Jumaat, Mac 27, 2009

Kuih Kaswi

www.tips-fb.com
Kuih kaswi ni mmg feberet...dah lama jugak nak membuat ni...tapi bab nak mengeluarkan kukus dan nak mengukus tu yg maleh sesangat.....tapi sesekali buat kuih traditional ni bagus juga...supaya kuih yg turun temurun ni tak pupus dari ingatan...haritu jalan2 kat dapur Rinnchan,ternampak ada kuih kaswi ni..siap ada step by step lagi...ni yg teruja nak membuat nya...asal resipi dr Sis Blackmore terima kasih kedua2 nya...


KUIH KASWI
Sumber: Sis Blackmore

Bahan-bahan :
1 cawan gula (Rinn guna 3/4 cawan)
1 ketul besar gula melaka ( Rinn guna 1 cawan gula merah)
5 cawan air
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
1/2 cawan tepung beras
3 sudu makan air kapur
1 sudu makan coklat paste (Rinn guna 1 camca)
* Menurut Sis Blackmore ianya utk memberi brown effect yg lebih.
Daun pandan
Loyang atau acuan kuih lompang yang disapukan dengan sedikit minyak makan
Kelapa parut + garam

Cara-cara :
1. Gunakan 2 cawan air untuk memasak gula pasir, gula merah dan daun pandan. Masak hingga gula larut. Ketepikan.
2. Ayak semua tepung.
3. Tambahkan selebih 3 cawan air ke dalam bancuhan air gula.
4. Masukkan air kapur.
5. Masukkan coklat paste.
* Mulanya agak gusar, dikhuatiri akan merosakkan bau original kuih kaswi/lompang ini. Tapi sebab ingin tahu juga hasilnya Rinn bubuh juga 1 camca teh choc paste.
6. Tapis air gula ke dalam tepung.
7. Gaul rata.
8. Tapis bancuhan tepung untuk mengelakkan dari berketul-ketul.
9. Kacau seketika di atas api yg kecil supaya kelihatan agak pekat tapi jangan sampai bertukar menjadi kanji.
10. Sapu loyang/acuan dengan minyak masak supaya kuih mudah dikeluarkan.
11. Kukus loyang/acuan dahulu tanpa isi.
12. Tuang bancuhan tepung dalam acuan dan kukus selama 45 minit atau sehingga masak.
13. Bagi yang mengukus di dalam loyang, kuih akan kelihatan lembik dan berair. Ambil sehelai kitchen tissue dan letakkan di permukaan kuih agar air itu dapat diserap.
14. Sejukkan kuih baru dikeluarkan dari acuan. Boleh dihidang dengan kelapa parut bercampur sedikit garam yg telah dikukus juga seketika supaya tahan lama.

Share |

7 ulasan:

Jasmeen HomeDelight berkata...

lama x mkn kuih kaswi...teman suka kalo yg ada goyang2 inul tu...sedapnyaaaaa....

MyLilBundle berkata...

sedapnyerr kaswi...rasa tingin pulak nk wat lagik! mmg suke buh dlm acuan comel2 tu senang nk mkn..xyah susah2 nk potong hik3

ain berkata...

sy suka mkn kuih ni lg2 yg lembik2 sikit.

zana @ ros hassan berkata...

tgh2 malam ni tgk kasui jadi lapar le plak...sedapnya makan ngan kelapa...lama tak wat.

Rinnchan berkata...

Kalau kuih niiiii....mesti kena letak kelapa parut banyak2. Baru puas makan..heh heh heh..

cikmanggis berkata...

Btol rinn...kena taruh kelapa banyak banyak baru ngam

- AZIE - berkata...

kalo kat sini pgl kuih lompang..sedap, suka jgk