Ahad, 2009 November 22

Lemon Rosemary Chicken Grilled

Ni godaan dari dapur Hana lah ni...terus tingat nak menggeril lagi plk...Buat untuk dinner malam ni....siang tadi gantung piuk belanga,sbb pergi kemajlis perkahwinan anak kawan kat Melawati Urban...buat pun setengah ekor je...nak buat seekor takut tak habis plk malam2 ni...kalau siang bolih ulang2 makan....samping tu goreng curly fries dan nugget je dan cicah dgn sos bbq...senang koje....ayam cik mary ni dah pernah buat dulu ada kat sini...dan kalau nak buat sos nya ada kat sini ye,kat umah puan hana kat Jopun nun...tapi ghajin letak gak lah resipi kat sini ye...


LEMON ROSEMARRY CHICKEN GRILLED
Sumber : The Naked Chef (Jamie Oliver) Diolah oleh Jeni, copy dr Fp Ana.tq Ana...

Bahan:
1 kg ayam/1 ekor ayam
1 biji lemon
3 ulas bawang putih
2 sudu besar olive oil - guna minyak sayur aje
Segenggam Rosemary Kering - 1/2 botol kecil
1 sudu besar serbuk lada hitam
2 biji kentang dibelah 2 - letak lebih
2 biji tomato atau lebih
Baby carrots - guna carrot besar yg dipotong2
1 biji bawang besar dibelah 4
2 sudu serbuk Paprika - ditambah
Kicap Pekat - ditambah
Garam dan gula secukup rasa

Cara:
Lemon, kentang dan bawang putih direbus selama 15 minit. Angkat dan tos.
Tumbuk bawang putih dan rosemary sehingga lumat.
Gaulkan bahan yg ditumbuk tadi dengan olive oil dan campur sedikit garam dan serbuk lada hitam. Ambik sedikit bahan ini dan gaulkan dengan kentang, bawang besar, baby carrots dan tomato.
Lemon tadi dicucuk cucuk dengan garfu supaya jusnya nanti keluar dan disumbat ke dalam perut ayam.
Sumbatkan juga beberapa kentang, bawang dan baby carrot ke dalam ayam tadi.
Jeni cucuk lubang ayam tu dengan toothpick supaya tak terkeluar bahan2 tadi.
Lumurkan ayam tadi dengan bahan tumbuk tadi.
Susun kentang, tomato, bawang dan baby carrots dan bakar didalam oven 180'c selama 1 jam atau sehingga masak.
Hidangkan..bersama mashed potato dan salad..

Rabu, 2009 November 18

Moist Brownies & Farewell

Minggu ni kat ofis ada jamuan perpisahan dgn training girl dari UKM...kat sini mmg selalu buat makan2 sambil bersantai dan sesi bergambar ala2 seniwati primadona...pantang ada yg nak bertukar department ketempat lain ke atau pun berhenti dr syarikat...maka masing2 siboklah membawa bekalan memasing dr rumah...ada yg berat dan yg ringan...air minuman order kat kantin je...kita pun tak terkecuali membawa sama...bawa yg senang nak godek je yg kat atas tu..buat yg senang dan cepat laris je...ada nasi lemak bungkus,roti bom,kuih cara berlauk,popia basah,popia goreng,agar2 dan kek comel2...layanlah gambar makanan ni...seniwati malu tunjuk muka...brownies fofular dan sedap ni dah pernah buat dulu ada kat sini...tapi letak jugalah resipi ye...

Bahan A
1 cawan susu cair
1 cawan butter cair
1 cawan air panas
2 cawan gula perang [brown sugar]

Bahan B [kacau rata]
2 biji telur gred B
1 s/k esen vanilla

Bahan C [ayakkan]
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko - sy guna serbuk koko Van Houten
1 s/k baking powder
1 s/k soda bikarbonat - sy guna 1/2 sudu kecil je

Cara
1. Panaskan oven pada suhu 175'C selama 10 minit.
2. Kacau bahan A supaya sebati.
3. Masukkan bahan B.acau rata.
4. Masukkan bahan C dan gaulkan supaya sebati.
5. Lapikkan kertas dalam loyang 10x 10 inci.
6. Bakar selama 45 - 50 minit.
7. Sejukkan kek dan salutkan dengan kerim coklat.

Chocolate Topping
Bahan:
250 gm cooking coklat [cap tulip]- sy guna Van Houten cooking choc.
1 s/b butter/majerin1 s/k susu cair

Cara:
1. Panaskan coklat dalam periuk/bekas secara double boil.
2. Bila coklat telah cair tutup api dan campurkan butter. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau lagi.
4. Salutkan pada kek dan hias mengikut kesukaan.



Selasa, 2009 November 17

Sambal Terung Berudang

Udang datang lagiii...tora dtg lagi...mcm iklan katun dlm Tv jer...ni lauk sempoi buat utk makan malam tadi dan pasangkan dgn masak lemak putih kobis & tauhu dan juga ikan goreng...dah lama tak menerong ni...sedap makan dgn nasi panas2...akak kalau makan mesti nak ada sambal..tak kira sambal apa pun,tapi sambal belacan tak berminat plk..nak sambal yg bergoreng...dan kalau goreng udang suka yg berjanggut..tak suka togel2 tu...hb pun sama citarasa...mmg tak buang janggut tu...bila kunyah rasa rangup2 gitew...tapi kepala dan ekor mestilah buang,kang tercekik plk bila makan kang...

Bahan-bahan:

1-2 biji terung panjang (dibelah dua,dipotong serong dan digoreng)
Semangkuk udang - (dibuang kepala dan ekor dan digoreng) agak2 lah byk mana ye
*5 biji bawang merah - lg byk bwg,lg manis & sedap
*2 ulas bawang putih (dikisar)
*6-7 biji clili merah/cili masak
Garam secukup rasa
Sedikit pak aji - jika suka

*Bawang merah,bawang putih dan cili merah/cili masak dikisar sekali

Cara-cara:

1.Panaskan sedikit minyak di dlm kuali.
2.Tumiskan bahan-bahan kisar sehingga terbit bau dan garing dan masukkan garam dan perasa. 3.Masukkan udang,terung dan gaul mesra.
4.Sedia dihidangkan bersama nasi panas.



Ahad, 2009 November 15

Soto Ayam Diana

Hari cuti hujung minggu ni buat soto,dah lama tak menyoto ni...rindu sangat dah makanan yg mmg peberet ni...selalu guna resipi yg lain..yg ni guna resipi yg popular dikalangan kawan2 yg dah ramai mencuba...mmg tak dapt disangkal keenakan soto ni...patutlah ramai yg dah buat berulang kali,sbb ada kelainan dr segi rasanya yg bersantan...tapi taklah muak...sbb ada rempah ratus tu...resipi dr Diana@MyR...tq Diana kerana berjaya mencipta resipi yg menjadi ketagihan ramai ni.


Bahan-bahan ( 12 orang )

  • 6 bungkus lontong ADABI yang telah dimasak
  • 2 ekor ayam, dibelah empat
  • 3 - 4 liter air
  • 1 cawan santan pekat
  • 1/2 cawan serbuk ketumbar
  • 2 sudu teh serbuk jintan halus
  • 2 sudu teh serbuk lada putih
  • 3 batang serai, dititik
  • lengkuas sebesar ibu jari, dititik
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga
  • 5 tangkai bunga cengkih
  • garam secukup rasa
  • 1 cawan minyak untuk menumis
  • Bahan untuk Dikisar
  • 3 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • Bahan untuk Sambal Kicap
  • 5 batang lada merah
  • 20 biji lada padi merah thai
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 cawan kicap lemak manis
  • Bahan Hiasan
  • bergedil
  • taugeh yang telah dicelur
  • daun sup, dipotong halus
  • bawang goreng
  • sambal kicap
  • ayam, yang telah disiat-siat


Cara-cara

  1. Panaskan minyak didalam periuk. Masukkan rempah tumis (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih) bersama serai dan lengkusa yang telah dititik. Tumis rempah yang telah dikisar sehingga naik bau. Masukkan serbuk ketumbar, jintan halus dan lada putih, gaul hingga sebati. Masukkan santan gaul sebati dan tuangkan air dan masukkan ayam. Masak sehingga kuahnya mendidih dan ayam masak.
  2. Cara membuat Sambal Kicap - Kesemua bahan itu masukkan kedalam alat pengisar dan kisar halus. Sedia untuk digunakan.
  3. Cara menghidang - Potong lontong dadu besar dan letakkan daging ayam yang telah disiat bersama taugeh dan tuang kuahnya. Hiaskan dengan daun sup, bawang goreng, bergedil dan sambal kicap.

Selasa, 2009 November 10

Nasi Mandhi


Haritu teruja tgk kat umah mamasya ada hidangan nasi Mandhi ni....nasi ni berasal dr negeri Pak Arab...resipi asal dr Resipi Raidah..dah teringin lah plk...mmg sedap nasi ni...w/pun dah sejuk,tapi tetap lembut...tapi tak buat set lauk nya...akak ubah selera plk kepada ayam berempah dayang jack tu dgn ayam kurma....nasi ni mkn dgn ayam bakar dan sos nya...akak tukar lg makan dgn dalca plk...dalca beli semangkuk kat kedai je,senang keje..lama sgt dok dapor...nak cepat makan..jgn tuan nya murka sudahlah..memandai je menukar lauknya...lain kali akak buat lauk asal nya plk Raidah ye..tq Raidah dan mamasya kerana beri resipi yg lengkap dan terperinci..akak c&p je ye...


Bahan
4 cawan/pot beras basmathi ~ rendam 20 minit dan toskan
3 camca besar minyak sapi
4 cawan air atau secukupnya - **tambah air supaya nasi lembut
1 biji bawang besar ~ hiris halus
3 ulas bawang putih ~ hiris halus
1 inci halia ~ hiris halus btg mancis
1/3 cwn kismis
Rempah tumis ~ 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih
Sedikit pewarna kuning- guna 1 sk kunyit campur dgn sikit air
Garam secukup rasa.

Cara penyediaan nasi:
1. Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum dan bawang layu. Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.
2. Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
*3. Bila nasi kering, buat lubang ditgh nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 2minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.
4. Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
5. Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau/gembur nasi dan masak nasi sehingga masak.
*tak buat langkah 3 ni sbb tak ada arang.utk dptkan nasi 2 warna gini jgn kacau rata2 sgt nasi.nak nasi masak elok yg biasa buat bila masak nasi minyak dll, bila nasi kering tutup nasi dgn aluminium foil yg lebar,barulah tutup dgn tudung periuk....jadi nasi masak elok sbb wap nasi terperangkap.

Ayam Panggang Berempah Utk Nasi Mandhi


Ayam panggang berempah ni juga antara lauk untuk pasangan nasi Mandhi...tapi ayam dah togel,sbb dah siat kulitnya awal2...dah tak mengancam...my hb mmg tak suka makan lauk ayam yg berkulit...awal2 dia akan suruh buang kulit ayam tu...konon2 nya nak jaga kesihatan...yelah org dah veteran kena juga jaga semua tu selain nak jaga selera yg kadang2 memuncak nak makan berbagai jenis...resipi dr Umah dayang Jack..tq dayang akak c&p ye...

Bahan-bahan :
  • 1 ekor ayam (dibersihkan dan dipotong ikut suka)
  • 1 helai daun pandan (disimpul)
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 1/2 sudu makan lada hitam (dikisar)
  • 5 tangkai daun ketumbar (dikisar)
  • 5 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1/2 inci halia (dikisar)
  • 1 sudu besar serbuk kari ayam
  • 1 sudu besar jus lemon
  • 2 sudu besar madu
  • 2 sudu besar minyak zaitun (minyak masak pun ok)
  • garam secukupnya
Cara-cara :
1. Satukan kesemua bahan di dlm periuk/kuali. Rebus sehingga separuh masak @ sehingga kuahnya agak pekat.
2. Sediakan dulang yang dibalutkan dgn kertas foil. Susunkan ayam bersama bahan2 perencahnya sekali dan panggang hingga masak.
(terbalikkan ayam ketika memanggang supaya masak sempurna)

***boleh juga dipanggang tanpa dulang jika suka

Ayam Kurma

Ayam kurma ni diantara lauk pasangan ayam Mandhi...sbb nak berkuah...

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam, dipotong ikut suka


Dikisar:
3 biji bwg merah
3 biji bwg putih
1 biji cili hijau

1 inci halia
1 inci kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
1 pkt kecil serbuk rempah kurma adabi, dibancuh dgn air
1 btg serai, dititik
Sekeping asam jawa
1 biji kentang, dibelah 4
1 biji bawang besar, dibelah 4
1 biji buah tomato, dibelah 4
1 biji cili hijau, dibelah
1 mangkuk santan
Minyak utk menumis
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:
1. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar, rempah ratus, halia dan serai hingga naik bau.
2. Masukkan rempah kurma dan buah keras. Tambah sedikit air dan kacau.
3. Masukkan ayam dan kacau hingga ayam disaluti rempah dan bertukar warna
agak keputihan. Tuangkan santan dan kacau sesekali hingga mendidih. Masukkan
kentang dan masak sehingga kentang lembut.
4. Masukkan asam keping dan perasakan dengan garam dan gula.
5. Masukkan bawang besar dan cili hijau yg telah dibelah. Kacau sebentar dan bolehlah
dihidang dgn nasi.