
Bahan2:-
Kentang ~ dipotong dadu
Tempe ~ dipotong dadu
Tahu putih ~ dipotong dadu
Kacang panjang ~ dihiris menyerong
Bawang besar ~ dihiris
Bawang putih ~ dihiris
Cili hidup ~ dihiris
Su un ~ direndam
Udang segar bersaiz kecil (mama gunakan udang kering aje, rendam)
Air asam
Belacan
Santan
Garam
Gula
Minyak masak
Kaedah penyediaan :
1. Goreng kentang, tahu putih dan tempe berasingan, hingga kuning keemasan. Ketepikan.
2. Dengan sedikit sahaja minsyak, goreng sayur kacang panjang hingga lembut. Ketepikan.
3. Panaskan minyak di dalam periuk dan masukkan hirisan bawang besar, bawang putih dan cili hidup.
4. Masukkan pula udang segar dan su-un.
5. Di dalam mangkuk yang kecil, gaulkan air asam dan juga sedikit belacan. Tuangkan ke dalam tumisan tadi dan kacau sebati.
6. Masukkan sedikit santan kelapa agar sayuran tidak menjadi terlalu kering.
7. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
8. Setelah mendidih, masukkan kesemua sayuran tadi dan kacau sebati.
1 ulasan:
ni antara fav saya ni. lg2 klu kwn saya yg buat. mmg mengancamm!!!
Catat Ulasan