Memaparkan catatan dengan label PASTRI/PAI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PASTRI/PAI. Papar semua catatan

Khamis, Disember 13, 2012

Blueberry Cheese Tart - Syareen

www.tips-fb.com


 Pavlova & 100 pcs Blueberry Cheese Tart - Syareen@Kajang...T.kasih


Share |

Isnin, September 12, 2011

Strawberry Cheese Tart

www.tips-fb.com
Assalamualaikum...masih dibulan syawal lagi...hari ni nak masukan N3 yang tertunggak...strawberry cheese tart yang dibuat masa dua hari lepas...projek ni buah tangan untuk SIL sempena makan2 dihari raya pada sabtu lepas...tapi shell dah ter'ireng' sikit bak kata orang jawo...tu yg nampak gelap sikit.Sempat juga akak buatkan juga sebiji Victoria sandwich cake yg nastolgia tu..


Buat lebih sikit dan dihidangkan pada tetamu yang datang beraya...resepi akak guna resepi Azita
dah ramai yg cuba resepi Azita tokey cheese tart ni...tima kasih Ita..akak minta izin share disini plk ye...akak buat dua adunan.

Tart Crust/Shell

Bahan-bahan :
170gm marjerin
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara :
  1. Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
  4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
  5. Bakar pada suhu 170oC sehingga masak.
Nota :
Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.

Shell tart dah siap untuk dibakar...

Cream Cheese filling

Bahan-bahan :
250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

Cara-cara :
  1. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
  3. Masukkan filling ke dalam kulit tat.
  4. Tuang cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 170oC. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.

Filling :
Blueberry, strawberry, kiwi, oren, dll.




Strawberry cheese tart..baru keluar dr oven..dh sejuk dipakaikan baju plk...


Cara-cara (Step by step)
  1. Tart crust yang sedia untuk dibakar.
  2. Tart crust yang telah siap dibakar dan disusun ke dalam loyang untuk proses seterusnya.
  3. Isikan filling ke dasar crust. Lebih banyak filling..lebih sedap!
  4. Picitkan adunan cream cheese filling ke atas filling tadi.
  5. Untuk melorek, ambil sedikit adunan cream cheese dan titikkan dengan beberapa titik pewarna.
  6. Kacau rata2 hingga mendapat warna yang diinginkan.
  7. Dengan menggunakan pencungkil gigi, buat garis kecil2 di bahagian tepi.
  8. Bilangan garis2 kecil tersebut mengikut citarasa sendiri (lebih banyak lebih cantik...)
  9. Kemudian dengan menggunakan bahagian yang tajam, tarik daripada atas ke bawah untuk mendapatkan bentuk tersebut.
  10. Bakar selama 5 minit. Siap!!!

Tips untuk dapatkan cistat yang gebu dan montok(mengikut pengalaman saya...) :
  1. Jangan simpan cream cheese di tempat sejukbeku (frozen).
  2. Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
  3. Isi adunan cream cheese ke dalam piping bag untuk memudahkan proses mengisi adunan ke dalam crust.
  4. Picitkan adunan hingga penuh...hingga sampai ke bahagian sisi crust.
Dah siap pack untuk dibawa...

Victoria sandwich cake...satu dah dibedak...lagi satu belum makeup lagi..sbb yg ni nk bawa kerumah anak buah plk pd hari ahad semalam...
Share |

Jumaat, Januari 07, 2011

Crabstick In Puff Pastry

www.tips-fb.com

Hari cuaca mcm suram2 je..kejap matahari bersinar..kejap mcm mendung,takut gak nak menjemur kain diluar..alih2 kang tiba2 merintik je hujan..kdg2 tak tentu masa dia nak turun,kadang pepagi kadang petang...kita yg asyik menjenguk keluar,kdg tak kedengaran hujan turun..time cuti2 ni kalau hujan bolih tarik selimut semula..ehhh..lps solat subuh lah sambung semula...

Ni pepagi buat sarapan ni je..keje pun senang, keluarkan je dr peti yg sentiasa setia menyimpan khazanah dapur tu...sebenarnya malas nak membuat inti2 bagai.Hari tu ternampak kt dapur Mat yang menyambut hari lahir hari ni...slmt hari jadi Mat..semoga lagi byk menghasilkan resipi2 yg melatopsss...tu yg dpt idea mencuba yg mudah2 je ni..bahan2 pun dah ada...makan panas2 dgn sos cili mmg juling mata...hahaha...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1(10 keping) pack puff pastry jenama "KAWAN" saiz 4 inci x 4 inci
10 batang crab stik
1 kuning telur, dipukul sedikit
Serbuk lada hitam berperisa "aji-shio"
Sos pencicah kegemaran anda

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ambil sekeping puff pastry, kerat 2 dan biar satu bahagian besar sedikit. Kemudian kelar menyerong bahagian tengah puff pastry yang saiz besar sedikit tadi (seperti dalam gambar).
  2. Crab stick tadi dibuang salutnya, letakkan pada bahagian puff pastry yang kosong. Tutup crab stick tadi dengan puff pastry yang telah dikelar2 tadi, tekan2 sedikit dan tekan kelilingnya dengan hujung garfu, seperti dalam gambar. Berhati2 alih ke dalam loyang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Buat hingga siap.
  3. Sapu kuning telur dan tabur sedikit serbuk lada hitam berperisa tadi. Bakar pada suhu 190C selama 25 minit atau kuning keemasan. Jika oven anda ada sistem hot fan, hidupkan. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidang bersama sos kegemaran anda..

Dah ready utk pembakaran sebelum menyapu kuning telor...
Share |

Isnin, Disember 27, 2010

Pai Ayam "Melbourne" II

www.tips-fb.com
Ni kes nak menghabiskan stok puff pastry jenama "kawan" yg kesejokan dlm petiais tu..sib baik tak expired lagi..dah lama tak buat pai ni..haritu ternampak madiha buat..tu yg tingat nk buat plk tu..sedap pai ni..dah pernah buat dulu ada disini...tp dulu akak guna roti pratha jenama "kawan".Resipi ni dr buku" secukup rasa" koleksi resepi pilihan penyanyi Nora..akak guna puff pastry tu dan lebih pastry akak gunting2 dan tempek kat kulit diatas nya dan sapu dgn kuning telor kemudian bakar..tu yg timbul2 kt atas tu..ala2 deko lah konon..jadilah kan..

Kalau guna pastry ni mmg elok dibuka kipas oven masa membakar,sbb nnt pastry naik dan rangup..bagi oven yg ada kipas lah..ikut pd oven memasing lah kan.Tapi mmg elok jugak pastry ni dijadikan stok dirumah kalau ada kes tetamu yg muncul tetiba atau kadang2 tingin nak mkn atau nak buat sesuatu ke...akak letak jugak lah resipi semula disini ye..

PAI AYAM 'MELBOURNE'
Sumber resepi - Nora (koleksi resepi "secukup rasa")

BAHAN:
Untuk inti pai (filling)
1 cawam isi ayam- dihiri nipis
1 cawan cendawan butang- dipotong nipis
1 tin cendawan butang sup Campbell
1 tin(kecil) kacang pis (sekiranya suka)
1 biji bawang besar- dipotong dadu
1 biji kentang- dipotong dadu dan direbus
1 cmb lada sulah
2 cmb mentega/minyak
1 biji kuning telur (mengilatkan pastri)
sedikit air (sekiranya terlalu pekat)

UNTUK KULIT PAI (PASTRI) - akak guna puff pastry jenama "kawan"
100g tepung gandum
50g mentega
secubit garam
2 cmb air
atau
KULIT PASTRI SEGERA

CARA MEMBUATNYA

1.Panaskan mentega.Goreng bawang besar hingga kekuningan.masukan isi ayam dan biarkan seketika.
2.Masukan cendawan butang sup Campbell,ubi kentang,kacang pis,air dan lada sulah.Kacau hingga sebati.
3.Setelah masak,angkat san ketepikanseketika.
4.Canai kulit pai san letakan ia sebagai lapisan bawah(base)dan bakar seLama 5-6 minit- akak guna pff pastry jenama 'KAWAN'
5.Tuangkan isi pai yg dimasak tadi keatas base pai.
6.Canai kulit pai lagi setebal 2 cm dan letakan diatas isi pai tadi sebagai lapisan atas.
7.Sapukan sedikit kuning telur yg dicampur dgn 2 cmt air utk mengilatkannya.
8.Bakar selama lebih kurang 12-20 minit atau sehingga pastri masak di dlm ketuhar yg telah dipanaskan pada suhu 200'c.

Buku resipi Secukup Rasa

TIPS:

*Nora galakan menguna kulit/pastri segera kerana ia senang dimasak.Sedap dan menjimatkan masa.Ia bolih dibeli dikedai biasa atau dipasar raya.
*Jangan masak terlalu lama sebab inti pai itu tadi sudah pun hampir masak.
*Sekiranya tidak mahu membuat base pun tidak mengapa.Cukup dgn kulit diatas sahaja
*Sesuai juga utk beginner tetapi mesti ikut arahan dgn betul.


Share |

Selasa, Mei 11, 2010

Cream Cheese Buttercake Tart

www.tips-fb.com
Sebenarnya ni nak perabihkan stok cream cheese kat dlm peti ais tu...takut gak expired..sayang membazir plk...aritu intai2 kat dapur cikgu zana nak cari resipi tart ni...pernah nampak dulu..mcm tingin plk nak wat...resipi buttercake zana amik dr dapur Diana...jenuh gak nak menerap kulit tart ni...byk gak satu adunan...last sekali kulit tart tak cukup,filing masih ada...terus masukkan dlm paper cup..jadilah sebahgian nya cup cake tanpa icing...esok nya bawa ke ofis,tinggal kan sikit je kat umah...habis selesai...tima kasih zana atas resipi ni..sedap tart + kek...

Tak comeyy nya kulit tart ni...tak cukup botox...

Pastry Manis

Bahan2nya:
200 gm mentega
100 gm gula aising
1/4 st esen vanila
1 biji telur
420 gm tepung
1 sb susu tepung


** Jem pilihan secukupnye.. sy guna jem nenas.. bluebery abis stok..(akak guna bluebery filing)

Cara-cara membuat pastry
1. Putar mentega & gula hingga gebu
2. Masukkan telur & esen putar hingga gebu3. Masukkan tepung & susu dan gaul sebati
3. Tekan pastri dlm acuan . Tusukkan garfu dikulit pastri dan letakan sedikit jem kegemaran.

Cream Cheese Buttercake

Bahan:-
100 gm mentega
100 gm cream cheese (..guna Philladelphia cheese)
125 gm gula kastor
3 biji telor (kecil)
125 gm tepung gandum (..guna tpg naik sendiri..)
1 sudu teh baking powder(..tak letak..)
sedikit jam (ikut pilihan)

Cara Membuat:-
1. Ayak tepung bersama baking powder.
2. Dalam mangkuk besar, pukul mentega, cream cheese dan gula hingga sebati (kembang dan memutih).
3. Masukkan telor sebiji demi sebiji. (Pukul telor setiap kali dimasukkan hingga sebati baru dimasukkan yang seterusnya.) Setelah semua dimasukkan, pukul agak lama sedikit hingga kembang, putih dan ringan.
4. Kemudian barulah dimasukkan tepung dan kaup balikkan satu arah hingga adunan sebati.5.
5. Sudukan adunan kek (paras rata menutupi jem) ke dalam acuan pastry tadi.
6. Bakar dengan suhu 180 C selama 20 minit @ hingga masak.
Share |

Khamis, Mac 04, 2010

Strawberry Cheese Tart

www.tips-fb.com
Ni menu tertunggak...aritu ronda2 kedapur kawan2,tertarik dgn tart ni yg memang memikat selera dan memukau pandangan....cheese dan strawberry mmg dah ada dlm stok...apalagi projek pun dijalankan lah...mmg nak cari dessert yg menggunakan strawberry kerana dah lama dlm simpanan...kuar masuk...kuar masuk...kalau tak dikerjakan,silap2 haribulan cik tong yg makan...resipi ni ceduk dr dapur BabyBatriesyia aka NINA...sifu deko mendeko kek yg femes kat Perlis ni...tq Nina


STRAWBERRY CHEESE TART
Loyang : 10 in

**Sedikit perubahan

Untuk Doh Pastri

75 gm butter
25 gm gula icing**
1 biji kuning telur
150 gm tepung gandum

Butter, gula icing dan kuning telur digaul sekali. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga menjadi doh. Letakkan di atas loyang dan bakar selama 20 minit.


Untuk Adunan Cheese

250 gm cream cheese
115 gm gula castor**- akak guna 100 gm
1 biji telur
100 gm non dairy whipping cream
2 sudu besar tepung gandum

Cara-cara:
Putar cream cheese dan gula castor hingga sebati. Masukkan telur dan kacau rata. Jangan terlalu lama. Masukkan whipping cream dan tepung gandum. Gaul rata. Tuangkan ke atas base tadi. Bakar selama 40 minit pada suhu 150'C atau hingga bahagian tepi adunan cheese nampak sudah masak. Biar di dalam oven dalam sejam sebelum dikeluarkan dan disejukkan di dalam peti sejuk.



Topping

Strawberry - dibelah dua
Jem Strawberry secukupnya
Air

Cara-cara:
Masak jem dan air hingga jem cair. Gaulkan buah strawberry di dalamnya. Hiaskan di atas tart tadi.

Share |

Sabtu, Februari 27, 2010

Sardine Roll

www.tips-fb.com

Selamat pagi semua...dah sarapan ke...wah akak awal masuk n3 arini...tengah rajin ni,tapi menu minum petang semalam ni..hehehe...sedap wat minum petang ni..resipi dah lama waiting list...pagi semalam pun ada npk kat umah Am@Flora wat sarapan...resipi ni dah lama gak peram dan ceduk dr dapur Ummi,asal resipi dr dapur Jun...dah lama dok jeling2...semalam merajinkan diri nguli2 pastri...banyak gak dapat,buat comei2...pastrinya mmg rapuh dan rangup ni...dlm petiais ada lagi yg belum bakar ni,semalam bakar tak muat dlm satu loyang besar tu...tq semua...


Bahan Pastri:- (kurang lebih 34 ketul)
  • 250 gm mentega sejuk
  • 500 gm tepung gandum
  • secubit garam
  • air sejuk (dari peti sejuk)
  • 1 kuning telor - untuk sapuan sebelum dibakar
Cara Membuat:-
  1. Gaulkan mentega dan tepung dengan hujung jari sehingga menjadi seperti breadcrumbs.
  2. Masukkan garam dan air sejuk dan uli sehingga menjadi doh.
  3. Balutkan doh dengan plastik dan sejukkan di dalam peti ais sementara membuat fillingnya.
  4. Bila filling telah sedia digunakan (telah sejuk), keluarkan doh dari peti ais.
  5. Gelekannya dengan rolling pin hingga nipis. Potong kepada bentuk segiempat tepat.
  6. Letakkan filling di atas doh dan roll.
  7. Letakkan di atas dulang yang telah disapu mentega dan dialas. Hiris-hiriskan bahagian atas doh (jangan sampai putus).
  8. Kemudian disapu kuning telor atas doh.
  9. Bakar selama 40 minit dengan suhu 175C.

Baru keluar oven...masih panas ni...

Bahan Filling:- (my style)
  • 1 tin sardin (besar) Ayam brand - ambil isinya saja dan hancur2kan dgn garfu
  • 1 labu bawang besar - dicincang
  • 1 sudu besar cili kisar
  • sedikit perahan limau nipis
  • garam secukup rasa
  • 1 1/2 sudu besar minyak masak

Cara Memasak:-

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan cili kisar dengan api perlahan.
  2. Bila terbit minyak, masukkan ikan sardin yang telah dihancur-hancurkan. Gaul rata.
  3. Masukkan perahan limau nipis dan garam secukup rasa.
  4. Angkat dan sejukkan.
Share |

Rabu, Januari 27, 2010

Apple Crumble Pie

www.tips-fb.com
Selalu n3 ni tayang kek atau dessert je...tuan umah ni minat mencuba yg tu dr lauk pauk...sbb lauk pauk sll masak ulang tayang je,takde spesel pun..biasa2 je..kalau pelik2 masak kang,ada yg tak menjamahnya.Hari ni mencuba wat apple crumble pie resipi dr umah Hana kat Jepang nun..mmg sedap ni..rasa masam2 manis..kulit nye sedap sekali,tapi rapuh sikit dan susah nak potong ..takpelah janji sodapkan...tq Hana akak c&p ye..

Bahan-bahan
Utk Crumble *loyang 18cm
  • 100g tepung gandum
  • 40g gula
  • 80g butter sejuk dr peti ais
  • sedikit garam
Utk Inti
  • 3 biji epal - kupas dan potong dadu
  • 2 sudu mkn gula perang
  • 1/2 sudu kecil serbuk cinnamon
Cara-cara
  • Satukan semua bhn crumble sehingga menjadi serbuk breadcrumb. ketepikan.
  • Dalam mangkuk lain, satukan semua inti dan gaul sebati. ketepikan.
  • Ambil sedikit dr adunan crumb dan tekan padat di dasar loyang.tk perlu terlalu tebal. (tp jika ingin lapisan tebal wat adunan crumble 11/2 adunan).Bakar sekejap dlm 10minit.
  • Kemudian masukkan inti. Tutup inti dengan menaburkan lebihan crumb tadi.
  • Bakar lagi suhu 180 hingga kekuning2an.
  • Siap dihidang. Enak juga jika dimasukkan ke dalam peti sejuk.

Share |

Rabu, Julai 22, 2009

Mushroom & Chicken Pie Ala Dome Cafe

www.tips-fb.com


Jom kita Bf atau minum petang sambil bersantai dirumah...tak perlu keluar rumah,senang disiapkan dan cepat dimakan....ala2 pun sedap ni makan panas2,kat cafe ada disediakan sayuran,tp kat umah ni togel je,janji bolih alas perut,lg pun anak2 bkn suka mkn dgn sayurannya...kalau dok skodeng makan kat Dome cafe je...mahaii....tak leh selalu..bengkrup tokeh...hehehe...senang je nak sediakan...semuanye ada dipasaran....senang nak cari, jimat masa dan duit...anak2 mmg gemar dgn makanan cam gini...biru mata hitamku sekejap...hehehe....lg pun puff pastri ada balance buat puff haritu....jom tengok bahan2 yg diperlukan...sesaja je,bagi owang yg takde idea mcm kita ni....

Bahan2:

Ramekin
Kulit puff pastri jenama kawan
Mushroom & chicken Campbells instant soup - tin /kotak

Cara2:
  • Bancuh dan panaskan instant soup dlm m/wave atau atas dapur-ikut arahan.
  • masukkan soup kedalam beberapa ramekin - jgn penuh sangat..nnt melempah bila dimasak- agak2 3/4 je...
  • Tutupkan atas ramekin dgn kulit puff pastri - buat 2 lapisan yg bersilang.
  • Bakar kedalam oven sehingga kulit puff kuning keemasan dan siap dihidangkan panas2 bersama baby carrot,brokoli yg dicelur dan hirisan tomato jika suka.



Ranap dikerjakan.......


Share |

Ahad, Julai 12, 2009

Pai Epal Lattice

www.tips-fb.com



1st time buat resipi apple pie yang ni.....mmg mudah....sedap pulak tu....rapuh kulit nya....makan sekali,nak dua kali.....filling nya pun tak berapa manis.....buat tadi untuk minum petang dgn teh 'o' mmg sedap.....resipi dah lama simpan dr keratan majalah jelita 2000....bayangkan dah lama simpan terperuk je....entah mcm mana terjumpa kembali.....


bahan-bahan pastri:

250 gm tepung - guna tepung gandum
50 gm gula icing
150 gm mentega tanpa garam- guna buttercup
1 biji kuning telur
30 gm air dingin- guna air sedikit je (agak2 bolih kepal)
Sehelai kertas minyak
Sedikit beras atau kekacang

Cara-cara
  • untuk membuat lapisan bawah (pastri),ayak tepung bersama gula aising.Gal ramas adunan tepung bersama mentega hingga menjadi seperti serbuk roti.Masukkan kuning telur dan air.Uli hingga menjadi pastri lembut.Bentukkan bulat,bungkus menggunakan plastik dan rehatkan didalam peti sejuk selama sejam.
  • Panaskan ketuhar pada suhu 180 c.Canaikan pastri dan masukkan didalam tin pai 16cm atau 20cm.Asaingkan sedikit pastri sebagai hiasan.Hiris lebihan pastr pada dinding acuan supaya rata dan tekan sedikit pada setiap lekuk.
  • Cucuk dasar pastri dgn garfu,alas dgn kertas kalis minyak dan tuang beras diatasnya.Bakar 15 minit.
  • Sapukan rata putih telur pada kulit pai.Tuang inti dan ratakan.
  • canai baki pastri dan hiris memanjang.Susun bersilang pada permukaan pai/Sapu kuning telur dan bakar selama 30 - 35 minit.Hidangkan panas bersama krim vanila (jika suka)



Bahan-bahan inti:

4 biji epal hijau (dipotong dadu)
100 gm gula perang (brown sugar)
1 s/k serbuk kayu manis - x letak
2 s/b tepung gandum
3 s/b air (utk bancuh tepung)
1 camca perahan limau kasturi( jika suka)- x letak
1 biji kuning telur (utk sapu atas pasri)

Cara:
  • Masukkan epal dan gula perang dlm periuk dan masakkan sehingga layu.
  • Masukkan serbk kayu manis dan kacau rata.
  • Masukkan bancuhan tepung gandum dan kacau rata.
  • Sejukkan.
Share |

Rabu, April 29, 2009

Fruit Tartlet

www.tips-fb.com
Ni projek malam tadi....bab nak perabis baki buah peach dan anggur...tapi kulit tart dah buat awal dua hari lepas...jadi senang dan cepat sikit keje...tart ni nak bagi pada budak training kat ofis tu...dia dah habis training,budak ni rajin sgh...jadi nak bagi buah tangan padanya utk dibawa balik utk ibunya...ni pinjam utk posing amik gambar je...anak2 kat rumah x gemar dgn tart ni....resipi dr Mamafami....thanks mama..


FRUIT TARTLET
Sumber : Chef Alex Goh

PASTRY

Bahan-bahan :

(A)

200g mentega
100g gula ising
1/4 sudu kecil esen vanila

(B)

1 biji telur

(C)

420g tepung
1 sudu besar susu tepung

Kaedah penyediaan :

1. Putar (A) hingga lembut. Masukkan (B) dan terus memutar hingga gebu.

2. Masukkan (C) dan gaul hingga doh yang lembut dan licin terbentuk.
3. Ambil sedikit doh dan tekankan ke dalam acuan tat. Potong lebihan di tepi-tepi acuan dengan pisau.
4. Cucukkan dasar tat dengan garfu. Bakar selama 12 minit atau hingga perang keemasan. Keluarkan dari acuan dan biarkan sejuk. Simpan di dalam bekas kedap udara.


INTI KASTAD
Sumber : Rinn

Bahan-bahan :

2 sudu besar tepung gandum

2 sudu besar tepung kastad atau tepung jagung (sy guna tepung kastard)
8 sudu besar gula
2 cawan (500ml) susu segar
2 biji telur
2 sudu besar mentega

Kaedah penyediaan :


1. Campurkan tepung gandum, tepung castard/tepung jagung dan gula ke dalam periuk. Campurkan 2 sudu besar susu dan kacau rata.
2. Masukkan telur dan kacau rata.
3. Tuangkan lebihan susu ke dalam bancuhan.
4. Masak di atas api perlahan dan kacau selalu agar bancuhan tidak berketul.
5. Bila bancuhan menjadi pekat dan bersinar, padamkan api dan biarkan sejuk.

Cara yg ni C&P dr CMG...

UNTUK FRUIT TART :- Ambil satu kulit tat, sudukan sedikit coklat cair. Ratakan, buat hingga habis, masukkan dalam peti sejuk 1 - 2 minit, untuk mempercepatkan coklat keras. Masukkan pastry cream dalam piping beg yang dipasang muncung bintang, picit pastry cream ke dalam setiap kulit tat (seperti dalam gambar diatas). Buat hingga siap. Hias dengan buah2an kegemran, sapu dengan sedikit piping gel untuk mengilatkan tat. Boleh dihidangkan...
Share |

Selasa, April 21, 2009

Peach Tart

www.tips-fb.com

Ini kes terliur tengok Peach Tart kat umah Inahar terhidang tempohari...Ina c&p dr umah K.Ina KL,kita c&p plk dr umah Inahar....cantiklah tu...hehehe!..resipi asal dr blog Suhana's Sweet Savoury...tapi C&P dr umah Inahar jer...thanks Ina...


Bahan Untuk Pastri

1. 250gm tepung (akak guna tepung serbaguna)
2. 50gm badam kisar(halus)

3. 60gm gula castor

4. 125gm mentega (suhu bilik)

5. 1 biji telur (suhu bilik)

6. 1 sudu teh esen vanilla.


Caranya

1. Gunakan senduk kayu pukul gula dan mentega sekadar sebati.

2. Masukkan badam kisar, tepung , telur dan esen vanilla.
3. Gaul sebati sahaja.jadikan doh....jangan lama sangat gaul ye...(
Do not overknead or pastry won't be flaky) takut nanti pastri jadi keras. Masukkan doh ke dalam plastic cling dan simpan dalam peti sejuk selama 30 minit atau lebih.
4. Selepas 30 minit atau lebih keluarkan doh dan canai lebih kurang 18-20cm. Sapu bekas tart dengan mentega. Hati-hati masukkan pastri dan kemaskan
tepinya.
5. Simpan semula kedalam peti sejuk selama 20 minit.

6. Selepas 20 minit keluarkan dari peti sejuk dan cucuk pastry dengan menggunakan garpu.
7. Bakar di dalam oven suhu 180C lebih kurang 12 minit ataupun perang.
8. Sejukkan sebelum di masuk filing.


Filing

1. 20gram tepung serbaguna
2. 120gram badam kisar(i guna badam kisar + cincang)

3. 100gram gula perang

4. 125gm mentega (suhu bilik)

5. 1 biji telur


Cara-cara

1. Gunakan whisk dan kacau kesemua bahan diatas sekadar sebati sahaja.

Ketepikan.

Bahan untuk dimasukkan ke dalam filing.

1. 1 tin buah peach (I ganti dgn mangga)
2. Gula aising (diayak keatas tart)


1. Tuang filing ke dalam kulit pastri. Susun potongan mango yang telah ditos
.
2. Bakar di dalam suhu 170C selama 40 minit bergantung kepada oven masing-
masing.
3. Cucuk dengan lidi (cake tester) di tengah untuk pastikan filing sudah masak ataupun belum. Jika bersih maknanya filing dah masak. Ayakkan gula aising diatasnya.


Share |

Khamis, April 02, 2009

Pai Ayam

www.tips-fb.com

Pai ayam ni buat masa dlm kesibukan...layan jelah pai yang x cun ni...hahaha...janji sodap...dah pernah buat pai ni,intinya mmg sedap...dulu buat, kulit pai guna instant roti pratha,tapi yg ini guna puff pastry jenama kawan yg terkenal tu...bila guna puff pastry ni,kulit pai jadi gebu dr guna roti pratha..tapi dulu buat dalam satu adunan besar dlm casserole bila nak makan kena potong2...tapi yg ni xyah potong...ambil satu terus ngap je...hahaha....resipi ada disini....
Share |

Selasa, Mac 24, 2009

Blueberry Cheese Tart

www.tips-fb.com

Cheese Tart ni buat hari ahad baru ni....baru first time buat....x berapa smooth cheese nya...tapi rasa nya tetap sedap...resipi ambil dr dapur damira fp...sumber resipi dr Kakmas
...terima kasih kedua2nya....


Blueberry Cheese Tat
Sumber : kak mas

Pastry (as basis for all tart pastry)
250g butter
125g icing sugar
1 'B' egg
440g plain flour (maklang campur skit ngan susu tepung, garam skit, esen vanila)

Filling
250g Philadelphia cream cheese
60g gula caster
20g butter
1 'B' egg

Blueberry/stroberi filling



Cara:
1. Pukul butter dgn icing sugar sampai kembang.
2. Masukkan telur, pukul sampai sebati (well mixed).
3. Masuk tepung, gaul hingga rata.
4. Cubit sikit dan tekan dalam tart mould yang telah digris. Tekan dalam mould dengan fork.
5. Bakar 180C untuk 10-12 minit (3/4 masak). Keluar dan ketepikan

Untuk filling, pukul cream cheese, gula dan butter sampai kembang, masuk telur dan pukul hingga rata.Masukkan dalam piping beg. Picitkan cream cheese di dlm tat shell & kemudian bubuhkan 1/2 sudu kecil blueberry keatasnya.

Nota:
Pastry tu biar nipis pasal bila bakar ia kembang (tebal), tak sedap pasal tak crunchy.
Utk decoration bubuh sikit filling atas cheese dan swirlkan dengan lidi sebelum bakar.
Selalunya I buat banyak dan simpan dalam air tight container, tahan 1 bulan.
Banyak mana blueberry tu actually ikut citarasa masing2.Blueberry boleh diganti dengan strawberry atau kiwi filling.

Nota mklang : bila dah masuk filling, guna api bawah jer, baru nampak smooth jer chis tu, jangan lama sangat nanti chis tu berkerepot jer..
Resepi di atas dapat banyak, maklang buat setengah adunan dapat <> 40 ketui.


Share |