Rabu, Jun 30, 2010

Ikan Masak Asam

www.tips-fb.com
Dah makan malam dan dah berbuka posa semua...mesti masak lauk yg enak2 kan...akak masak lauk yg ringkas je tapi tetap mengecurkan selera...sedap ni..kalau takde selera makan,menu ni mmg jadi pilihan...resipi cilok dr umah Hana yg tgh kesunyian ditinggalkan laling nya yg gi ke US...cian..nnt tunggu laling balik ye...dak Darwish kan ade sebagai penghibur...hehehe...resipi asal dr MyR yg tak leh nk buka skrg ni..ngape ye..


Bahan-bahan
  • 1/2 ekor ayam - hana tuko ikan
  • * 3 ulas bawang putih
  • * 3 biji bawang kecil
  • * 1/2 inci halia
  • * 1/2 inci lengkuas - hana tk tumbuk
  • * 1 sudu teh jintan manis - hana tk tumbuk juge
  • 10 biji cili api - belah 2 (tp x putus)
  • 1 biji bawang besar dipotong bulat
  • 1 batang serai diketuk
  • 2 sudu asam jawa tanpa biji - bancuh dengan air
Cara-cara
  • Ayam atau ikan di potong sederhana besar & digoreng hingga kekuningan (jgn terlalu garing) - hana goreng tambah garam dan kunyit
  • Tumbuk bahan bertanda * dan ditumis bersama serai hingga kekuningan.
  • Masukkan cili api, bawang besar, air asam & ayam@ikan.
  • Perasakan dgn garam. Masak hingga kuah agak pekat.
  • Sedia utk dihidang.

Share |

Isnin, Jun 28, 2010

Telor Ikan Masak Lemak Cili Padi

www.tips-fb.com
Salam Semua dah makan...dah tidor diulit mimpi...mestilah sudahkan..hari dh tgh malam baru sempat nak N3...ni menu tertunda pd hari ahad...takleh celoteh panjang2..tnet slow giler...Bohsan!!!! tak tau lah skrg tnet ni menjadi2 slow nya kat kwsn umah ni...tunggu lama2..jap lg hilang plk...nak buka satu n3 pun nak tunggu sampai boring moring dibuatnya...nk gi ronda2 pun takde mood dibuatnya...

BAHAN-BAHANNYA :
1 peket telor ikan tenggiri atau apa2 ikan ( lebih kurang 800 g)
2 batang serai, dititik
2 helai daun kunyit, disiat2
2 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
2 keping asam gelugor
Garam secukup rasa
3/4 cawan cili padi kampung*
1 inci kunyit hidup*
4 biji bawang merah*(*ditumbuk halus)


CARA MEMASAK :
  1. Telor ikan cuci bersih dan toskkan. Ketepikan.
  2. Dalam periuk, satukan bahan tumbuk halus, serai dan santan cair, kacau dan didihkan. Masukkan telor ikan dan tambah santan pekat. Bila mendidih, masukkan daun kunyit dan perasakan dengan garam secukupnya.
  3. Kacau perlahan, rasa dan jika ok boleh matikan api.
Share |

Jumaat, Jun 25, 2010

Carrot Cake...Lagi...dan Lagi...

www.tips-fb.com
Ni memang kek feberet tuan umah...walau dah wat byk kali..tak pernah jemu...kalau diminta pilih diantara berbagai2 kek,memang ini lah pilihan dihati dan pilihan tekak...janganlah jemu nak tengok ye...walau pun nampak senang nk buat...tapi kalau tak kena resipi nya,mmg tak menjadi.. pernah baru ni cuba satu resipi yg baru..npk menarik sgh,bahan2 nya blh tahan gak byk...bila dh siap bancuh npk mcm cair je..bila dah masak..mmg mendukacitakan..sbb kek tu terlalu lembik dan berminyak..mungkin bahan2 tak setimpal dgn bahan cecair...nak makan pun rasa tak selera...jawab nya ke chek tong lah yg makan...tapi buat masa skrg ni akak mmg setia dgn satu resipi yg ni...resipi blh tgk disini ye...


Share |

Khamis, Jun 17, 2010

Peach Tart

www.tips-fb.com
Hari cuti aritu tingin plk nak makan dessert macam ni...buah peach mmg dah ada dlm gobok tu wat spare...pikir punya pikir...bila lah nak dikerja kan buah peach ni...tingat plk resipi yg dh lama menunggu giliran nya ni...dh lama gak dh print resipi ni amik dr dapur Ijan kat Finland tu dan vanila custard amik dr dapur Rox@TTM yg dok kat Melbourne nun...jauh bangat datang resipi2 ni...ape lah khabar dak Ijan ni selepas balik ke M'sia kerana bapanya meninggal dunia aritu...senyap je mungkin dah balik semula ke Finland dah kot...tima kasih keduanya dan semoga Ijan tabah menghadapi nya.


Untuk doh pie - Akak buat setengah adunan je

  • 500 g tepung gandum
  • 200 g mentega
  • 2 biji telur Gred A, dikacau sedikit
  • 250 g gula halus
  1. Ayak tepung dan gaulkan dengan gula halus hingga rata. Masukkan mentega dan gaul hingga menjadi seakan2 serbuk roti. Tuang telur yg telah dikacau tadi sedikit demi sedikit sambil digaul hingga terhasil doh yg tidak melekat dimangkuk adunan. Jangan bimbang jika telur tidah habis digunakan. Bungkus dgn plastik dan sejukkan 30 minit.
  2. Selepas 30 minit keluarkan doh dan biarkan sebentar. Kemudian canai doh diantara 2 plastik hingga menjadi kurang lebih 1/2 cm tebal.

Untuk peach tart

  1. Tempek2/canai doh pie dan letak kat dalam acuan yang dah dilengser dengan butter.
  2. Potong peach dan susun2 dalam acuan tadi dan taburkan sedikit gula.
  3. Bakar pada suhu 170C selama beberapa ketika/sehingga nampak keperangan (lupe plak nak tgk masa.hehe).
  4. Rasanya kalau spread vanilla cream dulu pastu susun peach kat atas doh, pastu bakar lagi sedap kot. Kite tak buat pasal stok vanilla cream yillek.
Vanilla Custard - Resipi dr dapur Rox@TTM

3 kuning telur
1/2 cawan gula kastor - kurangkan gula sbb agak manis
2 tsp esen vanilla
1/4 cup tepung jagung
2 cawan susu

Buat custard dulu: whisk kuning telur, gula kastor dan vanilla dalam mangkuk. Campurkan tepung jagung sambil whisk lagi. Perlahan2 masukkan susu 1/4 cawan dalam satu masa sambil kacau sampai susu habis. Masak atas api sederhana sampai kental. Sejukkan.
Share |

Selasa, Jun 15, 2010

Mee Bandung Muar Adami

www.tips-fb.com
Salam semua...ni baru dapat perencah mee bandung yg diidamkan...sebenarnya bila tgk orang wat..kita pun dah rasa terliur...mmg tak pernah ternampak perencah Adami ni kat mane2...tapi bila tengok kat umah Hana aritu,tu yg nak cari juga..lagi pun tak tahu yg mana satu yg sedap..alkisah nya terjumpalah plk kat JJ...terus sambor je dua peket...ni amik resipi dr dapur Hana dan resipi asal dr dapur CMG...mmg sedap guna perencah ni ada rasa udang kering segala...tq semua...

Nak tayang gak perencahnya kat sini kalau sesiapa yg nk cari!!!!

Bahan-bahan

  • 1 kg mee kuning
  • 300 g daging
  • 10 - 15 ekor udang besar
  • 3 pokok sawi hijau
  • 1 biji tomato, belah 4
  • Garam dan sedikit gula
  • Air secukupnya
  • 1 bungkus perencah mee bandung "Muar" (seperti gambar di atas)
  • 5 - 6 biji telur
  • 5 biji bawang merah, dihiris
  • 2 ulas bawang putih, dihiris
  • 3 keping tauhu, digoreng, hiris nipis*
  • Hirisan daun sup*
  • Hirisan cili merah*
  • Belahan limau kasturi*(*bahan sampingan)

Cara-cara
  1. Daging dihiris nipis, rebus dengan 1 inci halia (dititik) hingga empuk, ketepikan. Kupas udang, cuci kulitnya dan rebus 10 minit. Kisar kulit udang hingga halus dan tapis untuk stok. Ketepikan. Udang dicuci bersih dan toskan. Cuci bersih sawi, asingkan daun dan batang sawi, potong batang sawi dan kerat daunnya. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk (mat guna kuali). Tumis hirisan bawang putih dan merah hingga harum, masukkan perencah mee bandung dan kacau rata. Tuang air rebusan daging bersama dagingnya, stok kulit udang dan air secukupnya (anggaran 800 ml atau ikut keperluan). Biar mendidih.
  3. Kecilkan api dan pecahkan telur satu persatu dan masak perlahan hingga telur timbul. Kemudian masukkan batang sawi dan udang. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Akhir sekali masukkan daun sawi dan tomato, masak sekejap dan rasa, jika ok, boleh matikan api.
  4. Penyediaan Mee Bandung Muar:- Cuci mee kuning dan celur sekejap, angkat toskan dan isi kan ke dalam mangkuk sesuai. Tuang kuah bersama2 isi dan satu biji telur untuk 1 mangkuk. Tambah bahan2 sampingan dan hidangkan segera.....Memangg Syiokkkk!!!!!
  5. Catatan Mat Gebu : Untuk telur tu, mat masak asing, cedok keluar kuah mee bandung (anggaran 2 cawan) dan isi kan ke dalam kuali "non-stick", gunakan api kecil, pecahkan sebiji telur dan biar masak hingga kuning telur mengeras. Angkat dan alihkan ke dalam periuk kuah mee bandung. Ulangai proses sama sehingga telur habis.
Share |

Ahad, Jun 13, 2010

Roti Jala - Resipi III

www.tips-fb.com
Hari ni paling tension betul bila nak letak n3...tak habis2 tnet ni buat hal...mcm biskut..kejap ada..kejap takde...ni bersiaran dr umah sbb arini cuti2 mesia...roti jala ni dh wat hari sabtu baru ni utk minum ptg...resipi dr dapur ummi,resipi asal dr Herdawaty Abu Othman @MyR dan cara2 menjala dr cetusan ilham dr dapur Maz...wat menjala kalor2 plk dan makan dgn kari sardin je...yg ijo ni anak2 takut nk mkn plk...mcm2 budak2 ni bila tgk yg pelik2...takleh bebel lelama nanti tnet ni hilang plk...nk ronda2 kat dapur kwn2 pun susah...lagi tension...tq semua..

ROTI JALA (PERISA PANDAN):

Bahan-bahan ( 3 - 4 orang ):-
  • 3 cawan tepung gandum
  • 2 1/2 camb minyak masak
  • 1 camt garam
  • sedikit pewarna kuning (*akak tukar kaler daaa...)
  • 1 biji telur
  • 2 1/2 cawan air/santan/ susu segar - *Note: adunan nampak agak pekat so akak tambah jadi 3 1/2 cawan dan adjust camni: (2 cawan susu segar+1 1/2 cawan air)
  • beberapa titis pandan paste + sedikit pewarna hijau (*ni akak tambah)

Cara-cara :-

  1. Blendkan semua bahan di atas hingga sebati. (Kalau nak tahu adunan dah boleh jala ke belum, cuba masukkan sesenduk ke dalam acuan. Kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala menggunakan kuali non stick. Kuali biasa pun boleh asal tak melekat.)
  2. Lepas jala atas kuali biarkan dalam beberapa saat. Kalau dah masak tak payah dibalik terus aje di angkat dan digulung.
  3. Bila dah siap bolehlah dimakan dengan kuah dal atau kari ayam.

# Sesuai untuk open house sebab walaupun sampai ke petang roti jala tu tetap lembut seperti baru dimasak. Cubalah.

NOTE:

Kepada kawan2 yg bertanya tentang mcmana acuan dan mcmana cara nak buat roti jala bolih lihat kat sini untuk cara menjala dan kat sini mcamana acuannye...bahan2 mudah didapati dirumah dan di modified sendiri....hehehe...terima kasih byk2 kepada penciptanya dr Maz@Ilham dapur...akak minta izin pd Maz ye utk tunjukan disini...cubalah utk kelainan..selamat mencuba!!!!!

Share |

Jumaat, Jun 11, 2010

Murtabak Mee Segera Maggie

www.tips-fb.com
Rasa sunyi je minggu ni..yelah dua minggu ni kan cuti sekolah..ramailah yg gi mkn angin dan mkn2 diluar kan..minggu ni mmg byk org wat keje kawin...hakak pun tak terlepas dr jemputan tu...mmg berderet2...antara larat ngan tidak je nk gi...ni nak tayang sarapan hakak pagi tadi yg mudah dan ringkas je,takyah nk pening2..mmg ade dlm stok...tinjau2 jumpa resipi kat dapur Hana ...terus terjah dapur...Hana jumpa resipi kat dapur Watie dan watie kata cetusan idea dr MyR dan telah diubah sikit mengikut rasa...mmg memancing selera bila tgk kat dapur mereka ni ...akak letak resipi kat sini ye...tima kasih semua ye...


Bahan-bahan

  • 1 bungkus mee segera perisa kari
  • 2 biji telur
  • 1 peket serbuk perisa mee segera
  • 2 atau 3 sudu besar daging cincang yg dh di goreng terlebih dahulu - hana goreng buh sos tiram n lada sulah sket
  • 1 biji bawang besar - dipotong dadu & kecil
  • 1 biji cili merah - dadukan halus
  • daun sup@daun bawang

Cara-cara

  1. Rebuskan mee maggie sehingga kembang dan toskan airnya. Letak ketepi dahulu
  2. Pecahkan telur ke dalam mangkuk bersama perisa maggie dan pukul hingga sebati. Masukkan inti karipap,cili merah,daun sup, daun bawang, mee maggie yg sudah direbus tadi dan gaul hingga sebati.
  3. Panaskan sedikit minyak, tuang adunan dan gorengkan sehingga masak di dalam non-stick pan seperti membuat telur dadar.
Share |

Khamis, Jun 10, 2010

Siakap Bakar Berempah Woku

www.tips-fb.com
Ni menu tertunggak...dah nak letak n3 semalam...tnet plk buat hal...tulah kat kwsn umah ni,kalau hari hujan memanjang,mulalah tnet wat hal..slow mcm siput..kejap ade..kejap hilang..tension betul...nak citer pasal ikan ni...mmg sedap dan tak disangkal kata2 org yg mencuba..tak caya... cubalah..mmg menyengat makan panas2...resipi dah intai lama dah kat dapur ummi...akak masak dua ekor ikan,pueh makan...minta izin c&p resipi ye ummi...resipi asal dr majalah sedap..mmg sedap!!!!

SIAKAP BAKAR BEREMPAH WOKU (*note: sangat sedap)
Bahan:-
  • 2 ekor (550 gm) ikan siakap - dikelar-kelar
  • 2 sudu teh air perahan limau nipis (*akak guna limau kasturi jek)
  • 1 sudu teh garam

# Lumur ikan siakap dengan limau nipis dan garam. Perapkan 15 minit. Bersihkan dan ketepikan.

  • 8 helai daun limau purut - buang tulangnya dan hiris halus
  • 4 helai daun pandan - hiris halus (x letak)
  • 2 helai daun kunyit - hiris halus
  • 3 batang serai - ambil putihnya dan hiris halus
  • 5 tangkai selasih - diambil daunnya
  • 2 biji tomato merah - potong dadu
  • 250 ml air
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula pasir
  • 2 tangkai daun bawang - dipotong-potong (*ni akak lupa nk tabur)
  • 3 sudu makan minyak masak untuk menumis

Bahan Kisar:-

  • 12 biji bawang merah
  • 7 biji cili padi merah (akak guna yg biasa je, campur2)
  • 5 biji buah keras - bakar kejap
  • 3 cm kunyit hidup - bakar (*akak x bakar pun)
  • 2 cm halia

Bahan Pelengkap:-

  • Daun senduduk secukupnya (*akak guna daun salad jek)
  • 1 biji timun - dipotong serong
  • 4 tangkai selasih
  • 6 biji cili padi merah hiris untuk tabur


Cara Memasak:-

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar, daun limau, daun pandan, daun kunyit dan serai sehingga terbit aroma.
  2. Masukkan tomato dan kacau hingga layu.
  3. Masukkan air, gula pasir dan garam. Masak sehingga matang dan mendidih.
  4. Masukkan daun selasih dan ikan siakap. Masak sehingga kuah menyerap.
  5. Sediakan alluminium foil yang telah digriskan sedikit minyak dan letak angkat ikan tadi di atas alluminium foil.
  6. Tuangkan juga semua kuah pekat tadi rata-rata menyaluti ikan.
  7. Bakar selama 30 minit dengan suhu ketuhar 180C sehingga ikan masak.
  8. Hidangkan bersama pelengkapnya dan bahan taburan cili padi hiris.
  9. Selamat menjamu selera!!! Hingga menjilat jari uuuuu...
Share |

Selasa, Jun 08, 2010

Jalan-jalan di Ikea

www.tips-fb.com
Hari ahad baru ni gi cuci mata ke Ikea..dah lama gak tak kesini,pergi dgn kakak,anak buah dan anak dara akak yg sorang tu...seronok gak bila dapat cuci mata dan cuci poket sikit...tak byk pun cuci poket,ala kadar je..cuci mata yg lebih...seronok tgk kitchen design kat sini,sbb mcm suasana kat dlm rumah dan time cuti sekolah ni mmg ramailah umat kat sini..jalan2 sambil makan2 bersama anak beranak...last sekali dah penat cuci mata,cuci tekak plk...pergi dah lewat petang...bila keluar hari pun dah gelap...jom lah layan gambar2 kat sini...








Set bilik kanak-kanak



Bahagian kitchen ware

Dapat jugaklah rembat springform tin yg warna merah ni...




Meat ball...menu yg popular kat Ikea...mmg sedap!!!!!

Kek Daim yg juga popular kat sini...sedappp

Set hot dog dan kentang putar

Share |

Ahad, Jun 06, 2010

Beef Lasagna

www.tips-fb.com
Salam semua...lama tak bersiaran...windu gak ni pd kengkawan...kadang2 bila angin kuskus dah menyerang...tu yg lama bertapa tu...hari ni nak ber'n3' dgn lasagna...dah wat semalam ni...cilok resipi dr umah Hana...minta halal ye Hana letak resipi kat sini...sedap lasagna ni wat minum petang...

Bahan-bahan
  • 8-10 keping kulit lasagna - guna jenama SAN REMO instant lasagna
  • 300g daging cincang
  • 1/2 biji bawang besar holland - cincang
  • 2 ulas bwg putih - cincang
  • 1 tin sos spaghetti original
  • 3 sudu besar tomato puree@ 2 biji tomato cincang
  • 1/2 biji carrot - potong dadu (optional)
  • 3 biji cendawan butang - hiris nipis
  • 1 sk oregano
  • Air
  • minyak zaitun
  • garam, gula secukup rasa
  • keju mozarella secukupnyer


  • UNTUK SOS PUTIH
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 1/4 cawan susu segar
  • 1/3 cawan keju pilihan
  • 3 sudu besar butter
  • lada hitam, garam
Cara-cara
  • Rebus kulit lasagna instant mengikut arahan peket. (hana rebus dengan sedikit minyak) Tapi ada jenis lasagna yg tak perlu direbus. Kemudian ketepikan.(akak rendam sekejap dgn air sejuk supaya lembut)
  • Panaskan minyak zaitun, tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik bau. Masukkan daging. Kacau hingga daging bertukar warna. Masukkan pula tomato puree@tomato cincang. Masak hingga tomato hancur. Kemudian masukkan sos spaghetti, carrot, mushroom, oregano, garam dan gula secukup rasa. Masukkan sedikit air jika kuah terlalu pekat. Masak hingga mendidih dan ketepikan.
  • Utk membuat sos putih , satukan semua bahan dan kacau di atas api yg kecil hingga pekat.
  • Sediakan mangkuk yg bersesuaian utk membakar. Susun kulit lasagna, kemudian sapu rata sos daging... sapu pula sos putih dan taburkan keju mozarella (jika inginkan rasa cheese yg lebih pada setiap lapisan. Jika tak nak ltk pong tk mengapa.) Lapiskan lagi dengan kulit lasagna dan ulangi proses tadi hingga habis. dan last skali adalah sos putih. taburkan keju dan sedikit daun parsley jika suka.
  • Bakar selama 40-60min atau hingga permukaan lasagna keperang2an. Boleh dimakan sejuk atau panas.
Share |