Rabu, Mac 11, 2009

Nasi Goreng Thai

www.tips-fb.com

Nasi goreng Thai bawa bekal pergi ofis pada keesokan harinya pulak...sedap nasi goreng ni...bila dah sarapan pagi dgn ni...xyah makan tengahari lagi sbb dah kenyang...kadang2 tu jemu dah beli kat kantin....menu yg sama je...sesekali bawa bekal pulak...resipi ni ambik dr umah Ummi-kuantan...asal dr majalah saji...ummi ni rajin geledah resipi dr majalah..kita c&p je...x rajin mcm ummi ni...sory ye ummi...

Bahan:-
  • 2 mangkuk nasi
  • 2 biji telor
  • 1/2 labu bawang besar - dipotong dadu (*ummi tambah ni)
  • 2 sudu kecil pes tomyam/1 kiub pati tomyam
  • 1/4 cawan sayur campur/lobak & kacang dihiris halus
  • 1 sudu besar cili kisar (*ummi letak 2 sudu besar)
  • 3 - 4 tangkai cili padi - tumbuk (*ummi tambah 8 biji)
  • 1 - 2 helai daun limau purut - hiris halus
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1 batang serai - dihiris halus
  • 1 sudu kecil lengkuas yang dicincang
  • 7 - 8 ekor udang dicelur (*ummi x celur, goreng dgn nasi)
  • Hirisan isi ayam
  • Minyak masak

Cara Memasak:-

  1. Panaskan minyak di dalam kuali dengan api sederhana. Pecahkan telor dan goreng seperti telor hancur hingga masak.
  2. Masukkan bawang, serai, lengkuas, cili padi dan cili kisar. Goreng hingga naik bau.
  3. Masukkan ayam dan kacau. Masukkan pula udang dan pes tomyam.
  4. Masukkan sayuran, daun limau purut dan kacau rata.
  5. Masukkan nasi dan kacau balik hingga rata dan letak garam.
  6. Kacau hingga nasi berasap dan naik bau harum. Tutup api.
Share |

1 ulasan:

Jasmeen berkata...

sedapnya kak!!!!!..dah ler tgh lapo nih, nmpk plak udang berlingkau2