Jumaat, Julai 29, 2011

German Cookies

www.tips-fb.com


Pejam celik...pejam celik...dah hampir masa nya tak lama lagi umat islam seluruh dunia akan menyambut bulan ramadhan almubarak...semoga kita dapat meningkat kan amal ibadat yang berganda dan diberi kesihatan yang baik untuk kita menunaikan rukun islam ini.
Sekarang dah ramai nampak nya meninjau2 resepi hidangan kudap2 untuk dihari raya..belum posa lagi dah ngintai2 resepi ye...ini projek hasilan dr ngintai2 akak minggu lepas...dah buat minggu lepas..baru nak N3...baru tingat sebab ternampak Nor Ganu kite menayangkan...resepi dr Rima...mmg manja lah nk wat cookies ni...minta dibelai2...kalau wat bentuk bulat je,senang kot...

Bila dah dimasukkan dalam balang...dah melekat2 plk..sbb truxture yg amat lembut..ehhh..betul ke ejaan ni...cookies yg cair dimulut..belum ngap dah cair ditangan...


GERMAN COOKIES

source : Rima

Ingredients
125g butter
40g icing sugar (sieved)
125g potato starch
80g superfine flour (I used Plain Flour)

Method
1. Beat butter and icing sugar till fluffy and lighter in colour.
2. Sift in potato starch and plain flour, mix to form a soft dough.
3. Roll into small balls (about 7g each) and arrange on lined baking tray - i used 1/2 tbsp to get the same size
4. Dip the tip of the fork in a bowl of water and press on cookie dough.
5. Bake in preheated oven at 170 deg C for 15 min.
Share |

Rabu, Julai 27, 2011

Pisang Tanduk Goreng Crispy Madiha

www.tips-fb.com
Dah minum petang semua...ehmmm...cuaca hari ni mendung dan bila petang hujan pulak..kain dijemuran pun tak kering...memang sedap kalau dapat secawan kopi dan pisang goreng panas2... akak minum petang dengan pisang goreng yang rangup ni...memang sedap dan rangup sunguh..dah ramai yang mencuba semua mengatakan sungguh crispy...resepi dr Madiha...tima kasih ye madiha untuk resepi pisang yg crispy ni....

Pisang tanduk ni jiran yg bagi...biasalah kalau jiran akak ni balik dr kampung,macam2 khazanah dr kampung akak sampai kerumah akak...akak dapat tempoyak dr dusun durian nya dikampung,ubi kayu,pucuk ubi,petai,pisang dan macam2 lagi..akak suka dapat tempoyak ni..sbb tak lama lagi bulan puasa akan tiba..bolih lah membuat lauk pembuka selera..sedap nya dapat tempoyak yg asli buatan sendiri...Besar2 juga pisang tanduk yg jiran akak bagi ni...ni goreng separuh je...



Pisang Goreng Crispy
Sumber: Madiha

Bahan2
Pisang sematu/nangka/ atau yg sesuai digoreng secukupnya
Minyak masak secukupnya

Bahan2 batter
400 ml air
220 gm tepong gandum
50 gm tepong beras
100 gm marjerin
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 ¼ sudu kecil garam

Cara2 menyediakan
1. Masukkan bahan2 batter ke dalam jug blender ikut turutan di atas. Kisar sehingga batter sebati, rata & halus. Tuangkan batter ke dalam bekas yang sesuai.
2. Panaskan minyak secukupnya dengan api sederhana. Belah 2 setiap pisang lalu masukkan ke dalam batter. Bila minyak dah panas, masukkan hirisan pisang yang bersalut tepong ke dalam kuali berhati2 dengan menggunakan tangan. (jangan sampai terkena minyak pula yer).
3. Goreng pisang ke dua2 belah sehingga keemasan. Angkat & tos. Hidang di atas pinggan beralas paper towel & hidang bersama cili kicap.



Resepi Sambal Kicap

Bahan2
8 biji cili padi
1 ulas bawang putih
1 sudu kecil gula
Kicap manis secukupnya

Cara2 menyediakan
Tumbuk halus cili padi, bawang putih dan gula. Campur kicap secukupnya. Siap untuk dicicah bersama pisang goreng crispy.



Share |

Isnin, Julai 25, 2011

Kek Lapis Kastad Pandan

www.tips-fb.com
Rasa nya minggu ni je nk bereksprimen dengan kek2...bolih juga nak wat hidangan untuk tetamu dihari raya.Sebulan pasni dah tak layan dengan kek2 ni...bulan puasa hampir tiba...pasni tekak nak layan puding2 sejuk atau pengat2 pulak kan...



Sebenarnya dah bertahun simpan resepi dr sifu ni...masa demo je tengok,pastu tutup kitab...baru hari ni buka kitab semula..sedap layan kek ni bila keluar dr petiais...sejuk je masuk tekak..sib baik bahan2 ada lagi dlm gobok dan belum expired lagi...kita hias lah sikit bagi ceria dan berseri kek kita ni...sedap sikit mata memandang dan untuk mengecurkan selera...jom tengok resepi...

Kek Lapis Kastad Pandan
Sumber: Chef Noraini
Sumber: Kzai@Teratakimpian

Bahan-bahan:

1 biji kek span pandan berukuran 8 inci

(A)
180 gm gula kastor
500 ml air pandan- akak guna pandan paste + air
1 sudu makan serbuk agar-agar segera (instant jelly) - guna 10 gm dlm peket

(B)
400 ml santan pekat - guna 200 gm santan kotak + 200 ml air (kacau sebati)
85 gm tepung Hoen Kwee hijau/putih
1 atau 1/2 sudu teh pewarna hijau epal
Secubit garam

Untuk hiasan: 1 cawan kelapa kering

Cara-cara:

1. Kek span dihiris kepada 2 bahagian.Ketepikan.
2. Untuk membuat kastad pandan,campurkan semua bahan (A) dalam periuk.masak atas api sederhanan hingga mendidih.kacau hingga gula hancur.
3. Satukan bahan (B) dalam sebuah mangkuk dan gaul rata.Kacau hingga gula hancur.
4. Kacau atas api sederhana hingga adunan pekat dan mendidih.Angkat dari api dan sejukkan sebentar.
5. Sediakan acuan bulat berukuran 8 inci jenis loose tin atau springform tin.
6. Letakkan satu lapisan kek span dalam acuan.Tuangkan 1/3 adunan kastad pandan keatasnya hingga menutupi lubang di sekeliling nya.
7. Letakkan lapisan kedua dan tuangkan lagi kastad pandan.
8. Hentakkan acuan tig akali diatas meja agar kastad padat dibahagian bawah nya.Biarkan kek sejuk baru dimasukkan dalam peti sejuk.
9. Keluarkan kek yang telah sejuk daripada acuan.
10. Salut dengan kelapa kering.Hiaskan mengikut citarasa anda.

Share |

Sabtu, Julai 23, 2011

Kek Velvet Hawflakes & Victoria Sandwich Cake....

www.tips-fb.com

Salam...kisah kontravesi mungkin dah berakhir disitu...tima kasih pd kawan2 yg memberi pandangan berkongsi masaalah...sebab bila buka profile si pencilok dah takde resepi disitu...macam dah didelete...bila buka semula profile dia..dah ditulis tiada resepi.Semua senarai resepi di profile dia dah kosong...mungkin dia pun dah tahu kot..yelah semua senarai resepi disitu hasilan dicuri drp blog orang lain..AlongRoz pun dh perasan resepi disitu dah kosong kan Along!!!!...harap semua akan berakhir lah kan...supaya org lain tak hadapi tekaanan perasaan lagi dan menambah dosa...

Kita tinggalkan kisah semalam dan tak berapa lama lagi umat islam akan menghadapi bulan yg mulia untuk berpuasa...sebelum bermula nya bulan mulia tu...kebanyakan umat islam akan mengadakan majlis kenduri menyambut bulan ramadhan dan kenduri arwah sekali...

Majlis tu pun tak terkecuali dirumah anggota keluarga akak pada minggu baru ni...sempena nak menyambut bulan yg mulia tu,dirumah keluarga akak pun ada buat serba ringkas majlis kenduri arwah sekali..dan akak diminta untuk membuat antara serba sedikit hidangan pencuci mulut semasa majlis tu...akak memang nak buat kek ni sebelum tercetusnya kontravesi tu...mcm secara kebetulan lah pulak...layan lah gambar2 kek yg pernah akak post dahulu di sini...kira ulang tayang jelah ni..


Share |

Rabu, Julai 20, 2011

Panasssss!!!!!...Lagi Gambar Masakan diCiplak.....

www.tips-fb.com
Malam ni nak citer sikit pasal isu yang tak berkesudahan...macmana yg kita tahu dah ramai kawan2 bloger kita yg dah kena macmni...tak tau lah motif mereka2 ni...w/pun nak kongsi resepi atau nama nk glamer kt kongsi resepi tu..pi lah dok kat dapur tu masak hasil sendiri..ni cedok hasil orang lain plk...selalu kita tau Ummi,Nor@secubit garam, CMG selalu mengamuk diblog nya...mmg patut pun...sesiapa yg kena mesti panas hati punya....malas nak citer panjang2...anda saksikan lah sendiri..Pastu cuba korang tengok link resepi akak disini..dulu akak pernah dapat jemputan email dr OhResepi.Com untuk kongsi resepi disini...tapi akak tak join lagi pun...tup..tup..dah ada gambar kek dr blog akak disana bersama dgn resepi sekali...tak taulah siapa punya angkara...diharap kawan2 semua berhati2 lah...mungkin lepas ni akan ada lagi gambar2 yg dicilok...gambar kek akak tu plk takde watermark,cuma nama kek aje..lagilah senang nk dicilok..

Masa akak blogwalking ternampak diside bar blog akak gambar kek yg mcm akak kenal...yelah mestilah kita kenalkan..gambar kita punya sendiri.


Pastu akak klik kat sini...dan keluar gambar kt atas dibawah ni...

Pastu akak klik kt kongsi resepi ni...nk tgk datang dr blog mana..tapi tak tau dr mana..dan terus masuk dlm OhResepi.Com disini...kalau dr blog mesti akan masuk link bloger dulu...tapi terus keResepi .com..dan cuma jumpa ada profile je kt tepi tu...tak tau lah nak cakap...korang tengok lah sendiri...

Pastu akak klik profile tepi tu disini... keluar profile kt bawah ni...

Bila klik senarai resepi nya disini...wah bukan main lagi senarai resepi nya berderet2..bukan satu gambar dicilok..banyak gmbar masakan akak dicuri nya...akak nampak macam ada lagi gambar2 masakan dr blog kawan2 yg pernah akak tengok...korang check lah sendiri..mana tau ada gambar korang yg dicilok lagi...nak kena pompuan ni...yg terbaru akak terjumpa kuih bakar pandan noorsha yg ada watermark pun dicuri juga..

Share |

Selasa, Julai 19, 2011

Bubur Jagung Manis

www.tips-fb.com
Dah minum petang semua...dah terlambat nak masukkan N3 ni...bila dah masak nak kena rasa dulu..wat itu..wat ini..mentari pun nak hampir menghilangkan diri diufuk awan....tapi memang akak pujilah cuaca diluar sana hari ni memang sunguh ceria...hari tu tengok jagung kt super sunguh cantik dan murah pulak...beli lagi...dan wat bubur lagi...tapi kali ni versi kalor putih...nak buat talam2 malas plk rasanya sebab dah lambat...jemput minum...air teh "o' je...


Bahan-bahan

  • 4 tongkol jagung manis mentah - dihiris nipis
  • 6 sudu besar sagu - yang halus @ kasar
  • Secubit garam
  • 150ml santan pekat (santan kotak @ tin @ fresh santan)
  • 1.5 liter air atau lebih - dicampur dengan santan pekat
  • 5 sudu besar gula pasir - tambah lagi jika nak lebih manis
  • *** Kuantiti gula pasir hendaklah disesuaikan mengikut kemanisan yang diperlukan
  • *** Kuantiti air boleh dikurangkan atau ditambah bergantung kepada banyak kuah yang diperlukan

Cara-cara

  1. Basuh sagu dan toskan. Jangan direndam. Basuh sekali lalu saja.
  2. Masukkan jagung yang telah dihiris, santan pekat yang telah dicampur dengan air, dan juga garam ke dalam periuk.
  3. Masak di atas api sederhana sambil dikacau hingga mendidih.
  4. Masukkan pula sagu, gula merah dan gula pasir. Kacau hingga sagu bertukar menjadi jernih.
  5. Siap untuk dihidangkan. Sesuai untuk minuman petang.
  6. Sesiapa yang tak suka sagu, tak bubuh pun tak apa.

Share |

Rabu, Julai 13, 2011

Jom Minum Petang....Roti Sardin Goreng

www.tips-fb.com
Jom minum petang dengan hidangan yang ringkas dan menjadi kesukaan ramai...senang disediakan dan mengenyangkan...anak2 memang suka kalau dihidangkan menu macamni...akak wat minum petang dan malam tak makan nasi dah....kt umah ni kalau yang manis2 kurang mendapat sambutan...tapi kalau macamni memang takyah nak susah pelawa2...kejap je licin...makan panas2 memang sedap...dan ditemani secawan nescafe,kopi atau teh...memang layan habis...

Roti Sardin Goreng
Sumber: Wana@Potret Kasih
Sumber: Kzai@Teratakimpian

Bahan-bahan:
  • 10 – 12 keping roti sandwich
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air
  • 1 biji telur
  • Minyak untuk menggoreng

Inti

  • 1 tin sardin kecil ( ambil ikannya sahaja )
  • 1/2 biji bawang besar ( dihiris )
  • 2 ulas bawang putih ( ditumbuk )
  • 1 hiris halia ( ditumbuk )
  • 4-6 biji cili padi ( ditumbuk/ dihiris )
  • sedikit garam


Cara:
1. Tumis bawang putih, halia, cilipadi, dan bawang besar hingga wangi.
2. kemudian masukkan sardin, kacau seketika.
3. sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.
4. Masukkan dalam mangkuk, kemudian hancurkan ikan sardin tadi dengan menggunakan garpu.
5. Untuk batternya, satukan tepung gandum, secubit garam, telur dan air. Kacau rata dengan menggunakan senduk.
6. Bila dah sebati ketepikan dulu.
7. Potong dua roti sandwich, isikan dengan inti sardin tadi, tangkupkan dua.
8. Celupkan roti yang telah di bubuh inti tadi dengan adunan batter, kemudian goreng dalam minyak panas.
9. Bila roti kuning keemasan bolehlah diangkat dan di hidangkan…

Share |

Ahad, Julai 10, 2011

"MU" Fan Birthday Cake...Tempahan Lagi...

www.tips-fb.com
Birthday cake ni tempahan bersama dgn cupcakes dibawah ni ....akak wat kan kek coklat moist...anak kawan ni penyokong tegar pasukan "MU"...kecik2 dah ada Fan soccer sendiri ye...biasalah anak lelaki kan...

Auntie letak gambar banyak2 sikit ye...rajin2 belajar tau...ni mama dah order kan kek special khas untuk abang...suka kan!!!!


Share |

Edible Birthday Cupcakes ...Tempahan...

www.tips-fb.com
Edible Cupcakes tempahan dari kawan yang menyambut hari jadi anak nya hari ni di tadika...kawan ni order 40 biji choc cupcakes edible dan sebiji "MU" Fan Birthday cake...edible Superman dan Ben 10...ingat kan nak wat semua "MU"edible CC..sebab abang ni "MU" mania....tapi dah kehabisan dikedai terpaksa campur2 gambar...takpe ye...


Share |

Carrot Cake...Tempahan

www.tips-fb.com
Tempahan dari kawan lama...tq Reha...

Share |

Rabu, Julai 06, 2011

Ayam Panggang Yogurt Berempah & Acar Karot

www.tips-fb.com
Salam...baru sempat nak masukkan resepi tertunggak lauk nasi karot yg disini...pasangan lauknya ayam panggang yogurt berempah dan acar karot tomato...sedap ayam panggang ni,rasa lemak2 dan masam manis dr yogurt...nak buat pun senang dan ringkas.Macam biasa resepi dr Wana@Potret Kasih...tq Wana.

Resepi Grilled Chicken in Spiced Yogurt ( adapted dari sumber asal :dari sini )

Sumber: Wana@Potret Kasih

Bahan2nya
1 ekor ayam ( di potong 4-12, kemudian dibersihkan dan di tos )
1 cawan yogurt/tairu
3 sudu makan minyak zaitun atau minyak sayuran
2 1/2 sudu makan jus lemon - lain kali x perlu letak jus lemon lagi(dh cukup rasa masam yogurt)
1 sudu makan garam
2 – 3 sudu makan gula – ikut citarasa
sedikit perasa jika suka
1 sudu makan serbuk cili
3/4 sudu makan campuran jintan kasar dan halus – ditumbuk
3/4 sudu makan biji ketumbar – ditumbuk
3/4 sudu makan lada hitam – ditumbuk
1/2 serbuk kayu manis
4 ulas bawang putih ( di goreng dulu hingga kekuningan ) – ditumbuk
1 sudu makan halia yang telah di tumbuk

Cara penyediaan

1. Satukan semua bahan2 di atas.
2. Kemudian perap dalam peti sejuk semalaman atau 1-3 jam pada suhu bilik. Ikut suka nak perap lama mana… lebih lama kita perap ayam tu lebih sedap.
3. Susun ayam dalam tray kemudian bakar ayam dalam ketuhar/oven selama 45 minit-1 jam, ikut saiz ayam.
4. Semasa bakar tu, jangan lupa balik2kan ayam tadi agar rata masaknya.
5. Boleh jugak jika nak bakar dengan arang.
6. Bila masak angkat dan hidangkan dengan nasi karot dan acar!!!

Note:

Oppsss… lagi satu kalau kat dapur tak de yogurt atau tairu jangan risau!! kita boleh buat sendiri… caranya dengan mencampurkan 1 cawan susu cair dengan 4 – 5 sudu jus limau kasturi/nipis. Susu tadi akan menjadi pekat seperti yogurt dan bolehlah dicampurkan dengan ayam dan bahan2 lain.




Resepi Acar Karot Dengan Tomato

3 biji buah tomato( belah 6)
2 batang karot (potong memanjang)
1 labu bawang besar ( hiris nipis)
1 biji cili merah( dihiris nipis)
2-3 sudu besar gula
1 sudu teh garam
4-5 sudu besar cuka makan ( jika tak suka cuka boleh guna jus limau nipis 1/2 cawan)

Cara membuatnya

1. Satukan semua bahan. Sesuaikan rasa kemudian simpan dalam peti sejuk selama 1/2 jam atau lebih sebelum menghidang.
2. Sesuai di hidangkan dengan bersama nasi tomato,nasi minyak, dalca, ayam masak merah dan sebagainya.

Share |

Selasa, Julai 05, 2011

Nasi Karot (Nasi Lobak Merah)

www.tips-fb.com

Hari ni akak buat nasi karot yang berkhasiat...berkhasiat ke?...karot lagi...haritu kek karot...harini nasi karot...akak memang suka dengan karot...air karot ke...serba serbi karot,stok karot sentiasa ada dlm petiais,lagi pun karot ni tahan lama disimpan..bila senang bolih cuba banyak resepi yang gunakan karot...sedap nasi karot ni...dah lama nak buat...Resepi ni akak amik dr dapur Wana@Potret Kasih...gandingkan dengan ayam yogurt berempah dan acar karot hasil inspirasi dr selera Wana...akak buat setengah dr resepi dibawah ni.Sumber resepi nasi karot ni dr dapur Chef Hanieliza..tima kasih semua nya.


Resepi Nasi Carrot ( sumber : Chef Hanieliza )

Sumber: Wana@Potret Kasih

Sumber: Kzai@Teratakimpian

Bahan2nya
6 cawan beras bathmati….basuh dan toskan
2 cawan carrot ( potong dadu kecil) – saya parut kasar-kasar.
1/2 cawan susu cair
8 cawan air – saya letak air rebusan isi dan tulang2 ayam
1 kiub ayam knorr – saya guna 1 sudu besar stock ayam maggie dalam botol
1 sudu kecil gula
garam

Bahan Tumis
2 sudu besar rempah kurma – saya guna rempah beriani
5 ulas bawang merah – mayang @ tumbuk kasar
3 ulas bawang putih – mayang halus atau tumbuk kasar
2 cm halia -mayang
3 sudu besar minyak sapi - akak guna butter
2 cm kulit kayu manis
2 kuntum bungka lawang
5 biji bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 tangkai daun ketumbar…..mayang
daun pandan……..simpulkan

Cara
1. Panaskan minyak sapi dalam periuk Rice Cooker dan masukkan bahan tumis,bawang & halia yg dimayang dan daun pandan.
2. Bila dah wangi masukkan rempah kurma/beriani. Biarkan naik minyak.
3. Masukkan air, garam, gula, kiub ayam knorr dan susu cair. Biarkan mendideh.
4. Masukkan beras, carrot dadu dan daun ketumbar.
5. Alihkan periuk kedalam Rice Cooker dan biarkan masak saperti nasi biasa.
6. Hidangkan dengan ayam bakar, sup dan salad sayur. Saya hidang dengan ayam bakar yogurt dan acar karot.


Share |

Sabtu, Julai 02, 2011

Carrot Oat Cake

www.tips-fb.com
Selamt berhujung minggu semua...pagi2 dah tunjuk carot kek yang sedap ni...sebenarnya buat semalam untuk minum petang...sambil ada kawan buat tempahan...akak godek lah sebiji kek yang comel untuk makan sendiri...memang tak dinafikan carrot kek yg dicampur dgn oat sedap nguper nya dan berkhasiat kerana ada oat didalam nya...akak mmg suka dgn carrot cake...selalu buat campur kismis dan karot je..

Sekejap lagi akak nak gi khenduri rumah sepupu Hb diKlang...sebelum keluar publish kan dulu N3 ni... akak ambik resepi dr dapur CMG dan asal dr dapur Ida@100 Resepi...K.Jee dan Ita@masam manis pun dah cuba resepi ni....tima kasih buat semua kerana beri inspirasi...


BAHAN-BAHANNYA :-)

1 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1/2 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh garam halus*
1 1/4 camca teh serbuk kulit kayu manis*(*disatukan dan diayak)
2 biji telur gred "A"
3/4 cawan minyak jagung
3/4 cawan gula halus (resipi asal guna 1 cawan)
1 1/4 cawan parutan lobak merah, perah sedikit airnya
1/2 cawan nenas dalam tin, toskan dan cincang kasar
1/2 cawan kelapa kering- Akak guna oats
1/2 cawan kacang walnut, cincang

BAHAN CREAM CHEESE TOPING :-)
100 g mentega
125 g cream cheese
1 camca teh esen vanilla
1 1/2 camca besar gula aising, diayak


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, lenser tin berukuran 7 inci x 7 inci x 3 inci dengan sedikit minyak, alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, masukkan telur, minyak jagung dan gula, kacau dengan whisk hingga rata, sebati dan gula hancur (kurang lebih 5 minit). Masukkan bahan2 diayak tadi dan gaul perlahan hingga sebati.
  3. Masukkan nenas, lobak merah parut, kelapa kering dan walnut tadi. Gaul rata menggunakan spatula hingga mesra. Tuang dalam tin dan bakar selama 50 minit - 1 jam atau hingga masak.
  4. Sejukkan kek atas jaringan sebelum disapu dengan cream cheese tadi. Simpan kek dalam peti sejuk jika tidah habis dimakan...
  5. UNTUK CREAM CHEESE :- Putar cream cheese dan mentega hingga sebati, masukkan gula aising dan esen vanilla, terus memutar hingga gebu dan halus. Gunakan kelajuan sederhana...Boleh sapu atas kek tadi dan hias ikut suka...

CATATAN MAT GEBU :- Mat bakar guna suhu 160C, kerana menggunakan tin kek jenis non-stick kaler hitam. Apa2 tin kek kaler hitam jika digunakan, suhu perlu diturun kan kepada 15C atau 20C dari suhu yang disarankan pada resipi, ini kerana tin hitam kadar resapan haba ada lebih tinggi. Jika guna tin aluminium atau jenis silicone mould, guna suhu seperti yang disyorkan dalam resepi...
Share |