resipi asal dr Jeni...terima kasih kedua2nya..kerana share resipi ni....
Bahan A
600 gm udang besar
1 camt. gula
1 camt. garam
1/2 camt. lada hitam
1 camt. minyak bijan
Bahan B
3 camB tepung jagung
1 camB serbuk kari ikan
Bahan C
3 biji kuning telur
1 camB susu cair
1/2 camt. garam
1/4 camt. serbuk lada hitam
2 camB butter
1 camB bawang putih - dicincang
2 camB cili padi - dicincang
1 camB daun kari - dicincang
2 camB butter
Bahan perisa
1 camB sos tiram
1/2 camB gula
1/4 camB serbuk lada hitam
Cara-cara
Bersihkan udang, buangkan kakinya dan keringkan dengan menggunakan kitchen towel. Perap udang dengan bahan A selama 20 minit. Campurkan bahan B dan masukkan udang yang telah diperap. Gaul rata. Goreng terendam udang tadi sehingga masak dan tuskan minyaknya. Gaul rata bahan C. Ketepikan. Panaskan kuali, masukkan butter. Kemudian, masukkan bahan C. Kacau campuran C dengan cepat untuk mendapatkan telur goreng yang halus dan rangup. Angkat dari kuali. Panaskan kuali dengan 2 camB butter. Goreng bawang putih, cili padi dan daun kari hingga wangi. Masukkan udang dan bahan perisa. Gaul rata sebelum dimasukkan telur goreng tadi. Gaul rata dan hidangkan semasa panas.
8 ulasan:
salam k.zai..mmg butter prawn ni mkn dgn nasi panas2 mmg sedapkan..
sedapnyaaa kak zaiii!!!!
baru semlm buat...i kalo buat, telur tu msti nak bertali2...baru puas ati..letak telur byk2, sbb anak2 suka tang serdak telur tu jerr...udang umi ngan ayah jer makan..hehehe
Udang tu nampak sedappp ... But I love your blog header more. Cantik bangat ur teratak impian.Blossom Blooms
dah lama teringin nak buat...tak terbuat2 lagi...
hari tu baru buat butter prawn ni...sedap.
rasa nak buat lak bila tgk butter prawn kzai ni..
wuishh butter prawn sedapnya. zana slalu buat style simple je...ni lain skit plak style nye...boleh cuba ni. kalau masak butter prawn ni...kena ngan nasi panas2...emmm...makan nasi tak hingat dunia le...lupa segala bdan dok tengah chubby ni hehehe.
gambar atas tu umah k/zai ke...wuishhh cantiknya...pandai akak deko.
Catat Ulasan