
...Disini dititipkan coretan untuk rujukan & kenangan... dan mencuba resepi untuk dikongsi bersama... Amat mengharapkan kunjungan anda disini dengan niat yang baik dan tak menciplak gambar disini tanpa izin terlebih dulu untuk kepentingan sendiri dan mengaut keuntungan...terima kasih atas kunjungan anda...
Ahad, Oktober 31, 2010
Congo Bars

Sabtu, Oktober 30, 2010
Happy Birthday Alia & Norman
Jumaat, Oktober 22, 2010
Banana Caramel Poundcake

Bahan-bahan ( [7X5X20] cm )
- 120g tepung gandum
- 1 sudu kecil baking powder
- 90g gula- akak guna 65 gm gula
- 50ml minyak masak
- 2 biji telur
- 1 biji pisang (besar)
- 30g , 1 sudu besar guna, air
- 2 sudu kecil air
Cara-cara
- Ayak tepung dan baking powder. Alas bekas poundcake dgn oven paper atau sapu dgn butter supaya tak melekat. Naikkan suhu oven ke 180C
- Potong pisang lebih kurang 1cm panjang. Panaskan 30g gula dengan 1 sudu besar air sehingga perang. Padamkan api. Dengan perlahan-lahan masukkan 2 sudu kecil air dan pisang yg telah dipotong. Sejukkan.

- Masukkan telur, gula, minyak ke dalam mangkuk. Pukul sedikit. Isikan fry pan dengan air, panaskan. Bila air dah panas, letakkan mangkuk tadi. Kacau sehingga gula cair.

- Masukkan tepung ke dlm 3. Kacau sehingga sebati

- Tuangkan karamel ke dalam mangkuk no.4 tadi. Kacau dengan perlahan. Biar jadi bercorak-corak. Tuangkan ke dalam bekas poundcake.

- Bakar dengan suhu 180c selama 35 minit.

Kuih Bakar Jagung
Bahan-bahan
- 1 cawan tepung gandum- akak tmbh 2 sudu besar tepung
- 1 cawan santan
- 1 cawan susu sejat
- 3/4 cawan gula pasir
- 2 biji telur
- 2 sudu butter - cairkan (yg nih hana tambah) - pun tmbh mcm hana
- 1 tin jagung manis ala krim
- sedikit pewarna kuning
- sedikit bijan jika suka
- Secubit garam - akak tambah
- Blend semua bahan hingga sebati kecuali jagung dan bijan
- Masukkan jagung dan "blender" sebentar.
- Tuangkan dalam loyang dan taburkan bijan jika suka.
- Bakar pada suhu 180 C selama 1 jam
Ahad, Oktober 17, 2010
Sicilian Orange Cake
Bahan-bahan
- 250g butter - suhu bilik
- 250g gula pasir - hana buh 210g je..tuh pong dh manis
- 4 biji telur size M
- 11/2 sk parutan kulit oren
- 250g tepung naik sendiri (jika menggunakan tepung gandum + 1sk baking powder)
- 85ml jus oren
- 125g gula aising
- 5 sk jus oren
- Panaskan oven 170C. Sapu loyang 22cm dengan butter keliling. dan alas loyang dengan baking paper.
- Pukul mentega dan gula hingga berkrim selama 4-5minit. Pecahkan telur, masukkan satu per satu. Masukkan parutan kulit oren. Pukul lagi hingga kembang.
- Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan jus oren.
- Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 45-50min. Cucuk sebelum keluarkan dari oven. Jika kek belom masak dan permukaannya sudah keperangan, letakkan aluminium foil di atas kek supaya kek tidak hangus dan teruskan membakar.
- Sejukkan kek sebentar di dalam loyang di atas wire rack. Kemudian baru sisipkan.
- Untuk membuat aising, campurkan gula aising dan jus oren ke dalam mangkuk dan kacau sehingga berkrim. Curahkan ke atas kek tadi dan boleh la dipotong dan dinikmati.
Jumaat, Oktober 15, 2010
Jom Breakfast dgn Murtabak diRaja
Khamis, Oktober 14, 2010
Kuih Bakar Pandan
Bahan-bahan:-
1 cawan tepung gandum - lain kali nk tmbh lg 2 sudu besar tepung
1 cawan gula - akak bubuh 3/4 cawan je atau kurangkan lg sikit
1 cawan air pandan
1 cawan santan - akak guna santan kotak jenama ayam brand
1 cawan susu cair (sejat)
3 biji telur
Sedikit pewarna hijau
Sebagai hiasan- sedikit bijan jika suka
Cara-cara:-
Masukkan semua bahan ke dalam blender kecuali bijan
Blender hingga sebati
Sapukan loyang dengan sedikit minyak dan tuangkan bahan tadi kedalamnya.
Taburkan bijan (jika suka)
Bakar 40 - 55 minit pada suhu 180c/ hingga masak / berkerak..
ps.. kalau tak suka manis gula tu boleh kurang 3/4 cwn jerk
kalau nak kurangkan bau 'keteluran' nye boleh boh sikit esen vanila..
Sabtu, Oktober 09, 2010
Ayam Masak Kuzi
Bahan2 :
1) Ayam (500g)
2) Kismis Hitam (1 cawan)
3) Kacang Tanah (1 cawan) - akak guna biji gajus
4) Sos Tomato (2 sudu besar)
5) Rempah Kuzi (2 sudu besar)
6) Minyak Sapi (2 sudu besar)
7) Susu Cair (1/2 tin)
8 ) Bawang Besar – dhiris nipis (3 biji)
9) Bawang Merah (4 ulas)
10) Bawang Putih (2 ulas)
11) Halia (5 hiris)
12) Garam (secukup rasa)

Cara masak :
- Goreng hirisan bawang besar hingga garing.
- Tumbuk hancur 1/3 dari bawang besar goreng, diikuti dengan hirisan halia. Masukkan sedikit garam.
- Gaul sebati bahan ditumbuk bersama ayam. Perap dan ketepikan.
- Goreng kacang tanah hingga garing. Angkat dan ketepikan.
- Goreng kismis. Angkat dan ketepikan.
- Tumbuk hancur bawang goreng yang selebihnya.
- Di dalam mangkuk, campurkan bawang goreng tumbuk dengan susu cair dan sos tomato.
- Cairkan minyak sapi. Tumis bawang putih dan bawang merah (dipotong kasar) hingga agak garing.
- Masukkan rempah kuzi yang dicairkan bersama sedikit air. Biar hingga pecah minyak.
- Tambah air dan biar mendidih.
- Masukkan ayam. Biar hingga ayam empuk dan kuahnya pekat.
- Masukkan campuran bawang goreng bersama susu dan sos tadi, kismis, kacang tanah (dibuang kulit), dan bahan-bahan perasa.
* aku pakai gajus yang dalam peket tu, senang kerja and lagi sedap aku rasa…
~ Nyummm!
Nasi Beriani Jus Oren
Salam semua...kemana gerangan jalan2 hujung minggu ni...syawal pun dah sampai kepenghujung nya...hari ni tekak rasa mcm nak makan nasi yg kaler maler plk...resipi dh lama tinjau kt dapur hana tu...harini baru sampai seru nak membuatnye...kat dapur CMG pun ada gak...tapi versi yg byk sikit...bolih tgk kat sini dan sini...makan dgn ayam masak kuzi dan bllh juga tmbh dgn acar atau jelatah nenas & timun.... mmg sedap banget...akak ikut resipi CMG kerana nak masak nasi lebih sikit...timaceh keduanya...4 cawan beras basmathi, rendam 25 minit dan toskan
1 1/2 cawan susu cair
4 1/2 cawan air
1 biji bawang besar, didadu
3 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 inci halia*(*dikisar halus)
2 camca besar rempah beriani + sedikit air, bancuh jadikan pes
1 1/2 camca besar bes oren sunquick
1 kiub ayam "Maggi"
1 ketul kecil gula batu
Rempah tumis (1 kayu manis, 1 bunga lawang, 3 buah pelaga, 5 bunga cengkih)
Garam secukup rasa
Daun pudina, daun pandan dan daun ketumbar (yang ni agak2 jee)
2 camca besar minyak sapi
Beberapa titik pewarna makanan kuning
Hirisan daun bawang/daun sup, untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan
Gajus, kismis dan kacang pes, untuk hiasan
UNTUK NASI BERIANI JUS OREN :- Dalam kuali, cairkan minyak sapi, masukkan rempah tumis dan bawang besar dan tumis hingga harum. Tuang bahan2 kisar dan juga rempah beriani tadi. Kacau rata. Masukkan beras dan goreng hingga rata dengan rempah. Alih beras tadi ke dalam rice cooker. Masukkan air, susu cair, kiub ayam dan daun pandan. Kacau rata dan tambah garam seckup rasa, masukkan juga gula batu. Masak seperti biasa. Bila nasi kering, masukkan daun pudina, daun ketumbar, gajus, kismis, dan kacang pis. Buat beberapa lubang dan masukkan pewarna kuning (bancuh dengan sedikit air). Biar nasi tanak betul2 dan gemburkan dengan chopstick. Boleh hidangkan dengan menabur hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng...Selamat mencuba!!
Selasa, Oktober 05, 2010
Kek Zebra
- 250g mentega
- 220g tpg kek *
- 1 s/k serbuk penaik * (bahan (A)* diayak bersama)
- 200 gm gula kastor
- 4 biji telur gred A
- 50 gm air susu
- 1 sudu makan serbuk koko
- 1 sudu teh esen vanila
- 1 sudu teh coklat emulco

- Gris acuan bulat berukuran 8 inci.lapis dgn kertas serap minyak.Panaskan ketuhar suhu 180c.
- Satukan mentega, gula kastor dan esen vanila dlm mangkuk adunan.Pukul hingga kembang dan putih.
- Perlahankan kelajuan dan masukkan telur sebiji2 dan pukul sebati.
- kemudian masukkan bahan (A) sedikit-sedikit sambil dikacau berselang seli dgn air susu.
- Bahagikan adunan kpd 2 bahagian yg sama banyak.Satu dibiarkan warna asal dan satu lagi dimasukkan serbuk koko dan coklat emulco.Gaul hingga sebati.
- Ambil 1 senduk adunan warna asal dan tompokkan di bhg tengah acuan. Diikuti pula adunan warna coklat.Buat cara yang sama hingga adunan habis.
- Goyangkan adunan supaya rata. Bakar 180c selama 1 jam.
Sabtu, Oktober 02, 2010
Marble Cheese Brownies Lagiii!!!!
MARBLE CHEESE BROWNIES - Sumber dr Rinnchan FPBahan-bahan Brownies :
250g butter
1 cwn serbuk koko
3 biji telur gred B
1 1/2 cwn gula castor
1/2 cwn susu cair
1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonate
1 tsp esen vanilla
Cara-cara:
1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.
Bahan-bahan lapisan cheese:
250g cream cheese
1 cwn gula castor
1 biji telur gred B
Cara-cara:
1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.
*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.
Jumaat, Oktober 01, 2010
Orange Moist Cake & Swiss Meringue BC
Bahan-bahan :
240gm majerin
1 cawan gula caster
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan susu segar
5 biji telur
3 sudu besar Orange Sunquick
Parutan kulit sebiji buah orange
Cara-cara :
1. Putar majerin dan gula caster hingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar pada kelajuan maksima.
3. Perlahankan putaran mixer. Masukkan tepung di selang-selikan dengan susu hingga habis.
4. Masukkan pati orange Sunquick dan parutan kulit orange.
5. Bakar pada suhu 175 darj cel selama 45 minit atau sehingga masak.
RESEPI SWISS MERINGUE BUTTERCREAM
Source: Wendy
Bahan-bahan
- 60gm putih telur (lebih kurang 2biji size L)
- 100gm gula - hana kurangkan sedikit
- 170gm butter tanpa garam (keluarkan dari peti sejuk dan potong 10-12 ketul. lakukan sebelum panaskan putih telur utk mengelakkan butter terlalu lembut jika dbiarkan suhu bilik yg lama)
- hana tambah 1sk jus lemon
- Panaskan air di dalam periuk. Satukan putih telur dan juga gula ke dalam mangkuk tahan panas. Letak di atas periuk yang berisi air panas tadi. (kawal kepanasan agar tidak terlampau panas sekitar 65c sahaja). Kacau menggunakan hand whisker sehingga gula larut lebih kurang 3 min. Adunan akan kelihatan seperti krim marshmarllow.
- Pindahkan ke dalam mangkuk lain. Letakkan mangkuk tadi ke dalam mangkuk yang lain yang diisi air paip dan 3-5 ketul ais (jangan terlalu sejuk! agak2 sesejuk air hujan). Pukul lagi adunan telur lebih kurang 5 min dengan kelajuan sederhana sehingga meringue@kental dan berkilat.
- Masukkan butter sesudu demi sesudu dan teruskan memutar sehingga very smooth dan kental lebih kurang 6-10min. Boleh letak pewarna yang disukai.
- Siap
