Isnin, Mac 09, 2009

Lempeng Pisang

www.tips-fb.com


Lempeng pisang ni buat untuk Breakfast...dah lama x buat lempeng ni,baru teringat nak buat bila tengok kat umah Jun tempohari...kadang2 kalau x tengok,x teringat nak buat...hehehe...mmg sedap makan panas2...

Bahan2
5 biji pisang masak
1 cawan tepong gandum (ikut suka nak buh byk mana.. kalau suka pisang lebih.. kurangkan tepungnya)
2 sudu besar gula (ikut suka juga nak manis boleh lebihkan)
secubit garam
sedikit minyak utk mengoreng
jika suka boleh campur 2 ~ 3 sudu kelapa parut yg agak muda..kalau xde takpe

Cara menyediakan
1. Pisang dilecek bersama gula & garam hingga hancur.
2. Campurkan tepung gandum & kelapa parut sehingga rata.
3. Panaskan kuali bubuh sedikit minyak.
4. Masukkan sesenduk adunan pisang dlm kuali dan ratakan. Biar sehingga masak & agak garing kemudian balikkan. (Tambah sikit minyak jika perlu.) Bila masak kedua2 belah.. angkat & bolehlah dinikmati semasa panas2


*Kalau pakai kuali non stick..x perlu bubuh minyak pun..xpe
Share |

1 ulasan:

MyLilBundle berkata...

yg ni pun sama gak..
x penah mkn...adeii nampak sgt laa jahil sungguh bab2 masakan ni :(