Rabu, Julai 27, 2011

Pisang Tanduk Goreng Crispy Madiha

Dah minum petang semua...ehmmm...cuaca hari ni mendung dan bila petang hujan pulak..kain dijemuran pun tak kering...memang sedap kalau dapat secawan kopi dan pisang goreng panas2... akak minum petang dengan pisang goreng yang rangup ni...memang sedap dan rangup sunguh..dah ramai yang mencuba semua mengatakan sungguh crispy...resepi dr Madiha...tima kasih ye madiha untuk resepi pisang yg crispy ni....

Pisang tanduk ni jiran yg bagi...biasalah kalau jiran akak ni balik dr kampung,macam2 khazanah dr kampung akak sampai kerumah akak...akak dapat tempoyak dr dusun durian nya dikampung,ubi kayu,pucuk ubi,petai,pisang dan macam2 lagi..akak suka dapat tempoyak ni..sbb tak lama lagi bulan puasa akan tiba..bolih lah membuat lauk pembuka selera..sedap nya dapat tempoyak yg asli buatan sendiri...Besar2 juga pisang tanduk yg jiran akak bagi ni...ni goreng separuh je...



Pisang Goreng Crispy
Sumber: Madiha

Bahan2
Pisang sematu/nangka/ atau yg sesuai digoreng secukupnya
Minyak masak secukupnya

Bahan2 batter
400 ml air
220 gm tepong gandum
50 gm tepong beras
100 gm marjerin
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 ¼ sudu kecil garam

Cara2 menyediakan
1. Masukkan bahan2 batter ke dalam jug blender ikut turutan di atas. Kisar sehingga batter sebati, rata & halus. Tuangkan batter ke dalam bekas yang sesuai.
2. Panaskan minyak secukupnya dengan api sederhana. Belah 2 setiap pisang lalu masukkan ke dalam batter. Bila minyak dah panas, masukkan hirisan pisang yang bersalut tepong ke dalam kuali berhati2 dengan menggunakan tangan. (jangan sampai terkena minyak pula yer).
3. Goreng pisang ke dua2 belah sehingga keemasan. Angkat & tos. Hidang di atas pinggan beralas paper towel & hidang bersama cili kicap.



Resepi Sambal Kicap

Bahan2
8 biji cili padi
1 ulas bawang putih
1 sudu kecil gula
Kicap manis secukupnya

Cara2 menyediakan
Tumbuk halus cili padi, bawang putih dan gula. Campur kicap secukupnya. Siap untuk dicicah bersama pisang goreng crispy.



12 ulasan:

  1. akak...nak join minum petang...
    best tu cicah pisang goreng ngan sambal kicap...

    BalasPadam
  2. salam, ada lagi pisang goreng?

    BalasPadam
  3. salam kak.. sedapnya nampak pisang tu kat sini tak de pisang tu jadi dapat tgk gambo akak je la

    BalasPadam
  4. salam K.Zai..pisang tanduk nie klu goreng sebiji pon dah dpt byk kan?

    BalasPadam
  5. Memang fav kak cek makan goreng pisang cecah sambal kicap...best sangat...:)

    BalasPadam
  6. bestnya dapat jiran yang murah hati....

    lama tak makan pisang tanduk goreng, sedapkan kalau goreng yang dah masak.... manis!

    BalasPadam
  7. Assalammualaikum k,Zai

    k.zai tayang pisang goreng...kesukaan kami buat minum ptg . tp di sini belum jumpa pisang utk buat goreng2.

    BalasPadam
  8. sedapnya pisang tanduk tu...dh lama tak makan... rangup jer nampak... nk sket boleh...

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum akak..
    sedapnya.. dah lama x makan pisang tanduk goreng..mmg nmpk rangup tu...

    BalasPadam
  10. wahhhhh resepi mudah menarik, boleh cuba ni
    Salam Ramadhan untuk Kzai

    BalasPadam
  11. salam kzai
    semalam hanim cuba buat resepi utk goreng cempedak. memang rangup. sedap .....
    tq kzai

    BalasPadam