Khamis, Julai 16, 2009

Sambal Tempoyak Udang

www.tips-fb.com

Tempoyak lagiiiii....hari tu beli sebotol,masih ada banyak lebihan baki lagi....lagi pun HB mmg suka makan lauk yg berasaskan tempoyak ni...tak kiralah masak apa pun...cuma anak2 yg tak berapa gemar dgn tempoyak ni....tempoyak ni buat sambal dgn ikan bilis pun mengancam tekak gak...tapi kita ni tak suka pulak tempoyak mentah colek dgn sambal makan dgn nasi...macam tak sesuai je dgn rasa tekak ni....tapi kalau yg dah masak mmg laju je makan.

Bahan2:

500 gm udang sederhana besar - dibersihkan
Pes tempoyak - ikut kepekatan
1 biji cili merah + cili padi - ikut kepedasan*
1 inchi kunyit hidup*
Sehelai daun kunyit di hiris atau disimpul
Garam secukup rasa
Sedikit air - ikut kepekatan
Sedikit gula jika tempoyak masam - jika suka

Cara-cara:
  • Tumbuk atau kisar bahan2 yang bertanda*
  • Jerangkan periuk bersama bahan kisar dan pes tempoyak bersama sedikit air mengikut kepekatan yg dikehendaki.
  • Masukkan daun kunyit yg disimpul atau di hiris dan biarkan hingga mendidih.
  • masukkan udang dan perasakan garamnya.
  • Bila udang dah masak(jgn masak udang lama sangat nanati jadi keras),tutup api dan bolih dihidangkan.


Share |

4 ulasan:

Ainazli berkata...

sedapnyer, dah lama tak makan tempoyak..nak2 masak cam gini..terliur benar ni..kalu tak keberatan nak mintak resepi tempoyak..huhuhu!

Tanpa Nama berkata...

Tempoyak!!! aduss sedapnye... boleh laju jer makan nasik makan lauk nie Kak Zai...

ain berkata...

saya lum pernah lg memcuba tempoyak. kata org sedap sungguh...boleh berhantu klu dh try makan..betul ke kak..???

MyLilBundle berkata...

alahaiii sedapnyaaa masak tempoyak kak zai....mesti tempoyak baru nih mentang2 musim durian skrg! ikshhh lama sungguh x mkn tempoyak..padahal ada jek skit lg tuh dlm peti sejuk tp kedekut punya pasal nk gak smpan sampai dia beranak pinak! hahahaaaa