Isnin, November 28, 2011

Mini Chocolate Eclair

www.tips-fb.com
ASSALAMUALAIKUM... Enclair ni dah lama tunggu dalam list...baru berkesempatan membuat...sedap wat minum petang ni sambil menghirup secawan teh 'O' panas.Sekarang ni musim hujan plk disini waktu petang2..bila time ni mmg nk mencari kudapan je kedapur..tambahan plk sekarang musim cuti sekolah..anak2 akan selalu menjenguk kedapur dan perut minta di isi...mmg sesuai kalau buat eclair ni utk anak..mmg anak2 akan menggemari dengan rasa kecoklatan nya.Resepi ni dari Fida@MyR..mmg sedap dan lembut eclair ni.Tima kasih pd penyumbang resipi.Akak buat dua adunan..banyak gak dapat dengan eclair yg comel.


Bahan-bahan ( 35 - 40 keping )

  • 1/4 cawan susu segar
  • 1/4 cawan air
  • 1/4 cawan mentega (1/4 buku)
  • 1 sk gula halus
  • 1/2 cawan tepung gandum - diayak
  • 2 biji telur
  • 1/2 sk esen vanilla
  • INTI CUSTARD :-
  • 550 ml susu segar
  • 90 g gula pasir
  • 60 g tepung custard
  • 1 sb mentega/majerin
  • CHOC. GLAZED :-
  • 100g dark chocolate
  • 30 g mentega

Cara-cara

1. Masak susu,air,mentega dan gula hingga mendidih.
2. Kecilkan api dapur dan masukkan tepung gandum dan kacau hingga adunan sebati.Matikan api dan terus kacau adunan lagi hingga 1-2 min.Biarkan adunan suam.
3. Masukkan esen dan telur satu-persatu sambil dikacau adunan hingga lembut.
4. Masukkan adunan ke dalam piping bag dan gunting hujungnya sebesar 1/2 inc. Picit keluar adunan memanjang 1 1/4 inc dan berjarak di atas dulang pembakar.
5. Bakar pd suhu 170C selama 25 min atau hingga keemasan mengikut kepanasan oven masing2.Angkat puff dan sejukkan di atas redai.
6. Isi puff dengan inti custard dan hias dengan choc cair.Tabur kekacang atau manik2 berwarna untuk mencantikkan lagi choc. ecalir jika suka.
7. Untuk inti custard....masak 3 bahan pertama hingga pekat dan masukkan mentega/majerin dan kacau hingga sebati.Sejukkan custard dan isikan ke dalam piping bag dan picitkan secukup inti ke dalam puff.
8. Utntuk choc. glazed...campur kedua bahan dan masak cara double-boil hingga cair.Ambil sekeping2 puff berinti dan celupkan permukaannya dgn choc. cair atau boleh disiramkan saja choc. cair ke atas puff dan hias ikut kreativiti masing2... :)
9. Simpan mini choc. eclair di dalam peti sejuk untuk didinginkan,


Share |

Selasa, November 22, 2011

RVC for makan2 utk Tetamu

www.tips-fb.com


ASSALAMUALAIKUM...RVC ni akak buat atas permintaan tetamu yang nk dtg bertandang...mereka2 ni adalah kawan2 yang dah lama tak bersua...begitu rindu sekali pd mereka2 ni...yelah..masing2 sibuk dengan agenda tersendiri..bila sesekali berjumpa begitu gamat sekali...selain RVC ni akak sediakan juga menu minum petang yg tak sempat dirakam...resepi blh intai disini...





Share |

Ahad, November 20, 2011

Carrot Walnut Cake with Cream Cheese

www.tips-fb.com
Tempahan dr Dalia.... datang dr jauh ni..From Subang Bistari...Dalia sgh berpuas hati dgn rasa kek idaman nya ni...tak rugi dtg dr jauh kan...gabungan carrot ,walnut dan cream cheese...bertambah enak...kaya dengan cream cheese topping...so delicious!!!!thanks Dalia..nnt order lagi kek feberet ni ye..

Gabungan dlm kek : Carrot,Walnut dan Cream Cheese
Cake Size: 10"x10"
Berat : +-2 kg
Topping : Cream Cheese


Share |

Rabu, November 16, 2011

Jelly Kelapa

www.tips-fb.com
ASSALAMUALAIKUM...tak blh tengok jelly kelapa...macam teringin je nak menyudu kemulut...sedap sungguh jelly kelapa ni dengan aroma daun pandan..tak leh nak citer lahhh...memang best sgh rasanya..selalu akak beli yang dah siap je...tak puas makan kalau beli...satu cup jelly rm1.50...itu pun kadang2 ada..kdg2 takde jual..agaknya payah gak nak cari buah kelapa ye..hari tu akak menjelly lah plk..takleh tahan membeli je..jumpa kelapa muda kt Tesco..terus rembat 2 biji,balik terus masuk dlm petiais..tiga hari pastu baru buat jelly..punya lah lama kan..nk mengerjakan buah kelapa punya lah malas..bkn nak mengait buah kt atas pokok pun...
Memang mebeles jelly kelapa ni..dh ramai yg mencuba..akak je yg sll lambat sampai.Resepi akak amik kt dapur Nor@Secubit Garam yg rajin mencuba resepi2 puding..tima kasih Nor..akak share disini plk ye..

Jelly Kelapa
Resepi: Nor@Secubit Garam
Sumber:Kzai@Teratakimpian

Bahan-bahan
1 paket agar2 serbuk (10gm)
2.6 liter air kelapa ~ k.nor guna air dr 3 bj kelapa muda
isi kelapa muda
11 sudu besar gula ~ terpulang pd citarasa masing2
3 helai daun pandan

Sedikit pewarna hijau epal (akak tambah)

Cara-cara:

1. Masukkan air kelapa muda, serbuk agar2, gula dan daun pandan ke dalam periuk.
2. Masaklah hingga mendidih dan masukkan isi kelapa muda.
Padamkan api.
3. Biarkan sejuk sedikit dan boleh lah dimasukkan kedalam bekas yg disukai.
Sejukkan dlm peti ais dan bila dah sejuk bolehlah dimakan.

# sekiranya air kelapa muda tidak mencukupi, bolehlah ditambah dgn air biasa untuk mencukupkan sukatan 2.6 liter.


Share |

Jumaat, November 11, 2011

Cucur Nasi Jejari Ketam

www.tips-fb.com
ASSALAMUALAIKUM...dah minum petang semua..petang ni akak wat cucur nasi jejari ketam je...cucur yang sedap dan lembut setiap masa...dah pernah buat cucur ni..tapi hari ni baru nak pose..sbb senang nak wat rujukan akan datang...kalau ada lebihan sedikit nasi blh lah cuba drpd di buang begitu saja...selalu kalau wat cucur guna telor supaya lembut...resepi yg ni jimat telor...resepi akak amik dr dapur Yatie@Sinar Kehidupan..tengok yatie buat cucur ni begitu bulat sekali..akak tambah sedikit lg air masa bancuh sbb tu jd meleper je dan byk jerawat...lain kali tak perlu tmbh air lg..sbb dh cukup lembut..tima kasih Yatie dan akak share disini pulak ye..

Bahan-Bahan
  • 2 cwn nasi
  • 2 cwn air
  • 1 biji bwg besar
  • 2 biji bwg putih
  • 1 sudu besar udng kering-rendam dan toskan
  • 2 1/2 cwn tepung gandum
  • 8 btng crabsticks-atau lebih, di potong kecil2
  • 1 biji lada besar dihiris nipis (jika suka)
  • Daun sup/bawang (di hiris halus)
  • sedikit garam
  • Minyak untuk mengoreng
Cara Membuatnya
  1. Blend nasi bersama air, masukkan sekali udng kering, bwg putih dan bwg besar...kisar sebati.
  2. Masukkan tepung gandum ke dlm bekas dan tuangkan bahan2 kisar tadi...gaul sebati.
  3. Campurkan semua bahan2 hirisan, garam dan gaul sebati. Masukkan sekali potongan crabstick dan gaul hingga sebati.
  4. Panaskan minyak dan goreng adunan cucur hingga masak.
  5. Saya gunakan tangan saja utk men=jemput cucur ini....pastikan jari di basahkan sedikit dngn air supaya mudah.
= Boleh juga gunakan sudu utk mengoreng cucur ni...sudu hendaklah di celupkan sebentar kedlm minyak panas tadi dan jemputlah adunan cucur tadi kedlm minyak gorengan....dan buatlah sehingga habis...

Share |

Isnin, November 07, 2011

Nasi Berkari Ayam Goreng

www.tips-fb.com
ASSALAMUALAIKUM...tak terlambat lagi kan nak ucap selamat hari raya aidiladha...masak menu apa pd raya hari tu..mesti yg enak2 kan...akak masak yg simple dan mengeyangkan...akak masak nasi ayam goreng,tapi akak derhaka kan tajuk resepi nya,sbb nk beza kan nasi ayam goreng yg biasa dgn yg berempah ni..harap empunya resepi tak marah ye...sbb nasi ni takde rasa nasi ayam langsung..tapi berasa mcm nasi beriani..cuma resepi ni tak letak rempah beriani.Jadi akak gandingkan dgn lauk dalca sayuran yg ringkas sbb nak kan berkuah dan tak buat sambal merah mcm resepi asal.mmg sedap nasi ni..lain kali blh buat lagi.Resepi ni akak dh lama intai kt dapur mamasya dan penyumbang resepi asal Tummy@3hungrytummies..dah ramai cuba resepi dan dh tentu sedap..tima kasih pd penyumbang resepi dan pd yg terlibat semua nya...dan akak share disini plk.


Nasi Ayam Goreng @ Shouthern Yellow Chickr Rice
Sumber: Mamasya

Bahan-bahan:

1 ekor ayam-dipotong 12 ketul
2 sudu kecil garam*
1 sudu besar serbuk kunyit*
1 sudu besar rempah kari*

Cara-cara:
Ayam dipotong 12,bersihkan dan toskan..gaul bersama bertanda *..perap sebentar dan goreng seperti biasa..(jangan garing sangat)
Setelah siap.angkat ayam dan ketepikan.

Bahan Utk nasi
1 sudu rempah kari
1 inci halia-tumbuk kasar
4 ulas bawang merah- tumbuk kasar
2 ulas bawang putih-tumbuk kasar
1/2 labu bawang besar-potong dadu
2 inci kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
Sedikit kiub ayam
Sedikit garam
sedikit serbuk lada hitam - tak letak
2 bay leave/daun ketumbar - letak daun ketumbar
4 cawan beras basmathi- akak rendam 1 jam...cuci dan toskan
4 1/2 cawan air
1/2 cawan susu cair

Cara-cara:
Panaskan minyak..tumiskan bunga lawang,kulit kayu manis dan buah pelaga serta bahan-bahan yg ditumbuk dan rempah kari hingga wangi.
Masukkan beras dan kacau hingga sebati atau mesra rempah2 tadi.
Tuangkan 1/2 cawan susu cair dan 4 1/2 cawan air dan masukkan garam serta kiub ayam dan kacau.
Susun ayam goreng diatasnya dan masak nasi hingga masak.


Dalca
Resepi: Noreen@MyR
Sumber 1 & copy : Wana@Potret Kasih
Sumber 2 : Kzai@Teratakimpian

Bahan-bahan:
300 g isi ayam atau daging ( dipotong kecil)
4-5 biji kentang ( potong 4-6 bahagian)
2 batang terung panjang ( potong kecik)
6 batang kacang panjang ( potong memanjang 1 inci)
1 batang karot ( potong memanjang)
2 cawan santan pekat
air secukupnya ( anggaran 4-5 cawan air )
1 cawan kacang dhal ( rendam dan rebus hingga empuk)
1 labu bawang besar ( di tumbuk)
3 ulas bawang putih ( ditumbuk)
1 inci halia (ditumbuk)
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
3 biji bunga cengkih
3 sudu besar serbuk kari
daun kari secukupnya ( bancuh dengan sedikit air)
daun ketumbar
minyak untuk menumis
garam, perasa


Cara-cara:
1. Tumis daun kari,bahan tumbuk, bunga cengkih, kayu manis, pelaga dan bunga lawang hingga wangi kemudian masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan air.
2. Masukkan daging/isi ayam dan kentang, masak hingga kecut dan empuk .
3. Kemudian masukkan air, santan, dhal, sayur-sayuran. Bila sayur sudah masak, sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.
4. Taburkan dengan bawang goreng dan daun ketumbar…..




Share |

Selasa, November 01, 2011

Pavlova 2

www.tips-fb.com
ASSALAMUALAIKUM...jom petang2 makan pavlova pulak...selera omputih nampak nya!!!...sekali sekala nak tukar selera..ape salah nya kan...kalau tak rasa tak tau...tapi serius sedap..rasa nya rangup diluar dan chewy didalam.Semua orang kata pavlova manis kan...sebenarnya bila dah diimbangkan makan dgn buah2an masam...rasa nya mmg tak semanis sebagai yang diperkatakan..akak rasa macaron lagi manis kot..bila dah makan sepotong...nak lagi sepotong...kalau kt alexis dan rest. Serai sepotong bolih tahan juga berbelas RM harga nya....aduhai tak mampu...dulu pun akak pernah dah buat sekali.Buat pavlova ni kena berhati2 sbb mudah pecah bila dh masak.Resepi mmg banyak bila di google...pilih je yg mana satu...resepi semua nya lbh kurang je..cuma teknik nya sikit berlainan..tapi resepi ni akak amik dr dapur Jun@Cupkekasih...nak memudahkan keje...tq jun akak share disini plk

Pavlova
Sumber: Jun@cupkekasih
Sumber: Kzai@Teratakimpian

Bahan-bahannya


4 biji putih telur (120 g)
1 cawan gula kastor (200 g) - akak letak 3/4 cawan gula kastor
1/2 tsp esen vanilla
1 tsp cuka makan
1/2 tbs tepung jagung- akak letak 1 tbs tepung jagung

(tsp = teaspoon)
(tbs = sudu makan)

Hiasan
1 kaleng (tin) pic
1/2 cawan strawberry (kaleng bersirap)
1 cawan heavy whipping cream (saya guna brand Red Man, sedap)


Cara membuatnya

1. Panaskan oven 130 darjah selsius, dan letak rak di bahagian tengah.(akak panaskan oven api bawah sahaja)
2. Oles mentega sedikit sahaja pada loyang bakar (loyang biskut) dan lapik dengan kertas.
3. Sebelum itu, lukis bentuk bulatan 9" in diameter sebagai panduan untuk menuang adunan nanti. Terbalikkan kertas itu ketika melapik loyang supaya bahagian berlukis tidak mengenai adunan.
4. Masukkan putih telur dalam mangkuk dan pukul dengan kelajuan sederhana sehingga menjadi buih (busa) yang gebu dan stabil serta hujungnya nampak tajam macam duri durian.
5. Masukkan gula sedikit demi sedikit sampai habis dan baru ubah kelajuan kepada maksimum.
6. Putih telur akan semakin menggebu selepas 4, 5 minit. Masukkan esen vanilla, cuka dan tepung jagung.
7. Guna spatula plastik untuk mengaup adunan dan letakkan dalam loyang dan perkemaskan bahagian keliling meringue ini supaya nampak lebih comel.
8. Bakar antara 60 - 75 minit, sehingga lapisan luar meringue menjadi keras rangup (dalamnya gebu lembut).
9. Matikan oven dan buka sedikit pintu oven. Setelah sejuk, simpan dalam bekas kedap udara.
10. Bila nak hidang baru disapu fresh cream (whipping cream) dan hias dengan buah-buahan dan sirap yang disukai.

Share |