Jumaat, November 07, 2008

PUDING SAGO

www.tips-fb.com
Puding sago ni memang dah lama menjadi pujaan selera warga fp disini....tambah teruja nak membuat bila dulu pernah tengok kat fp kawan2 yang menayangkan menu2 ini..Puding sago ni begitu menyelerakan bila menengok kat blog pakar masak dan penghias hidangan yang tersohor di sini...siapa lagi kalau bukan En mat gebu kita tu...


PUDONG SAGO
Sumber - Blog Mat Gebu

Bahan-Bahannya:-
300 g biji sago (kaler yang putih)
2 liter air
1/2 camca teh pewarna hijau
2 helai daun pandan
1 ketul gula melaka, potong kecil*
1/2 cawan gula pasir*
1 1/4 cawan air*
1 helai daun pandan*(*dimasak hingga gula larut dan pekat, tapis dan sejukkan)
1 cawan pati santan + 1/4 camca teh garam atau boleh ganti dengan susu sejat (pakai susu sejat)

Cara membuatnya:-

1. Didihkan air, masukkan daun pandan dan pewarna hijau, cuci sago dan masukkan dalam air mendidih dan masak hingga sago berubah jadi jernih. Tutup api dan biar 2 - 3 minit sago tadi. Angkat, toskan dan cuci bawah air mengalir untuk membuang kanjinya. Toskan dan isi dalam acuan pilihan (acuan yang buat apam tu pun ok). Simpan dalam peti sejuk 1 - 1 1/2 jam.
2. PENYEDIAAN:- Keluarkan sagu dari acuan, masukkan dalam mangkuk2 kecil, tuang sedikit air gula melaka dan sudukan santan atau susu sejat tadi. Boleh dihidangkan sebagai pencuci mulut...
Share |

Tiada ulasan: