Jumaat, Mac 25, 2011

Custard Tea cake...Again....

www.tips-fb.com
Salam semua...lama nya rasa tak ber n3 kat blog ni...ada gak kawan2 yang datang tanya " hello kak zai.. bila nak buat resepi baru.. tggu nih"...ada gak yg rindu ye...ingat kan aiman tak kisah... hehehe...sebenarnya ada gak baking2,tapi resepi yg sama je...tu yg malas nak nk masuk n3...lagi pun skrg agak sibuk sikit..ntah ape yg disibukkan pun tak tau lah...

Sebenar nya resepi ni akak dah pernah post dulu...ni kali kedua akak wat kek ni lagi dgn dua adunan plk...mmg sedap kek ni..akak mmg suka...dulu akak ambil resepi dr FP Muna yang cun disini...dan akak post kt sini...bolih tgk step by step dr Muna...sekarang dah ramai yg mencuba dr resepi Ida@1001 resepi...bahan2 dan cara pun sama gak...ni akak letak resepi yg dah translet dr Ida plk...tima kasih Muna dan Ida...







Bahan-bahan
kek (akak buat dua adunan)
125g/1/2 cawan butter
1/3 cawan gula castor
1 biji telor
3/4 cawan tepung naik sendiri
1/4 cawan tepung kastard

bahan kastard
1 sudu besar tepung kastard
1 sudu besar gula kastor
2/3 cawan susu
15g butter
2 sudu teh vanilla

Cara-Cara utk kastard:
larutkan tepung kastard dan gula kedalam susu, panaskan hingga mendidih dan pekat....masukkan butter dan vanilla...sejukkan...









Cara-Cara utk kek:

1) pukul mentega dengan gula hingga kembang, masukkan telur...gaul rata...masukkan tepung dan gaul rata.
2) guna kek pan yang boleh ditanggalkan di bahagian bawahnya...alas dengan kertas dan gris supaya tidak melekat...
3) letakkan sebahagian kek batter dan ratakan...tuangkan kastard dan kemudian tuang baki kek tadi, ratakan dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 30 minit pada 180C...
4) keluarkan dari oven, sejukkan dan taburkan gula icing...


note: doublekan kuantiti jika mahukan kek yang lebih besar...
Share |

Sabtu, Mac 19, 2011

Bermain dengan Fondant...

www.tips-fb.com


Permintaan Cuppies fondant hantaran pertunangan....simple deco...utk dibawa ke Kuala Terengganu.


Share |

Sabtu, Mac 12, 2011

Dulce de Leche Brownies

www.tips-fb.com
Projek Dulce de leche yang tertangguh dah dapat dilaksanakan...lama gak memandang si Leche yg didalam botol ni tak terusik...kesian tak dipedulikan...kat dapur Ayu dah banyak menu DDL keluar...akak baru buat yang ini...ada lagi sebotol yang tengah termenung kat dapur tu.Masa merebus tak hengat donia...akak buat ni pilih resepi yang mudah dan cepat je...malas nak google2...amik resepi yg depan mata je...main gaul2...yg putar2 dlm mixer belum terbuat lagi macam kek sedap yang ayu buat tu.Memang betul lah brownies ni sedap kalau tergeget sidulche ni...sesiapa yg nak cuba buat mesti kena letak banyak2 DDL...bak kata ayu jangan kemut ye dgn DDL ni..bila dah dibuat brownies,rasanya tak manis...sedang2 aje sbb dah kurangkan gula dlm adunan.Resepi ni amik kat umah Ayu je...bolih gak tengok kat umah Hana...resepi asal sini dan sini. Tima kasih semua....akak letak resepi disini pulak.



Dulche de Leche Brownies
Sources 1: Hana & Ayu S'pore
Sources 2: Kzai@Teratakimpian

Bahan-bahan

  • 115g butter
  • 170g semisweet chocolate @ coklat masakan
  • 25g serbuk koko
  • 3 biji telur L
  • 200g gula - leh kurangkan-(Ayu gunakan 100g)
  • 1 sk esen vanila
  • 140g tepung gandum
  • 100g kekacang - hana x ltk
  • 250g dulce de leche - hana kurangkan. main agak2 je amik gune sudu-(Ayu pun agak2, tapi lain kali nak scoop lebih sikit.)





Cara-cara
  • Panaskan oven suhu 175. Sediakan loyang empatsegi berukuran 20cm. Alaskan dengan oven paper dan ketepikan.
  • Cairkan semisweets chocolate dan juga butter secara double boiler. Bila sudah cair, angkat dari api dan masukkan serbuk koko. Kacau sebati. Ketepikan sebentar.
  • Pukul telur menggunakan whisk. Masukkan gula dan juga esen. Kacau.
  • Masukkan chocolate cair tadi. Kemudian tepung. Gaul sebati. Last skali masukkan kekacang jika suka.
  • Tuang separuh adunan ke dalam loyang. Ambil dulce sesudu demi sesudu dan taruh ke atas adunan. Tuang baki adunan ke atasnya dan bakar selama 35-40min.
  • Keluarkan dari oven dan potong square. Hidangkan.






Share |

Ahad, Mac 06, 2011

Red Velvet Cake @ Kek Baldu Merah....Again...

www.tips-fb.com
Ni projek hari sabtu atas permintaan untuk acara potluck...kata mereka kek ni very the sedap...tu yg berulang permintaan... kek ni tak leh nak dipotong...kek ni dah pernah buat sebelum ni blh
tengok disini yg dah dipotong...mmg gebu dan sedap...yg ni untuk jamu mata je...resepi dr Nina Suria@Mon... tima kasih sekali lagi Mon...resepi akak letak lah sekali lagi...tp resepi ni ada derhaka sikit...sikit2 je mon...




RED VELVET CAKE
Sumber 1: Nina Suria@Mon
Sumber 2: Kzai@Teratakimpian

5 biji telur gred B
250 gram mentega beku tanpa garam
*3 cawan tepung naik sendiri
*3 sudu makan koko Vochelle
2 cawan gula kastor
4 sudu makan pewarna Red Bright - akak guna 1 1/2 sudu makan je
1 cawan buttermilk - kalau xde buttermilk blh tgk resipi kt bwh
1 sudu teh garam- x letak
1 sudu makan bicarbonate of soda (baking powder pun ok) - akak guna baking powder
1 sudu makan cuka makan


CARA-CARA:
1. Panaskan ketuhar 180 degree celcius.
2. Ayakkan bahan kering (*) menjadi satu bahagian ke dalam sebiji mangkuk. Ketepikan.
3. Pukul mentega dan gula di dalam mangkuk pengadun kek elektrik hingga sebati.
4. Masukkan telur sebiji demi sebiji, perlahan-lahan.
5. dalam mangkuk buttermilk campurkan pewarna merah dan kacau sebati.
5. Masukkan tepung dan buttermilk, berselang-seli hingga habis. Masukkan garam. Pukul hingga kembang dan ringan. Matikan mesin pengadun.
6. Larutkan bicarbonate of soda/baking powder dan cuka kemudian tuangkan kedalan adunan kek. Kaup dan balik-balikkan hingga sebati.
7. Tuang adunan ke dalam dulang pembakar dan bakar hingga kek masak.

NOTA: Gunakan dua biji dulang pembakar bulat bersaiz 8". Sejukkan kek kemudian barulah dipotong dua untuk mendapat empat lapisan.- akak buat dua lapisan je

FILLING:
500gram blueberry filling - akak x letak

KRIM:
500 gram krim keju Phillidephia
1 cawan krim putar- akak letak 1 1/2 cawan
akak tambah sedikit gula icing
Pukul krim keju hingga lembut kemudian masukkan krim putar sedikit demi sedikit hingga habis dan krim menjadi kental dan gebu (speed mixer - medium).
*Campur sedikit butter(agak2) dan putar bersama bahan diatas supaya frosting agak keras dan mudah dibentuk

NOTA:
Buttermilk - 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka makan atau jus lemon dan biarkan selama 10 minit sebelum digunakan.



Share |

Sabtu, Mac 05, 2011

Dulce de Leche

www.tips-fb.com
Dah lama menyimpan dendam pada si Leche ni sebenar nya...baru tertunai.Baru ni bila dah ramai yg wat tayangan amal semula yg dimulakan olih nOOrsha,Ayu,Cikgu Zana dan siapa lg ye...dulu2 Along yg mulakan kan...bila dah tgk mula lah semangat bagai ditiup2 datang kembali yg dah lama sejuk ni.Susah juga nak cari susu isian pekat manis ni berbanding susu krimer manis...cuma ada satu jenama ni je yang ada dijumpai disatu kedai berhampiran...yg lain semua susu krimer manis yg berlambak2..sib baik tak tersalah ambik...kalau susu krimer tu kata mereka2 yg dah mencuba bila dah masak akan jadi cair dan tak pekat macam susu pekat manis ni...pada yg baru nak mencuba awas masa memilih susu ni ye...apa projek nak dibuat dengan si Leche ni ye...tungguuu!!!!siaran nya...hehehe...suspen je kan...sapu pd loti lorr....resepi ni akak amik kat dapur hana yg telah ditransletkan...dah lama sebenar nya simpan resepi ni dan resepi asal dr sini...tima kasih pd semua...



Bahan-bahan
  • Susu pekat manis
  • Pengukus
  • Air

Cara-cara
  • Buangkan kertas pembalut tin susu pekat manis tersebut.
  • Masukkan tin susu ke dalam periuk. Letak ditengah2 periuk. (hana baringkan tin). Isi air sehingga paras tin susu tenggelam.
  • Tutup periuk dan rebus selama 3 jam atau lebih! lagi lama rebus, kaler akan makin gelap. Pastikan air didlm periuk tidak kering. Jika tak cukup, masukkan air panas.
  • Tunggu sejuk baru buka penutup tin.
  • Keluarkan dan simpan dalam botol jem atau bekas yang bersesuaian sehingga saat hendak digunakan.
UPDATE>> 'Jika menggunakan preasure cooker kukus sejam sahaja.' >>> delay penyataan ini wat sementara waktu yer! curios sket! UPDATE AGAIN: from wikipedia >> A home-made form of dulce de leche is sometimes made by boiling an unopened can of sweetened condensed milk for 2 to 3 hours (or 30 to 45 minutes in a Pressure cooker), particularly by those living in countries where it cannot be bought ready-made. It is dangerous to do this on a stove: if the pot is allowed to boil dry, the can will overheat and explode.[2]





Share |

Khamis, Mac 03, 2011

Tempahan dr Kawan2 Seperjuangan....

www.tips-fb.com
Lama nya rasa tak berupdate n3 ni...sebenarnya banyak gak n3 yg akak tak sempat nak posting...sbb nya buat dah saat terakhir...kira nya masa kecederaan lah...tu yg tak sempat nak berposing2 dlm n3..siap je terus disambar bawa lari olih tuan nya...sebelum ni dah buat pavlova kali ke2 dan beberapa biji kek dan victoria sandwich kek..tapi tak menyempat nak masuk n3...tapi yg ni je sempat gak menembak...choc moist cake dan Victoria sandwich cake yg menjadi kek pojaan hati akak...Resepi choc moist kek bolih tgk disini dan Vivtoria sandwich cake bolih tgk disini ye...jom layan mata dulu....

Choc Moist Cake yg diorder olih Shida utk hubby tersayang nya...

Victoria Sandwich Cake yg diorder olih teman seperjuangan gak...siapa tuuu..hehehe...


Share |