Memaparkan catatan dengan label AYAM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label AYAM. Papar semua catatan

Rabu, Oktober 19, 2011

Nasi Ayam CMG

www.tips-fb.com
ASSALAMUALAIKUM..dah makan semua...mestilah sudah kan..dah kol berapa dh ni...dah nak minum petang plk dah...lambat berN3 lunch untuk tengahari...hari ni kita layan nasi ayam pulak..kadang2 tu kalau dah angin "M"..tapau je...tapi kalau wat sendiri bolih ulang2 makan sampai lah kemalam kan...dah dua kali akak wat nasi ayam yang mebeles ni...kelainan nya sebab ada sup bersayuran dan nasi yg beraroma..pada penggemar sup yang bersayur...nasi ayam ni mmg menepati citarasa.Masa pertama kali akak masak untuk SIL yang datang kerumah masa raya baru ni...resepi akak amik dr dapur CMG yang fofular..tima kasih Mat kerana berkongsi resepi ye...akak kongsi disini pulak...

Nasi Ayam
Resepi: CMG@Dapur Tanpa Sempadan
Sumber 2 : kzai@Teratakimpian

BAHAN NASI AYAM :-)
4 cawan beras basmathi, cuci dan rendam 25 minit, toskan
6 cawan stok sup ayam (resipi dibawah)
1 helai daun pandan, disimpul
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 inci halia, dititik
2 ulas bawang putih, dititik
1 1/2 camca besar marjerin (mat guna mentega)
Garam secukup rasa



BAHAN SUP AYAM :-)

1 ekor ayam sederhana besar
15 cawan air
1 1/2 inci halia, hiris kasar dan titik
5 ulas bawang putih, dititik
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 camca besar bawang goreng
1 pokok daun sup, kerat 2
10 kuntum cendawan butang dlm tin, belah 2 setiap satu
1/2 batang lobak merah, didadu
2 biji kentang sederhana besar, didadu
1/4 bahagian bunga kobis, potong sekuntum2
2 kiub pati ayam "Maggi"
1 camca teh lada hitam, tumbu halus
Garam secukup rasa

BAHAN SOS CILI HALIA :-)
5 biji cili merah
1 biji tomato
3 ulas bawang putih
1/2 cawan stok sup ayam
1/2 inci halia, dititik
Gula dan garam secukup rasa

BAHAN PERAP AYAM :-)
2 camca besar madu
2 camca besar kicap pekat
1 camca teh lada hitam, tumbuk halus
1 camca besar mentega
2 ulas bawang putih, tumbuk halus

BAHAN HIASAN/ULAMAN :-)
Tomato, dihiris
Timun, dihiris
Daun salad, cuci setiap kelopak, dan toskan
Hirisan daun sup
Hirisan daun bawang
Bawang goreng





CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK SUP AYAM :- Ayam dipotong 4, cuci bersih dan toskan. Dalam periuk satukan semua bahan2 untuk sup kecuali bunga kobis, lobak merah, kentang dan lada hitam. Jerang hingga mendidih dan masukkan ayam. Masak dengan api sederhana selama 30 minit. Keluarkan ayam tadi dan biar kan sejuk. Cedok keluar 6 cawan stok untuk memasak nasi dan 1/2 cawan lagi untuk sos cili halia. Kemudian masukkan lada hitam, lobak merah dan kentang dalam baki kuah sup, terus memasak hingga empuk, masukkan bunga kobis dan cendawan butang, masak sekejap lagi. Rasa dan jika perlu tambah air lagi dan garam secukup rasa. Hias dengan hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan.
  2. UNTUK NASI AYAM :- Panaskan marjerin/mentega dalam kuali, tumis kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga hingga harum, masukkan halia, bawang putih dan daun pandan. Kacau rata dan masukkan beras, goreng beras dengan bahan2 tadi selama 1 minit. Alih beras tadi dalam rice cooker, tuang stok ayam dan gaul. Tambah sedikit garam. Masak seperti biasa. Bila nasi masak, balik2 kan nasi, tapi jangan ganas2, nanti beras basmathi patah2...tak cunn... Tabur dengan hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan.
  3. UNTUK AYAM PANGGANG SEGERA :- Ayam yang telah disejukkan tadi, dilumur dengan bahan perap kecuali mentega dan perap selama 30 minit. Sudukan sedikit mentega pada setiap bahagian ayam dan lumur rata. Bakar pada suhu 190 C selama 8 - 10 minit untuk setiap bahagian. Hidangkan bersama ulam2 dan sos cili halia.
  4. UNTUK SOS CILI HALIA :- Cili merah, bawang putih dan tomato dikisar halus, tuang dalam periuk, masukkan stok ayam dan halia. Masak hingga mendidih, masukkan gula secukup rasa dan sedikit garam jika perlu. Masak dengan api kecil sehingga pekat. Biar sejuk dan boleh hidangkan bersama nasi ayam tadi...
Share |

Isnin, Mei 23, 2011

Ayam Panggang Ala KR Lagi!!!!!

www.tips-fb.com

Dah makan malam semua...orang umah ni meratah ayam KR je malam ni...dah lama tak memanggang...teringin pulak sesekali.Tak buat mashed potato pun...malas punya pasal...makan bogel2 dgn kentang bakar je...sesekali ala2 diet gitew...tak makan nasi...bolih ke?...hehehe...dulu dah pernah buat ni disini...jemput makan...



Ayam Panggang Ala Kenny Rogers

Bahan-bahan
  • 1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil)
  • Bahan-2 untuk make up ayam :
  • 3 biji bawang besar
  • 4 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 atau 3 sudu besar sos lada hitam - aku tadak sos nih ganti ngan sos tiram+kicap pekat n lada hitam byk.
  • 2 sudu besar madu
  • 1 ketul kiub ayam Knorr
  • 2 sudu besar gula pasir- hana gune gula perang
  • 2 sudu besar herba campuran- akak guna serbuk rempah paprika je
  • 1 1/2 sudu teh garam halus
  • Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
  • Sedikit mentega



Cara-cara
  1. Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
  2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
  3. Perap selama 1 1/2 jam.- hana perap semalaman.
  4. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.
  5. Hidangkan bersama kentang goreng, coleslaw dan kentang



Share |

Rabu, Februari 02, 2011

Tofu Goreng bertelur dan Menu Lunch

www.tips-fb.com

Seronoknya hari ni dapat cuti panjang...mesti ramai yang dah berada dikampung halaman atau cuti2 Mesia kan...cuaca pun cantik dan bolih lah beriadah waktu petang pada yg tak kemana2 tu...akak pun tak kemana2,cuma berjalan dekat2 je...masih didalam kawasan lagi bukan diluar kawasan...mcm message kat hp plk....hehehe...petang2 ni rasa nak menalam...kalau terajin lah tu..bolih wat minum petang...tgk angin lah plk...meh lah layan menu lunch yg senang je hari ni...tofu goreng bertelur,ayam bercili dan kobis msk lemak putih.kelmarin tgk kt umah Yatie@Sinar Kehidupan ada msk sup tofu telur...tu yg datang idea nk msk tofu telur ni...anak2 dan bapak budak mmg layan sgh dgn masak2 yg mcmni.





Bahan- Bahan

  • 6 paket tofu/ tahu telur
  • 1 sudu kecil serbuk lada putih@lada sulah
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 biji telur
  • 1 sudu besar tepung jagung- bancuh dngn sedikit air
  • air secukupnya
  • sedikit daun sup atau daun bawang dan bawang goreng - utk tabur
Bahan Tumis
  • 2 ulas bawang putih- di cincang halus
  • 1 inci - hiris2
Cara-Cara
  1. Tofu dipotong dua.
  2. Panaskan minyak dan goreng tofu tadi hingga kekuningan dan ketepikan.
  3. Tumiskan bwng putih dan halia dgn minyak sedikit.
  4. Masukkan sedikit air dan masukkan serbuk lada sulah, kacau sebati dan masukkan sos tiram dan aji no moto (jika suka).
  5. Pecahkan telur dan gaul sekali sekala,
  6. Masukkan tofu yg telah digoreng tadi. Masukkan bancuhan tepung jagung.
  7. Gaul sekali sekala dan perasakan garam nya.Matikan api dan bolehlah di angkat dan hidangkan. Taburkan bersama daun bawang atau daun sup yg telah di cincang dan bawang goreng...sedap dimakan panas2.

Ayam goreng bercili

Kobis msk lemak putih
Share |

Ahad, Disember 12, 2010

Mee Rebus Udang ala S'pore & Ayam Panggang lagiiii

www.tips-fb.com
Hari ni tak makan nasi..tengahari tadi akak masak mee rebus dan ayam panggang ulang tayang lagi dan ulang makan sampai kemalam...malas dah nak masuk dapur petang2...kalau ayam dipanggang mcmni mmg laku kt umah ni...tapi masak setengah ekor je...menu pun sempoi je..byk bahan asesori tak takde...resipi blh tgk kt sini dan sini...

.
Share |

Sabtu, Disember 04, 2010

Ayam Panggang Serai

www.tips-fb.com
Hari ni tekak terasa nak makan ayam panggang pulak..tapi nak cari resipi yg simple je...sbb nak cepat masak dan makan...minta hb belikan sekor ayam dibelah dua je...ingat nak panggang setengah ekor je...kalau panggang sekor takut tak habis plk...sbb tak semua rakyat jelata ada dirumah hari ni...mcm biasa lah resipi cilok dr dapur Hana..sbb baru2 ni nampak hana memanggang ayam...mmg sedap ayam panggang serai ni makan panas2..ratah gitu je dgn kentang dan karot nye...kira hari ni akak berdiet tak makan nasi...blh gitew...tq Hana..akak c&p kat sini ye...
RESEPI AYAM PANGGANG SERAI
Source : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • 1/2 ekor ayam
  • *1/2 labu bawang putih
  • *2 inci halia
  • *1-2 batang serai
  • 1 sudu makan lada hitam - tumbuk kasar
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1-2 sudu makan madu
  • garam sedikit
  • lemon
  • butter - potong kecil @ minyak zaitun
  • kentang, carrot, bawang besar - potong empat

Cara-cara
  • Blend bahan bertanda * dengan sedikit sahaja air asal berpusing.
  • Campurkan bahan blend dengan kicap, lada hitam, madu, sedikit garam dan juga perahan lemon sedikit. Gaul.
  • Lumurkan pada ayam dan baki rempah lumur pada carrot, kentang dan juga bawang. Masukkan dalam mangkuk tahan panas. Perap sekurang2nya 2-3jam atau semalaman.
  • Panaskan oven. Selitkan potongan butter di celah2 ayam. dan bakar suhu 180 selama 1jam atau sehingga ayam masak. Setiap 15-20min jirus2kan air ayam ke atas ayam supaya permukaan atas tidak terlalu kering dan juicy.

Share |

Ahad, November 28, 2010

Ayam Pong Teh

www.tips-fb.com
Dah jemu hari2 dgn lauk melayu...hari ni cuba masak masakan nyonya peranakan plk....tapi tu lah kan...akak letak dah terkurang kicap dan terlebih tauco plk...tu yg tak npk kuah nya gelap berkicap dan juga kuahnya agak pekat sikit...tapi rasa tetap maintain...resipi dr dapur CMG...sedap masakan nyonya peranakan ni...

BAHAN-BAHANNYA :-)

800 g ayam, dipotong ikut suka, cuci bersih dan toskan
1 inci halia, tumbuk halus
1 camca teh serbuk kunyit
1/2 camca teh garam
20 biji bawang merah*
8 ulas bawang putih*(*dikisar halus)
1/3 cawan jus asam jawa
1 inci halia, dititik
3 - 4 biji kentang, kupas dan belah 4 setiap biji, rendam dalam air
10 kuntum cendawan butang (mat guna yg dalam tin jee)
3 biji cili merah, dibelah tapi tak putus, rendam dalam air
1/2 cawan taucho, dihancurkan
1 pokok daun sup, potong kasar2
1 liter air
2 camca besar kicap cair
2 camca teh kicap pekat
Sedikit gula
Hirisan daun bawang untuk hiasan

ARA MEMBUATNYA :-)
  1. Gaul ayam tadi dengan 1/2 camca teh garam, serbuk kunyit dan halia tumbuk hingga rata, perap 1 - 2 jam. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus dan halia titik hingga harum, masukkan taucho dan tumis hingga terbit minyak. Masukkan ayam dan gaul, biar ayam kecut sedikit.
  3. Tuang air, jus asam jawa dan masukkan kicap pekat, kicap cair, kentang dan cendawan butang. Kacau rata dan biar mendidih. Masukkan daun sup dan kecilkan api. Renih 25 - 30 minit hingga ayam dan kentang empuk.
  4. Masukkan sedikit gula dan belahan cili merah. Rasa dan jika perlu tambah sedikit garam. Hias dengan hirisan daun bawang sebelum dihidangkan bersama nasi hangat dan sambal belacan....
Share |

Sabtu, November 27, 2010

Ayam Kremes

www.tips-fb.com
Sedap ayam kremes ni gigit bersama kremes nya...asyik sekali mengunyah kremes yg rangup...krup..krap..krup..krap..ayam kremes ni akak gandingkan dgn nasi goreng je..sepatutnya makan bersama nasi ayam penyet..hari tu buat nasi ayam penyet,tak buat kremes nya plk..dasar dah malas sgt..resipi cilok dr dapur nOOrsha yg telah diubah suai rasanya olih Hana Kanazawa gabungan resipi madiha dan Nur S'pore...jauh perjalanan resipi ni..tima kasih wat semuanya...

PautanBahan-bahan
  • 1 ekor ayam - belah 8@4
  • 2 inci halia - ketuk
  • 1 helai daun salam - optional
Bahan Kisar
  • 6 biji bawang merah
  • 4 biji bawang putih
  • 3 sudu makan ketumbar
  • 1½ sudu makan jintan putih
  • 1 ½ sudu makan jintan kasar
  • 1 sudu teh serbuk lada putih
  • 1 inci halia
  • sedikit kunyit hidup
  • garam
Bahan Kremes
  • 1 cawan air rebusan ayam
  • 1/4 cawan tepung beras (boleh ditambah dengan tepung ubi)
  • 1 biji telur dikocok rata
  • 1 cawan air

Cara-cara

  • Rebus ayam bersama halia dan juga daun salam sehingga separuh masak. (hana tmbh btg saderi).Angkat dan toskan ayam.
  • Kisar semua bahan2 kisar. Satukan dengan ayam dan perap sekurang2nya sejam.
  • Panaskan minyak. Goreng ayam hingga masak dan kekuningan. Lebihan rempah jangan dibuang. (Jika ingin goreng ayam dengan mencelup sahaja ke bhn kremes juga tiada masalah! cume rempah tak serap banyak). Angkat ayam dan toskan.
  • Satukan bahan kremes sebati. Masukkan lebihan rempah ayam tadi.Kacau.
  • Pastikan minyak betul2 panas. Ambil sesenduk kemudian goreng ke dalam minyak yang panas td hingga garing. Angkat dan toskan.
  • Taburkan ke atas ayam semasa menghidang.Sesuwai dimakan dengan nasi ayam penyet bersama set sambal, tauhu dan tempe atau dimakan dengan nasi putih panas.
Share |

Ahad, November 21, 2010

Ayam Merah Pak Long

www.tips-fb.com
Menu tertunggak lagi...gambar blur...resipi dr dapur CMG...tima kasih....


BAHAN-BAHANNYA :-)
600 gram ayam, potong ikut suka
1 biji bawang besar hiris bulat
1 genggam isi kacang tanah jenis besar
1 cawan santan (mat guna 1/2 cawan susu segar + 1/2 cawan air)
1/4 cawan cili kisar
2 camca besar penuh tomato puree
2 tangkai daun ketumbar, potong kasar2
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
2 biji buah keras

BAHAN TUMIS :-)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
3 biji bawang merah, hiris halus
2 ulas bawang putih, hiris halus

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kacang tanah tadi dicuci, dan rebus hingga lembut dan buang kulit. Ayam dicuci bersih, lumur dengan garam dan serbuk kunyit, goreng embal-embal (tak berapa garing), angkat dan toskan. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, masukkan cili kisar dan tomato puree, kacau dan tumis hingga terbit minyak. Masukkan kacang tanah dan santan, kacau rata. Biar mendidih.
  3. Masukkan ayam, daun ketumbar dan perasaakan dengan garam dan gula (selalunya manis sikit). Kacau rata dan masak dengan api perlahan hingga pekat. Masukkan bawang besar, gaul dan masak hingga bawang layu. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur kacang pis sebelum dihidangkan, jika suka...
Share |

Sabtu, Oktober 09, 2010

Ayam Masak Kuzi

www.tips-fb.com
Dah lama mencari resipi ayam masak kuzi yg sedap dan ada kelainan sikit...nilah resipi hasil dr men'google'...mmg sedap banget...sbb ada bahan bawang goreng yg ditumbuk...tak rugi mencuba,walaupun bahan2nya agak lebih sikit...kuzi ni lawan kan dgn nasi beriani jus oren kat bawah tu...mmg sedap banget...resipi amik kat sini...dan resipi asal dr try masak...

Bahan2 :

1) Ayam (500g)
2) Kismis Hitam (1 cawan)
3) Kacang Tanah (1 cawan) - akak guna biji gajus
4) Sos Tomato (2 sudu besar)
5) Rempah Kuzi (2 sudu besar)
6) Minyak Sapi (2 sudu besar)
7) Susu Cair (1/2 tin)
8 ) Bawang Besar – dhiris nipis (3 biji)
9) Bawang Merah (4 ulas)
10) Bawang Putih (2 ulas)
11) Halia (5 hiris)
12) Garam (secukup rasa)



Cara masak :

  • Goreng hirisan bawang besar hingga garing.
  • Tumbuk hancur 1/3 dari bawang besar goreng, diikuti dengan hirisan halia. Masukkan sedikit garam.
  • Gaul sebati bahan ditumbuk bersama ayam. Perap dan ketepikan.
  • Goreng kacang tanah hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  • Goreng kismis. Angkat dan ketepikan.
  • Tumbuk hancur bawang goreng yang selebihnya.
  • Di dalam mangkuk, campurkan bawang goreng tumbuk dengan susu cair dan sos tomato.
  • Cairkan minyak sapi. Tumis bawang putih dan bawang merah (dipotong kasar) hingga agak garing.
  • Masukkan rempah kuzi yang dicairkan bersama sedikit air. Biar hingga pecah minyak.
  • Tambah air dan biar mendidih.
  • Masukkan ayam. Biar hingga ayam empuk dan kuahnya pekat.
  • Masukkan campuran bawang goreng bersama susu dan sos tadi, kismis, kacang tanah (dibuang kulit), dan bahan-bahan perasa.

* aku pakai gajus yang dalam peket tu, senang kerja and lagi sedap aku rasa…

~ Nyummm!

Share |

Jumaat, September 17, 2010

Nasi Kebuli & Ayam Percik

www.tips-fb.com
Salam lebaran semua...lama tak masukkan n3 masakan..rasa rindu plk...menu ni dh masak minggu lepas lg...memandangkan tnet sll problem..nak masuk n3 pun malas..tambahan plk gmbr tak cun...gambar bidan terjun je...tak sempat nak posing2...takpelah ye...layan jelah drp blog ni bersawang...dua2 resipi ni dr dapur ummi...tq ummi...bakar ayam pun dlm oven je...pastu lupa plk nk set kan api grill...jd tak npk mcm ayam tu hangus2 sikit kt kulitnya...takpelah lain kali cuba lg...tapi rasanya tetap sedap..

AYAM PERCIK PASAR MALAM (Sajiemas,MyR)

Bahan:-
  • 2 ekor ayam
  • 500 gm bawang besar
  • 50 gm halia - diblender
  • 50 gm lengkuas - diblender
  • 50 gm bawang putih - diblender
  • 5 batang serai - diblender
  • 2 cawan gula
  • 3 sudu stok ayam serbuk (*akak x letak ni)
  • 5 senduk cili mesin
  • 5 senduk cili sos
  • 1/2 kg santan

Cara-Cara:-

  1. Campurkan semua bahan dan dimasak sampai mendidih.
  2. Apabila sudah mendidih, masukkan ayam hingga separuh masak.
  3. Asingkan ayam dan siap untuk dibakar, kuah yang lebih disimpan untuk dicurahkan di atas ayam nanti.
  4. Bakar dan siap untuk menjamu selera.

Nasi bersiaran terus dr dlm periuk je...dah x sempat nk posing2 bagai...gmbr pun blur je...kismis dgn daun bwg pun lupa nk tabuk atas nasi gak...

NASI KEBULI - Sumber dr dapur Ummi

Bahan-bahan:-

  • 900 g beras -basuh dan toskan (akak sukat hanya 4 cawan beras basmathi)
  • 2 biji kelapa parut (akak guna 5 cawan santan)
  • 5 sm halia
  • 1 batang serai
  • 1 helai daun limau purut
  • 2 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • minyak ghee utk menumis

Untuk Hiasan:-

  • 2 biji telur (didadar) - akak x buat pun
  • kismis
  • bawang goreng (untuk hiasan)

Bahan giling: (bahan akak kurangkan sikit ikut sukatan beras dan kisar jek)

  • 2 sudu besar ketumbar
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 1 sudu teh lada hitam
  • 2 sudu teh serbuk kunyit
  • Sedikit garam

Cara Memasak :

  1. Kelapa diperah ambil santan secukupnya untuk masak nasi.
  2. Panaskan minyak ghee,masukkan rempah-rempah, daun limau purut, halia, serai serta bahan giling dan masak hingga naik bau.
  3. Masukkan santan & garam tunggu mendidih.
  4. Masukkan beras dan masaklah hingga tanak nasinya.
  5. Taburkan telur dadar, kismis & bawang goreng diatasnya bila menghidang.
Share |

Ahad, Ogos 22, 2010

Kerutuk Ayam Cik Banding

www.tips-fb.com
Salam ramadhan...kejap je dah 12 hari kita berpuasa kan...pejam celik..pejam celik dah dekat 2 minggu masa berjalan...minggu depan mesti memasing sibuk wat kuih raya plk kan....mulalah mcm2 sekut plk kuar...ni menu bbuka semalam ni...ayam lagi..takpelah memasing dah minat dgn siayam ni...rempah nya guna rempah kotak Slera keluaran Felda trading je..sedap gak guna rempah ni...kalau balik keje nak masak pun sonang...dah lama beli rempah ni,memerap je dlm almari tu..sayang plk kalau dah expired..nnt tak habis2 membazir je...resipi ikut pd kotak je...nak guna daging pun blh...sedap dimakan bersama nasi atau roti.

Bahan-bahan:-
400 gm Ayam/daging
1 peket perencah kerutuk cik Banding
1 keping asam gelugor
2 cawan santan
4 cawan air
Garam dan gula

Cara-cara:-
1. Masak 3 cawan air (600 ml) air bersam 1 peket perencah kerutuk dan sekeping asam gelugor.
2. Masukkan 400 gm daging lembu/daging kambing /ayam dan masak sehingga empuk.
3. Tambah 1 cawan air dan 2 cawan santan kelapa dan masak sehingga pekat.
4. Tambahkan garam dan gula secukup rasa.



Pada Sally yg bertanya tentang kotak paste ni....inilah rupa kotaknya...

Share |

Jumaat, Ogos 20, 2010

Ayam Masak Kicap 3 Rasa

www.tips-fb.com
Harini masak lauk sempoi mempoi je...tapi yg sempoi ni lah pilihan anak2...hairan gak mereka ni tak pernah jemu...kalau emergency kes masakan ni lah jadi pilihan..sonang banget...ada rasa masam,manis dan pedas...enak dimakan dgn nasi panas...

Bahan-bahan:-

  • 1/2 ekor ayam dipotong dan dicuci
  • 2 sudu besar cili kisar bersama bawang merah
  • Kicap manis
  • Sos tiram
  • Sos tomato
  • Sos cili
  • 2 ulas bawang putih dicicang halus
  • Bawang besar dipotong bulat
  • 2 biji cili merah dipotong menyerong
  • Minyak masak
  • Sedikit air

Cara-cara:-

  1. Gaul ayam bersama kunyit dan garam kemudian goreng.
  2. Tumiskan bawang putih dan masukkan cili kisar dan masak agak garing.
  3. Bila cili agak garing, masukkan kicap manis, sos tiram,sos tomato dan sos cili..bubuh sedikit air jika perlu..biarkan mendidih sekejap.
  4. Masukkan ayam yg telah digoreng tadi.
  5. Last sekali masukkan bawang potong bulat dan hirisan cili merah utk hiasan dan gaul mesra...tutup api dan sedia dihidangkan.
Share |

Ahad, Mei 16, 2010

ayam ala Kasim

www.tips-fb.com
Ayam ala kassim ni dipasangkan dgn nasi aswan diatas tu...sedap ayam ni..wangi bau aroma daun kari..nak masak pun senang dan ringkas...resipi dr dapur Noreen...resipi asal dr azura Suhaimi@MyR...terima kasih pd keduanya..

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam - dipotong kecil
3 sudu besar cili kisar - kalau suka pedas boleh tambah
2 sudu besar kicap pekat
3-4 tangkai daun kari
air secukupnya
garam dan gula secukup rasa

bahan2 kisar:
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia

cara:
  • gaulkan ayam dengan garam dan serbuk kunyit
  • kemudian gorengkan ayam tadi separuh masak
  • angkat dan ketepikan
  • panaskan minyak
  • tumiskan bahan2 kisar dan cili kisar sehingga wangi dan pecah minyak
  • masukkan daun kari dan kacaukan rata
  • biarkan seketika sambil dikacau selalu
  • kemudian masukkan kicap pekat dan tumiskan sehingga kuah agak kering sedikit
  • masukkan pula ayam dan sedikit air (kepekatan dan kecairan kuah bergantung pada selera masing2)
  • akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa
  • kacau dan biarkan sehingga ayam masak dan empuk
  • angkat dan hidangkan dengan nasi putih, nasi minyak, nasi tomato dan lain2

note: masakan lama, senang dan sedap


Share |

Isnin, Mei 10, 2010

Opor Ayam Merah

www.tips-fb.com
Salam....lama nya takde n3 masakan...bukan tak masak...hari2 masak,tapi masak sempoi2 je,tu yg malas nak tayang kat sini..masakan ulangan...opor ayam ni wat hari ahad baru ni...sedap opor ni...biasalah kan resipi pas sana...pas sini...resipi ni amik kat dapur Ummi Kuantan...ummi plk amik kat dapur Noreen..tima kasih kepada penyumbang resipi...

Bahan:- ( 1 family 5 - 6 orang)
  • 1 ekor ayam - dibuang kulit dan segala lemaknya, dipotong 8
  • 1 sudu makan kerisek (ummi letak 2 sudu besar)
  • 1 cawan bawang goreng - ditumbuk halus
  • 1/2 tin tomato puree (*ummi letak 1 tin saiz kecil sekali)
  • 2 biji tomato - potong dadu
  • 1 biji bawang besar - dihiris
  • 1/2 biji kelapa - ambil 1 - 2 cawan santan (*ummi guna santan kotak Ayam Brand tu - kak Liza yang recommend guna brand ni kalau malas nak perah santan atau nak cepat kerja..hehe)
  • sedikit minyak untuk menumis
  • garam dan gula secukup rasa

Bahan Dikisar Halus:-

  • 10 tangkai cili kering (*ummi letak 15 tangkai)
  • 3 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 8 hiris halia (*ummi letak 1 inci)
  • 3 hiris lengkuas (*ummi letak 1 cm)
  • 5 biji bawang merah


Cara Memasak:-
  1. Gaul rata ayam dengan rempah kisar, perap sebentar.
  2. Panaskan minyak, tumis bawang hiris sehingga kuning.
  3. Masukkan ayam yang bergaul rempah, balik-balikkan sebentar.
  4. Masukkan pula bawang goreng yang telah ditumbuk halus dan gaul hingga rata.
  5. Masukkan pula tomato puree, tomato dadu dan kerisek. Masak hingga kering.
  6. Apabila sudah kering, masukkan pula santan, garam dan gula secukup rasa.
  7. Biarkan sehingga naik minyak dan ayam masak..Balikkan ayam sesekali.
  8. Bila agak pekat, tutup api. Hidangkan dengan sebarang nasi, pulut atau roti..
Share |

Rabu, April 28, 2010

Ayam Madu BBQ

www.tips-fb.com
Ni menu hari ahad baru ni....yg sebenarnya tak tahu nak masak apa dengan ayam sekor ni....mula2 dah keluar dr petiais,pastu masuk balik...pastu keluarkan plk balik...mmg terfikir nak bakar aje ayam ni....jalan2 kat dapur ummi,terjumpa resipi ni...mmg sedap ayam madu BBQ ni....meratah aje anak beranak tak makan nasi...Ummi pun dpt resipi dr Pah (Sherry MZ)@MyR...tq kedua2nya...minta izin letak resipi kat sini ye....

AYAM MADU BBQ

Bahan-bahan ( sekeluarga ):-
  • 12 ketul kepak/peha ayam
  • 4 sudu makan madu
  • 1 sudu makan ketumbar
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 2 inci halia
  • 10 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 sudu makan sos cili
  • 3 sudu makan kicap pekat
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan cili boh (klu nk pedas blh tmbh lg)
  • 1 sb sos Hoisin (*ni akak tambah)
  • Garam secukup rasa

Cara-cara:-

  1. Kisar kering ketumbar, jintan manis & putih.
  2. Kisar/tumbuk halia, bwg merah & putih.
  3. Gaul semua bahan2 tadi ke dalam ayam. Sesuaikan rasa manis & masinnya.
  4. Perap semalaman @ sekurang2nya 2 jam supaya semua bahan2 td meresap masuk ke dalam isi ayam.
  5. Panggang/bakar seperti biasa. (*akak masukkan dlm oven dan bakar selama 20 minit api atas dan tambah lg 20 minit guna api atas n bawah - balik-balikkan ayam) kzai bkr dlm oven 200'c sampai masak..10 minit terakhir setkan oven kpd grill utk dpt kan kulit ayam yg garing2 sedikit.
  6. Sedap makan begitu saja @ dengan nasi minyak, nasi putih dsbnya.
Share |

Khamis, Mac 11, 2010

Ayam Masak Gulai Kampung

www.tips-fb.com

Menu arini...selalu gak masak ayam mcmni..sedap rasa ala2 ayam masak kelio...cicah dengan roti pun best...bila dipanaskan keesokan hari lagi sedap...teringat arwah mak selalu masak mcmni dan kadang2 masak ganti dgn daging pun sedap...bila ada kenduri kendara,selalu menu ni jadi menu utama.


Bahan-bahan:
1 ekor ayam
2 1/2 cawan santan
5 cm lengkuas (ketuk)
3 batang serai (ketuk)
3 cm kunyit hidup (kisar)
3 cm halia (kisar)
5 ulas bawang putih (kisar)
4 tangkai cili merah (kisar)
10 ulas bawang merah (kisar)
5 biji buah keras (kisar)
2 keping asam gelugur
4 biji kentang (belah dua)
10 tangkai cili kering (kisar)
1 helai daun kunyit

Cara menyediakan:
  1. panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan ayam,lengkuas,serai dan daun kunyit.
  3. Gaulkan rata sehingga ayam kecut.
  4. Tuangkan santan dan masukkan kentang.
  5. Setelah kentang empuk masukkan asam gelugur dan garam.
Note:
kalau bolih biarkan kuahnya cair.Kalau pekat dah rasa rendang pula.
Share |

Ahad, Januari 03, 2010

Hati Ayam Goreng Kunyit

www.tips-fb.com

lauk ni dah masak tahun 2009...tapi keluar gmbr tahun 2010...lama nya kan...sebenar nya thn 2009 tu hujung tahun lah...merapu je kan...kira pembuka tirai 2010 lah ye...hehee..aritu nak masak hati msk ungkep...tapi bila tgk hati tu sikit je,terus terbantut rancangan...lagi pun kat umah ni akak sorang je yg makan hati ni...jadi masak campak2 je lah..tak buang masa..
Share |

Ahad, Disember 27, 2009

Ayam Panggang ala Kenny Rogers

www.tips-fb.com
Ayam panggang pokcik Kenny ni buat semalam..tp tak sempat nak posting..pada tegahari tu gi tgk anak kawan kahwin kat Keramat dan balik tu terus bakar ayam ni utk dinner plk... mmg sedap digandingkan dgn mashed potato kat bwh tu...akak buat sekor ayam,tapi belah dua bagi dia garing sikit tang dada tu bila dipanggang,dan letakkan berasingan sebelah menyebelah masa memanggang...resipi asal dr MyR..tapi cilok dr dapur Hana je...tq hana...

Bahan-bahan
  • 1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil)
  • Bahan-2 untuk make up ayam :
  • 3 biji bawang besar
  • 4 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 atau 3 sudu besar sos lada hitam - aku tadak sos nih ganti ngan sos tiram+kicap pekat n lada hitam byk.
  • 2 sudu besar madu
  • 1 ketul kiub ayam Knorr
  • 2 sudu besar gula pasir- hana gune gula perang
  • 2 sudu besar herba campuran- akak guna serbuk rempah paprika je
  • 1 1/2 sudu teh garam halus
  • Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
  • Sedikit mentega
Cara-cara
  1. Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
  2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
  3. Perap selama 1 1/2 jam.- hana perap semalaman.
  4. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.
  5. Hidangkan bersama kentang goreng, coleslaw dan kentang putar.

Share |

Garlic Mashed Potato

www.tips-fb.com
Memang betul kata hana mashed potato ni digandingkan dgn ayam panggang ala Kenny Rogers mmg sesuai dan sedap..ramai gak yg dah cuba buat ni..semua kata sedap..tu yg teruja plk nak buat dan gandingkan dgn ayam panggang pokcik Kenney tu...resipi c&p dr umah Hana..tq hana..

Bahan-bahan
  • 8-9 biji ubi kentang saiz besar (kalau guna Russet potatoes lebih gebu)
  • Air yg cukup untuk merebus + 3 ulas bwg putih diketuk
  • 3 sudu besar butter
  • 2 sudu besar mayonaise
  • ½ cawan susu segar/ fresh cream - hana ltk sket jerk
  • 1 sudu kecil black pepper
  • Bahan-bahan untuk gravy :
  • 2 ulas bawang putih dicincang halus
  • 2 sudu kecil black pepper
  • 2 sudu besar Worcestershire sauce ( kite gune brand lea&perrin)
  • 4 sudu besar kicap manis + 1 cawan air
  • 2 sudu besar tepung jagung + dgn sedikit air ( untuk memekatan gravy)
  • 1 sudu kecil stock ayam ( kalau buat steak/grilled chicken, guna airnya lg sedap)
  • sedikit minyak untuk menumis bwg putih- hana gune butter
Cara-cara
  1. Kupas kulit ubi kentang dan potong nipis2. Rebuskan dalam periuk - isi air cukup-cukup menutupi ubi dan campurkan sekali bwg putih yg diketuk.Tabur sedikit garam.Rebus hingga empuk dan tosskan air lebihan.
  2. Campurkan butter, mayonaise, susu segar dan black pepper kedalam ubi kentang yang telah direbus tadi dan lecekkannya.Kalau takde potato masher, gune electric mixer/ bontot botol sos pun boleh. Lepas dah hancur & smooth, siap lah mash potato tu.
  3. Untuk Gravy : Tumis bwg putih dan black pepper hingga wangi.(jgn sampai garing sgt..tak sedap)
  4. Masukkan semua bahan-bahan lain kecuali air tepung jagung. Masak hingga didih.
  5. Sambil kacau, tuang air tepung jagung sikit2 sampai gravy tu tak pekat, tak cair.( kalau suka pekat2, tambah lagi..ikut selera masing2)
  6. Untuk serve, tuangkan gravy atas mashed potato tadi dan ENJOY!
Share |

Khamis, Disember 03, 2009

Ayam Masak Kicap Pedas

www.tips-fb.com
Ni lauk dinner malam tadi...masak lauk yg senang dan cepat je bila dah malam2 ni....x kuasa nak dok kat dapur lelama...lawan kan dgn rebus bayam dan ikan kering...dah cukup....xyah lah resipi... sempoi je versi sendiri...
Share |