Memaparkan catatan dengan label IKAN.. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label IKAN.. Papar semua catatan

Khamis, Ogos 11, 2011

Ikan Tempra Nyonya

www.tips-fb.com
Salam...hari ni masak lauk yang membuka selera....dah lama intai...memang mebeles lauk ni...ada rasa masam dan manis...memang memikat selera betul...pada bulan puasa ni kadang2 tekak mcm meragam dan memang suka pada lauk yg macamni dan tak muak dan berlemak...nak masak pun ringkas je.Resepi hasilan intai2 dr dapr Diana yang anggun...Diana dapat resepi dr buku nyonya recipes..tima kasih Diana akak kongsi disini pulak ye...

Ikan Tempra Nyonya
Sumber Resepi: Diana@Sky Blue's Kitchen

Bahan-bahan:
4 ekor ikan selar atau ikan kembung _ d bersihkan - akak guna ikan tenggiri
Daun bawang
Garam
Gula
Asam jawa
Air secukup kegunaan
Minyak

Bhn² A ( D goreng garing )
12 ulas bawang merah _ d hiris
12 ulas bawang putih _ d hiris

Bhn² B
5 - 8 biji cili padi
3 batang serai _ d titik
2 biji cili merah _ d potong menyerong

Cara²
  1. Lumurkan ikan bersama garam dan asam jawa.. Goreng d dalam minyak yang banyak dan panas sehingga garing.. Angkat dan ketepikan.
  2. Tumiskan bhn² B sehingga wangi.
  3. Kemudian masukkan air asam jawa, sedikit air, perencah pati ayam / kiub pati ayam, gula dan garam secukup rasa.
  4. Setelah mendidih bolehlah d masukkan ikan goreng dan renih selama 5 minit d atas api kecil.
  5. Masukkan 1/2 bawang merah goreng dan 1/2 bawang putih goreng. Gaul rata dan tutupkan api.
  6. Semasa menghidang taburkan 1/2 lagi bawang merah goreng dan 1/2 bawang putih goreng d atas ikan. Taburkan daun bawang juga.

Udang masak tempoyak...menu yang selalu singgah diwaktu bulan ramadhan..resepi?...ada disini

Share |

Selasa, Ogos 02, 2011

Ikan Kukus/Stim Ringkas

www.tips-fb.com
Salam...Berbuka menu apa awal ramadhan semalam...akak masak ringkas...ikan siakap stim je...lawan dgn udang masak tempoyak dan sayur kobis lemak putih je...dan sempat buat pengat pisang sikit..untuk akak aje..orang kt umah ni tak layan dgn pengat2 ni..akak sorang je yang layan..tempoyak tu pun jiran yg beri aritu bawa dari kampung...sedap makan ikan stim ni panas2..akak masak pun dah dekat nak bbuka posa...memang semua layan dengan ikan stim ni yg ada rasa masam2 lemon tu dan bertambah2 nasi lagi...resepi akak amik dr dapur Dayang..tima kasih dayang share resepi yg menepati citarasa seisi keluarga ini...


Ikan Kukus/Stim
Bahan-bahan :
  • 1 ekor ikan siakap (dibersihkan)
  • 1 batang serai (diketuk) - akak hiris
  • 5 ulas bawang putih (dihiris)
  • 2 inci halia (dihiris)
  • 1-2 biji limau nipis (ambil jusnya) - akak guna jus lemon
  • 2-3 biji cili padi (diketuk) - optional
  • sedikit salted vegetable (dihiris) - optional
  • 2 biji tomato (dihiris dadu)
  • sedikit garam dan gula
  • 1 sudu makan sos ikan atau sos tiram
  • sedikit air
  • sedikit daun sup (dihiris)



Cara-cara :
  • Sediakan pengukus. Jerangkan airnya dgn api sederhana. Sediakan bekas tahan panas atau loyang.
  • Lumurkan ikan bersama garam. Kemudian letak di dlm bekas tadi. Kemudian, taburkan hirisan bawang putih, halia dan masukkan serai. Kukus selama 15-20 minit. Sementara itu, satukan sedikit air bersama sos ikan/sos tiram dan gula. Bancuhkan.
  • Kemudian buka penutup kukusan, masukkan tomato, salted vege (jika suka), serta air yg sudah dicampurkan dgn sos tiram tadi. Kukus lagi 5 minit.
  • Akhir sekali masukkan jus limau dan cili padi. Kacau perlahan. Jika kurang masin bolehlah tambah garam. Kukus lagi selama 2-3 minit.
  • Setelah masak, taburkan hirisan daun sup.
  • Hidangkan dan sedia untuk dinikmati bersama nasi putih.


Share |

Rabu, Februari 23, 2011

Ikan Siakap Sos Limau Purut

www.tips-fb.com
Rasanya dah ramai yg cuba resepi ni...macam2 versi ada...dah beli ikan siakap tapi tak tau nak masak ape...siakap ni ada masa dijual dengan harga timbang kilo...kadang2 tu dijual dengan harga RM seekor...kalau dijual dengan harga RM seekor tu,kira murah lah kan...yg akak beli ni dgn harga main ekor2 je..
Masa ronda2 kat blog kengkawan terjumpa resipi yg mudah dan nampak menyelerakan ni...akak amik resepi yg senang dan cepat je...janji sedap kan...memang sedap pun..yg ni akak amik resepi dr dapur seorang doktor yang masih anak dara lagi...akak tengok bolih tahan gak air tangan nya...ape kata kita test power resepi olahan anak dara plk kan...selalu guna resepi mak dara je...suspen je...mcm CMG terjah blog plk...tapi mmg CMG dah terjah blog beliau ni dulu...


Ikan Siakap Sos Limau Purut
Sumber: Dr Liana

Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap (i suke belah bhgn perut & biar bhgn tulang belakang die je. not in this picture though)
bawang putih - cincang halus
bawang besar - chopped
halia seinci - hiris halus
4 sudu makan cili boh
4 sudu sos ikan Namphla
3 sudu sos tiram
daun limau purut 4 helai - hiris halus
4 sudu jus limau kasturi
tepung jagung utk goreng ikan, dan utk buat sos
1/2 cawan air
garam n gula secukup rasa
kiub ikan bilis maggi secukupnya
cili padi 6 batang - hiris halus




Cara-cara:
1. cuci ikan dgn air asam jawa hingga bersih utk hilangkan hanyir ikan
lumur ikan dgn garam dan tepung jagung seckupnya
2. goreng dlm minyak panas hingga garing . ketepikan.

utk sos:
1. tumis bawang putih, bawang besar, halia hingga naik bau
masukkan cili boh - tumis smpai garing
2. masukkan daun limau purut, jus limau, sos ikan namphla & sos tiram - kacau sebati
3. masukkan cili padi yg dihiris
4. perasakan dgn garam, gula, kiub ikan bilis maggi
dan masukkan air
5. lastly masukkan tepung jagung yg dibancuh dgn sikit air
bila kuah pekat, boleh angkat dan tuang atas ikan yg dah digoreng.

*if taknak guna cili boh pun boleh, nanti sos ni jadi warna kuning2 mcm tu..sedap jugak. rase die same je, cume warna je lain :)




Share |

Khamis, Januari 27, 2011

Menu Hari Ini Yg sempoi

www.tips-fb.com

Menu dinner hari ni masak lauk yg sempoi dan yg terasa tekak nak makan...biasa lah waktu bekerja kan... terkejar2 waktu yang singkat untuk kedapur...layan menu ulang tayang je...sotong goreng kunyit,asam pedas ikan tenggiri dan petola tumis air...hb laju je makan bertambah..hehehe...




Sotong Goreng Kunyit

Sumber: Wana@Potret Kasih

400 – 500 g sotong ( di bersihkan, buang perutnya dan di potong )
1 labu bawang besar ( di potong )
2 ulas bawang putih ( di pecah atau di tumbuk )
2 hiris halia
1 biji cili merah ( di iris )
6 biji cili padi ( sebiji2 atau di pecahkan sedikit )
sedikit daun ketumbar ( di potong )
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap manis
sedikit gula
sedikit garam
sedikit serbuk kunyit.

Cara Penyediaan

1. Gaulkan sotong dengan serbuk kunyit dan garam kemudian masak dalam kuali hingga kering airnya.
2. Bila sotong telah kering airnya, angkat dan ketepikan.
3. Dalam kuali tadi masukkan 2 sudu besar minyak masak tumis bawang putih, halia, bawang besar cili merah dan cili padi. Tumis hingga berbau harum dan layu.
4. Masukkan sos tiram dan kicap manis. Akhir sekali masukkan sotong dan daun ketumbar.
5. Kacau seketika, sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat dan dihidangkan.



Asam Pedas
Resepi: Kzai@Teratakimpian

Bahan-bahan:
Ikan tenggiri keping
2 biji terung atau bendi
Daun kesum
1/2 cawan jus asam jawa
Cili kering yg telah direbus*(agak2)
3 biji cili merah*
Sedikit kunyi hidup*
8 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inci belacan*(kisar)
Air secukup nya


Cara:
  1. Panaskan minyak dalam periuk,tumis bahan kisar hingga naik harum dan masak sekejap.Tambah cili kisar dan sedkit garam,masak hingga terbit minyak.
  2. Tuang air dan masukan daun kesum.Bila mendidih masukkan ikan dan jus asam jawa.tambah terung atau bendi.Masak hingga ikan masak.Rasa jika perlu tambah garam.
  3. Kalau suka bolih juga letak terung,bendi atau sawi jeruk.


Petola Tumis Air
Resepi: kzai@Teratakimpian

Bahan2:
1 batang petola - dibuang kulit luar
2 keping fucuk - direndam dan dipotong2
1 bungkus suun - direndam
1 bibi cili merah - dihiris
2 butir bawang merah - dihiris*
2 butir bawang putih - dihiris*
Sengenggam udang kering*
1 sudu kecil serbuk lada sulah/lada putih
Garam secukup rasa
Sedikit minyak utk menumis
Air secukupnya

Cara:
1. Tumis bahan2 yg bertanda (*) hingga wangi
2. Masukan air secukup nya dan bila mendidih masukan cendawan,fucuk dan suun
3. Bila bahan2 tu dah agak lembut,masukan petola,cili hiris,garam,lada sulah
4. Biarkan mendidih seketika hingga petola agak2 lembut sedikit.

Share |

Ahad, Ogos 15, 2010

Sambal Terung Telunjuk & Ikan Bilis

www.tips-fb.com
Yang ni takyah resipi lah ye..semua org tau buat kan...semua goreng dulu satu persatu..ketepikan...kemudian baru tumis sambalnya sampai masak dan gaulkan semua...sonangkan..bulan posa ni menu segera je..nk mengejar masa bila balik dr ofiskan...yg pastinya sedap pd tekak kan....
Share |

Rabu, Jun 30, 2010

Ikan Masak Asam

www.tips-fb.com
Dah makan malam dan dah berbuka posa semua...mesti masak lauk yg enak2 kan...akak masak lauk yg ringkas je tapi tetap mengecurkan selera...sedap ni..kalau takde selera makan,menu ni mmg jadi pilihan...resipi cilok dr umah Hana yg tgh kesunyian ditinggalkan laling nya yg gi ke US...cian..nnt tunggu laling balik ye...dak Darwish kan ade sebagai penghibur...hehehe...resipi asal dr MyR yg tak leh nk buka skrg ni..ngape ye..


Bahan-bahan
  • 1/2 ekor ayam - hana tuko ikan
  • * 3 ulas bawang putih
  • * 3 biji bawang kecil
  • * 1/2 inci halia
  • * 1/2 inci lengkuas - hana tk tumbuk
  • * 1 sudu teh jintan manis - hana tk tumbuk juge
  • 10 biji cili api - belah 2 (tp x putus)
  • 1 biji bawang besar dipotong bulat
  • 1 batang serai diketuk
  • 2 sudu asam jawa tanpa biji - bancuh dengan air
Cara-cara
  • Ayam atau ikan di potong sederhana besar & digoreng hingga kekuningan (jgn terlalu garing) - hana goreng tambah garam dan kunyit
  • Tumbuk bahan bertanda * dan ditumis bersama serai hingga kekuningan.
  • Masukkan cili api, bawang besar, air asam & ayam@ikan.
  • Perasakan dgn garam. Masak hingga kuah agak pekat.
  • Sedia utk dihidang.

Share |

Isnin, Jun 28, 2010

Telor Ikan Masak Lemak Cili Padi

www.tips-fb.com
Salam Semua dah makan...dah tidor diulit mimpi...mestilah sudahkan..hari dh tgh malam baru sempat nak N3...ni menu tertunda pd hari ahad...takleh celoteh panjang2..tnet slow giler...Bohsan!!!! tak tau lah skrg tnet ni menjadi2 slow nya kat kwsn umah ni...tunggu lama2..jap lg hilang plk...nak buka satu n3 pun nak tunggu sampai boring moring dibuatnya...nk gi ronda2 pun takde mood dibuatnya...

BAHAN-BAHANNYA :
1 peket telor ikan tenggiri atau apa2 ikan ( lebih kurang 800 g)
2 batang serai, dititik
2 helai daun kunyit, disiat2
2 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
2 keping asam gelugor
Garam secukup rasa
3/4 cawan cili padi kampung*
1 inci kunyit hidup*
4 biji bawang merah*(*ditumbuk halus)


CARA MEMASAK :
  1. Telor ikan cuci bersih dan toskkan. Ketepikan.
  2. Dalam periuk, satukan bahan tumbuk halus, serai dan santan cair, kacau dan didihkan. Masukkan telor ikan dan tambah santan pekat. Bila mendidih, masukkan daun kunyit dan perasakan dengan garam secukupnya.
  3. Kacau perlahan, rasa dan jika ok boleh matikan api.
Share |

Khamis, April 01, 2010

Ikan Siakap Bakar Tomyam

www.tips-fb.com

Dah lama tak membakar....ni wat lauk untuk dinner malam ni...bakar dlm oven jer.. aritu tingin plk tgk kat umah Maz...nampak sedap..tapi Maz ganti dengan sutun yg besar...ceduk resipi ni dr dapur Maz..resipi asal dr buku masakkan Chef Hanieliza bertajuk senang nya memasak (Ikan)...tq Maz..

Sumber Resipi : Buku Senangnya Memasak (Ikan) Chef Hanieliza
Bahan A
  • 1 ekor ikan siakap (bersih dan kelarkan) - kita guna sotong
  • 2 sudu besar pes tomyam
  • 5 helai daun limau purut
  • 1 sudu besar jus limau nipis ataupun kasturi
  • 1 biji tomato (potong 6)
  • Aluminium foil

Bahan B (Dikisar)

  • 2 biji cili merah
  • 5 biji cili api
  • 3 batang serai
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • sedikit gula dan fish sos - ni kita tambah sdri


Cara Membuat:-

1. Gauikan semua bahan yang dikisar dan letak di dalam aluminium foil. (jangan masukkan garam kerana pes tomyam selalunya masin)

2. Letakkan ikan dan daun limau purut. Kemudian bungkus kemas.

3.Bakar di dalam kuali di atas dapur selama 30 minit.

4. Perahkan limau semasa menghidang.



Share |

Ahad, Mac 07, 2010

Kari Ikan tenggiri & Terung

www.tips-fb.com
Ni menu lunch tengahari tadi...macam biasa...ikan ni kalau beli selalu masak kari,masak lemak cili padi,masak asam pedas atau masak kicap...semua ni menu ulang tayang jer...

Share |

Ahad, Disember 20, 2009

Sambal Sardin wif Kentang

www.tips-fb.com

Hari ni masak sempoi je...dah lama x interperem lauk pauk yg sempoi mempoi ni...lagi lama cuti,lagi malas nak masak...korang mcm tu jugak ke..atau akak sorang je mcmni...tapi korang semuanya rajin2 belaka kan,hari2 ada n3 masakan...jgn ikut mcm akak ni tau...
Share |

Isnin, September 14, 2009

Sambal Ikan Bilis Goreng Cili Padi

www.tips-fb.com
Sambal ni salah satu menu yg tak bolih dilupakan...tak dpt lauk lain pun takpe...sedap dan menyengat telinga....kalau makan lauk ni pada waktu sahur pun bolih jalan sesangat pekena dgn nasi panas2....jika masak kering2 bolih simpan dlm botol atau bekas kedap udara buat stok waktu kecemasan...resipi agak2 je...

Bahan-Bahan:-
Ikan bilis- dikopek dan dibersihkan
Cili padi + sedikit cili merah
Bawang besar/bawang merah (kena banyak baru sedap rasa manis bawang)
Asam keping - jika suka
Garam

Cara:-
1. Ikan bilis digoring hingga garing dan ketepikan
2. Cili dan bawang di blender halus
3. Panaskan minyak dan goreng cili yg diblender hingga garing dan wangi dan masukkan asam keping tapi jgn sampai hangus plk
4. bila dah kering masukkan ikan bilis yg digoreng tadi dan gaul sebati.

**Bolih disimpan dlm bekas kedap udara tapi kena goring cili hingga kering dan garing sedikit supaya tahan lama. Sejukkan sambal ni dulu baru simpan dlm bekas.

Share |

Sabtu, September 05, 2009

Ikan Siakap Sweet Sour

www.tips-fb.com
Hari ni menu cilok kat umah makyung Hana je...takyah pening2 kepala...cuba teka...siapa lagi kalau tak makyung kat Jepun yg ligat kedapur tu... w/pun tengah sarat marat tu...bilalah nak cuti memasak tu ye...kalau yung dah cuti memasak nanti sepi lah seketika kat dapur memasing dgn usikan dan celoteh yung ni.... lauk ni wat bbuka malam tadi gak...nak masak seekor rasa tak cukup plk,tapi bila time bbuka seekor je yg habis...tulah pose2 ni takleh tamak2 nak masak banyak2 kan?...nafsu berpose mmg camgitu, bila siang semuanya sedap belaka...tapi ni mmg sedap meyelerakan dan kalor pun ceria...seceria yg empunya resipi..kehkehkeh..minta izin C&p ye yung...mekaceh yung...

Bahan-bahan
  • Utk Ikan Goreng
  • Ikan - terpulang la ikan apa yg sesuwai dgoreng (sy guna ikan siakap)
  • *garam
  • *serbuk kunyit
  • *tepung jagung
  • *tepung kentucky - optional
  • Utk Sos
  • 1 biji bawang besar - potong dadu
  • 2 ulas bawang putih - cincang
  • 1 inci halia - cincang
  • 2 sudu makan sos tomato
  • 2 sudu makan sos chili
  • 1 sudu makan sos tiram
  • sedikit air
  • 1 keping nenas dalam tin - potong dadu
  • sedikit air nenas
  • lada benggala merah dan hijau - potong dadu
  • garam dan gula
Cara-cara
  • Lumurkan ikan ngan bahan2 bertanda *. Goreng dengan minyak yg panas sehingga masak dan ketepikan.
  • Tumis bawang besar, bwg putih dan juga halia hingga naik bau.
  • Masukkan sos tomato, sos cili dan juga sos tiram. Kacau. Masukkan air dan juga air nenas sedikit.
  • Masukkan nenas, lada benggala hijau dan merah dan juga garam dan gula. ejas la yer sbb sos dah masin dan air nenas pong dh manis. didihkan hingga kuah agak pekat.
  • Tuangkan kuah@sos ke atas ikan tadi.
  • Hiaskan ikut suka dan hidangkan.

Share |

Sabtu, Julai 11, 2009

Ikan Pais Tempoyak

www.tips-fb.com
Dah masak...baru keluar dr oven....


Masak pais pulak,dah terasa kesedapan bakar membakar dan pais memayis....lebihan daun pisang tempohari ada lagi...buat pais ni untuk lunch hari ni....makan beramai2 anak beranak mmmg berselera betul pekena pais ni....betul kata mamasya yang empunya resipi,dapat lauk ni,tak jeling dah lauk lain....resipi dr FP mamasya yg dok nun di Brunei yg masih dlm pantang yg dpt baby girl,yg dok mabuk diam2 je tu...hehehe....jgn merajuk ziela....terima kasih,minta izin C&P je ye....

Ikan Pais Tempoyak
Sumber; Majalah Rasa

Bahan
I ekor ikan patin-guna ikan talapia merah; basuh dgn air asam jawa utk hilangkan hanyir
1/2 inci kunyit hidup-kisar
20 biji cili api(merah&hijau)-campur cili padi dgn cili besar-kisar
3 helai daun kunyit- hiris
3 btg serai-hiris
4 sm tempoyak
garam,gula secukup rasa
daun pisang utk balut ikan-guna aluminium foil

Cara
1.Campur bahan kisar,garam,gula dan tempoyak.
2.Gaul sebati dan lumurkan pada ikan.pastikan keseluruhan ikan dilumur
3.Taburkan daun kunyit dan serai ke atas ikan.
4.Bungkus dan bakar hingga masak.

Share |

Ahad, Julai 05, 2009

Ikan bakar Portugis

www.tips-fb.com

Hari tu nampak kat umah Cikgu Zana ikan bakar Portugis ni...Zana pun amik resipi dr umah Noreen UK....ramai juga yg buat bakar ikan ni...tak silap kat umah Nur S'pore pun ada gak...itu yg tak blh tahan ni...mmg sedap ikan bakar ni....minta izin C&P dr dapur Zana...terima kasih semua...

Bahan-bahan:
4 ekor ikan kembung - sy guna ikan tenggiri
3 helai daun limau purut - dihiris halus
3 sudu besar sos cili thai
3 sudu besar minyak
garam dan gula secukup rasa
daun pisang & aluminium foil

Bahan2 kisar (kisar dengan 100ml air):
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 biji buah keras
1 batang serai
2cm lengkuas
1cm kunyit
2 biji cili merah - dibuang biji
2-3 biji cili padi
3 sudu besar pes cili (cili kisar)
1cm belacan - dibakar dahulu
jus dari 1 biji limau nipis

cara:
  • lumur ikan dengan garam dan perap selama 20 minit
  • panaskan minyak
  • tumis bahan2 kisar sehingga wangi
  • masukkan sos cili thai dan kacau rata
  • bila kuah bertambah pekat, bubuh garam dan gula
  • angkat
  • letak sehelai daun pisang di atas aluminium foil
  • sudukan sedikit kuah
  • letakkan ikan dan bubuh lagi kuah diatasnya
  • taburkan daun limau purut dan bungkus kemas
  • bakar pada suhu 200C selama 30 min atau sehingga masak
  • boleh juga dipanggang di atas bara api atau di masak di atas kuali leper





Dah masak.....baru keluar dari oven....panas2....
Share |

Jumaat, Mei 22, 2009

Asam Pedas Melaka

www.tips-fb.com

Semalam masak lauk ni.....walaupun kita bukan orang Melaka....dah selalu posting lauk ni...tapi lauk ni semua orang layan......tak kira dr Negeri mana pun kan....betul tak?....lauk ni pun dah selalu dikomersilkan di Restoren atau pun dikedai2 kecil....di KL ni mmg banyak Restoren asam pedas ni mcm cendawan tumbuh...antara sedap dgn tidak je....salah satu nya Restoren asam pedas LINDA ON yg popular tu di Ampang (berdepan dgn TESCO AMPANG)...tapi belum try test lagi...hehehe...bila lalu jeling je....skrg ni bangsa China pun dah suka layan masakan ni....kira popular gitu....baru2 ni bos kat ofis ada belanja makan di kedai biasa asam pedas Melaka ni Kg Pandan...dia kata kawannya kata sedap sunguh....kitaorang pun pergilah kekedai tu...kitaorng pun order asam pedas ikan pari & kembung,puyuh goreng,telur asin dan ulam2an beserta sambal belacan....tapi rasa nya tak menepati seleralah...rasanya sedap lg yg kita masak sendiri...mungkin dah byk sangat masak atau pekerja dia yg masak....w'alam....resepi yg ni kita try CMG punya resipi plk....bolih tahan juga rasanya....sbb versi asam pedas ni byk jeniskan....


BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg ikan tenggiri (boleh guna apa2 ikan atau ayam)
2 biji terung
2 biji tomato
2 kuntum bunga kantan - sy letak daun kesum
1 cawan cili kisar - sy campur cili masak kisar
Garam dan gula secukup rasa
1 cawan jus asam jawa
750 ml air (lebih kurang)

A (KISAR HALUS)...
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm kunyit hidup
2 cm halia
1 camca besar jintan manis
1 camca teh lada hitam biji
1 cm belacan (resipi asal tak letak) - sy letak belacan

B...
1 biji bawang besar, dihiris
1/2 camca teh halba
1/2 camca teh biji sawi
3 - 4 tangkai daun kari - sy x letak

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan dibersihkan, cuci dan toskan.Terung dikerat 2, belah 2 setiap keratan dan hiris tapi tidak putus, rendam dalam air garam. Tomato dibelah 2 setiap biji. (boleh letak bendi, kalau suka)...Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan "B" hingga harum dan perang, masukkan bahan "A" dan juga cili kisar, goreng dengan api sederhana hingga terbit minyak. Tuang air dan biar mendidih.'
  3. Masukkan ikan, jus asam jawa dan tambah garam secukup rasa dan sedikit gula (nak guna serbuk perasa pun ok). Bila mendidih, masukkan terung (dan bendi, jika guna).
  4. Akhir sekali masukkan tomato, masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan hangat bersama nasi, sambal belacan dan ulam-ulaman....

Share |

Jumaat, Februari 20, 2009

Singgang Serani

www.tips-fb.com

Hari ni masak lauk sempoi2 je...tekak rasa nak makan menu yg mudah dan ringkas yg berkuah dan sedap dihirup....,yg ada rasa masam2.....lagipun dah buntu nk masak ape juga ni...masak apa yg ada dlm stok aje....ikan singgang serani ni mmg sedap dihirup kuahnye...resipi dr CMG kita tu...terima kasih ye Mat,akak c&p je....



Singgang Serani

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ikan tongkol sederhana besar- guna ikan kembung
3 keping asam gelugor
1 kiub ikan bilis "MAGGI"- sy x letak
2 batang serai, dititik
Garam secukup rasa dan secubit gula
Air secukupnya
6 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 inci kunyit hidup*
1/2 inci lengkuas*
1 camca teh lada hitam biji*
10 biji cili padi*

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan dipotong ikut suka, cuci bersih dan toskan. Tumbuk lumat bahan2 bertanda (*)..Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bahan2 tumbuk bersama serai, tuang air dan masukkan asam gelugor. Bila mendidih, masukkan ikan dan kiub ikan bilis. Kacau rata.
  3. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula, biar mendidih perlahan hingga ikan masak. Matikan api dan hidangkan panas bersama nasi dan ulam2, kalau nak pedas lagi boleh dimakan bersama sambal belacan...
Share |

Khamis, Februari 19, 2009

Gulai Rebung Dgn Ikan Tenggiri

www.tips-fb.com

Hari cuti tu,teringin nak makan gulai rebung....jalan2 kat pasar malam Tmn Melawati,terjumpa rebung terus sambar 2 bungkus....esoknya terus masak bersama dgn ikan tenggiri...dah lama x masak gulai rebung,ni yg tingin sangat ni.....



Masukan juga resipinye yg sempoi ni ye....semua org biasa masak lauk ni...saje je nk wat rujukan pd org yg x bisa mkn lauk ni....eheheh...ada ke yg x pernah mkn rebung ni....sedap tauuuu rebung ni....rugi kalau x makan....hehehe....


Gulai rebung ikan tenggiri

Bahan:
2 bungkus rebung - dicuci bersih dan toskan
3-4 keping ikan tenggiri/kembung
10 biji cili padi /atau lebih*
1 biji cili masak*
3 biji bawang merah*
1 inchi kunyit hidup*
2-3 batang serai
1 helai daun kunyit
santan kelapa- ikut kepekatan
garam secukup rasa
1 hiris Asam keping

Cara:
> Blend semua bahan2 bertanda (*)
> Masukkan bahan2 blend kedalam periuk dan tuangkan santan
> Masukkan serai dan daun kunyit dan garam secukup rasa
> Kacau sehingga mendidih
> Setelah mendidih,masukkan rebung dan biarkan mendidih lagi
> Masukkan ikan dan asam keping dan kecilkan api,renehkan dan biarkan mendidih sambil dikacau sekali sekala hingga ikan masak.
Share |

Jumaat, Januari 30, 2009

Asam pedas ikan tenggiri

www.tips-fb.com

Asam pedas ni adalah salah satu lauk kegemaran.....makan bersama dgn ikan sepat kering goreng ...memang umphhhhh....ada setengah orang ,suka kalau dipanaskan lagi pd esok harinya...resipi pun main agak2 je....

Asam pedas ikan tenggiri

Bahan-bahan:
ikan tenggiri keping
terung atau bendi
daun kesum
1/2 cawan jus asam jawa
1 cawan cili kisar
sedikit kunyit hidup
8 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
sedikit halia*
1 inci belacan*(*tumbuk lumat)
air secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan tumbuk lumat hingga harum, dan masak sekejap. Tambah cili kisar dan sedikit garam, masak hingga terbit minyak. Guna api sederhana.
  2. Tuang air dan masukkan daun kesum. Bila mendidih, masukkan ikan dan juga jus asam jawa. Tambah terung atau bendi , masak hingga ikan masak. Rasa jika perlu tambah garam.
  3. Kalau suka boleh juga letak terung, bendi atau sawi jeruk...
Share |