Selasa, Januari 20, 2009

Rich choc moist cake

www.tips-fb.com

Inilah kek giant pertama yg dideko sendiri,sbb selalu mendeko kek2 kenit je...bila nak menulis perkataan atas kek ni,byk cabarannye ye...tak seperti menulis diatas kertas.....tak cukup lulus lagi...deko pun sememeh je..... tak seperti tokeh kek kat Shah Alam dan tokeh kek & tokeh western kat utara nun,depa dah biasa deko2 kek mcmni.....cuba teka siapa dia kawan2 kita tu....hehehe...jgn marah ye meen dan Amal yg jauh kat utara tu....berlawak je...Rich choc moist cake ni adalah permintaan dari kawan ofis sempena hari jadi anak perempuanya yg ke10 tahun....perkataan yg tertera diatas kek ni semuanya dari idea anak nya itu...kita tolong merialisasikan je diatas kek ini...kek ni akan dibawa Najwa kesekolah dan diraikan bersama rakan2 sekelasnye....."SELAMAT HARI JADI NAJWA" SEMOGA MENJADI ANAK YG BERJAYA DUNIA & AKHIRAT DAN BERTANGGUNG JWB KEPADA IBU BAPA DAN KELUARGA..... ...kek ni kita c&p dr blog Ummi kat Kuantan nun...terima kasih ummi,kita asyik cilok resipi je....


RICH CHOC MOIST CAKE
sumber - Ummi ( home sweet home)

Bahan:-

6 oz (170 gm) mentega
14 oz (397 gm) gula kastor
3 biji telor
7 oz air sejuk

Bahan A (dibancuh):-

1 sudu teh nescafe
1 sudu teh air panas
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh chocolate/coffee emulco atau chocolate/coffe paste

Bahan B (diayak bersama):-

8 oz (226 gm) tepung high protein/tepung roti/self-raising flour/tepung kek
2 1/4 oz (64 gm) serbuk koko
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh soda bikarbonat
1 1/2 sudu teh baking powder

Cara Membuat:-

Griskan loyang kek saiz 9 inci dan lapikkan dengan parchment paper. Ketepikan.
Pukul mentega dan gula dengan mixer hingga benar2 gebu dan kembang (apabila diangkat adunan tidak jatuh)
Masukkan telor satu persatu sambil dipukul.
Kemudian masukkan bahan-bahan A sambil dipukul lagi.
Masukkan bahan-bahan B sedikit demi sedikit sambil dipusingkan satu hala/arah dengan whisker secara perlahan-lahan sehingga adunan rata dan sebati.
Masukkan air sejuk sambil dikacau lagi sehingga sebati.
Tuangkan adunan ke dalam loyang kek dan hentakkan sedikit loyang supaya mengeluarkan angin.
Bakar pada suhu 170C selama 50 - 6- minit/hingga masak (suhu bergantung kepada oven masing-masing)
Setelah siap, keluarkan dari oven dan biarkan ianya betul-betul sejuk sebelum disapukan dengan chocolate ganache.

Bahan Untuk Ganache/Icing:-

1 tin susu pekat - boleh dikurangkan jika tak mahu terlalu manis.
1 sudu teh esen vanila
1/2 cawan minyak jagung/apa-apa minyak masakan
1/3 cawan serbuk koko
sedikit garam

Cara Membuat:-

Campurkan susu, serbuk koko dan minyak ke dalam periuk.
Masakkan di atas api yang sederhana panas sehingga pekat sambil dikacau selalu dengan whisker.
Kemudian masukkan garam dan esen vanila, kacau lagi.
Setelah adunan agak-agak pekat (tidak perlu sampai menggelegak), tutup api.
Biarkan icing betul-betul sejuk barulah disapu ke atas kek tadi.

Share |

Tiada ulasan: