Isnin, Oktober 03, 2011

Kek Lapis Bumi

Dah minum petang semua...yang sebenar nya dah lama teringin nak buat kek lapis ni..tapi masaalah banyak sangat angin 'M' mengganas...tu yang lupa kan dulu.Hari tu ternampak kt umah cikgu Dzana,lagi lah tak leh tahan nak mencuba nya...bawak sabor-sabor lah dulu ye..


Semalam kesabaran dah sampai kemuncak...bahan2 pun dah cukup...jalan lah projek.bab2 kek lapis ni kt dapur dayang,Hasue dan Alongroz....memang selalu ternampak kat dapur mereka ni..kebanyakan orang sebelah sana memang wajib kek yang berlapis2 macamni kan..nak buat kena kesabaran yang tinggi...akak amik resepi dr dapur Cikgu Dzana, Hasue@Myr dan Dayang..bahan2nya dr resepi Hasue sbb kekurangan satu bahan(Holick) dan cara2 akak ikut dr resepi Dayang plk...tapi ada ombak plk dilapisan sebelah atas tu..mungkin akak kuatkan api kukusan masa tu...tak sabar punya pasal lah tu..konon2 nak cepat masak...tima kasih semua...


KEK LAPIS BUMI

Sumber: Dzana@Inspirasiku
(Sumber : HaSue: I Love My Life)
Sumber: Kzai@Teratakimpian

Bahan2 (Untuk separuh adunan biasa) akak guna loyang bulat 7 " x 7 "
  • 220g Mentega - akak guna butter SCS
  • 90g /1/2 Gelas gula halus-kurangkan kpd 80g jika x suka manis
  • 110g /1 Gelas tepung gandum
  • 5 Biji telur
  • 150g seri kaya
  • 190g/ 1/2 tin kecil susu pekat manis -susu tin rendah boleh rujuk sini
  • 1/3 Cawan serbuk nescafe (campurkan dengan 1 sudu air panas) - akak guna 1 1/2 sudu besar serbuk nescafe + 1 sudu kecil serbuk koko (bancuh dgn 1 sudu besar air panas)
  • 1/2 penutup botol esen vanilla
  • Pewarna Hijau dan Kuning secukupnya


Cara-cara : Ikut cara Dayang@dapurku Sayang
  1. Sediakan pengukus dan jerangkan airnya. Lengserkan dengan mentega dan taburkan dengan sedikit tepung. (Seelok-eloknya alaskan loyang dengan kertas serap minyak)
  2. Ayak tepung bersama horlicks di dalam satu bekas yang agak besar. Ketepikan.
  3. Pukul mentega bersama gula sehingga kembang dan putih.
  4. Masukkan telur sebiji dan putar dengan kelajuan minima. Masukkan lagi sebiji telur dan putar lagi. Ulangi sehingga habis.
  5. Masukkan esen vanilla dan putar lagi.
  6. Masukkan serikaya dan putar sebati. Kemudian, masukkan susu pekat dan putar lagi.
  7. Masukkan tepung dan diadun sekata.
  8. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Campurkan satu bahagian dengan bancuhan nescafe tadi dan kacau sebati. Adunan kedua dan ketiga diwarnakan hijau dan kuning. Kemudian setiap bahagian ini dibahagi lagi dua dengan menggunakan bekas-bekas atau cawan-cawan kecil.
  9. Tuangkan adunan hijau ke dalam loyang terlebih dahulu. Kemudian, tutuplah loyang dengan kertas foil. Kukus selama 3-5 minit atau sehingga adunan dah tak cair.
  10. Tuangkan untuk lapisan kedua iaitu adunan kuning. Ratakan. Kukuslah lagi hingga dah tak cair.
  11. Akhir sekali ialah adunan nescafe. Ulangi proses hingga habis.
  12. Untuk lapisan terakhir, sila kukus selama 30-40 minit atau sehingga kek masak sempurna.
  13. Sejukkan kek sebelum dipotong.
***Sila KLIK DI SINI utk tip2 mengukus kek



27 ulasan:

  1. as-salam
    npk cantik kek lapis bumi tu..mesti sedap kek ni kan..warna pun cantik ..

    BalasPadam
  2. cantik...nampak kemas je lapisannya tu. kalau kak zai tak cakap ombak2 tu, xde yg tau kot...

    BalasPadam
  3. cantik kak kaler2 tu.. sy pun rasa nk buat lagi.. sy buat hari tu guna api slow jer.. ingat 5-6 minit dah msk .. bila chek cair lagi.. dekat 20 minit baru masak 1 layer.. badget2 1 jam siap.. rupanya dkt 2 jam baru siap.. sib baik buat dua adunan terus.. so mg berbaloi menunggu lama..

    BalasPadam
  4. nmpak sdap n konfem sdap ne.. nak mntak try la nti ea sis:))

    BalasPadam
  5. Salam KZai. Kek ni mmg femes kat Swk. Cantik nya kaler... Kek raya dh abis ni, nak rasa kek KZai lah pulak...hehe

    BalasPadam
  6. As salam...cantik nya lapisan tu..tak terbuat kita sebab tak rajin mcm tuan rumah

    BalasPadam
  7. Aslmkum k.Zai..

    Nampak moist kek lapis k.Zai.. ..tentu sedap. warnanyapun terang elok.nak buat kurang rajin...tumpang minum dgn k.Zai boleh..hi...hi..

    BalasPadam
  8. puan...saya rasa ada kesilapan pada catitan bahan yang digunakan
    sekadar bertanya.... betul ke menggunakan 1/3 cawan nescafe?

    tidakkan akan menjadi terlalu pahit adunannya

    BalasPadam
  9. kemas je layer kek k.zai ni...bg e-na pinjam jari akak utk buat kek lapis...hihii...E-na failed bab2 melapis ni..

    BalasPadam
  10. Assalam Kzai,
    izinkan Amie berlama-lama di sini... Amie ingin menikmati KLB sampai kenyang, apa boleh buatlah...Kzai pun dah tuangkan minumannya sekali, dihalau pun Amie tetap bertenggek di sini...geram....sedappp!

    BalasPadam
  11. salam kak rasanya ramai yang dah cuba kek ni ... nampak menarik bila la nak try ni

    BalasPadam
  12. Assalam kzai, wah cantik kek lapis akak tu..warnanya pun cantik kak..kita tahun ni tak buat any kek lapis pun..tak sempat sebenarnya..heheh..

    BalasPadam
  13. Nampak marbeles sangat.. Che Mid nak pindah sebelah rumah kzai laa.. dapat bau pun jadik!

    BalasPadam
  14. salam kak zaiii...windu banget sama akak nihh!! kitaorg..ahakss..KAMI SIHAT!! bz manjang kak!! moga akak sihat sentiasa yerk!! muwahh

    BalasPadam
  15. ahakss patah balik! kak fb akak aper ya?

    kek lapis ni nak cuba jugak...ngeces!! ;))

    BalasPadam
  16. Salam rindu Zai :)
    Lama betul hawa tak kemari...diharap zai n family sihat2 belaka..

    Rajin betul zai melapis hehehe hawa nih jenis yg tak sabar so tak tahu bila lah dpt tgk kek lapis kat dapur kite hahaha

    Kemas & ceria jer warna kek lapis bumi zai nih

    BalasPadam
  17. halamak rajinnyer melapis...best nyer kalau dapat kek cam nih...akak..nak kasi award kat akak..amik kat nurul punya blog eh... http://momwithapron.blogspot.com/

    BalasPadam
  18. salam kak zai..

    lor akak naper tak helo2 kat saya wat kek yg cumel ni.. kalau idak.. leh gak menumpang minum petang.. hehe.. sy ni tergolong dlm insan yg paling malas nak buat kek lapis2 ni.. dulu buat kek lapis haw flakes pun mengenangkan adik mengidam masa peknen.. kalau idak rasanya tak jadik jugak.. hehe.. kena tunggu betul angin R dtg atau bak kata kak zai angin dah mengganas barulah dpt cuba kot.. hahaha...

    BalasPadam
  19. cantikker kaler kek lapis ni kak...bila la nk melapis juga

    BalasPadam
  20. assalam kak zai, apa khabar kak? wahhh cantik tgk colour dan lapisan kek tu..saya bab-bab melapis kek ni belum pass lagi kak..kena try lagi..:)

    BalasPadam
  21. cantik kek, cantik gambar,
    rajinnya, sabarnya buat kek berlapis2 ni eikk Kzai?

    BalasPadam
  22. kek yg memerlukan kesabaran..rajin kzai.sy tak pernah buat lagi. :)

    BalasPadam
  23. Salam Kak Zai, cantiknye kek lapis akak. kite bab melapis tak berapa lepas. sampai sekarang tak berani nak cuba lagi :)

    BalasPadam
  24. salam..
    suker tengok blog ni... nnti nak share resepi yang atiEy amik dari sini... untuk akk, collect award yang atiEy buat khas untuk blog ni...tq....

    http://atiey-kenangan.blogspot.com/2011/10/award-to-dapurcomelku.html

    BalasPadam
  25. fuiyooo..cun menawan kek lapis kzai nih..bak sepotong..yummyy!!

    BalasPadam
  26. salam kak,

    wah! nampak cun keknya... nk tumpang tye, akak guna oven apa yer?? sy tgh survey2x oven nie... nk tye pendapat...oven mana yg sesuai utk long term use? dan cantik pembakarannya....

    BalasPadam
  27. kzai >> deqlis

    w'salam deqlis..
    kalau nk buat panduan beli oven blh tgk artikel disini ye (http://alkiram.net/salam/2010/05/05/tips-memilih-oven-yang-sesuai/#comment-20031)..sbb akak pun x arif sgt ttg oven ni...hrp blh membantu ye..

    BalasPadam