Jumaat, Ogos 05, 2011

Puding Cocktail Berkuah

Dah masak semua...yang tak bekerja mesti awal2 dah kedapur kan.Bagi yang bekerja mesti terkejar2 untuk menyediakan juadah bbuka untuk keluarga...atau yang senang sekali dan nak cepat berehat main tunjuk2 kat Pasar Ramadhan je..tu lah yang dibeli kadang2 tak menepati citarasa pulak...tapi kalau dah emergency tu terpaksa telan lah juga.Hari ni akak buat puding yang senang dan disukai ramai...sedap makan bila disejukan dlm petiais.Resepi ni akak selalu guna pakai bila rasa nak makan puding yang berkuah...sebab senang dan ringkas dan bahan2 selalu ada didapur dan ada rasa masam2 dr buah fruit cockail.

Puding Cocktail berkuah

Bahan-bahan puding:
1 cawan tepung custard
1 sudu besar tepung jagung
5 cawan air
gula ikut rasa manis
1 biji telur

Cara-cara:
> Campurkan kesemua sekali dan dimasak diatas api yg sederhana dan dikacau sampai pekat dan likat.
> Setelah pekat dan likat,masukkan kedalam acuan yang berbentuk supaya senang dimakan.
> sejukkan didalam peti ais hingga beku dan keluarkan dari acuannya.
> dihidangkan bersama fruit cocktail dan kuahnya.

Kuah:
1 tin susu cair
1 tin air (guna sukatan dr tin susu cair ni juga)
Gula ikut rasa manis
Jika suka bolih taruh sebiji kuning telur

Cara-cara:
> Campurkan kesemua bahan2 dan jerangkan diatas api hingga mendidih dan biarkan sejuk dahulu kemudian sejukkan kedalam peri ais.

Hiasan:
1 tin fruit cocktail


15 ulasan:

  1. cantiknya...sayang je nak makan..

    BalasPadam
  2. Comelnya puding cocktail k.Zai...ada bunga ros..geram tengok. puding cocktail ni favorit sy. smlmpun utk majlis berbuka selain kuih talam sy buat juga puding cocktail. nanti boleh cuba resepi k.Zai pula.

    BalasPadam
  3. suka sangat tengok warna merah kuning tu.... warna bendera Selangor yang kucintai!...rajin Kzai buat ros yang kecik2 tu...

    BalasPadam
  4. Sedapnyer akak..
    Cantik sangattt dengan acuan bunga ros lagi....nanti boleh cuba cara akak pulak....selalu saya masak letakkan agar2 sekali...:)

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum akak..
    wah tgk puding tu mmg cantik ler akak.. sukanya diana tgk...cantik sgt!!

    BalasPadam
  6. salam kak cantik dan tentunya sedap puding ni.. terasa2 kat tekak.. ita suka tau puding2 macam ni..:)

    BalasPadam
  7. Salam kak Zai... alahai cantik comelnye puding akak.. memang best ni makan sejuk2 untuk berbuka. kite ni baru bersahur tengok puding akak rasa terliur pulak dah...aishhhh... :D

    Ijan

    BalasPadam
  8. Salam kak zaiii! CANTEKKKKKKKKKnyerrrrrrrr puding akak! kaler dia mengamcam betullah! pastu kan kalau puding berkuah kuah ni mmglah kita gemor sgt! puasa2 ni belum buat puding lagi tau kak kita ni nanti nak tgk resepi lah! mcm sedap pulak tgk tekstur dia tuuu licinnnnnnnnnnnnn berkilat!

    BalasPadam
  9. tu diaaaaaaaaa.. cantiknya pudinggg... mesti secantik org yang buat puding tu kan kak.. haha..

    saya kalau dapat puding cantik gini duk renung n tenung dulu baru ngap

    BalasPadam
  10. terlepek teruss tgk puding hakak...waduhhhhh!!!..ngak tahan dehhh

    BalasPadam
  11. adusss kak zai.. memang suka
    puding nih tapi tak blh ak buat..
    mr. hubby sedang berpantang..
    kesian plak jika dia tgk jer...

    selamat berbuka nanti kak.. mkn ingat kita yer... yummmmm

    BalasPadam
  12. cantiknya puding...Kalau mata dah kata cantik, makan tentu sedap...

    BalasPadam
  13. Wahh.. nak cubalahh, tekak ni memang teringin nak mkn puding.. nyummss!!

    BalasPadam