2 perisa ikut suka)
5 biji telur gred A
125 g tepung gandum*
1 camca teh baking powder*(*diayak 3 kali)
75 ml minyak jagung/sayur
160 g gula halus
15 g ovallate
2 camca besar susu segar
1 camca teh strawberry emulco

Bahan Lain
Krim putar secukupnya
Strawberry pie fillig

Chocolate curls (gantikan ngan chips)
Strawberry segar secukupnya
Coklat rice ( i guna kepingan badam yg dibakar)

1. Panaskan oven pada suhu 175C. Lenser tin kek berukuran 9 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan.
2. Tuang gula halus bersama ovallate dalam mixing bowl, putar hingga ovallate mesra bersama gula halus.
3. Masukkan kesemua 5 biji telur dan putar pada kelajuan tinggi hingga kembang dan kental seperti adunan baulu.
4. Masukkan strawberry emulco dan putar hingga sebati. Pada kelajuan sederhana, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Tuang susu segar dan putar hingga rata.
5. Akhir sekali masukkan minyak jagung dan gaul rata.
6. Tuang dalam tin tadi dan bakar 25 – 30 minit hingga masak.
7. Keluarkan serta merta dan terbalikkan tin atas jaringan. Biar kek sejuk dalam bekas dalam keadaan terbalik. Bila betul2 sejuk baru tanggalkan tin.

Dengan pisau bergerigi, potong kek kepada 3 bahagian yang sama besar. Letak satu keping kek atas papan kek, sapu rata krim putar, sudukan strawberry pie filling dan ratakan. Tindih dengan lapisan kek kedua dan buat kaedah yang sama. Dan akhir sekali letakkan potongan kek terakhir. Sapu keseluruhan kek dengan krin putar dan hias ikut kreativiti masing2…Selamat mencuba..



Share |

Ahad, Mac 07, 2010

Tauhu Telor (Tauhu Jepun) Masak Taucu Cendawan

www.tips-fb.com

Dah lama tingin nak masak tauhu ni,bila tengok kat umah Ummi aritu...tauhu ni dah lama gak beli,nasib baik tak expired lagi...cuma tak bubuh cendawan tapi ganti dgn bunga kobis je...sedap masak mcmni,rasa masam2 manis...ummi ambik resipi dr majalah sedap..dah tentu sedap kan...mcm biasalah minta izin cnp resipi ye Ummi..tq...


TAUHU TELOR MASAK TAUCU CENDAWAN
Bahan:-
  • 2 biji tauhu telor - potong setebal 1cm dan goreng hingga berkulit, letakkan di dalam pinggan yang sesuai.
  • 3 ulas bawang putih - cincang kasar
  • 1 biji cili merah - dicincang halus
  • 1 cm halia - diparut
  • 100 gm daging cincang - akak tukar meatball n cincang
  • 100 gm cendawan dalam tin - cincang kasar
  • 1 1/2 sudu makan taucu manis - akak guna jenama Yeos jek
  • 1 sudu makan sos tomato
  • 1 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh lada sulah
  • 1/2 sudu teh gula pasir
  • 1 pokok daun bawang - dipotong 1 cm
  • 1/2 sudu teh minyak bijan
  • 300 ml air
  • 1/2 sudu makan tepung sagu + 1/2 sudu makan air - dibancuh (akak letak 2 sudu air)
  • 2 sudu makan minyak untuk menumis

Cara Memasak:-

  1. Panaskan minyak masak dalam periuk atau kuali, tumiskan bawang putih, cili merah dan halia hingga terbit aroma.
  2. Masukkan daging dan kacau sehingga daging berubah warna.
  3. Masukkan cendawan, kacau rata.
  4. Masukkan taucu, sos tiram, sos tomato, sos cili, garam, serbuk lada sulah dan gula pasir. Kacau rata.
  5. Tuangkan air dan masak hingga mendidih.
  6. Perlahankan api dan tuangkan bancuhan tepung sagu dan masukkan minyak bijan dan daun bawang. Kacau rata sekejap.
  7. Tutup api dan tuangkan sos di atas tauhu telor tadi. Selamat Mencuba!!!
Share |

Kari Ikan tenggiri & Terung

www.tips-fb.com
Ni menu lunch tengahari tadi...macam biasa...ikan ni kalau beli selalu masak kari,masak lemak cili padi,masak asam pedas atau masak kicap...semua ni menu ulang tayang jer...

Share |

Khamis, Mac 04, 2010

Strawberry Cheese Tart

www.tips-fb.com
Ni menu tertunggak...aritu ronda2 kedapur kawan2,tertarik dgn tart ni yg memang memikat selera dan memukau pandangan....cheese dan strawberry mmg dah ada dlm stok...apalagi projek pun dijalankan lah...mmg nak cari dessert yg menggunakan strawberry kerana dah lama dlm simpanan...kuar masuk...kuar masuk...kalau tak dikerjakan,silap2 haribulan cik tong yg makan...resipi ni ceduk dr dapur BabyBatriesyia aka NINA...sifu deko mendeko kek yg femes kat Perlis ni...tq Nina


STRAWBERRY CHEESE TART
Loyang : 10 in

**Sedikit perubahan

Untuk Doh Pastri

75 gm butter
25 gm gula icing**
1 biji kuning telur
150 gm tepung gandum

Butter, gula icing dan kuning telur digaul sekali. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga menjadi doh. Letakkan di atas loyang dan bakar selama 20 minit.


Untuk Adunan Cheese

250 gm cream cheese
115 gm gula castor**- akak guna 100 gm
1 biji telur
100 gm non dairy whipping cream
2 sudu besar tepung gandum

Cara-cara:
Putar cream cheese dan gula castor hingga sebati. Masukkan telur dan kacau rata. Jangan terlalu lama. Masukkan whipping cream dan tepung gandum. Gaul rata. Tuangkan ke atas base tadi. Bakar selama 40 minit pada suhu 150'C atau hingga bahagian tepi adunan cheese nampak sudah masak. Biar di dalam oven dalam sejam sebelum dikeluarkan dan disejukkan di dalam peti sejuk.



Topping

Strawberry - dibelah dua
Jem Strawberry secukupnya
Air

Cara-cara:
Masak jem dan air hingga jem cair. Gaulkan buah strawberry di dalamnya. Hiaskan di atas tart tadi.

Share |