Isnin, September 27, 2010

N3 Tertunggak....Sempena Syawal...

www.tips-fb.com
Kek Zebra,kek Pelangi dan Puding Triffle

Kek Zebra

Share |

Khamis, September 23, 2010

Butter Bread pudding

www.tips-fb.com
Dessert ni wat masa nak gi beraya umah SIL di Seremban minggu lepas baru ni...akak bawak butter bread pudding ni dgn Oreo cheesecake yg dibwh tu sekali...dah pernah wat dulu bolih tgk disini...resipi dr Yani@MyR..tq Yani dh ulang kali wat dessert ni...mmg sedap...wat cuci2 mulut lps makan...


Bahan-bahan ( 5-6 orang )

  • *Karamel*
  • 1/2 cawan gula
  • 2 sudu besar air
  • 2 sudu besar air suam
  • ---------------------------------------
  • 2 keping roti
  • sedikit butter
  • 4 biji telur
  • 600ml susu cair/susu segar
  • 8 sudu besar gula halus
  • sedikit esen vanila
  • sedikit kismis(optional)

Cara-cara

  1. Sapukan acuan dengan butter. Panaskan oven hingga suhu 180C
  2. Sapukan roti dengan butter. Kemudian toast roti selama 3-4 minit. Potong roti sebesar 1-2cm. Ketepikan.
  3. Sediakan karamel. Masukkan gula dan 2 sudu besar air ke dalam periuk. Panaskan sehingga perang. Kemudian tutup api dan tambahkan 2 sudu besar air suam. Masukkan karamel ni ke dalam acuan yang telah disapu dengan butter tadi. TIP: Masa mula-mula panas gula tu jangan kacau sehinggalah gula nampak perang. Lepas tu bolehlah dikacau sehingga warna perang yg diinginkan.
  4. Dalam bekas lain, masukkan telur, gula, esen vanila dan susu sambil dikacau. Masuk bahan-bahan ikut urutan supaya senang nak sebati. Kemudian tapiskan sebatian ini ke dalam acuan yang ada karamel tadi.
  5. Letakkan kepingan roti yang dah di toast tadi dan juga kismis ke dlm no.4.
  6. Letakkan acuan ini ke dalam dulang oven dan masukkan sedikit air suam ke dalam dulang tersebut tp BUKAN dalam acuan puding. Kukus selama 40 minit.
Share |

Selasa, September 21, 2010

Suasana Raya Lagiiii....

www.tips-fb.com
Raya kan sebulan...olih itu selagi tak sampai kepenghujung bln syawal ni tiap2 minggu mesti ada jemputan jamuan hariraya...yg ni masa akak beraya umah SIL di Seremban ahad baru ni...ipar duai sebelah hb semua berkumpul disini...SIL hidangkan nasi tomato,daging msk kuzi,kari udang galah,ayam msk merah dan acar rampai...dessert nya puding kastad berkuah,bubur kacang dan akak bawakan cheesecake dan bread butter pudding...akak sampai je yg lain tgh makan...tak sempat nk snap gmbr lauk2...minggu ni anak buah lelaki sebelah akak plk kahwin,mesti sanak saudara berkumpul..sambil nengok pengantin sambil beraya sekali lah tu..mane2 yg susah nak jumpa tu blh lah jumpa disitu...

Cheesecake dan bread butter pudding yg akak buatkan...

Buah2an pencuci mulut....

Kusyuknye makan...adik ipar akak ni org yg last sampai...org lain semua dh selesai...tinggal mereka2 anak beranak je ngadap meja...

Tiga Anak dara bersepupu....

Masih tak sudah makan lagiiii..sedap2 tu lauknye...

Kaum bapa berehat sambil berdebat...ntah ape yg didebat kan pun tak tau lah...
Share |

Ahad, September 19, 2010

Oreo Cheesecake- Resipi II

www.tips-fb.com
Semalam mencheesecake plk untuk dibawa kerumah SIL kat Seremban sambil beraya dan majlis makan2 diumahnya...semua ipar duai berkumpul disana...mmg tiap2 raya rutin bergilir2...
resipi ni akak amik dr dapur Ummi...Ummi plk amik dr blog resipicitarasawan@Wan...mmg sedap cheesecake ni...tp akak rasa sikit je...suka buat tapi tak suka mkn byk....nnt menambah lemak yg dh sedia ada...hehehe...gambar yg bedah siasat takde,sbb nk dibawa kesana...tima kasih wat kedua2nya...

OREO CHEESECAKE - RESEPI II
Sumber: Citarasawan (Kak Wan)

Bahan Dasar:- (akak guna loyang bulat 8 inci)
  • 200gm biskut oreo - di buang krimnya (*akak guna 300 gm)
  • 50gm mentega cair (*akak guna 75 gm)
Bahan Filing:-
  • 750 gm keju krim (*akak guna 500 gm Philladelphia Cheese)
  • 130 gm gula kaster (*akak letak 110 gm je)
  • 1/2 tbsp esen vanila
  • 3 biji telur (*akak letak 2 biji telor je)
  • 200ml whipping krim (*akak letak 150 ml)
  • 1 tbsp. lemon juice
  • 15 keping biskut oreo di patah 4 - di buang krimnya (*akak letak 20 keping)
#Acuan springform 4.5" @ 4 biji (Menghasilkan 4 biji mini cheese cake)
atau acuan 8" menghasilkan satu biji.

Cara-cara:-
  1. Dasar Kek : Kisar halus biskut oreo dan gaul dengan mentega cair, tekan padat ke dalam acuan springform/loose base tin 4.5" sebanyak 1/2 cawan padat (*for mini pan). Kalau untuk loyang besar, masukkan kesemuanya dlm pan dan tekan. Bakar selama 15 minit pada suhu 160C. Angkat dan ketepikan.
  2. Filling: Pukul keju krim dan gula hingga sebati, masukkan esen vanila dan telur satu demi satu diikuti dengan whipping krim dan jus lemon. Putar hingga sebati.
  3. Masukkan biskut oreo, gaul rata.
  4. Ambil 1 cawan penuh krim keju (*untuk mini cheesecake) dan tuangkan kesemuanya (*untuk loyang besar) ke atas dasar biskut tadi.
  5. Bakar pada suhu 150C secara water bath selama 45-50 minit. Tutup suis oven dan renggangkan pintu oven biarkan kek sejuk di dalamnya selama 1 jam.
  6. Longgarkan tepi kek dengan pisau tajam mengelilingi acuan. Biarkan sejuk, tutup dengan plastik wrap dan simpan di dalam peti sejuk selama 4 jam atau semalaman.
  7. Keluarkan kek dari acuan dan hias mengikut suka.
Share |

Jumaat, September 17, 2010

Beraya di rumah Anak Saudara

www.tips-fb.com
Suasana Hari Raya bersama sanak saudara dirumah anak buah di Sg Besi...masa ni dah raya ke 6...isterinya orang Sabahan baaaa....jom layan....kemain seronok kanak2 riang ribena beraya....








Tuan umah berbaju hijau isteri anak buah org Sabahan baaaa....bersama suami disebelah...



Share |

Nasi Kebuli & Ayam Percik

www.tips-fb.com
Salam lebaran semua...lama tak masukkan n3 masakan..rasa rindu plk...menu ni dh masak minggu lepas lg...memandangkan tnet sll problem..nak masuk n3 pun malas..tambahan plk gmbr tak cun...gambar bidan terjun je...tak sempat nak posing2...takpelah ye...layan jelah drp blog ni bersawang...dua2 resipi ni dr dapur ummi...tq ummi...bakar ayam pun dlm oven je...pastu lupa plk nk set kan api grill...jd tak npk mcm ayam tu hangus2 sikit kt kulitnya...takpelah lain kali cuba lg...tapi rasanya tetap sedap..

AYAM PERCIK PASAR MALAM (Sajiemas,MyR)

Bahan:-
  • 2 ekor ayam
  • 500 gm bawang besar
  • 50 gm halia - diblender
  • 50 gm lengkuas - diblender
  • 50 gm bawang putih - diblender
  • 5 batang serai - diblender
  • 2 cawan gula
  • 3 sudu stok ayam serbuk (*akak x letak ni)
  • 5 senduk cili mesin
  • 5 senduk cili sos
  • 1/2 kg santan

Cara-Cara:-

  1. Campurkan semua bahan dan dimasak sampai mendidih.
  2. Apabila sudah mendidih, masukkan ayam hingga separuh masak.
  3. Asingkan ayam dan siap untuk dibakar, kuah yang lebih disimpan untuk dicurahkan di atas ayam nanti.
  4. Bakar dan siap untuk menjamu selera.

Nasi bersiaran terus dr dlm periuk je...dah x sempat nk posing2 bagai...gmbr pun blur je...kismis dgn daun bwg pun lupa nk tabuk atas nasi gak...

NASI KEBULI - Sumber dr dapur Ummi

Bahan-bahan:-

  • 900 g beras -basuh dan toskan (akak sukat hanya 4 cawan beras basmathi)
  • 2 biji kelapa parut (akak guna 5 cawan santan)
  • 5 sm halia
  • 1 batang serai
  • 1 helai daun limau purut
  • 2 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • minyak ghee utk menumis

Untuk Hiasan:-

  • 2 biji telur (didadar) - akak x buat pun
  • kismis
  • bawang goreng (untuk hiasan)

Bahan giling: (bahan akak kurangkan sikit ikut sukatan beras dan kisar jek)

  • 2 sudu besar ketumbar
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 1 sudu teh lada hitam
  • 2 sudu teh serbuk kunyit
  • Sedikit garam

Cara Memasak :

  1. Kelapa diperah ambil santan secukupnya untuk masak nasi.
  2. Panaskan minyak ghee,masukkan rempah-rempah, daun limau purut, halia, serai serta bahan giling dan masak hingga naik bau.
  3. Masukkan santan & garam tunggu mendidih.
  4. Masukkan beras dan masaklah hingga tanak nasinya.
  5. Taburkan telur dadar, kismis & bawang goreng diatasnya bila menghidang.
Share |

Isnin, September 13, 2010

Salam Aidilfitri dan Kad Raya

www.tips-fb.com
Kad raya dr Wana...timaceh..

Kad ray dr Maz..timaceh ..

Kad Raya dr Dr inahar...timaceh..

Kad ray dr Alongroz..timaceh long...

Salam...selamat hari raya aidilfitri dan maaf zahir bathin semua...ape kabar...yg beraya diperantauan tu jgnlah bersedih ye..harap2 semua sihatlah kan...mesti masing2 tgh sibuk beraya sakan ni kan...rasa dah lama tak meng'update' blog...dah hampir dua minggu rasanya...mood utk wat n3 lom mari lagi...tambahan plk tnet yg mcm biskut ni..kadang2 ade...kadang takde...mood mcm hilang terus...tmbh plk tahun ni berpuasa mcm terlebih rasa letih sikit...almaklumlah...bila mood ada mari kalu...nnt akak update ye...ni baru berkesempatan nk kutip kad raya yg di pesan aritu...tima kasih byk2 ...hingga jumpa lagi dilain n3...
Share |

Khamis, September 02, 2010

Puding Cendol

www.tips-fb.com
Orang lain sibuk tayang sekut raya...kita tayang dessert utk bbuka je lah ye...ramai dah wat puding ni...dah lama juga tingin nak wat puding ni...bila nak wat je..bahan2 tak cukup plk..kadang2 lain bahan ada...cendol plk takde..sedap banget puding ni...tapi tak berape cun...mcm tak cukup cendol je...jd mendap kt bwh tu...resipi dr tungtung15@MyR..tima kasih atas resipi yg sedap...


Bahan-bahan ( 10 x 10 x 1 inci )

  • Bagi Lapisan Bawah
  • 500ml air
  • 180gm gula pasir- letak 1 cawan gula
  • 300ml santan pekat
  • 10gm agar - agar powder
  • 500gm cendol
  • sedikit garam
  • Bagi Lapisan Atas
  • 500ml air- saya letak 600ml
  • 200gm gula merah- letak 150gm
  • 300ml santan pekat- letak santan kotak 200ml + 100ml air
  • 10gm agar - agar powder
  • 1 biji kuning telur
  • sedikit garam

Cara-cara

  1. Bagi Lapisan Bawah
  2. Masakkan air, agar-agar powder dan gula sehingga mendidih.
  3. Masukkan santan dan garam. Biarkan mendidih sedikit.
  4. Masukkan cendol. Kacau sedikit. Angkat. Tuangkan kedalam acuan. Tips : untuk acuan. Basahkan dengan sedikit air. Lapikkan dengan plastic (saiz plastic mestilah lebih besar dari acuan) supaya mudah keluarkan dari acuan nanti untuk dipotong.
  5. Bagi Lapisan Atas
  6. Masakan gula merah dengan sedikit air (drp 500ml dalam resepi ye) sehingga gula hancur. Tapiskan air gula.
  7. Masukkan air gula + baki air dan agar-agar powder. Masak sehingga mendidih.
  8. Kocoh kuning telur di dalam santan. Tuangkan santan kedalam adunan. Masukkan garam. Biar mendidih sekejab. Padamkan api.
  9. P9070107
    Tips : Sebelum tuang adunan atas, pastikan adunan bawah sudah keras dan cucuk dengan garpu di serata adunan.
  10. Tips 2 : Tuang adunan lapisan atas perlahan-lahan. Sebaik-baiknya tahan adunan dengan sudu supaya adunan jatuh dengan perlahan.
Share |