Sabtu, April 30, 2011

Tempahan Minggu ini....

www.tips-fb.com


Salam semua...lama nya rasa tak berupdate dapur ni...hehehe...tuan umah kebizian...mcm2 nak disettle kan....cuci mata dulu dengan tempahan dr ipar duai sempena pertunangan sidara ni di Kuantan pd 1 may ni...minggu ni cuti bersambung kan...sang dara inginkan serba serbi pink hingga ke khemah pun kalor pink gak.... dah tentu bilik pun pink gak kan...janji ongkos nya ada...minggu sebelum selesaikan semua ni...mmg kebizian lah jawab nya...kdg2 tidur malam pun teringat2 benda2 yg nak dibuat...

Cupcakes fondant utk hantaran....thema garden flower...


Red Velvet Cake utk makan-makan

Buttercream Cupcakes utk tetamu



Cheese tart utk makan2


Share |

Rabu, April 20, 2011

Kitchen Aid atau Kenwood Mix....??????

www.tips-fb.com
Salam semua....sekarang ni akak dlm dilema nak memilih kitchen mixer yg sesuai...ada sesiapa kawan2 yg sudi beri panduan...akak nak beli yg berkualiti dan tahan lama...tapi mesti lah harga ribu riban kan...tapi apa salah nya orang kata "alah membeli menang memakai" dan berbaloi...dlm hati dh lama berbunga2 dan mengidam kitchen mixer mcm dlm gambar2 ni...ada kawan2 yg guna salah satu mixer mcm ni tak..bolih kita share bersama...cantik kan..mcm2 warna ada...rambang mata dibuatnya....agak2 kalau dapat yg diidamkan ni...lagi laju kot mengekek...atau sebalik nye...hehehe...











Yang sebenar nya suka yg kat bawah ni....jeng....jeng...jeng.....
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Dalam hati berbunga2 nak yg macam CMG tu..dah lama pendam w/pun CMG dah memiliki 11 tahun yg lampau!!!!!atau mcm chef tersohor Nigella Lawson dlm channel AFC...hehehe ada hati lak tu....

Share |

Ahad, April 17, 2011

Butter Bread Pudding 3

www.tips-fb.com
Dah banyak kali sebenarnya wat puding ni...puding yg menepati citarasa...letak roti lebihkan sikit lagi sedap dan buat 2 adunan...kali ni wat untuk dibawa ke ofis kerana ada acara makan2...kawan2 pun dah lama teringin kan puding ni...jadi merajinkan diri utk memuding....takpe lah letak resepi sekali lagi ye...macam biasalah resepi dr Yani @MyR






Bahan-bahan ( 5-6 orang )

  • *Karamel*
  • 1/2 cawan gula
  • 2 sudu besar air
  • 2 sudu besar air suam
  • ---------------------------------------
  • 2 keping roti- letak roti 4 keping
  • sedikit butter
  • 4 biji telur
  • 600ml susu cair/susu segar
  • 8 sudu besar gula halus
  • sedikit esen vanila
  • sedikit kismis(optional)




Cara-cara

  1. Sapukan acuan dengan butter. Panaskan oven hingga suhu 180C
  2. Sapukan roti dengan butter. Kemudian toast roti selama 3-4 minit. Potong roti sebesar 1-2cm. Ketepikan.
  3. Sediakan karamel. Masukkan gula dan 2 sudu besar air ke dalam periuk. Panaskan sehingga perang. Kemudian tutup api dan tambahkan 2 sudu besar air suam. Masukkan karamel ni ke dalam acuan yang telah disapu dengan butter tadi. TIP: Masa mula-mula panas gula tu jangan kacau sehinggalah gula nampak perang. Lepas tu bolehlah dikacau sehingga warna perang yg diinginkan.
  4. Dalam bekas lain, masukkan telur, gula, esen vanila dan susu sambil dikacau. Masuk bahan-bahan ikut urutan supaya senang nak sebati. Kemudian tapiskan sebatian ini ke dalam acuan yang ada karamel tadi.
  5. Letakkan kepingan roti yang dah di toast tadi dan juga kismis ke dlm no.4.
  6. Letakkan acuan ini ke dalam dulang oven dan masukkan sedikit air suam ke dalam dulang tersebut tp BUKAN dalam acuan puding. Kukus selama 40 minit.
Share |

Rabu, April 13, 2011

Terima Kasih Buat Teman2...

www.tips-fb.com
Terima kasih buat Kjee@Dunia dari dapur kjee yg sudi menghadiahkan award ni hasil dr sentuhan kretif suaminya unclepali...blog kjee ni penuh dgn citer suspen...syok baca...

Terima kasih buat Nieza Finland sempena ulang tahun blog nya yg pertama...semoga bertambah kretif dgn idea masakan.

Terima kasih buat Mas@Duniaku sempena ulang tahun blog nya yg pertama...semoga bertambah rajin menguli aneka roti2...



Share |

Isnin, April 11, 2011

Bihun Goreng Singapore

www.tips-fb.com

Lama tak masuk N3 masak2...terasa rindu plk...Tuan rumah dilanda kemalasan melampau...tak patut betul kan...jom layan dulu sarapan pagi atau minum petang dgn bihun yg sempoi dan anak2 pun suka sbb tak pedas...mak2 dan bapak budak kalau nak pedas kena makan dgn sambal kicap atau cili jeruk...ehhmmm...sedappp!!!...sambil menghirup secawan teh atau kopi panas.




Bahan-Bahan

1 peket bihun- direndam hingga lembut
1 mangkuk kecil isi ayam - dihiris
1 mangkuk kecil udang/sotong
3 keping fish cake - dihiris tebal
1 batang lobak merah- dipotong memanjang halus
1 ikat daun kucai
Segenggam taugeh
4 ulas bawang putih - ditumbuk
5 ulas bawang merah - ditumbuk
1 sudu besar serbuk lada sulah atau lada hitam ditumbuk
Sedikit sos tiram/kiub ayam(jika suka)
Bawang goreng (utk tabur)
garam secukup rasa
minyak masak untuk menggoreng

Cara-cara:

1. Panaskan minyak dlm kuali,tumiskan bahan tumbuk hingga wangi.
2. Masukkan isi ayam,sotong dan masukkan sedikit air dan kacau sebentar hingga empuk.
3. Masukkan fish cake,lobak merah,lada sulah,sos tiram/kiub ayam dan garam kacau rata.
4. Kemudian masukkan bihun dan gaul rata dan tambah air jika perlu.
5. Akhir sekali masukkan taugeh,daun kucai dan gaul rata....tutup api dan sedia dihidangkan bersama taburan bawang goreng dan cili jeruk atau sambal kicap jika suka.


Share |

Khamis, April 07, 2011

Terima kasih Atas Ingatan dr Ita@Masam Manis

www.tips-fb.com
Salam bersiaran kembali setelah sekian hari menyepi...skrg ni mood berbloging agak merudum...tak tau kenapa...agak mcm malas je...lappy ttp on...tapi hanya tgk perkhabaran kawan2 je dan tak sempat nk tinggal jejak... dah lama tak wat homework..nak kena mentelaah npk nya harini..tima kasih pd Ita@Masam Manis atas ingatan tu ye...nampak nya ada persamaan antara kzai dgn Ita ni...cuma kzai tak lah semewah Ita...sedang2 aje...cuma persamaan hobi dan perasaan tu adalah sikit2...

1. Kena pos balik linking kepada orang yang memberi award ini.
OK sudah !

2. Berkongsi apa jua mengenai diri dengan semua
  • Seorang isteri dan ibu kepada 3 orang cahaya mata. Dua lelaki dan seorang perempuan.(sama dgn Ita)
  • Dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Lumpur.
  • Sangat suka mengemas, menghias dan mendeco2 rumah. Rumah sendiri lah ye! tapi bukan kemas rumah org mcm ita...hihi..skrg ni mcm dh kurang sikit hobi mendeco.
  • Hobby terbaru, suka memasak dan mencuba resepi yg dikongsikan oleh rakan2 atau diblog dan internet.(sama gak dgn Ita)
  • Sebenarnyer kzai pun seorang yg pemalu dan mengambil masa jugak nak mesra bila berbual...kdg2 tu takut juga nk tegur org...kena tgk mood org tu dulu...Tapi kalau dah kenal dan ngam...sampai tak hengat...dan akan terkenang2 org tu dlm ingatan(yg ni mmg sama sesangat dgn Ita)
  • Sangat geli dan takut pada haiwan yg menjalar dan licin.
  • Sangat suka window shopping dan akan dtg semula utk mendapatkan nya bila dh cukup ongkos.


3. Berikan kepada 15 blog lain yang baru ditemui.

Rasa nya dah ramai yg menerima award ni...tapi nak dikongsi gak pd semua yg sudi....



Share |