Memaparkan catatan dengan label SOTONG. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SOTONG. Papar semua catatan

Khamis, Februari 17, 2011

Sotong Oriental

www.tips-fb.com
Menu yang simple dan sedap...dah lama gak tak masak sotong...harini teringin nak makan sotong Oriental resepi yg terjumpa kat blog Rabiatun...nampak sedap dan Tun dah banyak kali ulang tayang menu ni...dah tentu sedapkan...resepi dr aliza dan dipanjangkan olih Madiha dan Nor@secubit garam....jom tengok resepi yg senang ni...tima kasih pd empunya resipi dan pada yg terlibat.



SOTONG ORIENTAL by Aliza
sumber Kak Nor
sumber Rabiatun

Bahan
2500 gm sotong ~ bersihkan & potong kemudian dicelur sebentar & tos- (kali ni Tun tak celur pun)
1 tangkai daun kari
5 ulas bwg merah ~ hiris
3 ulas bwh putih ~ cincang
garam & gula secukup rasa
1 biji cili hijau ~ hiris (MaDiHaA tambah)

Bahan2 ini dicampur jadikan pes
2 s/b pes tom yam
2 s/k rempah kari ikan
1 1/2 s/b sos tiram
2 s/k sos ikan
6 s/b air panas

Cara Menyediakan
1. Panaskan minyak dan masukkan daun kari, bawang merah, bwg putih dan tumis hingga kekuningan.
2. Campurkan bahan2 pes tadi dan gaul rata & biar lebih kurang 3 minit.
3. Masukkan sotong dan cili hijau.. kacau rata. Masukkan garam (jika perlu) & gula & masak selama 5 minit. Sedia utk dihidangkan.

Share |

Khamis, Januari 27, 2011

Menu Hari Ini Yg sempoi

www.tips-fb.com

Menu dinner hari ni masak lauk yg sempoi dan yg terasa tekak nak makan...biasa lah waktu bekerja kan... terkejar2 waktu yang singkat untuk kedapur...layan menu ulang tayang je...sotong goreng kunyit,asam pedas ikan tenggiri dan petola tumis air...hb laju je makan bertambah..hehehe...




Sotong Goreng Kunyit

Sumber: Wana@Potret Kasih

400 – 500 g sotong ( di bersihkan, buang perutnya dan di potong )
1 labu bawang besar ( di potong )
2 ulas bawang putih ( di pecah atau di tumbuk )
2 hiris halia
1 biji cili merah ( di iris )
6 biji cili padi ( sebiji2 atau di pecahkan sedikit )
sedikit daun ketumbar ( di potong )
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap manis
sedikit gula
sedikit garam
sedikit serbuk kunyit.

Cara Penyediaan

1. Gaulkan sotong dengan serbuk kunyit dan garam kemudian masak dalam kuali hingga kering airnya.
2. Bila sotong telah kering airnya, angkat dan ketepikan.
3. Dalam kuali tadi masukkan 2 sudu besar minyak masak tumis bawang putih, halia, bawang besar cili merah dan cili padi. Tumis hingga berbau harum dan layu.
4. Masukkan sos tiram dan kicap manis. Akhir sekali masukkan sotong dan daun ketumbar.
5. Kacau seketika, sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat dan dihidangkan.



Asam Pedas
Resepi: Kzai@Teratakimpian

Bahan-bahan:
Ikan tenggiri keping
2 biji terung atau bendi
Daun kesum
1/2 cawan jus asam jawa
Cili kering yg telah direbus*(agak2)
3 biji cili merah*
Sedikit kunyi hidup*
8 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inci belacan*(kisar)
Air secukup nya


Cara:
  1. Panaskan minyak dalam periuk,tumis bahan kisar hingga naik harum dan masak sekejap.Tambah cili kisar dan sedkit garam,masak hingga terbit minyak.
  2. Tuang air dan masukan daun kesum.Bila mendidih masukkan ikan dan jus asam jawa.tambah terung atau bendi.Masak hingga ikan masak.Rasa jika perlu tambah garam.
  3. Kalau suka bolih juga letak terung,bendi atau sawi jeruk.


Petola Tumis Air
Resepi: kzai@Teratakimpian

Bahan2:
1 batang petola - dibuang kulit luar
2 keping fucuk - direndam dan dipotong2
1 bungkus suun - direndam
1 bibi cili merah - dihiris
2 butir bawang merah - dihiris*
2 butir bawang putih - dihiris*
Sengenggam udang kering*
1 sudu kecil serbuk lada sulah/lada putih
Garam secukup rasa
Sedikit minyak utk menumis
Air secukupnya

Cara:
1. Tumis bahan2 yg bertanda (*) hingga wangi
2. Masukan air secukup nya dan bila mendidih masukan cendawan,fucuk dan suun
3. Bila bahan2 tu dah agak lembut,masukan petola,cili hiris,garam,lada sulah
4. Biarkan mendidih seketika hingga petola agak2 lembut sedikit.

Share |

Sabtu, Ogos 22, 2009

Sambal Tumis Sotong

www.tips-fb.com
Menu2 yg sempoi je untuk berbuka pose hari pertama...takde istimewa pun...lauk2 yg biasa masak harian je....masak pun untuk sekali makan...sbb bila sahur,seisi penghuni umah ni mmg tak makan nasi bila bersahur...takleh masuk,cuma makan yg ringan2 je...dr dulu sampai skrg mmg macam ni...tak tau kenapa...anak2 pun ikut sama...

Share |

Ahad, Julai 19, 2009

Sambal Tumis Sotong Kering

www.tips-fb.com

Sambal sotong ni masak untuk lunch tadi....sotong ni dah lama beli...tapi tak teringat ada simpan dlm almari....sambal sotong ni sedap juga dimakan dgn nasi lemak.


Bahan-bahan: -

3 ekor sotong kering - dipotong dan direndam semalaman dgn kapur sotong
cili kisar
6 ulas bawang merah - kisar
Sedikit belacan
air asam jawa
garam dan gula merah
bawang besar - potong bulat - jika suka

Cara membuatnya:

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga naik minyak, masukkan sotong dan sedikit air, biar ia mereneh dan sotong menjadi lembut .
2. Masukkan bawang besar,air asam jawa, gula dan garam....sesuaikan rasa.


Share |

Ahad, Julai 05, 2009

Kari Sotong

www.tips-fb.com

Hari ni masak kari sotong untuk lunch...dah lama gak tak masak kari sotong ni...kalau masak sotong ni ada plk org yg tak makan,sbb alergic....kena masak plk lauk sampingan lain....sesekali tukang masak nak layan selera sendiri plk....jom makan...

Bahan²
  • 500gm sotong
  • 2 peket kecil serbuk kari (ikan/seafood) - sy guna serbuk kari Babas
  • 3 ulas bawang merah - dhiris
  • 2 ulas bawang putih - dihiris
  • 1 inci halia - dihiris
  • 1sdk halba campur
  • 2 pelepah daun kari
  • 1 cawan air asam jawa
  • 1 cawan santan dan air secukupnye
  • garam & perasa
  • sayur2 -tomato/terung bulat
Cara² penyediaan :

Tumis bawang merah/putih/halia yg telah dihiris hingga wangi kemudian masukkan halba campur, daun kari dan tumis sebentar kemudian masukkan serbuk kari , tumis hingga wangi kemudian masukkan air asam jawa & air selebihnya dan santan biarkan hingga mendidih, masukkan sotong & sayur-sayuran tadi dan akhir sekali garam & perasa (jika perlu) dan biarkan mendidih/masak.Jangan masak sotong lama sangat,nanti sotong jadi keras.

Share |

Selasa, Mac 24, 2009

Paprik Campur

www.tips-fb.com

Paprik campur ni antara lauk2 yg dimasak sepanjang minggu ini....makan dengan nasi panas2 memang sedap.....resipi dr dapur madiha....


PAPRIK CAMPUR

Bahan2
(sukatan agak2 ye puan2)

Isi ayam - potong kecil
(kalau suka boleh tambah udang, sotong & daging - jadi paprik campur -
carrot
cauliflower
kacang panjang
jagung muda
tomato
bawang putih - ketuk
bawang merah - blend / tumbuk halus
cili padi - ketuk
serai - hiris / titik
daun limau purut - koyak2kan
sos tiram
sos cili
kiub ayam
garam, gula & perasa
tepung jagung dicampur dgn air sikit
minyak utk menumis

Cara2
-Panaskan minyak.. tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan bawang tumbuk & serai kacau dan biar sebentar. Masukkan daun limau purut & cili padi.
-Masukkan kiub ayam, isi ayam & sedikit air. Biar ayam empuk.
-Masukkan semua sos2 tadi.. dan masukkan jugak semua sayur2 tadi kecuali tomato masuk lambat sket.
-Rasakan masinnya tambah apa2 yg patut.. garam, gula & perasa.
-Masukkan tomato & air tepung jagung utk memekatkan.
-Biar sebentar.. bila dah secukup rasa bolehlah dihidang.
Share |

Ahad, Mac 22, 2009

Sotong Goreng kunyit & buncis

www.tips-fb.com
Share |

Khamis, Februari 12, 2009

Sotong hitam manis

www.tips-fb.com
Sotong hitam manis ni,mmg kegemaran anak2.....dah lama tak masak lauk ni....mereka selalu bertanya..."mama bila nak masak lauk sotong hitam tu"....dengar pun gelihati...w/pun hitam2 sitampuk manggis...tapi tetap jadi pujaan hati mereka...mcm bermadahlah pulak....hehehe.....layan dulu gmbrnya ye....masaknya main campak2 je....
Share |