Sabtu, Disember 13, 2008

Roti Kerca

www.tips-fb.com

Pada hari cuti selepas raya aidil adha hari tu...tekak terasa nak makan roti kerca pulak....memamg dah lama teringin nak buat,...resipi nya pun dah lama peram...tapi bila sampai waktu buat benda lain pulak...biasa lah tu...tapi resepi kuahnya kita pelbagaikan mengikut stok yg ada dirumah.mengikut dari resipi tu,roti kerca ni merupakan masakan orang Arab,sekali pandang macam laksam,tapi bukan,dan konsepnya macam juga pasta,tapi lain sikit,..tapi bahan2 rempah tumisannya lebih kurang sama je dgn masak kari,cuma kuah roti kerca bubuh tomato puri dan daging cincang.disebabkan tomoto puri dah kehabisan stok dan daging korban masih ada lagi,maka kita bubuh daging,kentang beserta santan kotak je...maka jadilah dia kari daging berkentang makan bersama roti kerca ni...nanti lain kali buat kuah ikut resipi ini pulak.....nak jadi Pak Arab plk....hehehe....resipi ni ambil dari majalah saji...panjang lebar plk beceloteh....nanti semput plk org nak baca....meh kita tengok resipi yg asal....



ROTI KERCA
Sumber resipi- Azie & Syed Sobrie (majalah saji)

Bahan A:- kita buat 1/2 adunan
1 kilogram tepung gandum
5 biji telur
garam dan air

CARA MENYEDIAKAN:
1.Satukan kesemua bahan dalam mesin pengisar dan kisar sebati.Jangan gunakan terlalu banyak air,tuang sedikit demi sedikit.kecairannya seperti ingin membuat lempeng.
2.Setelah itu dadar diatas kuali non-stick.Ia tidak perlu dibalikkan.Sama seperti membuat kuih dadar.
3.Setelah itu gulung dan potong serung.

BAHAN KUAH:
1/2 kg daging cincang
1/2 cawan tomato puri atau lebih
2 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
1 peket kecil serbuk kari daging
8 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
4 biji bunga cengkih
Sedikit air jika pekat

UNTUK TABURAN HIASAN:
Bawang goreng
daun bawang

CARA MENYEDIAKAN:
1.Tumis rempah biji dan bawang hingga naik bau dan kuning.
2.Masukkan rempah kari,dan tumis lagi.
3.Tuangkan tomato puri dan daging cincang.Bubuhkan garam dan gula.
4.Renehkan sehingga kuahnya pekat.
5.Sewaktu makan hendaklah dibubuh bawang goreng dan daun bawang.



Share |

Tiada ulasan: