Selasa, Mei 12, 2009

Puding Karamel Lapis Coklat

www.tips-fb.com
Sebenarnya malam tadi nak buat karamel biasa je...tapi teruja lah pulak nak buat puding karamel ni,bila ummi menayangkan puding lapis coklat tu...terus tukar menu disaat akhir...tengah rajin melapis ni....tapi buat 1/2 adunan je ni....buat banyak takut x habis plk,bab nak mengeluarkan puding dr bekas nya tu lah yg x lulus ni,nampak menggerutu je luarnya,tapi kat dalam tetap je maintain....kutip resipi dr umah ummi je ye....ampunnnn.....tp 1/2 adunan ikut resipi Fp mamasya...nampak mamasya pun ada buat aritu....thanks kedua2nya...


Bahan:-

(A)
1 tin susu cair (*ummi guna Nestle Ideal)
5 sudu bear gula
3 biji telor gred A
1 sudu kecil esen vanila

(B)
1 tin susu cair
5 sudu besar gula
3 biji telor gred A
4 sudu besar serbuk koko/1 sudu kecil serbuk nescafe + 1 sudu kecil pes coklat

(C)
2 sudu bear gula - hanguskan dan campur 4 sudu besar air panas
atau boleh guna 2 sudu besar madu - guna madu

Cara Membuat:-

Kacau bahan A dan bahan B dalam dua bekas berasingan. Tapiskan. Panaskan periuk kukusan, masukkan gula hangus atau madu dalam loyang 8 x 8 inci (*ummi guna loyang bulat berdiameter 6" x 3" tggi). Masukkan 1/2 cawan (*ummi letak 3/4 cawan) adunan bahan A dan kukus selama 5 minit atau hingga maska. Bila dah masak, tuangkan pula sukatan yang sama bagi adunan B atas adunan A. Ulang A dan B berselang seli hinga habis. Sejukkan dan terbalikkan ke dalam pinggan hidangan. Potong dan hidang.

*** Buat hanya separuh adunan,guna semua bahan A sahaja dan 1 sb madu dan bahagi 2
- 1/2 campur 1 sk vanila
- 1/2 campur 1 sk emulco tapis dan kukus dlm loyang kecil berselang-seli.
Share |

3 ulasan:

ain berkata...

saya pun bab kuarkan karamel mmg hancuss!!!!

shima berkata...

salam kak zai...
amboiii teliur giler tgk puding karamel akak....cantik betoi jdnyer...ikshhh mkn sejuk2 ni nyaman sungguh tekak...

mamasya berkata...

K.Zai...

Puding ni yummy mkn sejuk2. wpun k.Zai buat 1/2 tp lebih nampak tinggi..saya buat hari tu meleper aja.bah tepi tu mmg susah nak dpt licin tp bila potong nampak cantik...
Ayam berempah kat bawah pun sedap...pernah buat sebelum ni anak2 tak berapa suka pulak...mama dan abahnya yg beriya2 makan..he..he..