100 pcs cheese tart...order dr Lyn from Wangsa Maju...thanks Lyn..
Memaparkan catatan dengan label TART. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TART. Papar semua catatan
Isnin, Mac 19, 2012
Sabtu, April 30, 2011
Tempahan Minggu ini....
Salam semua...lama nya rasa tak berupdate dapur ni...hehehe...tuan umah kebizian...mcm2 nak disettle kan....cuci mata dulu dengan tempahan dr ipar duai sempena pertunangan sidara ni di Kuantan pd 1 may ni...minggu ni cuti bersambung kan...sang dara inginkan serba serbi pink hingga ke khemah pun kalor pink gak.... dah tentu bilik pun pink gak kan...janji ongkos nya ada...minggu sebelum selesaikan semua ni...mmg kebizian lah jawab nya...kdg2 tidur malam pun teringat2 benda2 yg nak dibuat...
Cheese tart utk makan2
Label:
Cheesecake,
CUPCAKE,
Cupcakes Fondant,
TART,
Tempahan
Khamis, Jun 17, 2010
Peach Tart
Hari cuti aritu tingin plk nak makan dessert macam ni...buah peach mmg dah ada dlm gobok tu wat spare...pikir punya pikir...bila lah nak dikerja kan buah peach ni...tingat plk resipi yg dh lama menunggu giliran nya ni...dh lama gak dh print resipi ni amik dr dapur Ijan kat Finland tu dan vanila custard amik dr dapur Rox@TTM yg dok kat Melbourne nun...jauh bangat datang resipi2 ni...ape lah khabar dak Ijan ni selepas balik ke M'sia kerana bapanya meninggal dunia aritu...senyap je mungkin dah balik semula ke Finland dah kot...tima kasih keduanya dan semoga Ijan tabah menghadapi nya.Untuk doh pie - Akak buat setengah adunan je
- 500 g tepung gandum
- 200 g mentega
- 2 biji telur Gred A, dikacau sedikit
- 250 g gula halus
- Ayak tepung dan gaulkan dengan gula halus hingga rata. Masukkan mentega dan gaul hingga menjadi seakan2 serbuk roti. Tuang telur yg telah dikacau tadi sedikit demi sedikit sambil digaul hingga terhasil doh yg tidak melekat dimangkuk adunan. Jangan bimbang jika telur tidah habis digunakan. Bungkus dgn plastik dan sejukkan 30 minit.
- Selepas 30 minit keluarkan doh dan biarkan sebentar. Kemudian canai doh diantara 2 plastik hingga menjadi kurang lebih 1/2 cm tebal.
Untuk peach tart
- Tempek2/canai doh pie dan letak kat dalam acuan yang dah dilengser dengan butter.
- Potong peach dan susun2 dalam acuan tadi dan taburkan sedikit gula.
- Bakar pada suhu 170C selama beberapa ketika/sehingga nampak keperangan (lupe plak nak tgk masa.hehe).
- Rasanya kalau spread vanilla cream dulu pastu susun peach kat atas doh, pastu bakar lagi sedap kot. Kite tak buat pasal stok vanilla cream yillek.
Vanilla Custard - Resipi dr dapur Rox@TTM3 kuning telur
1/2 cawan gula kastor - kurangkan gula sbb agak manis
2 tsp esen vanilla
1/4 cup tepung jagung
2 cawan susu
Buat custard dulu: whisk kuning telur, gula kastor dan vanilla dalam mangkuk. Campurkan tepung jagung sambil whisk lagi. Perlahan2 masukkan susu 1/4 cawan dalam satu masa sambil kacau sampai susu habis. Masak atas api sederhana sampai kental. Sejukkan.
Selasa, Mei 11, 2010
Cream Cheese Buttercake Tart
Pastry Manis
Bahan2nya:
200 gm mentega
100 gm gula aising
1/4 st esen vanila
1 biji telur
420 gm tepung
1 sb susu tepung
** Jem pilihan secukupnye.. sy guna jem nenas.. bluebery abis stok..(akak guna bluebery filing)
Cara-cara membuat pastry
1. Putar mentega & gula hingga gebu
2. Masukkan telur & esen putar hingga gebu3. Masukkan tepung & susu dan gaul sebati
3. Tekan pastri dlm acuan . Tusukkan garfu dikulit pastri dan letakan sedikit jem kegemaran.
Cream Cheese Buttercake
Bahan:-
100 gm mentega
100 gm cream cheese (..guna Philladelphia cheese)
125 gm gula kastor
3 biji telor (kecil)
125 gm tepung gandum (..guna tpg naik sendiri..)
1 sudu teh baking powder(..tak letak..)
sedikit jam (ikut pilihan)
Cara Membuat:-
1. Ayak tepung bersama baking powder.
2. Dalam mangkuk besar, pukul mentega, cream cheese dan gula hingga sebati (kembang dan memutih).
3. Masukkan telor sebiji demi sebiji. (Pukul telor setiap kali dimasukkan hingga sebati baru dimasukkan yang seterusnya.) Setelah semua dimasukkan, pukul agak lama sedikit hingga kembang, putih dan ringan.
4. Kemudian barulah dimasukkan tepung dan kaup balikkan satu arah hingga adunan sebati.5.
5. Sudukan adunan kek (paras rata menutupi jem) ke dalam acuan pastry tadi.
6. Bakar dengan suhu 180 C selama 20 minit @ hingga masak.
Khamis, Mac 04, 2010
Strawberry Cheese Tart
Ni menu tertunggak...aritu ronda2 kedapur kawan2,tertarik dgn tart ni yg memang memikat selera dan memukau pandangan....cheese dan strawberry mmg dah ada dlm stok...apalagi projek pun dijalankan lah...mmg nak cari dessert yg menggunakan strawberry kerana dah lama dlm simpanan...kuar masuk...kuar masuk...kalau tak dikerjakan,silap2 haribulan cik tong yg makan...resipi ni ceduk dr dapur BabyBatriesyia aka NINA...sifu deko mendeko kek yg femes kat Perlis ni...tq Nina
STRAWBERRY CHEESE TART
Loyang : 10 in
**Sedikit perubahan
Untuk Doh Pastri
75 gm butter
25 gm gula icing**
1 biji kuning telur
150 gm tepung gandum
Butter, gula icing dan kuning telur digaul sekali. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga menjadi doh. Letakkan di atas loyang dan bakar selama 20 minit.
Untuk Adunan Cheese250 gm cream cheese
115 gm gula castor**- akak guna 100 gm
1 biji telur
100 gm non dairy whipping cream
2 sudu besar tepung gandum
Cara-cara:
Putar cream cheese dan gula castor hingga sebati. Masukkan telur dan kacau rata. Jangan terlalu lama. Masukkan whipping cream dan tepung gandum. Gaul rata. Tuangkan ke atas base tadi. Bakar selama 40 minit pada suhu 150'C atau hingga bahagian tepi adunan cheese nampak sudah masak. Biar di dalam oven dalam sejam sebelum dikeluarkan dan disejukkan di dalam peti sejuk.

Topping
Strawberry - dibelah dua
Jem Strawberry secukupnya
Air
Cara-cara:
Masak jem dan air hingga jem cair. Gaulkan buah strawberry di dalamnya. Hiaskan di atas tart tadi.
Langgan:
Catatan (Atom)
