Ahad, Jun 28, 2009

Marble Choc Cheese Cake

www.tips-fb.com
Projek petang semalam....dah lama tak buat kek ni...dulu dah pernah buat...kombinasi choc dan cheese memang secucuk....tambah cokelat chip untuk taburan diatas nya....resipi cilok dr dapur Rinn.

CHOCOLATE MARBLE CHEESE CAKE

Bahan A :
180gm mentega
20gm serbuk koko
1 sudu teh baking powder
120gm tepung naik sendiri (Diayak bersama serbuk koko & baking powder)
170gm gula castor
3 biji telur

1. Pukul butter dan gula hingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji, kacau sebati.
2. Masukkan campuran tepung+baking powder+serbuk koko. Gaul rata dan bahagi kepada dua bahagian.

Bahan B:
250gm cream cheese
60gm gula castor
1 biji telur
1 sudu teh esen vanilla

1.Pukul cream cheese sampai kembang.
2.Campurkan gula, telur dan esen vanilla. Pukul lagi sampai kembang dan rata.

Cara-cara :
1. Tuang satu bahagian A ke dalam loyang. Ratakan. Tuang aduanan cream cheese di atasnya dan ratakan.
2. Tuang sebahagian lagi bahan A dan ratakan.
3. Bakar pada suhu 165 darj cel selama 50min-60min ikut oven masing-masing. Seeloknya dibiarkan sejuk dulu sebelum dipotong.

Share |

6 ulasan:

blogresipi berkata...

Choc Cheese cake ni memang best... cantik jer lapisan cheese kat tengah tue...kalau makan sepotong ni confirm tak cukup :)

Kakasma berkata...

kak zai..rajin tul k.zai bercis cis nikan.suka tul tengok..tapi nak buat tuh ntah bile..takut tengok hega cis tu laa kak...

ain berkata...

betullah kak zai...cantik je lapisan cheese tu. pandai kak zai melapis.

shima berkata...

salam kak zai...
lama x jenguk dapur akak...ikshhh bestnyaaa choc cheese cake ni! mmg antara resepi cheese cake yg plg best penah i penah cuba esp bila sejuk2..lemak berkrim! lama dah x wat ni..tingin laa pulak...pandai akak lapis erkk nampak elok layer dia...

FiDa@aMiDa berkata...

kak zai pandai melapis elok cantik je lapisan cheese tu :)

Haniss berkata...

selain tengok makanan yang sedap2...presentation nya pun ada kelassss...kalau saya main belasah letak dalam pinggan n ambik gambar....