Jumaat, Jun 12, 2009

Kung Pao Chicken

www.tips-fb.com


Menu ni cilok kat dapur Hana makyung Jepun gak ni...menu chinese style...memang sedap makan panas2 dgn nasi pun panas....berasappp....nak masak pun mudah...resipi asal dr umah cikwan Taipei...tapi c&p dr umah Hana....ape yg makyung sajikan,mmg menggoda jiwa dan kalbu....makyung tgh pindah umah ni...lamalah dapurnya tak berasap....apelah khabar makyung tu....jgn angkat berat2 sudahlah....


Perapkan bersama 15minit:
2 sudubesar sos tiram
1 sudukecil tepong jagung
sekeping dada ayam (saiz kecil) dipotong kecil
Cara:- goreng hingga ayam masak tapi tak perlu garengkan, ketepikan.

Bahan Sos disatukan:
1/4 cawan air pati ayam
1 sudubesar kicap manis
2 sudubesar sos cili bawang putih
1 sudubesar gula - hana gune madu
1 sudukecil garam
1/2 sudukecil tepong jagung.

Bahan Tumis:
1 sudubesar minyak bijan + 1 sudubesar minyak biasa
8 biji cili kering@ 3sudubesar dry chili flakes
2 biji bawang putih*
Halia muda sebesar ibu jari* dihiris
1/3 cawan kacang gajus yang telah dipanggang.

Cara-cara: Tinggalkan 1 sudubesar minyak ayam tadi dan campur minyak bijan,panaskan dan tumis bawang putih dan halia hingga layu kemudian masukkan cili kering, tumis hingga cilli sedikit gareng. Masukkan bahan sos dan masak hingga sedikit pekat dan naik bau. Masukkan isi ayam tadi dan gaul rata selama 5 minit kemudian masukkan gajus dan kacau untuk sebatikan. Sedia untuk dihidang.


Share |

6 ulasan:

Ummu Aqil berkata...

sedapkan ayam nih...tauhu kat bwh tu pon sedap...

ain berkata...

wahhh...dah merata merayap kung pao chicken ni. bila le nak singgah jb..??hihi

Tanpa Nama berkata...

Ayam kungpao yg glamer nie dah merata rata dah.Sedap2 nie...

FiDa@aMiDa berkata...

baru nmpk ayam ni kat adeline rmh kak suzie..dah pas baton ke kak zai ya hehehehe

geraugebang berkata...

Salam,
Wah kecuh gerau. Gerau memang suka kalau bab-bab kong pao, kung fu, taofu, bestnya.

Unknown berkata...

salam hazila..adusss nak cuba buatlah jugak..ni lain dari yang akak biasa buat..