Puff Tuna untuk minum petang...mudah dan ringkas...senang disajikan dan cepat dimakan...resipi dr CMG....terima kasih.....
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 pack pastry puff jenama "kawan"(ada 10 keping bersaiz 4 x 4 inci)
1 tin tuna*
1/2 biji bawang besar, dicincang halus*
1 biji limau kasturi, perah jusnya*
2 camca besar mayonies *
1/2 camca teh serbuk lada hitam*
Secubit garam*(*disatukan dan kacau rata2)
1 kuning telur, dipukul sedikit
CARA MEMBUATNYA :-)
- Potong sekeping pastry puff kepada 4 bahagian. 1 bahagian dikelar sebanyak 4 garisan, tapi jangan putus. 1 bahagian lagi diisi dengan 1/2 camca teh isian tuna. Tutup dengan bahagian yang berkelar, tekan tepi2nya dengan garfu. Alih ke dalam dulang yang telah disapu dengan mentega. Buat hingga siap.
- Sapu kuning telur dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 25 - 30 minit bergantung pada oven masing. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya...
1 ulasan:
betul2..mudah dn ringkas..terus je heading to dunkin donat..hehe!
Catat Ulasan