Selasa, Julai 19, 2011

Bubur Jagung Manis

Dah minum petang semua...dah terlambat nak masukkan N3 ni...bila dah masak nak kena rasa dulu..wat itu..wat ini..mentari pun nak hampir menghilangkan diri diufuk awan....tapi memang akak pujilah cuaca diluar sana hari ni memang sunguh ceria...hari tu tengok jagung kt super sunguh cantik dan murah pulak...beli lagi...dan wat bubur lagi...tapi kali ni versi kalor putih...nak buat talam2 malas plk rasanya sebab dah lambat...jemput minum...air teh "o' je...


Bahan-bahan

  • 4 tongkol jagung manis mentah - dihiris nipis
  • 6 sudu besar sagu - yang halus @ kasar
  • Secubit garam
  • 150ml santan pekat (santan kotak @ tin @ fresh santan)
  • 1.5 liter air atau lebih - dicampur dengan santan pekat
  • 5 sudu besar gula pasir - tambah lagi jika nak lebih manis
  • *** Kuantiti gula pasir hendaklah disesuaikan mengikut kemanisan yang diperlukan
  • *** Kuantiti air boleh dikurangkan atau ditambah bergantung kepada banyak kuah yang diperlukan

Cara-cara

  1. Basuh sagu dan toskan. Jangan direndam. Basuh sekali lalu saja.
  2. Masukkan jagung yang telah dihiris, santan pekat yang telah dicampur dengan air, dan juga garam ke dalam periuk.
  3. Masak di atas api sederhana sambil dikacau hingga mendidih.
  4. Masukkan pula sagu, gula merah dan gula pasir. Kacau hingga sagu bertukar menjadi jernih.
  5. Siap untuk dihidangkan. Sesuai untuk minuman petang.
  6. Sesiapa yang tak suka sagu, tak bubuh pun tak apa.

19 ulasan:

  1. hhmm..memang kene klu makan bubur jagung sambil minum teh o...
    asyikkk...

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Kak Zai

    Nampak Menarik Bubur Jagung Manis Ni Kak Zai...Boleh Buat Bulan Puasa Nanti..

    "Selamat Menyambut Bulan Ramadhan"
    Maaf Zahir Batin

    BalasPadam
  3. Salam Kak Zai..
    Akak..nampak sedap sangat bubur jagung tu..kuning aje...akak kalau masak...cair liur saya..:)

    BalasPadam
  4. sedapnya bubur jagung akak tu....tak pernah buat sendiri lagi ni..dulu mak jer dok buat..hehe nanti nak cuba jugalah..:)

    BalasPadam
  5. Assalam k.zai, thanks atas ucapan dan sokongan moral...hehee, amat ummi hargai...oleh itu, nak kecek sikit bubur jagung n sagu tu..ada lagi x? ^__^ muaaahh..!

    BalasPadam
  6. menangis tgk photoshoot akk skrg nihhhhh..phewwww!!..berpeluh beb!!!

    BalasPadam
  7. kak zai.. menarinya nampak bubur akak ni.. cantik la.. gambr pun mengoda... rasa nak cedok makan je.. hihihiii

    BalasPadam
  8. Salam Zai...
    lama Hawa tak buat bubur jagung begini..mmg sedap buat minum ptg atau berbuka nyum3x

    BalasPadam
  9. Bubur jagung ni mmg tak boleh tengok...pantang tengok..nnt terliur.. dah nak puasa ni.. Gambar2 zai sekarang cantik dan clear..guna gadget baru ye..

    BalasPadam
  10. As'salam Kak Zai

    Cantiknya gambo suka tengok sekeliling tu, sangat ceria. kak nak mintak semangkuk adalagi tak? nak buat sendiri tak semapt banyak benda nak buat ni..hihihi

    CT doa2kan semoga kak zai sihat2 selalu ya :D

    BalasPadam
  11. Salam ziarah,
    Ermmm...yummy bubur jagung...mintak semangkok... hehehe

    BalasPadam
  12. My favourite bubur jagung...nampak sungguh real-lah...follow sini.

    BalasPadam
  13. Assalam kak zai,
    lama tak kemari..akak sihat ke tu?..gamabr makin mengancam jiwa & raga..cantik!!!! kita tengok pun ternga nga mulut..suka tengok..ada class gitu!!!

    BalasPadam
  14. Lovely recipe, lovely pics..hehe sdpnye tgk bubur sagu ni~ teringin pulak..

    BalasPadam
  15. Cantik mangkuk bubur jagung k.Zai posing tepi tingkap...
    Bubur jagung suka buat bulan Ramadhan sbb cepat sediakan tp guna jagung dlm tin..

    BalasPadam
  16. Kzai,sedapnya nampak!best!
    baru semalam saya makan tapi beli di cafe hospital jelah

    BalasPadam
  17. Assalamualaikum akak...
    sedaaapnya tgk bubur jagung manis tu akak... mmg fav diana nie bab2 jagung nie.. sedaapnya

    BalasPadam
  18. Assalamualaikum kak Zai,

    nur bykan yang duduk disebelah akak ditepi tingkap tu sambil menjamah bubur jagung yg enak tu...cantik2 gambar akak skrg...tahniah kak!

    BalasPadam
  19. Hrap blas!!kalau buat untuk 80org mkn brpa kuantiti bahan yg diperlukan?

    BalasPadam