Khamis, Mac 12, 2009

Hershey's Chocolate Cheesecake

www.tips-fb.com

Resipi ni dari Princessharyati...terima kasih Yatt kerana share resipi yang enak dan memenuhi citarasa ni....rasanya pun sungguh sedap dan tak muak,sbb ada lapisan choc kat atas tu...cheesecake ni pun pernah tengok kat dapur Nor (CASA QUSAIS) tu yang teruja sgt nak buat...sbb berlapis...tapi saya buat base nya dr biskut disgestive....bab malas nak bakar sponge cake lah ni...lagipun biskut ni dah lama beli...takut expired plk....maaf ye Yatt kerana ubah sikit base kek ni yer.....buat pun taklah susah sangat....


HERSEY'S CHOCOLATE CHEESECAKE

Bahan-bahan;

Bahan sponge cake;

1 cawan tepung
1/4 cawan vegetable oil
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 air suam
2 biji telur putih
1/2 sudu kecil cream of tartar
3 sudu besar gula halus

Saya buat base dr biskut disgestive

lapisan bawah/crust
100gm biskut disgestive/oreo/marrie(dikisar halus)
60gm mentega (cairkan)

cara-cara:

gaul serbuk biskut dan mentega cair, tekan dlm acuan dan masukkan dlm peti sejuk selama 10 minit.

Bahan B;

200 gm cream cheese
170 gm fresh cream
170 gm yoghurt ( i guna perasa buah peach)
1 sudu besar butter
2 biji telur
1/2 cawan gula halus
3 sudu tepung
1 sudu kecil esen vanilla
2 bungkus kecil Chocolate Hershey's

Cara-caranya;

Untuk sponge cake; Buat macam biasa, pukul telur putih, cream of tartar dan gula sehingga kembang. Pada mangkuk lain blend vegetable oil, air,esen vanilla, tepung sehingga sebati, kemudian masukkan telur putih tadi dan gaulkan ke dalam tepung dengan menggunakan spatula sehingga sebati, masukkan ke dalam bekas dan bakar selama 15 minit.

Untuk cheesecake; Pukul cream cheese , fresh cream, gula, butter sehingga kembang, masukkan telur, youghurt, even vanilla dan tepung , pukul lagi sehingga sebati. Kemudian bahagikan kepada 2 bahagian. Satu biarkan plan dan satu lagi di campur dengan chocolate hershey's yang telah dicairkan, gaulkan sehingga rata, kemudian masukkan sedikit lagi fresh cream ( dlm 1 sudu besar), gaul sehingga rata.

Setelah cake siap bakar masukkan cheesecake yang plain dahulu ke dalam loyang tadi, kemudian bakar semula dengan menggunakan teknik, double boiling di dalam oven. Setelah 15 minit ke luarkan masukkan pula bahagian cheesecake chocolate tadi masak sehingga 25-30 minit, angkat sejukkan. Siap untuk di makan.
Share |

7 ulasan:

ain berkata...

fullamak kak zai...mengancam la cheesecake akak. kasi sikit boleh..???

Ummu Aqil berkata...

akak sedap nampak ciskek nih...
akak wat plak elok je tu...

princessharyati berkata...

wahh.. korek resepi lama2 tu.. lama tak buat cheesecake , yatt kalu beli cheese asyik buat puding je nnti nak buat.. lawa betui cheesecake ni..nak moist yummieee

MyLilBundle berkata...

fuyyoooo cantik sekali kek itew kak zai... nampak cam best giler!
ikshh br jek td gi dapur kak aishah jepun tayang ciskek..sini pu ada gak sebijik adeiii sedapnyer...

Jasmeen HomeDelight berkata...

sedapnya kakzaiiii...
kalah kek SR ni plak...

Mamasya berkata...

Salam K.Zai...

mengancam betul cho cheese cake tu...kombinasi cheese dgn coklat yummynya...
k.zai, 2 bungkus kecil Chocolate Hershey tu anggaran berapa gram..jenis bar ke? mana tahu kut2 terajin nak buat..he..he..
nasi goreng Thai dgn udang besar dok posing atas tupun nampak sedap..
re;ohh anak K.Zai ada yg kembar...tentunya pengalaman manis membesarkan mereka..semua sama...tak pernah tertukar ke panggil nama mereka?
belah ayah ada keturunan kembar. ayah ada adik kembar sepasang .skrg dah berusiapun. tp mereka nampak tak seiras sgt.

Selamat berhujung minggu buat K.zAI sekeluarga.....

Gorgeous H berkata...

kak zai...
x boleh tahan la tengok ciskek ni.. ciskek is GH's fav food tau... nk wat sendiri x ada kelengkapan dapo lagi ni...so beli je la... tgk akak pny ni x dapat ditahan perasaan nk makan ciskek ni.. sat lagi nk kene g secret recipe la ni cari Marbel Ciskek..huhu...