Sabtu, April 04, 2009

Pengat Pisang

www.tips-fb.com
Hari2 cuti ni kdg2 tekak merapu2 nak makan macam2....salah satunya pengat pisang..dah lama x pekena dengan pengat ni....layan jelah pengat kesukaan ku ini....

Pengat Pisang

Bahan:-
8 biji pisang emas (tidak terlalu ranum)
1 keping gula kabung/gula merah
3/4 cawan gula pasir
1 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
secubit garam
beberapa helai daun pandan - disimpul
sedikit sagu - basuh dan toskan

Cara Memasak:-
Pisang dibelah dua dan dikerat dua dan ketepikan. Dalam periuk, masak santan cair dengan gula kabung, gula pasir dan hingga larut. Masukkan sagu, daun pandan dan pisang. Masak dengan api perlahan hingga sagu masak dan kuah mendidih. Masukkan santan pekat dan sedikit garam, kacau sebentar. Seimbangkan rasa.

Share |

1 ulasan:

shima berkata...

lama sungguh x mkn pengat ni...
kalau dulu mak selalu wat tuk minum ptg..rasa rindu pulakkk nk blk ngdeng pengat ngan mak huhuuuu