Sabtu, April 04, 2009

Good Old Fashioned Pancake

Sarapan pagi tadi ni....xde idea nak masak apa...semua bahan2 pun mudah...mmg ada dlm stok...layan jelah pagi2 makan pancake ni....resipi dr Jeni....kat dapur Ummi pun ada gak nampak nya....


Bahan-bahan

1 1/2 cawan tepung
3 1/2 sdt baking powder
1 sdt garam (saya kurangkan pada 1/2 sdt sahaja)
1 sdb gula (saya tambah kepada 2 sdb)
1 1/4 cawan susu segar (saya jadikan 1 3/4 cawan kerana sukatan asli tu batter saya jadi pekat sangat)
1 telur
3 sdb mentega dicairkan
Saya tambah 1 sdt esen vanilla

Cara

  1. Ayak tepung, baking powder, garam dan gula.
  2. Buat lubang di tengah-tengah tepung dan tuangkan susu, telur dan mentega cair. Kacau hingga sebati semuanya.
  3. Panaskan pan atas api sederhana. Pastikan pan sudah betul-betul panas.
  4. Tuangkan adunan sebesar mana yang mahu. Lapisan atas akan berlubang-lubang.
  5. Bila agak-agak lapisan atas sudah kering, terbalikkan. Biar seketika dan angkat.

2 ulasan:

  1. 2 hr lps saya baru buat gak. yummyy!!

    BalasPadam
  2. sedapnya pankek...kalau diletak inti kacang merah jadi le dorayaki yg doraemon suka tu...nyum nyum

    BalasPadam