Memaparkan catatan dengan label DAGING. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label DAGING. Papar semua catatan

Ahad, November 21, 2010

Kurma daging Tomato

www.tips-fb.com
Menu tertunggak...resipi dr dapur CMG...tima kasih mat....sedappppp!!!!...

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 g daging batang pinang, potong kiub besar2, cuci dan toskan
3 biji kentang, kupas, potong 4 setiap satu dan rendam
1 biji bawang besar, belah 4
2 biji cili merah, dibelah dua
1 keping asam gelugor
2 1/2 camca besar rempah kurma
1 camca besar kerisik
1 camca besar gula melaka
2 camca besar tomato paste
1 liter air
1 cawan susu sejat
1 camca besar bawang goreng
Garam secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
2 biji cili merah
1 biji tomato
2 camca teh lada hitam biji
2 biji buah keras

BAHAN TUMIS :-)
3 biji bawang merah, dihiris
1 biji bawang putih, dihiris
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, tambah tomato pes, bahan kisar dan rempah kurma, kacau rata dan masak hingga terbit minyak.
  2. Masukkan daging, gaul rata dan biar daging kecut sedikit. Tuang air dan masukkan bawang goreng, gaum rata. Bila mendidih, masukkan kentang dan bawang belah. Masak hingga daging lembut.
  3. Masukkan kerisik dan susu sejat tadi. Tambah gula melaka, garam, belahan cili merah dan asam gelugor. Masak dengan api perlahan sambil dikacau sekali sekala hingga kuah pekat dan kentang empuk. Rasa dan jika ok boleh matikan api..
Share |

Isnin, Ogos 16, 2010

Potato Croquette

www.tips-fb.com
Ni menu masa cuti2 gak ni...balik keje mane nak sempat nak ngentel2 ni semua kan...time keje terjah bazar juadah aje lah...enak dimakan panas2 ni...resipi dr Yani@MyR..dah leh buka MyR skrg...

Bahan-bahan ( 8 ketul ) - akak wat kecik2 sikit dpt byk gak

  • 4-5 biji ubi kentang
  • 1 sudu mentega
  • 1/2 biji bawang besar
  • 150g daging cincang- letak ayam
  • sedikit garam dan serbuk lada sulah
  • 2 biji telur dipukul
  • bread crumbs secukupnya
  • sedikit tepung
  • minyak untuk mengoreng


Cara-cara

  1. Rebus ubi kentang sehingga masak
  2. Kemudian kupas kulit kentang dan lenyek dengan garfu
  3. Potong dadu bawang besar.
  4. Panaskan mentega. Tumis bawang besar sehingga naik bau.
  5. Masukkan daging. Kacau supaya tidak berketul. Bila dah masak tambahkan garam dan serbuk lada sulah.
  6. Kemudian masukkan daging ke dalam ubi kentang tadi. Gaul sehingga sebati
  7. Bahagikan kepada 8 bahagian. Ambik satu bahagian dan buat bentuk bulat atau ikut kesukaan anda. Ulang sampai habis.
  8. Salutkan setiap bahagian tadi dengan tepung, kemudian dengan telur yang telah dipukul dan diikuti dengan bread crumbs
  9. Goreng dalam minyak penuh
Share |

Ahad, Julai 25, 2010

Shabsuka

www.tips-fb.com

Maaf lah ye sbb tuan umah tak sempat nk berkata2 sebelum letak resipi ni .. dh sedia maklumlah kan ... tnet kt kwsn sini mcm biskut ... malam tadi tgh syok2 upload gambar dan letak resipi cepat2 sbb dh tau kejap lg line akan hilang ... mmg betul pun .. sib baik sempat letak gmbr dan resipi je ... cam tak best plk tak citer resipi amik dr mane kan .. nk ucap tima kasih gak kt tuan empunya resipi atau kt mane kita c & p. .. tuan tu pun nk glamer gak keputusan dr resipi dan dr mane dia sekodeng kan ... tak baik lah kan .. kita kena hargai usaha seseorang tu kan ... kalau kita tak sebut nama nye kan ... mcm bersalah je rasa nye .. . Ini pun sambung bersiaran dr ofis ... nak upload gmbr kt ofis mcm tak selesa je kan ... ok lah resipi ni dh lama gak keudara ... biasalah tuan umah ni mmg sll terlambat sokmo ... resipi keputusan skodeng dr dapur ayu S'pore dan kita c & p dr dapur Nur yg dok kt S'pore gak ... mereka ni dh byk kali wat benda ni ... bila dh repeat mestilah sedapkan ... mmg sedap ponnn ... mungkin menu asal dr Mediteranean kot ... wat utk minum ptg ... mkn dgn roti perancis atau roti biasa ... mkn cam tu je pun sedap gak ... tima kasih semuanye ...

Shabsuka

Bahan2:
500g daging lembu kisar atau daging dihiris
3 sudu besar cili kisar
3 sudu besar bawang putih kisar
2 sudu besar halia kisar
4 sudu besar serbuk kari daging
1 biji bawang besar dipotong dadu
1 biji toamto dipotong dadu
1 cawan sayur campuran
1 tin tomato puree size sederhana - akak letak 2 sudu je
4 sudu besar tomato sos
1 / 2 -1 sudu besar gula

1-2 cawan air
garam & serbuk perasa

Bahan untuk taburan: -

2 biji bawang besar dipotong dadu
2 biji tomato dipotong dadu
sedikit daun ketumbar atau daun sup
1-2 lada merah dihiris halus
1-2 lada hijau dihiris halus
2 sudu besar bawang goreng-optional
6 biji telur

Cara-cara: -
Campurkan daging, dengan bawang putih kisar, halia kisar, serbuk kari dan biarkan selama 20 minit. Panaskan minyak dan tumins bawang besar hingga layu. Masukkan cili kisar dan kacau hingga pecah minyak. Masukkan perapan daging tadi dan gaul rata. Masukkan 1-2 cawan air. Bila daging sudah hampir 3 / 4 masak, masukkan tomato puri, tomato sos, sayur campuran dan toamto yang dipotong dadu tadi. Kacau rata dan masukkan garam, gula & serbuk perasa secukup rasa. Sesuaikan rasa-ia harus ada masam dan manisnya .. Biarkan ia reneh sebentar dan matikan api. Shabsuka ini haruslah tidak terlalu cair atau kering.

Cara menyediakan dan menghidang shabsuka: -
Bila daging sudah masak, masukkan kedalam loyang atau mangkuk yang boleh dibakar dan ratakan. Taburkan bahan2 taburan, seperti tomato, bawang, lada, daun ketumbar / sup dan bawang goreng diatas daging tadi. Buatkan lubang untuk telur dan bakar 180C selama 15 minit atau hingga telur hampir masak. Ceduk sedikit adunan tadi dan hidangkan dengan roti putih atau roti perancis bakar / panggang)


Sources:-From www.resipi.net

Share |

Ahad, Jun 06, 2010

Beef Lasagna

www.tips-fb.com
Salam semua...lama tak bersiaran...windu gak ni pd kengkawan...kadang2 bila angin kuskus dah menyerang...tu yg lama bertapa tu...hari ni nak ber'n3' dgn lasagna...dah wat semalam ni...cilok resipi dr umah Hana...minta halal ye Hana letak resipi kat sini...sedap lasagna ni wat minum petang...

Bahan-bahan
  • 8-10 keping kulit lasagna - guna jenama SAN REMO instant lasagna
  • 300g daging cincang
  • 1/2 biji bawang besar holland - cincang
  • 2 ulas bwg putih - cincang
  • 1 tin sos spaghetti original
  • 3 sudu besar tomato puree@ 2 biji tomato cincang
  • 1/2 biji carrot - potong dadu (optional)
  • 3 biji cendawan butang - hiris nipis
  • 1 sk oregano
  • Air
  • minyak zaitun
  • garam, gula secukup rasa
  • keju mozarella secukupnyer


  • UNTUK SOS PUTIH
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 1/4 cawan susu segar
  • 1/3 cawan keju pilihan
  • 3 sudu besar butter
  • lada hitam, garam
Cara-cara
  • Rebus kulit lasagna instant mengikut arahan peket. (hana rebus dengan sedikit minyak) Tapi ada jenis lasagna yg tak perlu direbus. Kemudian ketepikan.(akak rendam sekejap dgn air sejuk supaya lembut)
  • Panaskan minyak zaitun, tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik bau. Masukkan daging. Kacau hingga daging bertukar warna. Masukkan pula tomato puree@tomato cincang. Masak hingga tomato hancur. Kemudian masukkan sos spaghetti, carrot, mushroom, oregano, garam dan gula secukup rasa. Masukkan sedikit air jika kuah terlalu pekat. Masak hingga mendidih dan ketepikan.
  • Utk membuat sos putih , satukan semua bahan dan kacau di atas api yg kecil hingga pekat.
  • Sediakan mangkuk yg bersesuaian utk membakar. Susun kulit lasagna, kemudian sapu rata sos daging... sapu pula sos putih dan taburkan keju mozarella (jika inginkan rasa cheese yg lebih pada setiap lapisan. Jika tak nak ltk pong tk mengapa.) Lapiskan lagi dengan kulit lasagna dan ulangi proses tadi hingga habis. dan last skali adalah sos putih. taburkan keju dan sedikit daun parsley jika suka.
  • Bakar selama 40-60min atau hingga permukaan lasagna keperang2an. Boleh dimakan sejuk atau panas.
Share |

Isnin, November 30, 2009

Daging Masak Kicap Pedas

www.tips-fb.com



Ni bukan daging kurban ye kawan2...menu ni dah masak minggu lepas..tapi baru nak wat n3 kat sini...kdg2 tu tak tahu nk masak apa dgn daging ni...ronda2 kat dapur kengkawan...terjumpa resipi yg sempoi dan sedap ni kat dapur Ummi Kuantan....minta izin c&p resipi kat sini ye..tq ummi



Bahan: ( 5- 6 orang)


400 gm daging batang pinang - dihiris nipis, dibersihkan.
1/4 cawan kicap manis
1 keping asam gelugur
1 labu bawang besar - hiris bulat gelang
1 biji cili hijau - belah 4
1 biji cili merah - belah 4
1 1/2 - 2 sb. gula
1/3 cawan air
garam secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis

Bahan Tumbuk dan Tumis:-
2 sb cili kering kisar
3 biji bawang merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1 inci halia - ditumbuk
1 sk jintan manis - ditumbuk
1/2 sk jintan putih - ditumbuk
1 batang serai - diketuk
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih

Cara-Cara:-
1. Panaskan minyak dalam kuali, perlahankan api dan tumiskan bahan2 tumbuk dan kisar, kulit kayu manis, lawang, cengkih dan serai. Kacau hingga naik bau dan cili kisar garing sedikit.
2. Masukkan daging, kacau rata sebentar.
3.Tambahkan kicap dan gaul rata...Masukkan sedikit air dulu..Biar daging mesra dengan kicap.
4. Masukkan pula asam gelugur dan jika daging belum empuk tambah sikit air lagi.
5. Tambahkan garam dan gula secukup rasa.
6. Akhir sekali bila daging telah empuk, masukkan bawang besar dan cili merah dan hijau...Kacau layu sekejap dan angkat.
7. Hidangkan dengan nasi panas2...
Share |

Ahad, September 13, 2009

Daging Blackpepper & Brokoli

www.tips-fb.com

Dah lama tak masukkan n3 masakkan...rindu plk rasanya,tak habis lagi nak kutip Kad Raya...sabar ye sahabat semua jgn kecil hati...akan dikutip dr rumah kerumah satu persatu...nak masukkan n3 ni dulu ye...menu ni masak pada hari cuti aritu...kalau hari keje..faham2 jelah ye...sedap resipi ni ambil dr umah Nor Ganu...best makan waktu berbuka dgn nasi panas2,nak masak pun ringkas je...tapi campur dgn brokoli sikit...tima kasih Nor,akak c&p je dan edit sikit mengikut kesesuaian...

Daging Black Pepper

Bahan2:-
500gm daging batang pinang
1 sb serbuk lada hitam yg ditumbuk kasar - lebihkan jika ingin lebih pedas
1 biji lada benggala hijau - xde stok (gantikan dgn brokoli)
1 biji lada merah
3 sb kicap manis
2 sb sos tiram
1 cawan air
1 sb tepung jagung yg dibancuh dgn 2 sb air
1/2 sudu garam halus dan 1/2 sb gula
minyak utk menggoreng

Cara2:-
1.Potong daging nipis2 dengan cara melawan urat supaya daging tidak liat. Bersihkan dan toskan selama 1 jam atau lebih supaya daging tidak mengeluarkan air yg banyak ketika menggoreng.
2.Potong panjang kedua2 lada. Sebelum itu hendaklah dibuang dulu butir2 lada
3.Panaskan minyak. Sebolehnya digunakan minyak yg banyak dan menggunakan api yg kuat spt yg ditunjukajar oleh chef asal supaya daging itu tak perlu digoreng dgn lama. Goreng daging lebih kurang 3 - 4 minit sambil dikacau supaya rata masaknya dan angkat. Sy renehkan dgn sedikit minyak yg telah dipanaskan sampai daging empuk(daging batang pinang msk sekejap aje)
4. Masukkan serbuk lada hitam dan kacau hingga berbau wangi dan masukkan lada merah. Lepas itu masukkan kicap manis, sos tiram, garam dan gula. Kacau sebati. Peringatan: garam tak perlu letak banyak2 kerana dah pun masin - dari kicap dan sos tiram
5.Masukkan daging dan kacau sebati dan masukkan air. Sekiranya ingin lebih berkuah, lebihkan sukatan air. Biarkan mendidih, barulah dimasukkan lada benggala dan bancuhan air tepung jagung. Biarkan mendidih. Bila dah agak pekat boleh lah di padamkan api dan hidangkan panas2 dgn nasi putih.

## Kalau nak guna daging biasa pun boleh, hiris nipis2 dan rebus dgn sedikit air sehingga daging tu empuk. Pastu skip aje la step no 3.
Share |

Selasa, Februari 10, 2009

Daging msk lemak cili padi

www.tips-fb.com

Semalam masak lauk ni untuk makan tengahari....dah lama x pekena dgn lauk ni,teringin plk nak makan....tempohari ada my sister jemput makan tengahari dirumah nya,dihidangkan lauk ni...itulah yg terasa2 lagi nak makan,kalau orang lain masak atau bagi kat kita....mmg sedapkan...
Share |