Ahad, Januari 23, 2011

Lapis Roti Berdaging

Ni lah kudapan buat minum petang tadi...ada lebihan roti yang hampir nak expired...maka jadi lah projek bakar membakar...bahan2 pun memang dah ada...tengahari masak sempoi ulang tayang je...cuaca petang ni agak mendung...memang sedap layan roti lapis daging ni dengan teh 'o'...kenyang sampai kemalam...malam dah tak jamah nasi dah...dah kenyang dengan penangan roti lapis ni...penghuni dirumah ni memang suka layan menu macam ni dan makan dengan sos cili...dah pernah dulu cuba resipi ni kat sini dan dah hampir2 lupa nak mengulang tayang semula...


Lapis Roti Berdaging



Sumber: Umi e@MyR

  • 3 biji kentang di potong dadu
  • 500gm daging cincang
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar serbuk kari
  • 3 sudu makan minyak untuk menumis
  • 12-14 keping roti
  • 500ml susu segar
  • 3 biji telor
  • secubit garam
  • Parutan cheese (banyak ikut suka)
  • Sedikit margerin untuk melenser



Cara-cara

1. Blend bawang+bawang putih kemudian panaskan minyak dan tumis bawang serta masukkan serbuk kari dan juga daging cincang+kentang+garam
2. Satukan Susu+telor+secubit garam
3. Pukul susu+telor+garam hingga sebati
4. Celupkan kesemua roti dalam adunan tadi
5. Ramas-ramaskan kesemua roti tadi
6. lenserkan bekas tahan panas dengan sedikit margerin dan letakkan 1/3 bahagian roti yang telah di ramas
7. Kemudian letakkan separuh daripada daging+kentang yang telah di masak tadi atas lapisan roti
8. Ulangi proses di dgn meletakkan satu lagi bahagian roti dan selebih bahan daging+kentang dan dilapisan akhir dengan 1/3 lebihan roti
9. Taburkan parutan cheese (banyak ikut suka)
10.Bakar dengan api sederhana selama 30-45mins atau sampai lidi tak lekat
11. Boleh dihidangkan semasa panas dan potong ikut suka
12. Jika inginkan lebih pedas boleh hidangkan bersama sos


13 ulasan:

  1. Salam...
    tengok cili sos yang melimpah tu..terliur rasa...

    BalasPadam
  2. Salam....
    Sedapnyer....nak cuba buatlah..anak-anak suka makan ni...eeeee...sedapnyer.....

    BalasPadam
  3. Menariknye resepi nie k.zai...boleh cuba nanti....

    BalasPadam
  4. arrgghh..sedappnya....nak sikit kak..

    BalasPadam
  5. kak..igtkan pizza td..
    nampak sedap..dah lama cari resepi ni, tp x cari2 pun..bolehlah masuk list..
    kak..buku masakan tu sy lama benar berangan nk bli..huhu..

    BalasPadam
  6. assalam kak zai, menarikla resepi ni...tak pernah buat lagi...nanti boleh cuba ni..:)

    BalasPadam
  7. menarikya resepi ni.... blh cuba...

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum KakZai...
    Aduhai!!! Sedapnya Kak Zai...Perut Tgh Lapar Ni....

    BalasPadam
  9. assalamualaikum kzai...simple tp sedap sgt tu :p~

    BalasPadam
  10. Salam...kak zai
    Roti tu kena pecah2kan ke?
    Maaf budak baru blaja. :)

    BalasPadam
  11. Salam...kak zai
    Roti tu kena pecah2kan ke?
    Maaf budak baru blaja. :)

    BalasPadam
  12. Salam...kak zai
    Roti tu kena pecah2kan ke?
    Maaf budak baru blaja. :)

    BalasPadam