Ahad, Mei 10, 2009

Kek Kukus Velvet Hawflakes

www.tips-fb.com
Dah lama sebenarnya nak buat kek ni...tapi projek asyik terbengkalai je...asam hawflakes pun dah lama beli...jangan expired dah lah...projek ni buat malam sabtu aritu...mmg sesuai pd waktu nya kerana bolih dibawa ke rumah SIL di Bangi,kerana ada majlis kesyukuran dirumah nya pd hari sabtu...dan tempah kuih talam suji pd kawan utk dibawa sama... tu yg kena merajinkan diri mengeluarkan periuk kukusan ni...resipi asal dr Fida@MyR....tapi kutip dr dapur ummi je...thank ummi tumpang c&p ye....


Bahan:- (ummi guna loyang bulat 8 inci) - sy guna loyang empat segi
  • 5 biji telor gred A (yang sejuk dari fridge)
  • 225 gm gula halus (ummi just letak 200gm juga)
  • 220 gm tepung gandum/tepung naik sendiri
  • 1 sudu kecil rata baking powder (*ummi x letak sb guna tepung naik sendiri)
  • 1 sudu besar ovallette
  • 150 ml susu cair (ummi guna Ideal Nestle)
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 100 gm minyak jagung/masak (ummi guna 125 gm butter - cairkan)
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • beberapa titis pewarna merah dan hijau
  • asam hawflakes secukupnya
Cara Membuat:-
  1. Ayak tepung dan baking powder kemudian campur kesemua bahan2 di dlm mangkuk mixer kecuali minyak, hawflakes dan pewarna.
  2. Pukul adunan hingga sebati dan gebu. Masukkan minyak jagung/masak dan digaul dgn senduk atau spatula hingga sebati.
  3. Loyang dialas kertas dan sapu minyak. Ratakan adunan pertama (*ummi letak merah dulu menggunakan 5 sudu makan setiap adunan) dan susun secukup hawflakes di permukaannya dan kukus selama 5-7 min dalam kukusan yg telah dipanaskan dulu.
  4. Buat hingga habis lapisan seterusnya dan susun hawflakes dan kukus.
  5. Untuk lapisan yang akhir kukus selama 20 min supaya kek masak keseluruhannya.
  6. Setelah kek masak, biarkan di dalam loyang selama 10 minit kemudian baru diterbalikkan di atas redai supaya sejuk.
Pesanan kak fida..***untuk membahagikan sama rata setiap lapisan akak ambil 4 senduk lauk dan dibahagi kpd 5 mangkuk dan warnakan. Untuk lapisan terakhir susun hawflakes jika suka...
Share |

5 ulasan:

ain berkata...

sedapnyaaa!!! tu hari try buat kek lapis horlicks. x jd pulak...tak lawa.huhu

zana @ ros hassan berkata...

zana suka kek ni k/zai. zana pun dah lama tak wat. hwa flake dah masuk esbox..takut rosak lak kat luo hehehe. bangi kat mana??? awat tak mai singgah umah cheq kat seksyen 9 hehehhe.

Tanpa Nama berkata...

salam kak zai,
terliurnya tengok kek yang sedap tu...dulu pernah wat kek ni,memang sedap...asam h/flakes dah lama beli tapi belum terbuat lagi....dah teringin ni nak kena buat ni...hehehe

Haniss berkata...

hmmm sedapnya wat minum petang kek ni...jom tengok pi tengok koleksi antik saya yang baru dapat...

MyLilBundle berkata...

rajin nyerr kak zai ni melapis2...ni kek lapis lak..td karamel...ermmm mmg tekun betui wat projek yg renyah2 camni...ikshh kita nk wat kuih lapis pun kine pikir 10x dulu..hik2