Khamis, Februari 12, 2009

Sardine Puff

www.tips-fb.com

"Puff pastry" masih tak habis lagi.....tempohari tamak.... rembat sampai 5 pek....masih ada baki lagi...masa cuti ahad baru ni,buat puff sardin pulak....senang sesangat bila ada pastri segera ni...memudahkan kerja dan cepat utk dimasak dan cepat dimakan....ehhh macam iklan mee segera pulak...hehehe...resipi ni kita c&p dr umah CMG kita tu...terima kasihlah yer....



SARDINE PUFF

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 pack "puff pastry" jenama "KAWAN" (1 pack ada 10 keping berukuran 4 x 4 inci)
1 tin kecil sardine
1/2 biji bawang besar, didadu
1 ulas bawang putih, dicincang
1/2 cm halia, dicincang
2 biji cili padi, hiris halus
1 camca besar kicap cair
1 biji limau kasturi, perah jusnya
1/2 cawan mix vege
1 kuning telur, untuk disapu

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga wangi. Masukkan sardine dan kacau rata.
  2. Pecah2kan sardine tadi hingga hancur sedikit. Tambah mix vege dan juga kicap cair. Gaul rata dan masak hingga kering. Akhir sekali masukkan jus limau kasturi, gaul rata, matikan api dan alih ke dalam pinggan. Biar sejuk.
  3. Keluarkab puff pastry dari freezer, biarkan 10 - 15 minit hingga sedikit lembut. Panaskan oven pada suhu 200C. Ambil sekeping puff pastry, potong 1/2 supaya menjadi 3 segi. Satu bahagian dikelar2 sedikit dan satu bahagian diletak inti kurang lebih 1 1/2 camca teh. Tutup dengan bahagian yang berkelar dan tekan tepinya dengan garfu supaya bercantum. Alih ke dalam dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentaga. Buat hingga siap.
  4. Sapu kuning telur atas permukaa puff, dan bakar 25 minit atau hingga puff menjadi kuning keemasan, bergantung pada oven masing2. Keluarkan puff dan sejukkan atas jaringan.
CATATAN MAT GEBU :- Kepada yang memiliki oven jenis ada sistem "kipas", boleh "on" kan kipas masa membakar puff pastry. Ini kerana angin panas dari kipas tadi akan membantu puff pastry kita naik lagi gebu dan bersarang.....
Share |

2 ulasan:

Rinnchan berkata...

Heh Heh..Rinn pun dah lama buat kerja ni. Simpan dua tiga paket dlm fridge. Bila nak guna..tinggal guna aje. Tak yah susah-susah uli tepung...
Re : Nanti cubalah puding roti jagung tuu.. Kalau ikut hati Rinn, mmg nak bakar lagi garing. Suka kalau garing di atas dan tepinya..tapi nanti pelik pulak org tgk heh heh..

Hajar berkata...

salam k.zai...alah, mengancam tul puff pastri tu...nanti kalau sempat kita nak beli gak kulit puff yg segera tu...kalau dekat, leh le mintak sikit kat k.zai..hihihi