Memaparkan catatan dengan label Sarapan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sarapan. Papar semua catatan

Selasa, Februari 01, 2011

Jejari Ketam Bersalut & half boil egg...Sarapan

www.tips-fb.com

Dah lambat nak masuk tayangan sarapan pagi ni...takpe lah janji ber update jugak lah kan..pagi ni wat sarapan yg ringkas...cepat dan mengenyangkan...hari ni nampak cuaca menunjukkan begitu baik sekali..pagi2 lagi sang suria dah mencelahkan wajah nya...cepat lah kain2 kering dijemuran...dah berapa hari ni kain kesejukan dipenyidai...bagi mangsa2 banjir yg teperangkap,bolih lah mereka menarik nafas lega..kesian mereka kan dgn anak2 yg masih kecil...jom layan sarapan pagi ni...




Menu Kopitiam dr Pakcik google...best dapat bf sesekali disini


Jejari Ketam Bersalut
Sumber: Mat Gebu@DTS
...tima kasih Mat

Bahan-bahan:-)
12 batang crabstick @ jejari ketam
1 biji telur*
Sedikit serbuk lada hitam*(*disatukan dan pukul rata)
Tepung gandum secukupnya
Serbuk roti secukupnya (mat guna kaler kuning - oren) - akak guna kaler putih
Sos kegemaran untuk dicicah
Minyak masa untuk menggoreng terendam'

Cara membuatnya :-)
  1. Jejari ketam tadi dilap kering, gaul dengan tepung, kemudian celup dalam bancuhan telur, golek atas serbuk roti, kalau nak tebal lakukan proses sekali lagi, dengan mencelup dalam telur dan golekkan sekali lagi atas serbuk roti. Buat hingga siap.
  2. Panaskan minyak dan goreng jejari ketam bersalut tadi hingga kuning keemasan, tapi jangan goreng terlalu lama. Angkat dan toskan, letak atas papertowel. Hidangkan panas bersama sos kegemaran anda...



Half boil egg...rujukan dr Hana@Hanamemories...tima kasih Hana bagi ilham yg senang dan telur jadi cantik ni..
Share |

Sabtu, Disember 18, 2010

Sarapan kt Kedai Mamak Ismail

www.tips-fb.com

Salam semua dah sarapan...bila cuti2 ni ramai yg sarapan kt luar sambil bawak anak2 berjalan kan..bila hari2 sarapan kt umah...tingin plk nk sarap kt kedai..pilihan kali ni kedai mamak Ismail kt TTDI(tmn tun Dr Ismail) sama plk nama kedai ni...akak berdua dgn hb je...sarap kt sini mmg best dgn murtabak dan roti canai atau roti canai telor...akak mmg peminat tegar murtabak kt sini..mmg best...ramai pengunjung kt sini...kedai pun bersih dan pekerja nya semua pakai apron dan penutup kepala tu(cap)...ape nk panggil tu ahhh..


Murtabak daging...hb punya...makan tak jelin2 org depan ni...

Suapan yg kedua...


Kali ni akak sarapan roti telor plk...kuah dal dia mmg mebeles...

Share |

Khamis, November 04, 2010

Pancake Mayo

www.tips-fb.com
Dah sarapan kawan2 dan selamat berhujung minggu semua...hari ni mesti ramai yg gi bercuti atau balik kampung..yelah bukan senang nak dapat cuti yg bersambung mcmni kan...harap semua selamat sampai kedistinasi dan berhati2 dijalan raya...ni menu sarapan akak yg ringkas...dah lama tak berpankek ni....sedap dan gebu...sesekali wat sedap gak...resipi amik dr dapur Nor Ganu kite
resipi asal dr Hajar FP...lama tak dengor berita dr Hajar sejak dh balik mesia dan skrg tinggal kt Tronoh Perak rasanya...dan dh mengajar semula...tingat masa zaman berfotopage dulu2 masa dia tinggal kt luar negara dulu..kt mane dh tak ingat..ooohhh!!! dh ingat kt Bradford...minta izin Nor akak letak resipi kt sini dan petua2nya sekali utk rujukan...tima kasih buat kedua2nya...


PANCAKE by Hajar


3 sudu besar butter/majerin ~ dicairkan
1 bj telur (k.nor guna saiz A)
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 sudu teh baking powder
1 sudu besar gula castor
1 cawan susu segar (boleh guna susu tepung yg dibancuh dgn air)
secubit garam
1 sudu besar jus lemon (k.nor tak letak pun)
11/2 sudu besar mayonaise - tambahan

Campurkan kesemua bahan dan gaul sebati.
Boleh guna blender atau guna balloon whisk jer.
Biarkan selama 10 minit.
Goreng dlm frying pan hingga masak.
* adunan ni mmg nampak pekat skit, tp lembut dan gebus jer hasil dia nanti
kalau nak tambah air skit pun tak per, tp jangan banyak, nanti cair. kalau cair pancake kita jd nipis jer, tak cantik.


updated:
bagi yg nak tau kaedah apa yg K.Nor guna utk masak pancake bg menghasilkan saiz yg sama.. (kembar ye Ayu hehe...) meh nak tunjuk :)

Caranya:
K.Nor guna 2 frying pan.
1. frying pan yg saiznya paling kecik kut yg ada kat pasaran dlm 12cm
2. frying pan yg saiznya lebih besar, tak kira la berapa saiznya tu 20cm atau 22cm asalkan lebih besar dr 12cm
3. bila guna pan yg kecik ni kita boleh hasilkan saiz pancake yg sama besar
4. panaskan pan dgn api yg sederhana jgn terlalu kuat
5. masukkan 1 senduk kecik adunan dan masak hingga keluar buih2/lubang2 kat atas permukaannya
6. terbalikkan atas pan yg satu lg tu (yg juga telah dipanaskan)



7. masak hingga pancake masak, angkat dan hidangkan
8. ulang hingga semua adunan habis dimasak.
9. kaedah guna 2 pan ni juga mempercepatkan tempoh memasak pancake, kan. tak la lama sgt anak2 menunggu utk makan :)

Nota:
Sedap makan bersama madu, aiskrim, jem dan sewaktu dgn nya...

Share |

Jumaat, Oktober 15, 2010

Jom Breakfast dgn Murtabak diRaja

www.tips-fb.com
Dah sarapan semua...mestilah sudahkan..lambat sarapan pun takpe,sbb harini kan cuti2 mesia...harini bersarapan dgn murtabak diRaja yg dh di frozen kan...sgh sedap dan mengenyangkan...murtabak ni mmg tebal dan besar dr saiz biasa...murtabak kelas diRaja lah katakan...sepotong mkn pun dh kenyang...disini sesekali je blh dpt makan murtabak ni..lainlah org belah pantai timur tu kan...kat belah sana mmg popular murtabak ni kan...murtabak ni pun kirim pd kawan ofis yg keluarga nya tinggal disana...kata kawan tu,murtabak ni dh sampai keluar negara dipasarkan....kiranya mat saleh pun suka dgn keenakan nya....akak baru dua kali lah merasa murtabak mcni...harga pun blh tahan gak..tp takpe janji dpt yg diidamkan tu...bukan selalu kan...jom sarapan...


Share |

Isnin, Ogos 02, 2010

Baked Eggs

www.tips-fb.com
Jom sarapan...ehh kan dah malam ni...saje je nak n3 menu sarapan yg tak sempat nak posting pagi tadi...senang nak sediakan...makan dua biji telor ni dan minum nescafe panas pun dah mengenyangkan...haritu npk sedap sangat Ummi bersarapan dgn si Aiman tak kesah tu...tu yg tingin nak wat jugak tu...lagi pun npk ringkas jelah kan...yelah kan pepagi nak mengejar masa..resipi asal dr sini dan boleh tgk cara bakar kat sini...npk cantik je mat salleh tu wat dan masuk oven...mcm biasa c&p resipi dr dapur Ummi...jom tgk resipi...

BAKED EGGS
Sumber: Culinate.com di Sini

Ingredients:-


2
large eggs (2 biji telor saiz L)

3 Tbsp. whipping cream (2 sudu besar krim putar)

2 castelvetrano olives, pit removed and each olive torn into 2 or 3 pieces (*buah zaitun, buang kulit dan belah 2 atau 3 bahagian)

~ Kosher salt and freshly ground pepper, to taste (garam dan lada hitam yg ditumbuk secukup rasa)

3 Tbsp. toasted breadcrumbs (homemade; see Note)(3 sudu besar serbuk roti yg dipanggang kekuningan)

Steps:-
  1. Preheat oven to 350 degrees convection, or 375 conventional. (Panaskan oven pada suhu 350 degrees (*akak set 180 darjah C)
  2. Crack 2 eggs into a gratin dish, being careful not to break the yolks. Drizzle on the cream, scatter bits of olive around the eggs, and season to taste with freshly ground pepper and kosher salt. (Pecahkan telor ke dalam bekas tahan panas, hati2 agar kuning telor tidak pecah. Tuang rata perlahan2 krim putar, letak beberapa titis minyak zaitun di sekeliling telor, tabur garam dan serbuk lada hitam secukup rasa)
  3. Bake about 6 minutes, or until the white is set and yolks are very loose. (The dish will continue to cook once it’s out of the oven.). Bakar selama 6 minit atau sehingga putih telor masak tetapi kuning telor dibiarkan sedikit lembik (bekas tahan panas biasanya akan bertahan lama haba panas dan telor masih boleh masak matang di luar oven)
  4. Sprinkle breadcrumbs over the top of each dish. Serve hot. (Taburkan dengan serbuk roti yang dipanggang tadi di atas permukaan telor dan sedap dimakan ketika telor masih panas2)
Notes:-
Here’s how Jenn makes bread crumbs: Remove the crust from a loaf of ciabatta and tear the bread into 1/2- to 1-inch cubes. Toss with olive oil and a little salt, then toast on a sheet pan at 350 degrees, until dry. Crush with the back of a pan and run through a coarse sieve to eliminate any large pieces. Add some chopped thyme...(*akak guna jek ready-made breadcrumbs tuh..)
Share |